MIMBAR JUMAAT 21 OGOS 2015

Leave a Comment


Nampaknya slot mimbar Jumaat berehat untuk beberapa seketika. Blog sepi dari sebarang entry. Pada Jumaat penghulu hari ini, entry Mimbar Jumaat kembali menjengah. Ada apa dengan Mimbar Jumaat hari ini? Ada apa ye..? Hmm.. Lain orang, lain kandungan Mimbar Jumaat yang mereka dapat.

Mimbar Jumaat di Masjid Kubang Sepat, Pasir Mas hari ini membicarakan tentang bulan Haji. Sesuai dengan isu semasa yang seputar tentang dunia umat Islam yang mana musim sekarang adalah musim Jemaah Haji berdondong untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang ke… Ke berapa eh? Rukun Islam yang kelima kan? Jemaah haji di Malaysia yang pertama rasanya dah bertolak pergi kan? Kalau pergi awal, mungkin jemaah akan singgah di Madinah terlebih dahulu, selepas itu baru mereka akan pergi ke Mekah.

Tok Khatib berbicara tentang pahala orang yang menunaikan haji. Bagi sesiapa yang menunaikan haji yang mabrur, maka baginya adalah syurga daripada Allah Taala. Tok Khatib juga mengingatkan yang berapa ramai yang sudah mendapat peluang untuk pergi ke Mekah, tetapi masih tidak lagi diberikan peluang untuk menunaikan ibadat haji. Mungkin ianya cubaan dan juga dugaan daripada Allah Taala.

Jadi, jangan putus harapan untuk menagih doa kepada Allah Taala agar dikurniakan rezeki untuk menjadi tetamuNya di hadapan rumahNya iaitu Kaabah. Tidak inginkah kita semua menjadi tetamu Allah? Jika kita menjadi tetamu manusia pun, layanan kita yang dapat sudah bukan kemain istimewa, apatah lagi jika kita menjadi tetamu Allah. Raja untuk sekalian makhluk. Dapatkah bayangan layanan maha istimewa yang kita terima daripada Allah diimaginasikan dalam kotak fikiran kita?


Pengalaman haji di Mekah amat besar. Ada beribu hikmah dan pelajaran yang kita boleh ambil dari perjalanan haji kita. Sedari kita dari Malaysia sehinggalah kita menjejak kaki di Arab Saudi. Kita boleh tengok, fikir dan nilai dengan akal pengajaran dan pelajaran yang kita dapat. Banyak. Falsafah haji itu begitu banyak untuk dirungkaikan. Jangan lupa untuk selalu selitkan doa agar kita berpeluang menjadi tetamuNya. Tidak tahun depan, mungkin tahun depan lagi. Tidak juga? Mungkin 10 tahun lagi. Rezeki kita, semuanya sudah dicatat dengan kemas dan teratur.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 komen:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia