Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Tahun Baru Cina 2015

Tahun Baru Cina Mungkin ramai perantauan di kota raya mengambil peluang ini untuk bercuti di kampung halaman. Mungkin tak seramai yang balik pada Hari Raya Aidilfitri. Aku boleh rasa sebab bila aku tengok jalan - jalan utama di Kelantan semalam penuh dengan deretan kereta dengan pelbagai nombor pendaftaran dari pelbagai negeri. Benda ni senang nak perasan sebab malam - malam sebelum ni tak adalah macam ni. Keluar pergi beli burger tepi jalan pun kena makan jem juga. Haha. Kedai Tutup Kalau perasan, setiap kali Tahun Baru Cina mesti banyak kedai yang tutup. Bila Raya Cina, Melayu pula yang resah dan kesah bila Cina tutup kedai. Cina yang beraya, kita pula yang susah? Nak salahkan Cina ke? Salah mereka ke tutup kedai pada hari perayaan mereka? Siap ada yang marah - marah lagi bila Cina tutup kedai. Nak beli ubat nyamuk pun susah bila Cina tutup kedai. Bukan salah mereka. Salah kita. Salah Melayu. Haha. Boleh ke letak seratus peratus salah tu dekat bahu orang - orang Mela

Tok Guru, Pemergianmu Sukar Diganti

Satu Malaysia seakan bersedih dengan pemergian Tok Guru atau nama sebenarnya adalah Nik Aziz bin Nik Mat. Pemergiannya untuk mengadap Yang Maha Esa adalah suatu kehilangan besar buat umat manusia di Malaysia. Ibarat kehilangan suatu permata diantara permata yang paling 'rare' dalam dunia ini. Namun, apakan daya dan kudrat kita sebagai manusia untuk menahan daripada kematian itu berlaku. Hanya ada redha dan pasrah yang mengalir bersama titis air mata yang tumpah pabila mendengar berita perginya Tok Guru. REHAT Perjuangan yang diperjuangkan oleh Tok Guru sudah berakhir  dan yang tinggal hanyalah kita - kita yang masih hidup ini untuk meneruskan amanat dan juga apa yang diperjuangkan olehnya semasa dia masih bernyawa. Tok Guru sedang berehat, rehat setelah penat dan lelah dengan mehnah dan kerenah semasa dia hidup atas dunia ini. Rehat daripada permainan politik Malaysia yang saban hari semakin kotor dan busuk atas nama demokrasi. Perginya cuma sebentar dengan meninggalka

Februari 2015

Kita sudah berada dalam Februari 2015. Begitu cepat masa itu berlalu. Baru je rasanya up entry pada Januari hari tu. Tup tup, hari ni dah masuk Februari. Masa entry awal Januari, bukan main berkobar semangat untuk up entry paling kurang seminggu sekali. Tapi, tak mengapalah semua itu. Semangat itu sudah ada. Kekangan masa sejak menjadi pendidik yang tak bertauliah ni mungkin faktor utama untuk blog ni suci daripada tutupan debu - debu nipis. Haha TERIMA KASIH First, aku ada dapat give away daripada Cik Fafa dan juga satu lagi giveaway. Rezeki join giveaway. Tapi, yang tak sedapnya aku tak sempat nak reply emel Cik Fafa yang bertanyakan sama ada aku dah terima tak giveaway yang diposkan olehnya kepada aku. Sempat tengok aje Cik Fafa. Ndak sempat nak mereplynya. Kat sini aku nak minta maaf dekat Cik Fafa dan ingin mengucap terima kasih kepada sponsor give away yang lain ye. Tapi, semalam dah reply dah. Harap - harap Cik Fafa tak marah ye. PENDAM Banyak benda yang nak di