Aku Cuma Perhatikan

2 comments
Assalamualaikum...

Harapnya jawab salam dengan baik - baik ye. Moga yang sedang baca entry ni dalam keadaan sihat dan baik aje. Moga juga Kak LM yang asyik muntah - muntah tu makin baik keadaannya. Muntah tu bukan muntah penyakit tu. Muntah nak bertambah rezeki tu kak LM. Hehe.

Entry ni akan ada sedikit riak, sombong dan ego sekiranya puan dan tuan tidak menanamkan sifat bersangka baik terhadap saya terlebih dahulu. Haha. Tahun ini aku sengaja balik Malaysia sebelum Ramadhan untuk menyambut ibadah puasa di tanah air. Nanti ramai yang tanya, 'kenapa tak puasa dekat Madinah?', 'puasa dekat Madinah tak best ke?', pertanyaan tu cerita lain kali ye, takpun baca entry - entry yang dah lepas.

Tahun ni aku perati je sepanjang aku menjadi makmum solat terawih. Tahun - tahun sebelum ni aku tak menjadi makmum sangat, tu yang kurang alert sikit bab perhati - perhati makmum ni. Dekat masjid kampung aku ni, aku perati je yang kebanyakan makmum sebaik sahaja imam habis mengaminkan doa selepas solat Isya', semuanya bertebaran, bangun dan mengambil port di belakang.

Arghh.. Pelik. Aku pelik. Kemana diorang ni? Sedangkan saf di hadapan yang mereka duduk sekarang adalah saf yang didoakan oleh para malaikat. Mereka bangun dan terus mengambil port di belakang. Sebaik imam bangun untuk mendirikan solat terawih, di sini aku perhatikan satu lagi benda yang tak sepatutnya berlaku. Apa tu?

Aku tengok, makmum yang pada saf akhir sekali seringkali memulakan saf mereka di tepi tiang atau pun dinding masjid. Aku bersangka baik. Mereka mungkin tidak tahu yang saf itu bermula dengan di belakang imam.Tak kira sama ada saf pertama, kedua atau pun saf yang paling akhir. Bermula dengan belakang imam, bukannya mula di tepi dinding, kemudian ketengah dan ketengah, baik dinding belah kanan mahupun belah kiri.

Aku cuba buat kesimpulan sendiri. Aku tahu yang makmum sememangnya tahu kena merapatkan saf dan kelebihan saf pertama dalam solat berjemaah. Tapi, disebabkan haba dalam masjid terlalu panas, mereka terpaksa mengambil space dan bertebaran dengan baik sebelum solat terawih bermula. Saf bermula dengan sebelah dinding juga boleh terjadi dengan sebab ini disebakan ingin mencari angin yang tenang dan sepoi - sepoi bahasa. Hehe. 

**aku cuma perhatikan je..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. pemandangan biasa di masjid Malaysia.. huu. Saf pulak, susah nak jumpa y rapat. Saya pernah cuit lengan sorang pakcik ni nk suruh rapatkan saf..die jeling lak. Segan trus jd nye..

    ReplyDelete
  2. Amin.. Terima kasih doakan kaklong ye. Tahap merangkak gak nih, mmg tak mampu nak bangun kadang2 tu.

    Err pakcik2 tu carik tiang dan dinding nak menyandar ke apa lepas tiap2 kali bg salam. Hehe.. Org kita ni sebenarnya kurang ilmu, pastu takda saper yg tegur dan ingatkan. Kita bersngka baik jelah. Kalau sempat borak boleh kias2 bagi tau ilmu tu

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia