Dipotong 15 dan Dihumban ke Dalam Mangkuk Tandas, Apa Salah Saya Ibu?

4 comments

Allahuakbar. Terkejut bila tengok tajuk akhbar hari ini. Manusia sudah kembali ke zaman jahiliyah dah agaknya. Bahkan mungkin lebih teruk dari zaman umat yang terdahulu. Bayangkan bayi tanpa dosa dibunuh dan dibuang ke dalam mangkuk tandas. Tak cukup dengan bunuh, siap dipotong – potong lagi. Macam mak – mak potong tembikai dah. Tak ada perasaan ke manusia zaman sekarang ini? Makin maju manusia dengan teknologi, makin jauh dan hilang sifat kemanusiaan dalam diri mereka.

Kita renung balik zaman umat yang terdahulu. Kalau zaman Nabi Musa, bayi lelaki akan dibunuh tanpa banyak soal. Zaman jahiliyah sebelum Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi Rasulullah, bayi perempuan ditanam hidup – hidup. Zaman sekarang, bayi tanpa mengira status jantina dibunuh tanpa perasaan. Bahkan manusia lebih jahat sehingga tergamak memotong – motong bayi tersebut dan disumbat di dalam tempat yang hina di muka dunia ini. Lubang jamban!

Taraf najiskah seorang bayi yang tidak berdosa sehingga perlu dihumbannya ke dalam mangkuk tandas? Hakikatnya beginilah realiti yang Malaysia sedang laluinya sekarang. Masalah sosial yang sudah menjadi begitu bebas dan sukar untuk dibendung lagi. Tapi yang hairannya, pihak berwajib seringkali mewar – warkan yang kadar jenayah dan masalah sosial di negara kita semakin menurun dari tahun ke tahun. Hairan bin ajaib sungguh kan? Mungkin betul juga. Kadar jenayah semakin turun, tapi level jenayah yang dilakukan semakin ngeri dan kejam.

Tak tahu apa yang sebenarnya si pelaku yang melakukan perkara ini ini mahu. Kalau tak mahu anak tersebut, jangan bunuh. Bagi je dekat sesiapa. Buat macam filem dan drama Melayu. Tinggalkan bayi tersebut di hadapan rumah – rumah jiran. Rumah tok imam lagi baik kan? Hehe. Perbuatan ibu tersebut memang aku tak dapat nak menerimanya dengan akal yang waras. Hanya yang gila, ataupun sejenis binatang yang belum dikenal pasti spesisnya lagi sahaja yang sanggup melakukan perkara yang sedemikian rupa. Terkutuk. Kejam.


P/S: Sedang kita bersungguh mengambil berat tentang saudara Rohingnya, sesungguhnya berita ini memang mengecewakan kita.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. Zalim.....tak boleh nak komen apa2 lagi..bila anak adam sudah hilang pertimbangan,,,bila nafsu mengatasi iman..semoga Allah lindungi anak syurga ini...

    Nak free vitamin tak?
    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

    ReplyDelete
  2. xtau nak ckp ape bile tgok berite ni..klau takut...xnak baby tu..tolong tinggalkan depan pintu rumah orang..atleast baby tu hidup...manusia klau terdesak buat ape pun sanggup...sedih tgok

    ReplyDelete
  3. Kaklong x baca pun. Tak mampu baca dan tak mampu nk bygkan bahagian mana yg dikerat2 smpi jd 15

    ReplyDelete
  4. tak boleh nk baca seriau nk tgk sedih kisah nie... sedih dgn situasi yg sgt membimbangkan.... 10 thn akan dth xtau macamana...

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia