Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Menyorok di Siang Hari

2015. Selangkah manusia terjun ke arus kemajuan. Mengalir laju dalam sungai kemodenan. Sedangkan bumi yang semakin tua sudah semakin penat dengan kerenah dan tangan - tangan jahat yang merosakkan keindahan bumi itu sendiri. Tenat. Semakin maju ketamadunan manusia itu, semakin rendah nilai moral. Teori yang boleh dipakai? Tak boleh? Sekarang adalah zaman yang semakin sukar dan mencabar untuk menyembunyikan perbuatan ikhlas. Ibarat menyorok di waktu siang. Menyorok di waktu siang? Ya, menyorok di waktu siang. Peluang untuk ikhlas kerana Tuhan itu amat tipis sekali. Takkan korang tak pernah main menyorok - nyorok masa waktu kecil dulu. Tak pernah? Opsss.. lupa. Orang dah tak main benda tu. Sekarang ni budak - budak pegang tab sambil main Clash of Clans je.  Kalau korang pernah main, korang boleh faham la kenapa aku cakap macam tu. Senang je nak jumpa orang menyorok di waktu siang kalau nak berbanding dengan waktu malam. Apa kaitannya ikhlas dengan menyorok di waktu siang? Maksud

Cerita di Bulan Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Selang dua tiga selang, kita sudah berada di bulan Rabi'ul Awal iaitu bulan yang mana ada sejarahnya dalam lipatan perjalanan agama Islam. Semua penganut agama Islam harus tahu yang bulan Rabi'ul Awal adalah bulan yang mana lahirnya seorang manusia sebagai penutup segala Nabi yang menjadi utusan Allah sejak penurunan Adam a.s ke muka bumi. Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w. Selawat dan salam ke atas baginda. Aku pelik. Sangat pelik. Ramai orang yang menyanjung, mengakui yang mereka menyayangi Nabi s.a.w, meraikan dengan pelbagai cara sempena kelahiran junjungan Nabi s.a.w. Mereka mendakwa mereka sayang kepada Rasulullah, tapi kelakuan mereka seolah - olah mengundang murka Muhammad s.a.w itu sendiri. Oh, aku kelu. Kala ramai manusia yang tersepit dengan kehidupan dunia dek bencana bah yang menimpa di beberapa buah negeri, masih ada yang sanggup menganjurkan program atas nama agama, atas nama baginda Muhammad s.a.w. Tidak aku tentangnya habis - habisan. Tidak aku katakan

Tahun Baru 2015 Tiada Makna

Berakhir tahun 2014 dengan tragedi yang menimpa negeri Kelantan. Negeri yang mana tempat kelahiran aku. Moga mangsa - mangsa tragedi banjir dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian. Tanda orang - orang yang beriman ialah apabila mereka diuji oleh Allah mereka mengucap "Inna Lillahi Wainna Ilai Roji'un.." Semuanya datang daripada Allah, jangan keji jangan cela apa yang hujan turun, apa yang air sungai melimpah. Insafi diri, cari hikmah, insyaAllah semuanya selamat. So, cakap memang sedap kan? Sebab tak kena dekat diri sendiri. Boleh la cakap sabar, tabah, bawa bertenang. Kau tak rasa, tak tahula macam mana!! Alhamdulillah, aku yang menetap di Kelantan adalah salah seorang daripada rakyat yang terselamat daripada tragedi banjir 2014. Walaupun ada dua tiga kampung sebelah yang ditimpa bencana ini, da terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir, namun kampung aku terselamat daripadanya. Betul, aku bukan mangsa banjir, dan aku tak tahu apa yang mereka r