Menyorok di Siang Hari

10 comments
2015. Selangkah manusia terjun ke arus kemajuan. Mengalir laju dalam sungai kemodenan. Sedangkan bumi yang semakin tua sudah semakin penat dengan kerenah dan tangan - tangan jahat yang merosakkan keindahan bumi itu sendiri. Tenat. Semakin maju ketamadunan manusia itu, semakin rendah nilai moral. Teori yang boleh dipakai? Tak boleh?

Sekarang adalah zaman yang semakin sukar dan mencabar untuk menyembunyikan perbuatan ikhlas. Ibarat menyorok di waktu siang. Menyorok di waktu siang? Ya, menyorok di waktu siang. Peluang untuk ikhlas kerana Tuhan itu amat tipis sekali. Takkan korang tak pernah main menyorok - nyorok masa waktu kecil dulu. Tak pernah? Opsss.. lupa. Orang dah tak main benda tu. Sekarang ni budak - budak pegang tab sambil main Clash of Clans je. 

Kalau korang pernah main, korang boleh faham la kenapa aku cakap macam tu. Senang je nak jumpa orang menyorok di waktu siang kalau nak berbanding dengan waktu malam. Apa kaitannya ikhlas dengan menyorok di waktu siang? Maksud yang aku nak sampaikan di sini adalah dengan teknologi zaman sekarang  khususnya media sosial menjadikan seseorang itu semakin terdedah dengan perbuatan riya'. Menunjuk - nunjuk. Mungkin mereka tidak sedar, ataupun tiada niat pun untuk riya' tetapi media sosial ni semacam duri halus yang menusuk daging kita. Kita tak perasan sakitnya bila dicucuk. Kan? Tetapi akan ada sekelumit rasa itu terbit dalam hati.

Cuba bayangkan, korang buat sesuatu kerja amal. Contohnya misi bantuan banjir kepada mangsa - mangsa banjir. Aci tak kalau aku cakap yang lebih 50 peratus akan snap gambar sedari awal perjalanan lagi sampailah kepada selesainya misi bantuan tersebut. So, dengan media sosial ni, korang buat apa kalau sign up tapi tak guna kan? Jadi, korang mesti upload gambar - gambar tu dalam twitter, instagram, facebook, dan juga group - group whatsapp. Dari situlah aku katakan yang akan terbit perasaan riya' walaupun sedikit. 

No offense, aku tulis ni pun berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin tak semua orang macam tu. Mungkin perasaan ini mereka boleh kawal tanpa melibatkan emosi yang berlebihan. Sejujurnya aku recall balik apa tujuan aku upload gambar tu dekat media sosial. Aku fikir sedalamnya apa perasaan aku ketika aku upload gambar - gambar yang semacam itu. Jujur dengan diri sendiri. Kalau sudah terlanjur, banyakkan isitghfar, betulkan balik niat. InsyaAllah semuanya akan baik. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

10 comments:

  1. 1.sokong la teori atas tu.. mmg betul..
    2.walaupun kita tak ada niat utk bangga diri,bila upload,orang akan cakap2 juga..itulah fitnah. jadi janganlah dekatkan diri kepada fitnah/bg peluang org buat cerita yang tak betul.
    3. fikir masak2 sblum upload..

    ReplyDelete
  2. kwn akak kena..

    org kelantan, blik kg n bg bantuan kt mangsa banjir..tp harusla xciter kt fb.. balik kl semula, pegi bercuti dgn suami n anak, update kt fb.. trus kena bash kata, "ingatla ckit kt org kg yg susah lps kena banjir..asek nk berjalan je..baik duit tu didermakan.."..

    manusia ni suka buruk sangka n lbh suka fkr negatif dl..

    ReplyDelete
  3. kalau ada keperluan, mmg perlu kita dedahkan. Kalau sekadar share, mungkin tak perlu. Sbb takut jatuh riak bila dipuji.

    ReplyDelete
  4. akak ingtkn menyorok = bekpes. kan org kedah sebut menyorok...


    kena tanya diri dulu kn. sebab ape post? baru la blh muhasabah diri

    ReplyDelete
  5. Tak salah ambil gambar mungkin utnuk kenangan atau pengalaman sendiri, tp bila dah upload tu macam nak jadi riya tak riya tu ada kemungkinan . Wallahualam

    ReplyDelete
  6. Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 789
    Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
    boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

    Official Blog :
    http://tengkubutang.blogspot.com/

    Catlover Blog :
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. kalau niat nak share aje, tapi org ingat lain .. susah jugak tu

    ReplyDelete
  8. mungkin ada riak dari mereka tapi kita sebagai orang yg berfikiran positif sentiasa lah bersangka baik... tujuan bergambar tu untuk memberi dorongan kepada orang lain untuk ikutserta dengan diorang... kita sendiri yg kena asuh hati kita supaya tak berperasangka tak baik... ibarat zakat yg dibuat terang terangan untuk mendorong orang lain melakukan yang sama... hati orang tak penting...

    ReplyDelete
  9. setuju juga sbb skrg ramai berlumba2 nak menunjukkan diri di lama sosial contohnya nak dapatkan 'likes' terbanyak.. lain org lain pandangan.

    ReplyDelete
  10. erm.

    k. tu je nak komen.

    sebab

    speechless.

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia