Skip to main content

Luahan Hati Seorang Pembonceng Motosikal

Hari raya dah beransur hilang meriahnya. Seiring dengan pulangnya warga kota kembali ke kota raya. Satu juta kereta yang dijangka masuk ke Kelantan sebelum raya hari tu rasanya dah mula pulang ke sarang masing – masing. Boleh cipta peribahasa baru untuk 10 atau 20 tahun yang mendatang. “Ibarat kereta pulang kembali ke kota raya.” Tu pun kalau masa tu pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka setuju lah.

Aku selaku penunggang motosikal ni kadang – kadang rasa kecewa juga dengan pemandu kereta sejak dua menjak ni. Sebelum ni aku dah ada up entry yang cerita bagaimana rasa hinanya bila penunggang motosikal ni disimbah percikan takungan air di lopak jalanan oleh kereta yang melintas. Dah berdrama. Nak kejar pergi sound pun memang tak terkejar sebab motor kapcai je. Kalau dapat kejar pun, mesti dia akan cakap. “Well bro, that is not my fault. You can blame the government for the bad road”. Damn.

Pagi tadi boleh tahan lewat juga aku balik rumah. Nak dekat dengan Subuh. Aku lalu jalan utama Kuala Krai – Kuala Lumpur. Aku menghala kearah Kota Bharu dan aku tengok masih banyak kereta yang menuju ke arah Kuala Lumpur. Agaknya cikgu – cikgu kot. Nak mengejar trip mengajar yang buka sekolah pada Isnin nanti. Tapi, pointnya bukan nak cerita pasal cikgu.

Aku kesorangan di atas jalan. Songsang di hadapan ada satu kereta menghala laju. Tapi dengan selamba je dia ‘high beam’ kan kereta dia kearah aku yang tengah membonceng motosikal. Tahu la pakai Vios dan aku tahu dia nampak je aku kat hadapan tu tengah silau yang teramat dek terkesan dengan high beam kereta dia. Dia ingat aku tunggul kayu ke? Bila dia tengok di kejauhan belakang aku ada kereta, terus dia turunkan lampu tinggi kepada normal mode. Bangang ke apa makhluk macam ni?

Aku memang sedar yang aku bayar roadtax murah je kalau nak bandingkan dengan roadtax kereta dia. Tapi, aku tetap pengguna jalan raya bro. Kadang – kadang, aku asyik terjatuh ke dalam lubang – lubang jalan raya akibat tak dapat nak mengelak dengan besarnya kereta – kereta bro laju memecut di kanan aku. Aku bukan tak nak pakai kereta macam bro, tapi penganggur ni faham – faham je lah. Kadang – kadang, perut kosong sebab nak isi tangki minyak motor. Harap bro yang guna lampu tinggi dekat aku tadi terbaca entry luahan hati aku dan terus bertaubat nasuha. Hehe.

Comments

  1. masyaallah.. kesian bro..
    sangat memahani situasi itu..
    bab -bab lampu tinggi, tak hormat kenderaan dari arah bertentangan, memang sangat tak sopan!
    baik-baik bawak motor ya. :)

    ReplyDelete
  2. huhhh faham cemane perasaan ko tu HJ.
    sbb tu bile dah ada kereta skg ni aku ckup beringat.
    kesianla sama kat rider2.. tak prihatin betol la brader tu. huh =P

    ReplyDelete
  3. kesiannye HJ..nanti dah beli kereta jangan balas dendam pulak. haha

    peh peh blog bwajah baru~

    ReplyDelete
  4. Aku suka ayat kau. Walaupun dramatis tetap mendatangkan rasa insaf kat diri aku ni yang kadang cuma naik Rapid KL. Kekeke. Sabar ye. Pernah tak kalau dia simbah air ke apa, kau pandang dia dan senyum tunjuk gigi? kalau pernah, sungguh aku bangga. Hehe

    ReplyDelete
  5. semua kite semua dilindungi :)

    ReplyDelete
  6. kalau naik motor duk kala lupo lagi sedap boh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-