Orang Dewasa Beraya

4 comments
Makin meningkat dewasa ni makin kurang duit raya kan? Bila  dah makin dewasa ni, asyik terfikir pula bila la nak bagi duit raya dekat bebudak nanti. Nak bagi berapa? Seringgit ke, dua ringgit ke, lima ringgit ke? Nanti kalau bagi seringgit, budak - budak kata kedekut pula. Nak bagi lima ringgit, takut ekonomi tak berapa nak stabil. Tapi, bukannya nak bagi sekarang pun. Angan - angan je semua tu. Haha.

Bukan nak cerita pasal duit raya. Duit raya bagi dekat orang dewasa yang dah berapa nak matang lah cerita. Ni bukan jealous sebab tak dapat duit raya ye. Hahaha. Aku selalu perhatikan, orang - orang Malaysia yang dah meningkat dewasa ni, dah makin malas nak jumpa dengan sanak - saudara mara. Aku la tu. Bukan nak cerita dekat orang lain. Bila raya ni, lepas je solat raya terus balik rumah, cari katil,pegang handphone lepas tu buka Clash of Clans. Nampak tak disitu? Pengaruh gajet dan games tapi tak sampai tahap beli gems lagi ni.

Teori ni sama la kalau ada yang berjalan pergi jumpa sanak saudara. Dah la kali setahun jumpa. Jumpa pula di hari raya. Kesempatan untuk berjumpa tu tak dimanfaatkan dengan sebaiknya bila masing - masing asyik dengan skrin gajetnya. Raya apa macam tu kan?! Semuanya berhimpun ramai - ramai. Sampai penuh sesak segenap ruang penjuru rumah tapi, bukan buat apa pun. Dua pasang mata asyik tertacak dekat skrin telefon dan tab je. Apa jadah raya macam ni? Haha.

Ini teori aku berdasarkan perhatian dan terus buat penilaian. Adil tak? Mesti ada yang kata tak adil. Kan? Haha. Biasalah tu kalau bercanggah pendapat. Yang kata tak adil tu mesti kata, "alaaaa, masing - masing dah speechless, nasib baik ada telefon, buat - buat cek mesej nak cover speechless tu.." Okaylaaa.. boleh terima la alasan tu. Tapi, korang bukan cek mesej pun. Kalau yang pakai Celcom tu, korang just dial *124#, takpun taip 'bal' hantar dekat 2888!! Hahaha.
Read More

Pemain Baru Keempat Musim Ini, Calum Chambers

Leave a Comment
Ada rupa owner ubibadok tak? haha
Wenger mengamuk, Wenger mengamuk!! Pak Wenger dirasuk!! Haha. Aku tak tahu apa yang buat Wenger jadi serius semacam untuk musim ini. Masuk musim ini sahaja, Wenger dah membawa masuk Sanchez, Debuchy, David Ospina dan paling terbaharu adalah pemain pertahanan Southampton, Calum Chambers. Baru sebentar tadi Arsenal mengesahkan pemain ini telah menyarung jersi Arsenal dengan harga 12juta pound.

Setakat ini, 2 pemain pertahanan dibawa masuk oleh Wenger dan adakah ini memberi petanda akan ada pemain pertahanan Arsenal akan meninggalkan skuad pada musim ni. Adakah Vermaelan? Hehe. Pak Wenger Berjaya membuat satu kejutan buat peminat Arsenal pada hari raya pertama. Satu kejayaan buat Pak Wenger kita.

Aku masih tak berapa nak faham dan hadam dengan taktikal yang Wenger nak guna pakai pada musim ini. Pada musim lepas, kita tahu yang kita ni sedikit tumpul di bahagian serangan. Giroud hanya sekali sekala sahaja menunjukkan taring yang dah semakin hilang dan sebenarnya, ramai yang nampak sepatutnya Wenger kena bawa masuk striker bertaraf world class.

Itulah Pak Wenger. Plan dan tindakannya selalu di luar jangkauan minda orang lain. Keeper baru, Sanchez yang bersinar pada World Cup yang lalu, Debuchy yang tak kurang hebatnya dan Chambers selaku bintang di Southampton. Good job Wenger walaupun  kita kalah 0 – 1 dengan Redbull NY. Bukan rezeki kita la tu kan? Lagipun, tours ni hanya untuk fans dan jual merchandise je. Tu yang utamanya. Haha. Apa – apa pun, kita sama – sama perhatikan macam mana Arsenal kita nanti. Lagi 19 hari lagi. Jadi lauk atau kita yang laukkan orang. 

Sumber : DISINI
Read More

Selamat Hari Raya 1435H / 2014M

Leave a Comment

Pertama sekali, Selamat Hari Raya semua dan maaf zahir dan batin dipohon. Dalam dunia blog ni, mungkin ada sebaris dua ayat yang menggores dan mengguris hati orang lain. Kita tak boleh nak syok sorang – sorang macam tu kan? Buat rasa tak pernah bersalah. Sebenarnya tak semestinya hari raya baru nak minta maaf dan ampun semua tetapi rasanya ia sudah menjadi adat orang Melayu untuk bersalaman dan sekaligus meminta maaf. Rasanya adat ini terjadi kerana anak – anak di bandar ni selalunya jarang balik ke pangkuan ibu bapa mereka dan hari rayalah menjadi pertemuan mereka untuk sekali setahun.

Aku rasa, raya aku semakin menjadi tak produktif seiring dengan pertambahan umur yang meningkat ke alam dewasa. Kalau dulu, hormon adrenalin selalu mengalir tiap kali tiba hari raya. Hormon ni akan membantu aku untuk meraih duit raya dan sampul raya dengan sebaik mungkin. Nanti boleh compare dengan sepupu sepapat siapa champion yang paling banyak dapat duit raya. Tapi, sekarang ni rasanya hormon adrenalin aku kadang – kadang je meningkat arasnya. Ada ketika dia meningkat secara mendadak sampai melepasi aras bahaya. Ada ketikanya ia sekadar berada di takak permulaan.

Tiap kali beraya dengan pakcik dan makcik, masa tu lah hormon aku di luar kawalan. Tiap kali bersalaman dengan pakcik, "Hai, sorang je ke? Mana yang perempuannya?". Satu soalan cepu mas terpacul dari mulut seorang pakcik. Pakcik - pakcik sekarang ni rasanya dah semakin canggih dan maju. Mereka seolah – olah ada satu sistem yang menghubungkaitkan memori dan minda mereka. Mungkin seiring dengan teknologi synchronize. Maknanya, bukan seorang pakcik je yang menanyakan soalan macam tu. Pakcik – pakcik yang lain pun sama. Cuma yang lainnya mungkin dari segi penggubalan ayat dan nada intonasi cara penyoalannya. Tetapi, pointnya tetap sama.

Hormon aku akan menghantar maklumat ini secara cepat dan tangkas ke minda aku bagi membantu enjin pencarian jawapan aku ke tahap yang paling maksima. Kurang daripada 0.02 saat, aku akan mendapat satu jawapan yang seolah - olah ianya adalah jawapan yang spontan tetapi agak bernas dan tidak melukakan hati orang tua. Hari raya katakan, takkan baru lepas minta maaf dan bersalaman dengan pakcik tu kita nak sakitkan hati dia pula kan? "Tak datang lagi pakcik, lambat sikit dia datang." Rasanya ni jawapan yang paling bagus yang aku dapat berikan dan dalam hati, aku juga berharap dia akan datang walaupun sedikit lambat.

Read More

Menulis Sebagai Penganggur Kehormat

6 comments
Genap sebulan aku balik berkampung dan bermukim kembali di bumi Malaysia. Kalau sebelum ni, aku menjadi warga kota Madinah. Kota suci yang menjadi saksi kepada kemegahan Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Empat tahun aku berada di sana dan saatnya sudah pun tiba untuk aku kembali pulang. Pertemuan dan perpisahan itu sudah sinonim dalam fitrah kehidupan.

Alhamdulillah. Aku dapat menghabiskan jua degree aku selama 4 tahun di sana. Aku kira peluang yang aku dapat untuk belajar di Madinah adalah antara rezeki yang paling tak ternilai diberikan oleh Allah. Apa tidaknya, ada satu ketika aku sudah berputus asa untuk meneruskan pengajian. Aku sudah mengangkat ganggang telefon dan memberitakan perkara ini kepada orang tua ku semasa aku di UIA dulu. Benda ni kalau dikenang memang mengembalikan nostalgia yang syahdu. Allah tahu, dan Dia berikan aku peluang untuk terus belajar dan menuntut ilmu. Hehe. 

So, sekarang ni aku menulis sebagai salah seorang penganggur yang kehormat. Baru aku tahu perasaan orang yang menganggur ni macam mana. Mereka akan mula merungut yang zaman semasa belajar adalah zaman yang paling seronok dan gembira. Ye la kan? Zaman belajar mana nak fikir sangat tentang duit. Paling tidak pun akan dapat PTPTN kalau tak dapat biasiswa MARA mahupun JPA. Memang ianya berbeza dengan zaman selepas belajar. 

Zaman selepas belajar ni adalah zaman untuk mencari balik duit yang telah habis dilaburkan semasa zaman belajar. Rasa tertekan untuk membalas balik budi dan jasa ibu bapa dalam membayar yuran persekolahan kita sewaktu dulu, rasa tertekan untuk tidak lagi bergantung kepada beras dan lauk yang ibu bapa kita beli. Rasa tertekan apa lagi? Rasa tertekan dengan perasaan sendiri yang memperkatakan seolah - olah kita ini tidak lagi mampu berdikari sendiri. Ye dak?

Sebelum balik Malaysia ni, aku dah ada sedia sedikit bekal untuk buat belanja semasa keadaan ekonomi  tengah gawat di sini. Bekal sementara untuk mencari pekerjaan. Makin lama makin kurang dah bekal aku ni. Kerja pun masih belum dapat lagi. Mungkin percaturan Allah itu masih belum aku nampak dengan jelas dengan mata kasar mahupun mata fikiran. Biasa memang macam tu pun kan? Kita tak nampak apa kebaikan yang Allah aturkan untuk melainkan setelah kita dapat benda tersebut. Begitu kan?
Read More

Sedikit Cerita Tentang Arsenal

4 comments
Lama tak update pasal Arsenal kan? Selepas Arsenal mengakhiri liga di tempat keempat, rasa tak update lagi pasal Arsenal. Apa - apa orang kutuk Arsenal, Arsenal masih lagi ada kebangkitan dan peningkatan apabila dapat merangkul piala FA pada musim lepas. Musim lepas sudah lepas, sekarang Pak Wenger pun dah sign kontrak baru sebagai manager dan perlu fokus untuk musim yang mendatang ini.

Media putar belit sekarang tengah hot dan asyik dengan memuat naik berita, gosip ataupun rumours tentang perpindahan pemain. Aku kalau setakat gosip dengan rumours ni malas nak layan sangat melainkan daripada sumber - sumber yang betul - betul boleh dipercayai. Setakat ni, Pak Wenger dah dapat seorang pemain yang bersinar dalam world cup yang lepas dan seorang lagi defender yang tak kurang hebatnya even sedikit  berumur.

Baru - baru ini, Pak Wenger membawa masuk Alexis Sanchez dan juga pemain pertahanan Perancis, Debuchy. Masa world cup pun dah dengar rumours yang Wenger pergi jumpa agen Sanchez untuk bincang pasal harga dan juga kontrak. Masa tu performance Sanchez tengah up dalam pasukan Chile. Tapi, sebenarnya malas sangat nak layan. Boleh jadi ianya taktik media untuk menjadikan sesuatu topik itu semakin hangat. Namun ternyata, ianya memang kenyataan dan suatu berita gembira buat Arsenal.

Melalui temuramah media dan Wenger, Wenger ada bagitau yang Sanchez ni akan bermain di tempat Walcott. Bagi aku itu adalah satu role yang sesuai untuk Sanchez sekiranya Walcott masih lagi cedera. Seperti biasala kalau Walcott ni, main kejap je, tapi injured boleh tahan lamanya. Sejak dari dulu lagi kan? Dia dan Diaby. Haha. Tapi, role dan posisi player ni selalunya Pak Wenger suka dengan ujikaji. Ala - ala Rajagopal gitu. Kita tengok nanti macam mana plan dia dengan Sanchez. Harap - harap, dengan harga lebih kurang 30 juta ni berbaloi la ye nanti. Tak dapat Champion League, dapat juara liga pun dah tak apa. Haha.

nak tengok banyak gambar macho boleh pergi dekat Arsenal.


**tak sabar nak tahu result pra musim Arsenal vs Red Bull di USA. Team Henry tuuu.. haha
**harap Pak Wenger dapat membawa masuk sorang lagi player sebelum tamatnya tempoh perpindahan.
Read More

Aku Cuma Perhatikan

2 comments
Assalamualaikum...

Harapnya jawab salam dengan baik - baik ye. Moga yang sedang baca entry ni dalam keadaan sihat dan baik aje. Moga juga Kak LM yang asyik muntah - muntah tu makin baik keadaannya. Muntah tu bukan muntah penyakit tu. Muntah nak bertambah rezeki tu kak LM. Hehe.

Entry ni akan ada sedikit riak, sombong dan ego sekiranya puan dan tuan tidak menanamkan sifat bersangka baik terhadap saya terlebih dahulu. Haha. Tahun ini aku sengaja balik Malaysia sebelum Ramadhan untuk menyambut ibadah puasa di tanah air. Nanti ramai yang tanya, 'kenapa tak puasa dekat Madinah?', 'puasa dekat Madinah tak best ke?', pertanyaan tu cerita lain kali ye, takpun baca entry - entry yang dah lepas.

Tahun ni aku perati je sepanjang aku menjadi makmum solat terawih. Tahun - tahun sebelum ni aku tak menjadi makmum sangat, tu yang kurang alert sikit bab perhati - perhati makmum ni. Dekat masjid kampung aku ni, aku perati je yang kebanyakan makmum sebaik sahaja imam habis mengaminkan doa selepas solat Isya', semuanya bertebaran, bangun dan mengambil port di belakang.

Arghh.. Pelik. Aku pelik. Kemana diorang ni? Sedangkan saf di hadapan yang mereka duduk sekarang adalah saf yang didoakan oleh para malaikat. Mereka bangun dan terus mengambil port di belakang. Sebaik imam bangun untuk mendirikan solat terawih, di sini aku perhatikan satu lagi benda yang tak sepatutnya berlaku. Apa tu?

Aku tengok, makmum yang pada saf akhir sekali seringkali memulakan saf mereka di tepi tiang atau pun dinding masjid. Aku bersangka baik. Mereka mungkin tidak tahu yang saf itu bermula dengan di belakang imam.Tak kira sama ada saf pertama, kedua atau pun saf yang paling akhir. Bermula dengan belakang imam, bukannya mula di tepi dinding, kemudian ketengah dan ketengah, baik dinding belah kanan mahupun belah kiri.

Aku cuba buat kesimpulan sendiri. Aku tahu yang makmum sememangnya tahu kena merapatkan saf dan kelebihan saf pertama dalam solat berjemaah. Tapi, disebabkan haba dalam masjid terlalu panas, mereka terpaksa mengambil space dan bertebaran dengan baik sebelum solat terawih bermula. Saf bermula dengan sebelah dinding juga boleh terjadi dengan sebab ini disebakan ingin mencari angin yang tenang dan sepoi - sepoi bahasa. Hehe. 

**aku cuma perhatikan je..
Read More

Ramadhan Ini Sedikit Berbeza 1435 / 2014

5 comments
Pejam celik pejam celik ni rasanya dah tak terasa sangat sudah dekat sebulan berada di Malaysia sejak pulang dari Madinah. Blog pun tak terupdate dengan berita kepulangan tuan penulis ke tanah air. Pertama sekalinya, aku nak ucapkan selamat berpuasa buat Muslimin dan Muslimat dan para blogger. Walaupun terlambat, tapi Ramadhan masih belum berakhir. Ye dak? Semoga puasa kalian semua akan diterima Allah. Celakalah anak Adam apabila berakhirnya bulan Ramadhan tapi dosanya tidak diampunkan oleh Allah.

Ramadhan tahun ni seakan berita perit buat umat Islam. Gaza diserang, dibedil bertubi - tubi oleh Iblis Israel tanpa mengambil kira kemuliaan umat Islam menyambut Ramadhan yang berpuasa di siang hari. Mereka mungkin sempat bersahur, tapi tidak dapat menjamin apakah mereka dapat juga berbuka di dunia ini. Mungkin mereka akan berbuka di syurga bersama para penghuni Gaza yang lain. Syahdu nan pilu dengan saudara kita di sana. Doa untuk mereka adalah senjata kita yang utama bagi kita yang tidak mampu mengangkat senjata untuk menolong mereka.

Saat Gaza diburu dan dikepung dari segenap penjuru, Malaysia pula dikejutkan dengan tragedi yang menyayat hati. Tragedi yang pasti merobek hati dan jantung keluarga mangsa yang terlibat. MH17 ditimpa bencana. Tanpa salah dan tanpa silap, sebuat pesawat Malaysia Airlines di tembak dengan peluru berpandu dari darat tanpa meninggalkan seorang penumpang pun yang hidup. Kekejaman apakah dunia kita sedang alami sekarang ini? Moga Allah membalas dengan balasan yang setimpal. Benarlah firman Allah, tangan manusia itu sendirilah yang merosakkan muka bumi ini. Ya, dunia semakin uzur dan semakin hampir dengan penghujungnya.

Ramadhan datang bertamu. Di Gaza, di Iraq, di Syria dan di Rohingnya kita boleh tengok saudara kita di sana tidak aman untuk melakukan ibadah kepada Allah sekaligus untuk merebut malam seribu bulan di bulan yang mulia ini. Tapi, kita di sini dengan suka dan gembiranya membazirkan peluang keamanan dan ketenangan dengan membeli belah di pasar raya. Bilal mengalunkan azan, sedangkan kita pula sibuk untuk menghidupkan enjin kereta. Ingin mengejar sale dan jualan murah di pasaraya. Kita masih terlena dalam kelalaian. Itu adalah hakikat.
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia