Tahniah Hafiz Zaki

7 comments


Tahniah dan mubaraak kepada sahabat, Hafiz Bin Zaki dan pasangannya atas bertukar status daripada bujang menjadi suami. Memang patut bagi dia untuk naik pelamin dahulu berbanding dengan aku sebab dia ni umur dan lanjut. Sebelum umur dia masuk 30-an, elok benar la tu dia kawin dan membina rumah tangga dan juga beranak pinak.

Semoga perkahwinan yang dibina ini selamanya bahagia dan kekal aman. Perkahwinan itu bukan sahaja pada menghalalkan ikatan, tetapi tanggungjawab yang bakal dihadapi begitu besar dan kadang kala ianya teramat berat. Itu apa pengalaman orang yang dah kawin duk cakap la. Kalau aku nak kata pengalaman aku, mesti ramai yang tak percaya.

Apa-apa pun, sekarang ni musim orang bernikah sempena cuti sekolah. Asal cuti sekolah je, ada yang menikah. Asal nak menikah je kena musim cuti sekolah. Habis jalan jadi jem. Susah betul. Masa cuti ni la nak jalan-jalan. Bila jalan jem, tak jalan-jalan la jawabnya. Haha.

Bagi orang lain kawin dulu. Turn kita tak sampai lagi. Orang tua-tua cakap, kalau dah jodoh tak kemana. Kan? Tunggju aje dia datang. Tapi sekarang zaman GPS, tak tahu la kenapa jodoh tak sampai-sampai lagi. Mungkin jodoh sebelah sana pun tunggu jodoh dia kat sini yang datang. So, first step siapa dulu ni...?
Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. Mudah-mudahan lepas ni giliran tuan punya blog pula.. ;)

    ReplyDelete
  2. sila lawat blog saya tuan

    Malaysiagunners@blogspot.com

    ReplyDelete
  3. cepat mil. nak bekwoh niii. haha

    ReplyDelete
  4. InsyaaAllah... Allah Ya Fattah Ya Waasi' Ya Basith yang meaha membuka seluasnya selapangnya pintu jodoh itu... Bila dah sampai waktu dia Ya Baari' akan susunkan...

    ReplyDelete
  5. Salam! Lama nya tak jenguk blog kmu! Hiks
    Ingatkan uols yg kawen tu 😝
    Btw tahniah smoge bahagia sampei jannah! 😉

    ReplyDelete
  6. tahniah buat kawan tu.. lama singgah sini.
    in shaa Allah ada jodoh tu. hehe

    btw nina nk ucap selamat hari raya, maaf kalau ada salah silap dlm menulis di blog ni :)

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia