Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

JADIKAN PAPARAN FACEBOOK DI CHROME LEBIH MENARIK, RINGAN DAN LAJU

Contoh paparan FB menggunakan extension Facebook Flat Ada sesiapa yang pakai chrome sebagai browser untuk surf internet. Bagi aku, setakat ni, browser Chrome tak pernah mengecewakan cumanya ia memakan banyak sedikit memori kalau bukak lama - lama. Rasanya semua browser macam tu. Jadi, kalau sesiapa yang pakai laptop atau pc yang ram dia 4GB ke atas memang tak rasa sangat lah kalau guna Chrome lama-lama. Kalau tak pun dia akan crash je. Haha. Untuk yang selalu surf Facebook di Chrome, aku nak kongsi satu extension yang menarik. Extension yang kalau kita install di Chrome, paparan Facebook kita akan nampak lebih menarik dan tidak berserabut dengan pelbagai iklan yang menyakitkan mata yang memandang. Mana tahu kan, korang tak nak tengok iklan-iklan yang menggiurkan hati sehingga korang terpaksan menghabiskan duit dengan shopping online.  Extension ni namanya Facebook Flat dan korang boleh je search dekat Chrome Webster. Lepas tu klik add to chrome. Laptop aku ada problem na

MIMBAR JUMAAT 21 OGOS 2015

Nampaknya slot mimbar Jumaat berehat untuk beberapa seketika. Blog sepi dari sebarang entry. Pada Jumaat penghulu hari ini, entry Mimbar Jumaat kembali menjengah. Ada apa dengan Mimbar Jumaat hari ini? Ada apa ye..? Hmm.. Lain orang, lain kandungan Mimbar Jumaat yang mereka dapat. Mimbar Jumaat di Masjid Kubang Sepat, Pasir Mas hari ini membicarakan tentang bulan Haji. Sesuai dengan isu semasa yang seputar tentang dunia umat Islam yang mana musim sekarang adalah musim Jemaah Haji berdondong untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang ke… Ke berapa eh? Rukun Islam yang kelima kan? Jemaah haji di Malaysia yang pertama rasanya dah bertolak pergi kan? Kalau pergi awal, mungkin jemaah akan singgah di Madinah terlebih dahulu, selepas itu baru mereka akan pergi ke Mekah. Tok Khatib berbicara tentang pahala orang yang menunaikan haji. Bagi sesiapa yang menunaikan haji yang mabrur, maka baginya adalah syurga daripada Allah Taala. Tok Khatib ju

MIMBAR JUMAAT 31 JULAI 2015

DISCLAIMER : Siri Mimbar Jumaat adalah entry yang hanya fokus kepada intipati khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib pada setiap hari Jumaat, sebelum solat Jumaat didirikan. Bukan nak bagitau aku ni pergi solat Jumaat ke tidak. Lain tempat, lain isi khutbahnya kan? So, ini sebagai peringatan kepada aku sendiri yang kadang kala selepas solat Jumaat je terus lupa apa yang Tok Khatib pesan atas mimbar tadi. Mimbar Jumaat semalam, tok khatib memfokuskan kepada adab dalam menggunakan media sosial. Seiring dengan kemajuan teknologi, nampaknya adab insan dalam menggunakan teknologi juga semakin advance. Makin liar dan tidak terkawal. Sedangkan, sepatutnya kita yang menggunakan teknologi atau pun sains itu untuk kebaikan kita, bukannya kita yang dimanipulasi oleh mereka. Isi penting atau pun adab - adab yang penting ketika menggunakan media sosial boleh lah disimpulkan seperti berikut:- 1) Jangan gunakan media sosial untuk menyebarkan fitnah. Manusia memang tidak lepas dar