HSBC & Dato' Sri Ismail Sabri

31 comments
Gaza semakin  hari semakin tidak aman dan pergolakan terbaru dengan serangan kejam zionis terhadap penduduk Gaza semakin mendapat liputan yang meluas di Malaysia khususnya. Malaysia tidak dapat menghantar bantuan ketenteraan ke sana bahkan sudah tersebar yang Malaysia sendiri antara negara yang paling kuat menjalinkan hubungan ekonomi dengan Israel? Dasar dan permainan politik apa yang Malaysia cuba mainkan..?

Penduduk Malaysia dan juga NGO - NGO di Malaysia hanya mampu menyalurkan bantuan berbentuk dana  wang ringgit, makanan, minuman serta pakaian kepada saudara kita di sana. Setakat ini, itulah bantuan yang terbaik kita dapat berikan dan Israel pun seakan tergugat dan terkesan dek kerana bantuan sebegini daripada negara Malaysia. Sabas buat orang Malaysia dan NGO semua. Saban hari ada saja kanak - kanak dan ibu yang terbunuh. Cuba bayangkan kalau kita sendiri berada di tempat mereka. Iman kita belum tentu sekuat iman mereka.

Penduduk Malaysia juga semakin berani dengan menyerang Israel melalui medium boikot barangan yang ada kaitan dengan Israel. Perkara ini nampaknya semakin menggusarkan Israel dan berita terbaru, ada sebuah bank di Malaysia nampaknya mengambil tindakan berani dengan menutup akaun pertubuhan - pertubuhan yang menyokong Palestin. Anggapan mereka, penduduk Malaysia hanya mampu berdiam diri dan tidak mampu berbuat apa - apa dengan tindakan mereka. Sangka mereka, penduduk Malaysia akan lemah dan luntur semangat juang mereka terhadap nasib rakyat Palestin.

Anggapan mereka nyata sekali salah dan jauh tersasar. Menteri kita sendiri iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah memprotes tindakan mereka itu dengan menghantar surat permohonan untuk menutup akaunnya dengan bank tersebut. Sejuta syabas dan salute kepada Dato' Sri Ismail.

Salute buat Dato' Sri

Harapannya, agar rakyat Malaysia yang mempunyai akaun di bank tersebut menutup akaunnya dengan segera sebagai tanda protes terhadap tindakan biadapnya kepada NGO Malaysia yang menyokong Palestin.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

31 comments:

  1. Replies
    1. haah..nama sabri dah tu. bapak dafi dah tu. hehe

      Delete
    2. Org dok sibuk pasal boikot israel dia dok sibuk tanya datuk ismail sabri tu bapak dafi..

      Delete
    3. Bertanya itu tidal salah...

      Delete
    4. Bertanya tu mmg tak salah..tpi apa pasal kau eja salah...kah..kah..kah

      Delete
  2. Replies
    1. Kisah saidina umar dengan lilin. Bila urusan kerajaan guna lilin kerajaan, bila urusan peribadi guna lilin beli sendiri. Indahnya Islam. Moga kita semua mendapat taufik dan hidayah.Amin

      Delete
  3. Maaf le nak cakap..Hal peribadi tak perlulah guna kepala surat kementerian. Macam kad tu kad kementerian pulak rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar la dia...tk susahkn kita pung

      Delete
    2. I agree with Sue. Officials need to differentiate between public and private lives. Melainkan kad itu pada asalnya diiktiraf untuk kegunaan rasmi.

      Delete
    3. Maaf le nak reply jg.
      Sebagai ahli politik, memang berhak untuk guna surat rasmi untuk hal peribadi.
      Untuk makluman, ada beza antara penjawat awam dan ahli politik.
      Walaupun dia menjawat jawatan dalam rakyat, beliau adalah ahli politik, dan bukan dikira sebagai penjawat awam.

      Penjawat awam, tidak dapat gunakan surat yg ada letter head rasmi pejabat.
      Ahli politik - boleh gunakan surat yang ada letter head rasmi pejabat even untuk hal peribadi (yang berkenaan dengan hak-hak peribadi ahli politik)

      So sebelum nak marah2 ni, Get your fact right ya. Tq

      Delete
    4. Xbljr wat Surat rasmi ke?.....dh dia menteri...msti lah latter head menteri
      ...klu awk wat Surat rasmi msti letak nm awk atas tu...klu jwtan awam awk penghulu....kna letak penghulu.....adoiii tu pn xleh pk....tau nk komen hentam je

      Delete
    5. x abis bajar bdk nie...

      Delete
  4. Luruskan niat, jangan biar terpesong niat. Dan teruskan wahai sedara2 sekalian. Ada satu cerita pasal kalau McD rugi, rakyat Malaysia sendiri rugi. Ni McD dah turun ramly ada naik sikit. Come on sorang buat minuman susu bercoklat versi Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kejadahnya McD rugi, rakyat Malysia rugi...????
      Dulu sblum McD dibirthdaykan di Malysia, jdi rakyat Malaysia rugi belake lahh...????

      Delete
  5. Typo error kot atas tu...protes NGO yg menyokong Zionist..(bukan Palestin)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, bc kasi betul.statement dier da betul

      Delete
  6. Langkah yg patut dicontohi, tkasih datuk...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. gerakan yang amat mulia dan saya kagum dan hormati.. Mudahan ini adalah satu penyampaian buat menteri atau mereka yang berhati perut untuk membanteras ekonomi Israhell. Supaya satu amaran untuk mereka bahawa ini akan berterusan jika Anak anak Palestine di sentuh dengan kekejaman.. Mudahan rakyat Asia akan ikut sama Islam atau tidak. Allahuakhbar..

    ReplyDelete
  8. Nak boikot boleh..tp jangan sampai terlalu ekstrem berlebihan...bkata2 tak guna..tak plu tunjuk pun..simpan utk diri sendiri lebih baik..

    ReplyDelete
  9. Syabas..kite hanya mampu boikot dan berdoa dan itu yg patut dlakukan

    ReplyDelete
  10. Saya rase kepala surat tu tulis menteri bkn 'kementerian'. Ade beza tu xsalah pon....tajuk kepala surat tu 'menteri pertanian dan asas tani'...cer bace btol2...

    ReplyDelete
  11. Boleh je dia guna. Utk kebaikan bukan utk keburukan. Niat dia kita jgn nk teka2. Salah teka menanggung jawab ngan tuhan nt. At least dia ada effort. Yg komen psl kepala surat ni sah2 masih bawah tempurung. Still nk politik kampung. Wake up. Kte sedang crita masalah global. Pasal GAZA. Bkn politik murahan.

    ReplyDelete
  12. Mcm mane ye nk tutup akaun bank hsbc tue?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi hsbc sendiri dan bagitau mereka utk tutup akaun. Ataupun keluarkan semua duit yg ada. Mereka akan menanggung kos operasi sehingga mereka akan memaklumkan pemunya akaun utk ditutup akaun.

      Delete
  13. Relaks guys take care of your own backyard first. We have alot of issues in our own country to iron out instead of getting excited about others. If our own leaders are not going forward to assist in making peace when they have the means to do so, do you really think anyone cares if we practise boycott.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Somebody certainly do care http://mobile.nytimes.com/2014/02/01/opinion/sunday/why-the-boycott-movement-scares-israel.html?referrer=

      Delete
  14. Asyiklh nk negatif komen .topiknya ttg zionis.duk sbuk hal kpla surat.

    ReplyDelete
  15. Tahnyer.. trlrbih prihatin... kpl surt pn nk jd isu... syabas Dato' Sri Ismail Sabri...

    ReplyDelete
  16. Aku x penah guna n x layak nk guna kad kredit..cuma aku nk tnye apesal dia gunting kad kredit dah tamat tempoh...3/14...

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia