Hudud Kembali Panas di Malaysia

2 comments
Pentas politik Malaysia semakin panas. Makin berganjak hari dan tahun,  makin terasa kepanasannya. Ada saja isu - isu baru yang akan ditimbulkan. Permainan politik tidak pernah selesai. Masing - masing ingin menunjukkan siapa yang juara, masing - masing ada ego yang tak nak tunduk kepada pihak lawan. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Terbaru, pentas politik Malaysia hangat dengan isu hudud. Suatu isu yang pernah hangat pada suatu ketika dahulu, sejuk seketika, hangat - hangat kepanasan, suam - suam kuku dan tahun 2015 kembali menggelegak minda dan jiwa seluruh rakyat Malaysia.

VIDEO KONTROVERSI

Kepanasan isu hudud ternyata terserlah dengan timbulnya satu video yang boleh diertikan sebagai satu video yang bersifat provokasi. Video hangat tu telah menjadi viral di laman sosial facebook yang memaparkan seorang wanita mempersoalkan tentang penutupan aurat dan isi utama video itu adalah untuk mempersoalakan kerelevan hukum hudud yang diusahakan oleh kerajaan Kelantan untuk dilaksanakan di negeri tersebut.

Mana - mana pihak yang mengeluarkan video terbabit bagi aku sangat tidak profesional dan ternyata terselit sedikit kebodohan dan kebangangannya dengan menerbitkan video tersebut. Rakyat boleh menilai sendiri dengan tahap pendidikan negara kita yang boleh dibanggakan menurut kenyataan Menteri Pendikan. Rakyat kita sudah begitu cerdik untuk menilai perkara - perkara yang sebegitu. Di awal video lagi kelihatan pelakonnya mempersendakan perintah menutup aurat seperti mana yang termaktub dalam Al - Quran dan juga Hadis Nabi s.a.w.

KECEWA

Bagi aku, orang hendak berbuat suatu kebaikan, tak perlu nak dihalang. Kalau sampai tahap tak setuju pun, cuma perlu berdiam diri, lepas tangan sahaja. Jahat sangat ke kita sampai nak halang orang lain nak buat kebaikan? Jahat la tu. Dah la tak nak buat baik, nak halang orang buat baik pula. Kalau tak dapat nak buat pahala, jangan sampai berbuat dosa pula. Sejujurnya aku kecewa bila orang Islam dan juga Melayu yang beriya dan bersemangat untuk tidak melihat tertegaknya hukum Allah ini di bumiNya. Benda baik, benda daripadaNya, insyaAllah natijahnya juga baik.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. akak baru tgk video tu semalam. cuma mampu mendoakan moga diberi hidayah pada dia dan mereka tu.

    tak paham jugak kenapa nak tolak sebab. hudud hanya untuk orang yang bersalah. ke sebab tau diri tu dah buat banyak salah yang menolak terus2an tu. hurmmm tepuk dada tanya iman kannn

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia