Skip to main content

Menulis Sebagai Penganggur Kehormat

Genap sebulan aku balik berkampung dan bermukim kembali di bumi Malaysia. Kalau sebelum ni, aku menjadi warga kota Madinah. Kota suci yang menjadi saksi kepada kemegahan Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Empat tahun aku berada di sana dan saatnya sudah pun tiba untuk aku kembali pulang. Pertemuan dan perpisahan itu sudah sinonim dalam fitrah kehidupan.

Alhamdulillah. Aku dapat menghabiskan jua degree aku selama 4 tahun di sana. Aku kira peluang yang aku dapat untuk belajar di Madinah adalah antara rezeki yang paling tak ternilai diberikan oleh Allah. Apa tidaknya, ada satu ketika aku sudah berputus asa untuk meneruskan pengajian. Aku sudah mengangkat ganggang telefon dan memberitakan perkara ini kepada orang tua ku semasa aku di UIA dulu. Benda ni kalau dikenang memang mengembalikan nostalgia yang syahdu. Allah tahu, dan Dia berikan aku peluang untuk terus belajar dan menuntut ilmu. Hehe. 

So, sekarang ni aku menulis sebagai salah seorang penganggur yang kehormat. Baru aku tahu perasaan orang yang menganggur ni macam mana. Mereka akan mula merungut yang zaman semasa belajar adalah zaman yang paling seronok dan gembira. Ye la kan? Zaman belajar mana nak fikir sangat tentang duit. Paling tidak pun akan dapat PTPTN kalau tak dapat biasiswa MARA mahupun JPA. Memang ianya berbeza dengan zaman selepas belajar. 

Zaman selepas belajar ni adalah zaman untuk mencari balik duit yang telah habis dilaburkan semasa zaman belajar. Rasa tertekan untuk membalas balik budi dan jasa ibu bapa dalam membayar yuran persekolahan kita sewaktu dulu, rasa tertekan untuk tidak lagi bergantung kepada beras dan lauk yang ibu bapa kita beli. Rasa tertekan apa lagi? Rasa tertekan dengan perasaan sendiri yang memperkatakan seolah - olah kita ini tidak lagi mampu berdikari sendiri. Ye dak?

Sebelum balik Malaysia ni, aku dah ada sedia sedikit bekal untuk buat belanja semasa keadaan ekonomi  tengah gawat di sini. Bekal sementara untuk mencari pekerjaan. Makin lama makin kurang dah bekal aku ni. Kerja pun masih belum dapat lagi. Mungkin percaturan Allah itu masih belum aku nampak dengan jelas dengan mata kasar mahupun mata fikiran. Biasa memang macam tu pun kan? Kita tak nampak apa kebaikan yang Allah aturkan untuk melainkan setelah kita dapat benda tersebut. Begitu kan?

Comments

  1. insyaAllah nt ada rezeki tu.. selamat hari raya..

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan selamat hari raya!

    ReplyDelete
  3. bila baca coretan bro, terus muhasabah diri.
    jauh lagi perjalanan yuyu.. :(

    ReplyDelete
  4. tahniah dah setel jugak tempuh 4 tahun kat sana kan HJ.
    inshaAllah nti ada tu rezeki kerjanya.. moga dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  5. Semoga segera beroleh pekerjaan tetap. Insyaallah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-