Adab Sudah Pergi

5 comments
Assalamualaikum. Perlahan tangan merayap untuk mengetip keyboard yang kecil. Nampanya cuti bakal berkakhir sehari lagi. Ahad ini sudah mula sesi persekolahan dan terpaksa pula berdepan dengan midterm exam. Mengeluh tiada guna. Seminggu yang berlalu sangat tidak produktif. Tiada guna. Tanggung sendiri. Sudah tidak boleh direkonsiliasi lagi. Cuma fokus dengan apa yang ada sekarang.

Sambil membelek laman facebook, ternampak seseorang cuba menulis di wall kawannya dengan perkataan 'hb'. Sudah dapat mengagak apa yang dimaksudkan. Singkatan 'hb' itu untuk 'happy birthday'. Bagi aku, kalau sekadar nak tulis 'hb' sebegitu dekat wall seseorang sebagai tanda ucapan hari lahirnya, baik tak payah ucap langsung. Cuma senyap buat tak tahu. Itu jalan pintas yang paling baik bagi aku.

Nampak sangat tiada keikhlasan dekat situ. Memang betul yang ikhlas itu hanya tuhan yang dapat menilai. Namun, tanda - tanda tiada keikhlasan itu sudah dapat dikesan  melalui gaya bahasanya awal-awal lagi. Paling kurang jika rush sangat pun, tulis lah dengan ejaan yang penuh. Tidak sampai dua minit pun untuk tulis 'happy birthday', 'selamat hari lahir'. Orang kita, semakin hari semakin hilang adab. 

**aku malas nak wish birthday orang, sebab tu aku hide birthday aku dekat fb. 
Read More

Cuti Sekolah Mac Ini

2 comments
Musim cuti sekolah. Kebetulan cuti di Malaysia sama dengan cuti dekat sini. Malangnya cuti kali ni seakan tiada rehat yang sebetulnya. Midterm test menanti sebaik sahaja cuti habis. Memang betul, hidup tak pernah ada rehat. Mati nanti adalah rehat yang sebenarnya. Usah jemu dengan hidup, kerana hidup ini bukan pengakhirannya. Ada hidup yang jauh lebih abadi, hakiki dan penuh rekonsiliasi. Rebutlah peluang yang diberikan untuk kehidupan ini untuk kehidupan yang akan dating. Peribahasa Melayu memang ada benarnya, 'berakit - rakit ke hulu berenang - renang ke tepian, bersakit - sakit dahulu, bersenang - senang kemudian.'

MH 370 masih lagi belum dijumpai. Entah hidup entah bagaimana nasib penumpang pesawat tersebut. Hampir masuk 2 minggu dan berita tentang penemuannya masih lagi tiada yang konkrit untuk membuktikannya. Seakan ghaib tanpa jejak. Hanya sekadar teori yang didokong oleh akal untuk mengatakan yang ianya adalah hujah yang kukuh. Tahulah, kuasa manusia tidak kemana walaupun penuh dengan gajet dan alatan teknologi yang bermutu tinggi pada abad ini. Hanya Allah yang tahu jawapannya. Teruskan berdoa. Pray for MH 370.

Cuti sekolah kali ini juga menjadi satu detik yang sejarah buat kawan - kawan yang telah mendirikan rumah tangga. Satu lagi langkah menuju alam dewasa. Tahniah buat Amirul dan pasangannya. Kawan yang merangkap senior semasa di Maahad dahulu. Tidak lupa juga seorang lagi kawan, Hafizan yang mendirikan rumah tangga dengan pasangannya daripada Kedah. Semoga kalian bergembira dan semoga Allah memberkati perkahwinan kalian berdua dan pasangan. Ingatlah yang perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang hanya berbentuk kegembiraan, tapi ianya merupakan satu lagi amanah yang perlu dipikul dengan bersungguh - sungguh. Dalamnya akan terkandung pelbagai emosi yang bakal terbentuk. Pandulah dengan baik, semoga kalian dapat mencapai keluarga yang mawaddah dan sakinah.
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia