Wanita Tidak Boleh Solat Zohor Pada Hari Jumaat?

3 comments
Aku ada terdengar satu perbualan. Isi perbualan yang separa ilmiah kira aku. Dalam perbualan tersebut, aku tertarik dengan satu topik. Katanya, wanita tak boleh solat zohor pada hari Jumaat selagi Pak Imam belum habis berkhutbah dan selesai solat Jumaat di masjid. "Tidak sah!!" Aku sedikit kehairanan kerana benda ini seolah baru bagi aku. Benda baru yang asing bagi aku. Tak pernah lagi aku dengar benda yang sedemikian rupa.

Rasa keinginan untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai perkara tersebut terbit dengan membuak dalam dada aku. Digapai handphone dan terus menggunakan syeikh Google. Ditaipnya dalam bahasa arab mengenai permasalahan tersebut dan terus aku terjumpa satu website yang dikumpulnya fatwa - fatwa dalam dunia Islam. Baik dalam bab ibadah mahupun muamalah. Website yang semuanya dalam Bahasa Arab. Satu website bukan kepunyaan orang Melayu,

Mengikut kefahaman aku dalam artiker tersebut, ternyata fatwa itu sama sekali tidak menyokong pendapat yang mengatakan wanita perlu solat Zohor selepas Imam habis khutbah dan solat Jumaat di masjid. Ulasannya lagi, wanita tidak diwajibkan solat Jumaat seperti lelaki dan secara automatiknya tidak wajib untuk wanita pergi ke masjid mendengar khutbah dan solat Jumaat seperti kaum lelaki. Tambahan lagi, syarat wajib solat zohor adalah bilamana tergelincirnya matahari ke arah barat tanpa dengan apa - apa syarat tambahan untuk sah menunaikan fardu Zohor.

Jelas sedikit bagi aku akan hal perkara ini. Benda ini mungkin nampak remeh. Tapi, orang - orang kebiasaan tidak terkecuali untuk menanyakan hal pelik yang sebegini. Tambah - tambah pula ada yang sesuka hati berfatwa tanpa merujuk sumber - sumber yang dipercayai dalam Islam. Bilamana kita terdengar atau mendengar sesuatu yang bagi kita agak asing dan baru, rujuk dahulu dengan sumber yang boleh dipercayai. Tanya dulu orang - orang yang punyai ilmu dan kepakaran dalam bidang tersebut.

Walaupun kita tak rujuk terus melalui kitab - kitab ilmiah mahupun bersemuka dengan para ulama', kurangnya kita merujuk rujukan yang ditulis oleh orang yang berautoriti dan punyai pengiktirafan untuk mempercayai tulisannya. Post aku macam serius pula bunyinya. Haha. Apa pun, kaji dan selidik dahulu. Baru sebar. Okay? Hee.

**Sekarang ni banyak benda baru yang pelik kita dengar dalam usaha menambahkan pahala. Hati -hat...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. kalau tak celik ilmu, tak pandai nak buka mulut bertanya, mesti ada juga yang terima bulat-bulat kan?

    Jemput lawat blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. haaaa akak pernah dengan isu ni. lama dah akak dengar. tapi tak ikut pun sebab ikut syaratnya kita kena awalkan solat bukan melewat2kan. kan? tapi tula masa tu akak cuma tau yg tu jela. masa tu tak reti lagi nk google fatwa ni hihihihi

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia