Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

TPM DIGUGURKAN JAWATANNYA

Rasa macam tak nak terlepas untuk update blog dengan isu yang bersejarah dalam Malaysia. Isnin, 28 Julai 2015 adalah suatu tarikh yang menjadi sejarah dalam arena politik Malaysia. Kalau sebelum ini, tahun 1998 adalah suatu tarikh keramat yang sering kali dilaung - laungkan oleh puak pembangkang. Peristiwa yang sama, cuma waktu dan watak yang berbeza. Bukan nak sembang politik sangat. Paling kurang kita tahu perkembangan dan status yang negara kita tengah hadapi sekarang ini. Nampak je orang atasan ataupun orang - orang yang berkuasa berkelahi merebut kuasa dan jawatan, tetapi... yang tercekik adalah marhaen di bawah. Kan? Aku tak nak campur sangat, sekadar cetus pandangan yang tak seberapa je. Kadang - kadang tu nak juga buat analisis macam yang astro awani buat tu. Tapi, tak tahu boleh pakai ke tidak analisis aku ni. Haha. Rakyat pasti tertanya - tanya kenapa Abang Jib sampai perlu menggugurkan Abang Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri? Salah sangat ke Abang Yiddi

Nak Pegang Ubun - ubun Isteri

Sekarang ni, trend yang tengah top adalah populariti dan ketarikan terhadap sesuatu untuk menarik perhatian orang ramai hatta dalam perkahwinan sekali pun sehingga kita lupa terhadap batas - batas yang telah digariskan oleh syarak. Kita suka kalau majlis kita kahwin tu, cara dia grand sikit, lain dari yang lain sikit. Ada kelainan, boleh jadi akan ada populariti kan? Jadi tumpuan kan? Viral... Boleh tengok, sejak bila trend pegang ubun - ubun isteri ini menjadi trend dalam majlis perkahwinan. Siap diambil gambar lagi, siap fotographer arahkan lagi bila kena pegang, bila boleh mula 'upacara' pegang ubun - ubun isteri di khalayak ramai. Benda yang telah digariskan oleh syarak supaya dilakukan ketika tengah berduaan, kenapa nak dijadikan tontonan awam?  Ini hanyalah contoh. Satu lontaran soalan. Zaman sekarang adalah zaman untuk anak - anak muda seperti dan pada zaman ini adalah zaman yang penuh dengan pembaharuan. Ada saja benda - benda yang baru dalam sesuatu perkara

ZAKAT FITRAH : SOAL DAN JAWAB

Artikel asal daripada penulis Ahmad Husni Abd Rahman  S1 : Apakah yang dimaksudkan dengan zakat fitrah yang khususnya dibayar dalam bulan Ramadhan? Zakat fitrah mempunyai pelbagai nama dan istilah lain yang menggambarkan maksud dan pengertiannya yang tersendiri. Antara nama-nama lain bagi zakat fitrah yang diistilahkan oleh para fuqaha adalah zakat badan, zakat al-ra’s (zakat kepala), zakat al-khilqah (zakat kejadian) da n zakat al-raqabah . Dinisbahkan zakat ini kepada fitrah atau kejadian manusia kerana ia tidak berkaitan sangat dengan kewajipan harta walaupun dibayar dengan harta tetapi zakat ini lebih berkaitan dengan zat atau fizikal manusia. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-Rum ayat 30 : “Itulah fitrah Allah yang telah diciptakan manusia menurut fitrah itu.” S2 : Apakah hikmah kewajipan zakat fitrah ini? Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith Nabi s.a.w. Daripada Ibnu Abbas r.a : “Difardhukan zakat fitrah oleh Rasulullah s.a.w sebagai penyucian

Ramadhan 1436H

Ramadhan 1436 Hijrah bakal meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi. Apakah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita? Andai kata kita adalah seorang Muslim yang baik, pasti persoalan ini seringkali berlegar dalam kotak fikiran kita. Apakah kita dapat jadi yang terbaik berbanding dengan Ramadhan - ramadhan yang telah pun berlalu sepanjang hayat kita. Tanpa penafian, kita perlu pembimbing dalam hidup kita. Tanpa penafian juga, kita adalah seorang manusia yang lalai jika dibiarkan keseorangan diri. Pasti hidup kita terumbang ambing. Anda kita di lautan yang bergelora, kita sudah pasti ibarat sebuah perahu kecil yang menunggu  masa ditimpa badai. Biarpun sekuat mana pun kayu dan papan perahu kita, tak mungkin kita akan sampai di daratan. Begitulah kehidupan. Itulah tujuannya Nabi kita diutuskan dengan bersamanya diturunkan Al - Quran sebagai pengingat di kala kita dilalaikan oleh kenikmatan dunia. Saban tahun, masyarakat Melayu kita tiada yang majunya dalam akh

Dah Kena Tipu!! Terima Kasih Pak Najib

Entah yang ke berapa kali sudah. Najib dan konco - konconya tanpa rasa perasaan bersalah menzalimi rakyatnya. Apa salah rakyat Malaysia sampai diseksa ekonomi mereka dengan sedemikian rupa? Apakah sebab parti Pak Najib tidak mendapat undi yang banyak pada pilihan raya yang lepas? Adakah ini cara Pak Najib mengaut untung sebelum melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia? Petrol Ron 95 dan 97 sudah naik harganya untuk semua negeri di Malaysia. Hadiah buat rakyat Malaysia untuk pagi Julai 2015. Disusuli pula oleh kenyataan oleh Menteri KPDNKK yang selepas ini harga minyak tidak lagi akan diumumkan untuk orang ramai melainkan selepas harganya dinaikkan. Mungkin untuk mengelakkan daripada stesen - stesen minyak dibanjiri oleh orang ramai yang inginkan penjimatan walaupun ianya sekadar RM 5 ke RM 20. Salah ke kalau rakyat mahu jimat? Mungkin perlu difikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini. Apakah bala yang sedang Malaysia lalui sekarang ini?