Skip to main content

DILEMA DI PERSIMPANGAN - TAHFIZ ATAU SAINS?

Katakan kita di persimpangan. Antara jalan ke kanan atau ke kiri yang patut kita ambil. Kita confuse dan serba salah. Pelbagai pertanyaan dan andaian timbul di benak fikiran apa yang bakal berlaku sekiranya kita ambil jalan tersebut. Kalau diambil jalan A, akan jadi bla bla bla... Kalau diambil jalan B pula akan bla bla bla. Masing-masing ada pro dan kontranya. Ada kurang dan ada lebihnya.

Sekarang ni aku mengajar di sebuah cawangan sekolah tahfiz. Sekolah ini cuma sampai di tingkatan empat sahaja dan untuk tingkatan lima, mereka diberi pilihan untuk menyambung di mana-mana sekolah pilihan mereka. Sekiranya mereka cukup syarat yang ditentukan oleh sekolah tahfiz induk, mereka dibenarkan untuk sambung ke sekolah tahfiz induk tersebut biar pun ianya tidak wajib dan mereka juga boleh memilih untuk ke mana-mana sekolah pilihan mereka sekiranya mereka mahu.

Apatah lagi bagi yang tidak cukup syarat-syarat yang ditetapkan oleh sekolah induk tersebut. Mereka bebas.

Katakanlah ada seorang pelajar. Dia berada dalam keadaan dilema dan confuse tahap 7 bima sakti. Dia mahu ambil aliran sains tetapi di sekolah tahfiz induk tersebut, dia hampir pasti tidak dapat mengikutinya kerana keputusan akademiknya tidak berapa membenarkannya. Begitu juga sekiranya dia ingin mengambil perakaunan, dia tidak membuat kerja kursus semasa dia berada di tingkatan empat kerana dia berada di kelas yang kedua yang mengikut perkiraan, dia tidak sempat mengikuti flow pengajian. Jadi, dia hanya dapat mengambil aliran ekonomi yang mungkin bagi generasi Y sekarang, ianya suatu aliran yang paling longkang. Low class.

Sekiranya dia ingin pergi ke sekolah satu lagi. Sekolah yang boleh dikatakan agak high class dengan pelajarnya mencecah ribuan dan juga sudah mencipta rekod dan nama bahawa ramai pelajar yang cemerlang lahir daripada sekolah tersebut. Tetapi sayangnya, sekolah itu tiada sistem tahfiz, tiada kelas tahfiz dan sekolah itu merupakan sekolah harian dan bukannya berasrama sepenuh masa. Dia boleh ambil aliran sains jika mahu, dia boleh ambil subjek addmath jika mahu, dia boleh ambil prinsip perakaunan jika mahu, tetapi, apa yang pastinya, dia kemungkinan akan meninggalkan Al-Quran 30 juz yang dihafalnya disebabkan tiada sistem tahfiz dalam sekolah tersebut.

Mungkin dia dapat meyakinkan diri sendiri dengan mengatakan pada dirinya yang penjagaan Al-Quran itu sebenarnya atas individu. Sekiranya dia pandai mencuri masa untuk mengulang, pandai membahagikan masa antara masa untuk menelaah akademik dan masa untuk murajaah Al-Quran, pasti tidak akan timbul masalah tiada masa dengan Al-Quran. Pasti tidak akan timbul persoalan sempat ke tidak untuk dia menjaga Al-Quran sekiranya memasuki sekolah yang padanya tiada sistem tahfiz. Itu semua terpulang pada diri masing-masing.

Ya. Memang betul. Pelajar itu perlu mengukur kemampuannya dan keupayaannya. Dia sendiri yang tahu di mana kekuatan dan kelemahannya. Di mana kekuatan dalamannya atau pun keazamannya dalam menjaga hafalan Al-Quran? Sekiranya berada di tahap tertinggi, sudah tiada masalah. Sekiranya lancar tanpa tergagap-gagap hafalan Al-Qurannya, sudah pasti tiada apa yang hendak dipertikaikan. Al-Quran padanya sudah cair (istilah orang-orang hafiz).

Apa yang dirisaukan cuma hilangnya Al-Quran di dalam dada. Apa yang ditakuti adalah sia-sia sahaja apa yang dihafal selama 4 tahun. Hafal Al-Quran bukan seperti hafal mantera semerah padi. Hafal Al-Quran adalah menghafal mukjizat dan menghafalnya adalah suatu pahala yang besar dan juga suatu amanah yang besar juga untuk menjaganya. Itu belum cerita bab mengamalkannya. Tidakkah Allah ada berfirman yang sekiranya Al-Quran itu diturunkan kepada bukit, nescaya bukit itu tunduk dan hancur berkecai kerana takutkannya?

Apakah kita tidak takut? Tidakkah juga Allah berfirman yang bahawasanya Allah lah yang menurunkan Al-Quran dan Dia sendiri akan menjaganya? Adakah kita lupa, selama mana kita menjaga Al-Quran, selama itu Allah akan menjaga kita? Lupakah kita? Masa untuk kita membuat penilaian dan keputusan selama mana belum lagi sampainya deadline. Keputusan berada di tangan kita. Fikir dan bincang dan mesyuarat apa yang terbaik bagi diri kita. Fikir untuk 20 dan 30 tahun yang akan mendatang.

Bukan untuk mempertikaikan sekolah harian atau pun sekolah aliran sains dan seumpamanya. Bukan sama sekali. Bukan juga untuk menghalang mengambil aliran sains, dan bukan juga untuk menggalakkan para pelajar untuk pergi ke sekolah aliran tahfiz. Hanya sekadar membuka kotak pemikiran. Ingat, keputusan adalah apa yang anda sendiri putuskan. Bukan orang lain. Ini adalah kehidupan anda, bukan kehidupan orang lain.

Sekiranya ketika berada di sekolah yang padanya ada sistem tahfiz pun kita masih liat untuk mengulang Al-Quran, kita sudah dapat fikirkan, dapat bayangkan, liat jenis manakah yang akan berkembang-biak sekiranya tiada sistem tahfiz di sekolah tersebut. Belum lagi dihuraikan bab pergaulan dan jenis-jenis kawan yang kita akan dapat. Cerminan diri kita adalah kawan kita. Jangan lupa yang itu.

Sekiranya tiada mujahadah, tiada kesungguhan untuk menjaga Al-Quran dalam suatu suasana yang tiada sistem tahfiz, bersediakah untuk anda kehilangan Al-Quran anda? Sanggupkah untuk tukar semua yang bersifat keduniaan itu dengan Al-Quran? Al-Quran, sekiranya sudah luput dari dada adalah seumpama unta yang sudah terlepas tali ikatannya. Hilang merayau di padang pasir berkurun lamanya. Antara dapat atau tidak untuk anda mendapatkannya kembali.


Comments

  1. Salam

    Ooo adik Haji HJ dah mengajar ye. Tahniah. Sekolah ni ank2 besar ye.. Kat maahad yg kaklong antar ank g kem cuti sek tu tgk ada yg kecik smpi yg besar budak2 sepenuh masa kat situ. Takda integrasi pun situ.. Baik2 ank2 tu. suka tgk ,untung mak ayah mereka ada ank yg penuh kalimah Allah di dada.

    Betul kata HJ, bukan mudah.. Kata adik ad, seawal 4.30 pagi dh bgn menghafal dan solat2 sunat.

    Tgk sek tahfiz yg kami hantar kakak dia pula mula 5.30 pg. lain pula caranya. Dh nk subuh baru bgn. Lain tempat lain cara agaknya . Atau tempat si kakak tu dia tak ajar sama mcm ank2 tahfiz sepenuh masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain tempat, lain pengurusannya. Tak semua pusat tahfiz tu sama, kena tengok module dan aplikasi dalam pengurusannya. Module mantap + management terurus = InsyaAllah terbaik.

      :)

      Delete
  2. Akak ada anak sedara yg sjk kecik pintar, result sentiasa cemerlang termasuk lah straight A masa SPM. Lps SPM..ada dilemma antara masuk U & masuk tahfiz. Akhirnya..dia pilih tahfiz. Mmg tak mohon U pun. Walaupun akak rasa mcm syg jugak..tp dlm masa yg sama akak akui dia dah pilih yg terbaik sbnrnya.

    ReplyDelete
  3. dik. tolong akak. akak nak masukkan Fateh Uwais sekolah tahfiz. akak rasa nak masukkan uwais masa dia umur 5 tahun nanti. tahun ni dia tiga tahun. pleaseeee explain akak pape yg patut akak prepare sebelum nak masukkan dia tu. nebessssssss huuuuu akak ko ni biasa lah kan.

    buatlah satu entry khas untuk akak ke hahahahaha. ikut la mana yang ko rasa patut. pm akak kt fb ke :D pastu kan tlong akak, cadangkan sekolah tahfiz yang ok area kedah ni haaa. alor setar kalau boleh. akak tak nak letak dia kat asrama sebelum dia boleh fikir mana baik buruk. akak still nak pantau dia lagi. berhantar berambik hari2 tak kira lah pkul berapa nak hantar nak ambik pun.

    Yang Ikhlas,
    akak ko :p

    ReplyDelete
  4. owhh HJ mengajar kat skolah tahfiz ye. moga dipermudahkan segala urusan mengajar.
    hermm tu lah betul jugak tentang 'pemilihan' tu. byk sgt KEDUNIAAN skg ni.
    moga adik2 yg skolah tahfiz ni menjadi hafiz/hafizah yang istiqamah. aminnnnn :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-