Skip to main content

Rohingya, Apa Nasibmu di Dunia Ini Kelak?

15 Mei 2015 menyaksikan satu lagi tragedi yang boleh dipertikaikan tentang nilai kemanusian bagi  tiga buah negara. Malaysia, Thailand dan juga Indonesia. Berita Reuters melaporkan yang sebuah kapal yang memuatkan kira – kira 400 orang pelarian Rohingnya berlayar tanpa arah di Teluk Andaman dan ketiga – tiga negara ini nampaknya tidak mahu menerima kedatangan mereka. Mereka tidak dibenarkan memasuki perairan negara masing – masing.  Apa yang menyedihkan lagi, Indonesia dan Malaysia merupakan negara yang majoritinya adalah Islam dan merupakan saudara seagama dengan pelarian Rohingnya tersebut.

Rohingnya sudah hilang arah dan sudah tiada tempat untuk dituju. Di tanahnya sendiri pun sudah diusir oleh pelampau Buddha dan tentera Burma. Kehormatan, harta dan hak mereka dirobek dengan rakus oleh pelampau agama. Bukan setakat diusir, malahan sudah beribu – ribu saudara seIslam kita dibunuh disana. Di manakah sensitiviti kita bila mana saudara – saudara kita diperlakukan dengan sedemikian rupa? Deria sensitif kita sudah lumpuh? Mungkin tiada ibu, kakak, adik dan keluarga kita di sana. Mungkin definisi ‘saudara’ itu hanya setakat pertalian darah sahaja. Tiada istilah pertalian saudara sesama agama dan Islam. Pertalian saudara yang memegang satu akidah yang sama dengan bertuhankan Allah Yang Satu dan Rasulullah sebagai utusanNya. Kita kurang kesedaran tentang definisi itu dalam kehidupan kita.

Tapi, apa yang menghairankan aku, bilamana kita berbicara tentang nasib umat Islam di Palestin mahupun di Syria, kita lebih lantang dan terkehadapan. Banyak badan – badan NGO ditubuhkan untuk membantu mereka di sana. Bukan aku nak pertikaikan usaha mereka dalam memberikan bantuan dan bukan bermaksud nak merendah – rendahkan usaha mereka. Cumanya, aku sedikit kehairanan. Seolahnya  kaum Rohingnya ini disisihkan. Didiskriminasikan oleh saudara seagama sendiri. Mungkinkah atas sebab faktor warna kulit dan juga paras rupa? Mungkinkah juga Islam mereka tak sekuat umat Islam di Palestin dan Syria? Mungkinkah juga bala dan musibah yang ditimpa mereka hanya biasa -  biasa sahaja dan tidak memerlukan pertolongan yang berlebihan? Kalau tidak, mana mungkin Malaysia pun mengusir mereka daripada memasuki perairan.

Tulisan ini hanya suara kecil hati aku. Ada kehairanan yang ingin disuarakan. Suara kecil rakyat marhaen ini siapa yang mahu mendengarnya? Mungkin tulisan aku ada silapnya. Maaf dipinta, ampun dipohon sekiranya ada salah dan silap. Apa yang salah kita sama – sama betulkan. Kan?

P/S : Kita susah nak sedarkan diri sendiri selagi mana ianya tidak menimpa atas tubuh badan kita sendiri.



Comments

  1. kesiannya dekat dorang kan. klu kita kat tempat dorang macam mana lah pulak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google