Nak Pegang Ubun - ubun Isteri

3 comments

Sekarang ni, trend yang tengah top adalah populariti dan ketarikan terhadap sesuatu untuk menarik perhatian orang ramai hatta dalam perkahwinan sekali pun sehingga kita lupa terhadap batas - batas yang telah digariskan oleh syarak. Kita suka kalau majlis kita kahwin tu, cara dia grand sikit, lain dari yang lain sikit. Ada kelainan, boleh jadi akan ada populariti kan? Jadi tumpuan kan? Viral...

Boleh tengok, sejak bila trend pegang ubun - ubun isteri ini menjadi trend dalam majlis perkahwinan. Siap diambil gambar lagi, siap fotographer arahkan lagi bila kena pegang, bila boleh mula 'upacara' pegang ubun - ubun isteri di khalayak ramai. Benda yang telah digariskan oleh syarak supaya dilakukan ketika tengah berduaan, kenapa nak dijadikan tontonan awam? 

Ini hanyalah contoh. Satu lontaran soalan. Zaman sekarang adalah zaman untuk anak - anak muda seperti dan pada zaman ini adalah zaman yang penuh dengan pembaharuan. Ada saja benda - benda yang baru dalam sesuatu perkara. Dan tak semestinya benda yang baru itu adalah benda yang pasti membawa kebaikan. Pada zaman aku kecil, mungkin tak pernah nampak aksi - aksi yang sebegini. Lambakan teknologi dalam multimedia memungkinkan sesuatu yang tak dijangka oleh imaginasi.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. baru tahu pasal ni.. ramai buat selepas akad nikah tu. hurm..

    ReplyDelete
  2. btw selamat hari raya buat hafizin dan keluarga :)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia