Skip to main content

Tahun Baru 2015 Tiada Makna

Berakhir tahun 2014 dengan tragedi yang menimpa negeri Kelantan. Negeri yang mana tempat kelahiran aku. Moga mangsa - mangsa tragedi banjir dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian. Tanda orang - orang yang beriman ialah apabila mereka diuji oleh Allah mereka mengucap "Inna Lillahi Wainna Ilai Roji'un.." Semuanya datang daripada Allah, jangan keji jangan cela apa yang hujan turun, apa yang air sungai melimpah. Insafi diri, cari hikmah, insyaAllah semuanya selamat.

So, cakap memang sedap kan? Sebab tak kena dekat diri sendiri. Boleh la cakap sabar, tabah, bawa bertenang. Kau tak rasa, tak tahula macam mana!!

Alhamdulillah, aku yang menetap di Kelantan adalah salah seorang daripada rakyat yang terselamat daripada tragedi banjir 2014. Walaupun ada dua tiga kampung sebelah yang ditimpa bencana ini, da terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir, namun kampung aku terselamat daripadanya. Betul, aku bukan mangsa banjir, dan aku tak tahu apa yang mereka rasa. Tapi, aku mencuba untuk selaminya.

Aku cuba untuk menghulurkan bantuan semampu yang boleh. Semalam aku mengikuti rakan - rakan aku untuk mengagih bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kuala Krai. Aku terpana. Melihat suasana yang begitu menyedihkan. Rumah banyak yang roboh, senget, tidak bertiang. Selut - selut merah masih lagi kebasahan. Kelihatan ramai kanak - kanak yang masih tidak lagi berbaju. Mungkin pakaianya masih lagi basah dan hanyir dengan bau lumpur.

Kemusnahan yang sempat disnap semasa perjalanan di K.Krai.



Apabila kenderaan kami berhenti di tepi jalan berhenti untuk mengagihkan makanan. Ramai yang datang berkerumun. Kanak - kanak yang paling kedepan sampai kepada kami. Riak mukanya jelas menunjukkan keadaan perut yang meminta untuk diisi. "Bang, maggi ada bang? Bagi la bang maggi. Satu pun jadi la.". Suara mereka menagih simpati dan bantuan yang dibawa oleh kami.

Tiangnya sudah tiada. Salah sebuah rumah yang dibawa arus deras air banjir.


Tahun baru 2015 seakan tidak bermakna buat mereka. Bagaimana dengan pakaian sekolah mereka? Bagaimana dengan duit simpanan untuk buat bayar yuran mereka? Bagaimana dengan pampers anak - anak kecil yang setiap masa perlu diatas dukugan ibu mereka? Semuanya beban dan masalah yang perlu difikirkan oleh ibu bapa mereka. Bila difikirkan sekiranya kita berada di tempat mereka, kita pun turut rasa yang kita tak mampu untuk memikul musibah ini. Tapi, semuanya adalah perancangan Allah. Siapa tahu?


===========

**Di kesempatan ini, nak mengucapkan terima kasih kepada kakak Hani Suryani pemilik blog Hazamie Souq atas hadiah GA yang selamat aku terima sejurus sebelum banjir hari itu.



Dan, terima kasih juga kepada kakak Deanna Momi, pemilik blog Kameq Deanna atas hadiah GA anjurannya. Dapat topup RM 10. Tahan la 2 minggu tu. Hehe.

Comments

  1. Mungkin ada hikmah atas apa yg trjadi.

    ReplyDelete
  2. kesian sgt akak tgk keadaan diorg.. mmg sedih..

    ReplyDelete
  3. sayu bila tengok keadaan yang menimpa mangsa banjir ni Pantai Timur ni...

    ReplyDelete
  4. sedih bila tgk rumah dihanyutkan air.. bertabah la mangsa banjir. pertolongan dr utara in shaa allah smpai dlm minggu ni. semoga brg2 yg didermakan slmt smpai

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum HJ....selamat tahun baru 2015...moga di tahun ini kita semua akan beroleh lebih keberkatannya...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google