JADIKAN PAPARAN FACEBOOK DI CHROME LEBIH MENARIK, RINGAN DAN LAJU

3 comments
Contoh paparan FB menggunakan extension Facebook Flat


Ada sesiapa yang pakai chrome sebagai browser untuk surf internet. Bagi aku, setakat ni, browser Chrome tak pernah mengecewakan cumanya ia memakan banyak sedikit memori kalau bukak lama - lama. Rasanya semua browser macam tu. Jadi, kalau sesiapa yang pakai laptop atau pc yang ram dia 4GB ke atas memang tak rasa sangat lah kalau guna Chrome lama-lama. Kalau tak pun dia akan crash je. Haha.

Untuk yang selalu surf Facebook di Chrome, aku nak kongsi satu extension yang menarik. Extension yang kalau kita install di Chrome, paparan Facebook kita akan nampak lebih menarik dan tidak berserabut dengan pelbagai iklan yang menyakitkan mata yang memandang. Mana tahu kan, korang tak nak tengok iklan-iklan yang menggiurkan hati sehingga korang terpaksan menghabiskan duit dengan shopping online. 

Extension ni namanya Facebook Flat dan korang boleh je search dekat Chrome Webster. Lepas tu klik add to chrome. Laptop aku ada problem nak install. Bila tekan butang add to chrome, akan keluar pop up cakap network error. Padahal internet okay je. Jadi, aku install pakai file .crx. Kalau korang ada masalah, boleh cuba download file .crx dahulu dan install secara manual. Cara tu setakat ni memang tak ada masalah untuk install.


Jika korang rasa paparan FB korang tak menarik atau rasa semakin menyerabutkan, jangan salahkan aku pula. Aku cuma kongsi apa yang aku rasa bagi aku tu okay dan mesra pengguna. Haha. Risiko di tangan anda sendiri. Alaaa.. benda boleh uninstall, bukan efek dia kekal dekat Facebook korang. Jangan nak risau sangat. Try dulu, baru tahu. Haha.
Read More

MIMBAR JUMAAT 21 OGOS 2015

Leave a Comment


Nampaknya slot mimbar Jumaat berehat untuk beberapa seketika. Blog sepi dari sebarang entry. Pada Jumaat penghulu hari ini, entry Mimbar Jumaat kembali menjengah. Ada apa dengan Mimbar Jumaat hari ini? Ada apa ye..? Hmm.. Lain orang, lain kandungan Mimbar Jumaat yang mereka dapat.

Mimbar Jumaat di Masjid Kubang Sepat, Pasir Mas hari ini membicarakan tentang bulan Haji. Sesuai dengan isu semasa yang seputar tentang dunia umat Islam yang mana musim sekarang adalah musim Jemaah Haji berdondong untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang ke… Ke berapa eh? Rukun Islam yang kelima kan? Jemaah haji di Malaysia yang pertama rasanya dah bertolak pergi kan? Kalau pergi awal, mungkin jemaah akan singgah di Madinah terlebih dahulu, selepas itu baru mereka akan pergi ke Mekah.

Tok Khatib berbicara tentang pahala orang yang menunaikan haji. Bagi sesiapa yang menunaikan haji yang mabrur, maka baginya adalah syurga daripada Allah Taala. Tok Khatib juga mengingatkan yang berapa ramai yang sudah mendapat peluang untuk pergi ke Mekah, tetapi masih tidak lagi diberikan peluang untuk menunaikan ibadat haji. Mungkin ianya cubaan dan juga dugaan daripada Allah Taala.

Jadi, jangan putus harapan untuk menagih doa kepada Allah Taala agar dikurniakan rezeki untuk menjadi tetamuNya di hadapan rumahNya iaitu Kaabah. Tidak inginkah kita semua menjadi tetamu Allah? Jika kita menjadi tetamu manusia pun, layanan kita yang dapat sudah bukan kemain istimewa, apatah lagi jika kita menjadi tetamu Allah. Raja untuk sekalian makhluk. Dapatkah bayangan layanan maha istimewa yang kita terima daripada Allah diimaginasikan dalam kotak fikiran kita?


Pengalaman haji di Mekah amat besar. Ada beribu hikmah dan pelajaran yang kita boleh ambil dari perjalanan haji kita. Sedari kita dari Malaysia sehinggalah kita menjejak kaki di Arab Saudi. Kita boleh tengok, fikir dan nilai dengan akal pengajaran dan pelajaran yang kita dapat. Banyak. Falsafah haji itu begitu banyak untuk dirungkaikan. Jangan lupa untuk selalu selitkan doa agar kita berpeluang menjadi tetamuNya. Tidak tahun depan, mungkin tahun depan lagi. Tidak juga? Mungkin 10 tahun lagi. Rezeki kita, semuanya sudah dicatat dengan kemas dan teratur.
Read More

MIMBAR JUMAAT 31 JULAI 2015

2 comments
DISCLAIMER: Siri Mimbar Jumaat adalah entry yang hanya fokus kepada intipati khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib pada setiap hari Jumaat, sebelum solat Jumaat didirikan. Bukan nak bagitau aku ni pergi solat Jumaat ke tidak. Lain tempat, lain isi khutbahnya kan? So, ini sebagai peringatan kepada aku sendiri yang kadang kala selepas solat Jumaat je terus lupa apa yang Tok Khatib pesan atas mimbar tadi.



Mimbar Jumaat semalam, tok khatib memfokuskan kepada adab dalam menggunakan media sosial. Seiring dengan kemajuan teknologi, nampaknya adab insan dalam menggunakan teknologi juga semakin advance. Makin liar dan tidak terkawal. Sedangkan, sepatutnya kita yang menggunakan teknologi atau pun sains itu untuk kebaikan kita, bukannya kita yang dimanipulasi oleh mereka.

Isi penting atau pun adab - adab yang penting ketika menggunakan media sosial boleh lah disimpulkan seperti berikut:-

1) Jangan gunakan media sosial untuk menyebarkan fitnah. Manusia memang tidak lepas daripada perasaan hasad dengki kepada manusia lain. Sifat yang suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain, seterusnya terus merasakan orang lain mempunyai nikmat dan kelebihan yang tidak ada pada dirinya dan secara tidak sedar telah menimbulkan hasad dengki. Cara untuk menjatuhkan seseorang itu dan melenyapkan nikmat yang dimiliki orang itu adalah dengan cara fitnah. Ternyata ini adalah suatu dosa besar di sisi Islam. Boleh tengok peranan media sosial sekarang ini dalam menyebarkan fitnah. Sungguh hebat bukan?

2) Jangan mencaci, mencaki dan mengeji manusia lain di media sosial. Istilah ini boleh juga ditujukan kepada jaguh keyboard atau pun keyboard warrior. Pointnya tak ada, tetapi ada saja cacian dan makian yang ditujukan kepada orang lain di laman sosial jika pendapat atau pun kenyataannya itu bercanggah dan tidak dipersetujui oleh orang ramai. Adakah, adab manusia sekarang ini lebih teruk dan hanya hidup dengan cacian dan makian kepada orang lain...?

3) Siasat dulu tentang kebenaran jika tersebarnya sesuatu berita. Ini seringkali berlaku dalam media sosial. Ada sahaja isu - isu baharu yang timbul. Tetapi ianya belum tentu lagi sahih dan betul. Sifat orang mukmin, bila datangnya kepada mereka sesuatu berita, mereka diminta untuk menyiasat kebenarannya sebelum menerima berita itu sebagai sesuatu yang benar. Ini adalah adab murni yang diajarkan di dalam Islam dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Indah bukan? Tidakkah dengancara ini dapat menghindarkan perbalahan dan fitnah jika sesuatu berita itu tersebar dan terus tersebar tanpa mengetahui kesahihannya?

4) Jangan menggunakan media sosial untuk mengintip kesalahan orang. Ini adalah berkaitan dengan soal hati. Ada saja yang tidak puas hati dengan seseorang itu, media sosial mungkin suatu medium yang terbaik dalam menyelongkar sesuatu aib atau pun kesalahannya yang telah lalu untuk dijadikan sandaran sebagai hujah serangan.

Media sosial ini boleh diibaratkan seperti pisau. Ianya memang menguntungkan kita jika ianya digunakan untuk perkara yang baik. Boleh memotong daging, potong kek, potong sayur dan pelbagai lagi untuk kegunaan yang lain. Tetapi, jangan lupa, ianya boleh menjadi perkara yang buruk jika tidak digunakan dengan niat dan cara yang baik. Bukankah pisau juga boleh dijadikan alat untuk membunuh orang, menetak orang..? Mungkin dengan pisau sahaja, ada jiwa yang melayang, ada manusia yang akan terbunuh. Begitu juga media sosial. Guna dan optimumkannya ke arah kebaikan dalam menyebarkan dakwah Islam.
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia