Skip to main content

Ditipu Maslan Lagi

Selamat Hari Buruh untuk para pekerja di Malaysia. Genap juga sebulan pelaksanaan GST 6% oleh kerajaan Malaysia. Sudah berapa juta, berapa billion hasil GST yang berjaya dikutip? Sudah berapa banyak barang - barang yang turun seperti yang didakwa oleh para menteri yang dapat meringankan beban marhaen? Sebulan pelasanaannya, semuanya boleh dinilai oleh jiwa dan raga. Secara amnya, mental dan fizikal sememangnya terkesan oleh kesan GST ini. Stress jiwa, penat raga.

Kalau awal - awal April hari tu, rakyat naik bengang disebakan harga isian prepaid naik sebanyak 60 sen untuk setiap isian yang bernilai RM 10. Maka, datanglah hero malaya, Pak Menteri Kewangan Ahmad Maslan untuk menjernihan keadaan. Kononnya untuk menenangkan suasana. Katanya, dia akan bermesyuarat dengan syarikat - syarikat telco ini dan hasilnya, syarikat telco meminta masa sebulan untuk mengkajinya dan harga prepaid akan kembali seperti asal pada awal bulan Mei.

Asalnya dia sendiri kecoh di twitter menerangkan yang harga prepaid tidak akan naik apabila GST dilaksanakan. Kononnya sedang memberi pendidikan GST kepada rakyat melalui akaun twitter. Katanya, GST akan menggantikan SST dan harganya kalau ikut logik, tidak akan naik. Tapi, tergamaknya semua syarikat telco di Malaysia ni menaikkan harga prepaid dan membuatkan Ahmad Maslan terkontang - kanting mencari jawapan untuk menutup kenyataan awalnya itu.

Pagi semalam Ahmad Maslan yakin yang harga prepaid akan kembali seperti asal. Tup - tup, pada petangnya SKMM mengeluarkan kenyataan yang harga prepaid untuk turun harga tu tak jadi pula. Tergantung. Kajian belum habis lagi dan tidak dapat hasil lagi daripada kajian tersebut. Habis? Macam mana Maslan nak jawab dengan rakyat? Sekarang ni rakyat tengok sketsa Ahmad Maslan dan Ahmad Maslan dengan trending CGPA 3.85 seolah - olah menjadi viral dan bahan troll di laman - laman media.

Sekarang ni, rakyat dah bijak wahai Pak Menteri. Gaji menteri yang banyak tak menjamin kebijaksaanaan para pemimpin. Tengok sahaja Tun Mahathir. Dia pun bukannya bijak sangat bila Ahmad Maslan kata yang Tun Mahathir sendiri pun belum jelas lagi pasal GST. Mufti Perlis Dr. Asri pun terkecuali juga daripada memahami dengan baik apa itu sistem GST yang dilaksanakan di Malaysia. Hanya Ahmad Maslan yang ada pengetahuan yang penuh tentang GST.

Comments

  1. "jadi menteri tak semestinya otak pandai",,,, hehe..... kat universiti sekarang ni dh ramai pelapis pak/mak menteri sama buat PhD nak menunjukkan klu mereka dpt jd menteri penuh kebijasanaan mereka terserlah dgn pangkat lulus di sijil.... huhu... sedangkan ada menteri yg dh ada PhD, bila viva siap bawa assistant... apa kes.... lepas juga, kalau tak lepas universiti yg kena saman.... power is everything.... sekali kena hentam masa msa viva habis keturunan si penghentam kena gum...

    ReplyDelete
  2. sengan syarikat telco besar besar ni bila x dengar cakap kerajaan, tak berani pulak kerajaan nak ambil tindakan kan... asyik ajak berunding macam kes service charges hotel gak.... sementara nak tunggu diorg settle berunding tu, dah berjuta juta Duit hasil GST diorg dapat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-