Salah ke Selfie Atas Pentas?

5 comments
Gambar dari Ohmedia.my


Ada tengok tak berita tentang pelajar yang kena gantung statusnya sebagai pelajar di Uitm. Sudah jadi viral dekat laman sosial. Tengok ke tidak? Mungkin boleh dijadikan viral tu sebab ianya ada kaitan dengan trend zaman sekarang. Trend selfie. Macam - macam isu kat Malaysia sejak masuk bertebarannya generasi Y ni. Haha..

Ringkasnya, pelajar jurusan diploma dalam bidang fotografi tu digantung kerana aksinya merakamkan gambar selfie semasa di atas pentas untuk menerima scroll pada majlis konvokesyen. Mungkin rasa sangat teruja dan ghairah, tu yang dia terus keluarkan handphone dan snap gambar dengan gaya selfie. Dia sengih sampai cuping telinga dalam gambar tu. Almaklum la... berbaloi dengan penat lelah selama bergelar pelajar diploma. Tapi, caunsellor kat sebelah dia dalam gambar tu nampak serius je. Haha. Spoil betul.

Bagi aku, pihak Uitm mungkin mengambil serius dalam hal ini. Perbuatannya seolah nampak tidak beradap dan tiada tatasusila. Biadap dengan orang tua yang bersamanya di atas pentas. Boleh terima ke alasan yang macam tu?? Sedia maklum la kan, yang orang Melayu ni amat menitikberatkan bab adab dan protokol biarpun hakikatnya adab Islam tu tak berapa nak jaga sangat.

Mungkin juga bagi pelajar tersebut, dia kosong tentang makluman yang tepat dan tidak jelas apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat semasa program konvokesyen tersebut. Lagipun, trending selfie sekarang ini sudah semakin mendapat tempat dalam rakyat Malaysia. Sekeping gambar selfie ketika konvokesyen di atas pentas mungkin tiada salahnya kan?? Haha. Bukan nak menyokong ye..

Selepas itu, ada pula beberapa ketul rakyat Malaysia yang memuatnaik gambar acara konvokesyen mereka semasa berada di universiti luar negara. Siap joget dan siap selfie dengan pelbagai aksi semasa majlis tersebut. Mereka cuba membandingkan dua majlis yang sama pada dua tempat yang berbeza. Bagi aku, cara bandingan mereka itu tidak berapa nak tepat. Seolahnya mereka ingin mengatakan yang apa yang orang Eropah ataupun mat salleh ni betul dalam semua perkara. Seolah ingin menceduk budaya diorang masuk ke dalam budaya orang Melayu kita. Ingin dilenyapkan adab ketimuran secara perlahan - lahan. Mungkin juga tanpa tuannya sendiri tidak sedar.

** Isu ini perlu diperhalusi. Pemikiran orang muda dengan orang tua tidak sama. Alirannya mengeluarkan keputusan yang berlainan konsepnya. Menilai siapa yang lebih matang dan lebih berpengalaman. Apa yang penting, bukan scroll diploma, ijazah, sarjana sahaja yang kita mahu. Akhlak dan adab juga adalah perkara yang kita mahu.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. pasal isu menceduk budaya luar tu, aku setuju. dan itu adalah satu perbandingan yang tak wajar.

    apa pun, aku suka cara mamat ni sebab dia ni seolah ada jiwa rebel sikit. berani menerajang arus. berapa kerat pelajar kita yang ada `telur' macam dia ni? tak ramai sebab masing2 kalau nak katakan TIDAK pada beberapa undang2 atau protokol bodoh di universiti pun terlalu kecut.

    aku rasa, mamat ni memang dah bersedia. sedia dijadikan bahan troll di alam maya atau sedia diambil tindakan kononnya melanggar protokol istiadat majlis.

    pergh, kira legend la dia ni! hahaha...

    ReplyDelete
  2. Satu perkara sebelum masuk konvo uitm memang adakan rehearsal. Mana yang boleh dan tak boleh lakukan masa kat pentas konvo tu dijelaskan semua semasa rehearsal. Tak mustahil juga budak ni tak pg rehearsal atau pun dia memang sengaja plan dari awal...

    Bila tengok muka chancellor kesian tengok muka terkejut sangat... dengan perubahan zaman teknologi canggih yang mengusai idup seharian tak mustahil apa2 berlaku dengan cepat dan pantas... Etika dan disiplin tidak boleh dipandang ringan kerana di sini bermulanya nilai diri sebagai umat Muhammad... ketipisan akhlak, nilai, disiplin diri banyak perkara pecah amanah berlaku di luar sana... rasuah berleluasa tanpa malu dan segan...

    ReplyDelete
  3. kalau islam pun ada adab menghormati majlis kan dik? macam menghormati orang sakit masa menziarah orang sakit. betul kan kalau akak silap ek..

    bagi akak. ini bagi akak lah. tak patut lah tindakan dia ni. kan majlis formal. bawak nama sendiri dan nama islam lagi tu. kan dah tercalar tercemar huuuu

    ReplyDelete
  4. majlis formal kot... xsetuju dengan perbuatan die ni...

    ReplyDelete
  5. Tak beradab. Tu jelah yg kaklong blh cakap

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia