Kaji Sebelum Sebar

4 comments
Assalamualaikum.

Nampaknya Mei sudah semakin hampir ke penghujung dan kita sudah pun memasuki bulan Syaaban. Ini bermakna kita masih ada sebulan lagi untuk sampai kepada Ramadhan yang dirindui. Mungkin kita akan rasa putaran masa itu terlalu pantas sehinggakan sedar tak sedar kita sudah sampai kepada Ramadan sedangkan memori Ramadan pada tahun lepas masih lagi basah di ingatan.

Pagi ini, media Malaysia dan juga newsfeed Facebook banyak memuatkan berita tentang mataf (tempat tawaf) di Mekah runtuh dan ada dalam kalangan jemaah umrah yang meninggal dunia. Aku berasa pelik kerana dekat sini tak ada pula dengar berita yang semacam tu sedangkan jarak antara sini dengan Mekah tidak lah jauh sangat. Dan ianya ternyata berita itu tidak benar apabila sumber berita Arab News akhirnya memuatkan berita menafikan perkara tersebut. Rujuk sini

Apa yang sebenarnya berlaku adalah empat orang jemaah mengalami kecederaan dan tiga daripadanya adalah perempuan. Kejadian ini terjadi berpunca daripada kesesakan dan lintang - pukang jemaah dalam berkejaran untuk melihat proses penyucian dalam kaabah. Mungkin para jemaah tidak mahu melepaskan peluang yang hanya berlaku dua kali dalam setahun menyebabkan mereka bersesak dan berebut - rebut untuk mendapat tempat memerhatikan acara ini dan di sinilah insiden itu telah berlaku.

Berita ini sekejap saja tersebar ekoran daripada medium perhubungan yang tanpa batasan sekarang ini. Aku pun pelik dengan segelintir sikap rakyat Malaysia yang tanpa selidik dan usul periksa terus sahaja menyebarkan berita yang baru saja diterima walaupun ianya ada sedikit yang meragukan. Sama sahaja dengan berita dengan kematian Imam Sudais yang tersebar di whatsapp dan juga medium perhubungan yang lain sedangkan Imam Sudais sedang elok bersolat di Mekah semalam.

**Seeloknya kita kena sensitif dengan perkara yang sebegini. Dapat berita yang semacam pelik dan jarang didengar, kaji dulu. Jangan main semberono sebar dan forward. Fikir dua kali sebelum tekan send. Untuk pengetahuan am, Kaabah ini akan dicuci dua kali dalam setahun, bulan Muharram dan Syaaban. Kaabah dicuci dari dalam dan biasanya yang akan melakukan upacara ini adalah Raja Saudi sendiri yang bertindak sebagai penjaga dua tanah haram. Jika bukan dia, mungkin putera - putera dia yang akan mengambil alih. Kaabah ini dicuci dari dalam dan saat ini pintu kaabah akan dibuka. Ianya dicuci menggunakan air zam - zam yang dicampurkan dengan wangian.
Read More

Saat Getir

4 comments
Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita pada Jumaat yang berkah lagi damai ini. Minggu lepas pun entry pada hari Jumaat. Pada Jumaat minggu lepas, kita tak dapat menjamin yang kita akan bertemu lagi dengan Jumaat hari ini. Tapi, setinggi syukur kerana ternyata Allah masih lagi memanjangkan jangka hayat kehidupan kita. Panjangnya hayat kita ini bererti semakin hampirnya kita dengan lubang kubur. Nabi s.a.w sendiri bagitau yang umur umatnya antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun. Itu adalah purata umur sisa baki umat manusia pada zaman sekarang. Namun, adakah kita mampu menentukan bila kita hendak mati?

Intro yang bukan lagi kemain Islamik kan? Hee. Seminggu yang lepas adalah ternyata minggu yang paling getir dalam dunia aku yang bergelar pelajar. Gementar pun ada bila nak melalui exam final year. Natijah peperiksaan ini adalah penentu sama ada aku akan bergelar graduan ataupun akan tetap dengan gelaran siswa. Jauh di lubuk hati, aku ingin bergelar sebagai graduan dengan secepat mungkin. Banyak liku dan cabaran yang telah aku daki dalam melalui perjalanan yang sejauh ini. Tak mampu diluahkan dengan kata dan penulisan. Hanya jiwa dan perasaan yang benar - benar merasainya. Ceewah.

Sebelas subjek pada sem ni ternyata ada risikonya. Setiap hari akan ada paper dan berterusan untuk selama dua minggu. Kalau nasib tak baik, satu hari mungkin akan ada sampai 2 paper. Ternyata kalau pelajar yang tak berapa nak rajin dan tak berapa nak pick up macam aku ni akan rasa kesulitan dekat situ. Mana sempat lepas satu paper, lepas tu nak pulun satu paper lagi. Kalau yang bijak pandai boleh la kan? Tapi, semua itu alasan. Kalau prepare semuanya dari awal lagi, tentu tak ada masalah kan? Apa gunanya ada study week? Haha.

Tapi, itu lah lumrah manusia. Rata - rata pelajar khasnya dan manusia umumnya suka sangat dengan sikap bertangguh. Sikit saja yang suka menyegerakan pekerjaan dan urusannya. Mereka sedar akan risiko dengan bertindak pada last - last minute, tapi mereka buat tak endah. Melayu khususnya banyak terpengaruh dengan cerita Hindustan yang akan jadi hero pada minit - minit last. Paling kurang pun bangkit juga kan? Haha. Namun, apa - apa pun, kalau sesuatu pekerjaan itu dirancang dengan teliti lebih awal, disiapkan awal - awal lagi, terbukti yang benda tu akan mudah untuk diuruskan. Bukan begitu?

Jadual exam sem ni


Sekian.

**Ada empat paper lagi berbaki minggu hadapan.

Read More

FA Cup Milik Arsenal

4 comments
Arsenal menang FA Cup woi semalam. Menamatkan kemarau piala selama 9 tahun. Last Arsenal menang piala adalah pada 9 tahun yang lalu, Mei 2005. Masa tu aku baru umur 14 tahun. Boleh bayangkan betapa lamanya fan Arsenal menanti detik - detik indah seperti semalam. Saat player dan pengurusnya menjulang piala. Memang itu yang mahu dalam bola sepak kan? Merangkul piala dan memenangi kejuaraan dalam setiap musim bermula untuk mencari pasukan yang terkuat, dan piala adalah salah satu bukti yang boleh nampak secara jelas.

Siapa fans Arsenal yang tengok game semalam mesti rasa tak senang duduk. Kan? Seawal 10 minit pertama lagi Hull City dah memboloskan gawang Arsenal dengan dua jaringan gol. Tapi game semalam bagi aku agak perlahan kalau nak dibandingkan dengan game Atletico Madrid lawan Barca. Memandangkan ada satu je tv kat sini, aku lebih ikut majoriti yang mahukan live show Atletico lawan Barca. Terlepas game final FA Cup walaupun peminat setia (setakat ni) Arsenal. Aku hanya dapat tengok extra time dengan highlight pagi ni je. 

Walaubagaimanapun, 10 minit pertama dalam bola sepak adalah masih terlalu awal. Banyak lagi masa yang ada untuk menciptakan peluang dan menjaringkan gol. Ini dibuktikan pada minit 17 dengan jaringan freekick yang paling cantik setakat ni oleh Cazorla. Freekick Cazorla ni sedikit sebanyak dapat memberi sinar dan semangat kepada ahli pasukannya sendiri. Aku rasa, kalau setiap kali freekick, Arsenal terus aim ke dalam gol kan lebih bagus. Kan? "Oit, jadi pengurus lah kalau semua nak ikut kepala kau." Haha.

Arsenal lebih banyak cipta peluang pada minit - minit seterusnya. Namun, kebanyakan peluang tu hanya disia-siakan oleh Sanogo. Ahaks. Mungkin budak ni masih mentah tetapi Wenger telah meletak kepercayaan kepada pemain muda ni dalam skuad kendaliannya. Jadi, 'in Arsene we trust' je lah. Babak separuh masa kedua bagaimanapun telah membangkitkan kembali semangat The Gunners apabila Koscielny menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke 71. Game berlanjutan hingga kepada extra time dan ternyata sekali Wenger punyai percaturan yang aku kira ianya sebagai plan terakhir sebelum sepakan penalti.

Wenger memasukkan Rosicky dan juga Wilshere pada separuh kedua masa tambahan. Orang nampak mungkin Wenger memasukkan pemain yang berpotensi untuk mengambil penalti. Sebenarnya plan Wenger adalah 2 dalam 1. Masuknya 2 tenaga baru di saat semua player keletihan memberi impak yang besar sehingga Ramsey berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Arsenal pada minit 109. Piala FA semakin jelas dalam genggaman siapa. Suara para penyokong semakin gamat di Stadium Wembley. Dan apabila wisel penamat berbunyi, ternyata FA Cup 2013/2014 adalah milik Arsenal. Tahniah Arsenal!!
Read More

Jumaat dan Mistik

6 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jumaat penghulu hari datang lagi. Tapi, kita dalam tak sedar tidak menyedari yang setiap kali datangnya Jumaat, umur kita juga semakin bertambah. Kita hanya sedar umur kita bertambah bila mana tibanya tarikh kelahiran kita. "Oh... aku sudah tua..". Tapi ramai yang tidak ambil kisah bila mana sebenarnya  umur mereka saban hari bertambah dari hari ke hari kerana masa itu tidak pernah berhenti.

Jumaat  adalah hari raya yang diiktiraf dalam Islam selain dua lagi daripada hari raya, iaitu hari raya aidulfitri dan juga aiduladha. Selain tiga hari ini, tiada lagi perayaan dalam Islam. Jumaat adalah hari agung yang Allah jadikan untuk umat Muhammad s.a.w, yang puratanya akan mati pada umur 60 - 70 tahun. Singkat bukan masa kita? Terdapat pada hari Jumaat itu adalah barakah dan kelebihan - kelebihan yang tiada pada hari lain.

Namun, masyarakat Melayu kita seringkali dimomok dengan perkara - perkara yang mistik dengan hari Jumaat. Kononnya hantu akan berkeliaran pada malam Jumaat. Kononnya roh - roh orang mati ini akan membuat kacau pada malam Jumaat dan tidak kurang juga yang pada malam Jumaat juga kebanyakan tempat - tempat 'keras' akan bertambah kekerasannya. Tak nafi, ini mungkin daripada amalan datuk nenek moyang kita dahulu kala yang sudah terkenal dengan pengamalam ilmu mistik yang sangat tebal dalam diri mereka. Semuanya serba - serbi berkait dengan hari Jumaat.

Kita yang sudah terkehadapan ini, janganlah disogok momokan - momokan begini kepada generasi - generasi yang akan datang. Ada banyak lagi cara lain yang boleh mendidik mereka selain daripada didikan yang berkait rapat dengan hantu dan sebagainya. Tak semestinya ingin mendidik anak supaya jangan keluar malam adalah dengan didikan takut 'disorok' hantu. Guna kaedah dan cara yang sebetulnya dan sebaik cara adalah cara yang diajarkan oleh penghulu kita, Nabi Muhammad s.aw dan semestinya bila kita meniru apa yang Nabi kita lakukan, automatik kita diberikan ganjaran kerana mengamalkan sunnahnya. 

Allahumma Solli 'ala Muhammad Wa'ala Alihi Muhammad.

Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan ahli - ahlinya.

**banyakkan berselawat di hari Jumaat.
Read More

Mei 2014 Datang Lagi

4 comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Entry pertama untuk bulan Mei. Apakan daya, orang sibuk yang tidak sempat untuk mengemaskini blognya. Mungkin juga tiada lah sibuk itu, tetapi menjadikan sibuk sebagai penyandar dan pengukuh untuk mencipta alasannya. Manusia yang sering beralasan ni kadang - kadang tak seberapa nak maju sangat dalam kehidupannya. Maju tu maju, mungkin akan mengambil sedikit masa. Perlahan lahan...

Sebenarnya, bulan Mei adalah bulan yang paling banyak peristiwa yang berkait dengan kehidupan aku. Salah satu daripadanya, Mei ini aku akan menempuh final year exam. Biarpun baru Mei, aku tak tahu kenapa orang menggelarnya dengan final year. Istilah ini seolah dipakai umum dalam kalangan pelajar yang menuntut di universiti. Mungkin juga Mei sekarang ni bersamaan dengan Rejab dalam bulan Islam.

Aku menagih doa daripada kalian semua. Minta semoga Allah memudahkan urusan peperiksaan aku nanti. Moga - moga semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik. Mungkin ada diantara doa kalian yang akan dimakbulkan doanya dengan cepat oleh Allah. Kita semua bersaudara, dan persaudaraan kita ini diumpamakan seperti binaan yang mana salah satunya menguatkan antara satu sama lain. Mana mungkin dinding itu dapat berdiri dengan gah jika tiada tiang untuk menyokongnya.

Tidaklah seseorang itu dikira beriman kepada Allah dan RasulNya jika dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri. Islam amat menitikberatkan elemen persaudaraan dalam pergaulan sesama saudara Islam dan elemen persaudaraan ini lah yang akan memandu masyarakat untuk menjadi masyarakat yang lebih harmoni dan dihormati di mata dunia dan juga di mata penganut - penganut agama lain. Doa itu tidak dapat dilihat, tapi percayalah yang ianya dapat menguatkan ikatan persaudaraan.

**doa tanpa usaha itu tidak akan kemana...
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia