Skip to main content

Makin Maju Makin Bimbang

Zaman sekarang sudah tak seperti zaman dulu. Aku yang beranak tahun 90 an pun dapat rasa yang zaman sekarang sudah tak sama. Jauh bezanya. Dari segi pembelajaran, akhlak, teknologi, pembangunan dan sebagainya. Segala genap dan aspek sudah berubah. Zaman orang yang dah jadi bapa, datuk ni mesti lagi terasa perbezaannya.

Dari zaman blackboard kepada whiteboard, daripada kapur yang berabuk dan mudah patah kepada marker yang boleh tahan wangi bau dakwatnya. Daripada zaman kertas bercetak kepada zaman yang semuanya di atas papan digital. Sungguh pantas ianya berlalu. Alangkah indahnya zaman dahulu kala. Aku boleh agak, mesti ramai yang beranak zaman 60an hingga awal 90an yang merindui zaman ni.

Dalam semua benda yang berubah mengikut arus itu, semuanya kita dapat sesuaikan diri kita. Sama ada secara perlahan atau dapat menerimanya secara drastik. Teknologi ataupun pembangunan tu semacam tak kisah sangat dia nak berubah ikut zaman pun. Makin maju, makin kehadapan. Sebab semua tu ada kebaikannya untuk meringankan tugas - tugas kita seharian. Tujuan utamanya. Apa yang menjadi kekesalan adalah apabila akhlak dan kelakuan insan yang bergelar manusia ini juga semakin berubah dengan jayanya.

Manusia sekarang ini seakan semakin 'terkehadapan' perangai dan kerenah mereka. Mungkin juga impak buruk kesan daripada pembangunan dan perkembangan teknologi yang kian pesat. Ini yang menjadi kebimbangan buat ibu bapa zaman sekarang. Mereka bimbang yang anak - anak mereka akan menjadi seperti apa yang seringkali dilaporkan dalam Harian Metro. Gejala liar anak muda. Siang tidur, malam berpesta. Siang baik, malam jadi mabuk.

 Aku yang masih lagi tidak punyai zuriat pun terkadang boleh terlintas untuk memikirkan perkara ini. Tak tahu la macam mana orang - orang kat luar sana yang baru bergelar ibu dan bapa. Apakah solusi dan jalan penyelesaian kita terhadap masalah ini? Teori yang mesti seiring dengan pelaksanaan.

Baru - baru ini aku ada terbaca satu keratan berita mengenai ibu bapa yang berang dengan tindakan guru di sebuah sekolah kerana membotakkan kepala anaknya. Ini juga suatu perkara yang perlu diambil perhatian buat para penjaga dan pendidik. Zaman dahulu, perkara ibu bapa yang bengang dengan guru sekolah mungkin jarang sekali kedengaran. Tapi, hari ini boleh dikatakan saban hari kita akan dengar kisah macam ni.

Aku pernah dibotakkan kepala di sekolah dulu. Aku fly. Tapi, guru sekolah aku macam rasa yang botak kepala ini tak ada effect sangat sebab dah macam dapat potong rambut free. Jadi, mereka potong rambut ikut suka diorang, bagi tak sama. Aku pernah kena macam tu. Masa tu, aku tak berapa nak fikir dengan baik. Nak marah cikgu pun ada juga sebab dia buat hukuman tu macam nak malukan kita. Tapi, kalau aku bagitau mak bapak aku, diorang siap gelak lagi. "Padan muka kau!!". Orang sekarang, confirm dah failkan report polis sebab memalukan anak dan buat anak mereka jadi down. Kononnya.

Sekarang sudah tahun 2014. Katakan bumi kita ini masih belum kiamat sehingga tahun 2030. Apa gamaknya nanti perangai dan perilaku insan - insan yang bergelar manusia ini. Bolehkah kita menjamin anak - anak kita ataupun adik dan saudara mara kita yang baru berumur 10 tahun sekarang ini dapat menjadi seorang yang baik akhlak dan budinya? Seminggu dua ni kecoh dengan parti - parti liar yang boleh dikatakan tiap bulan akan ada. Parti topless, parti pantai, parti bikini dan bermacam - macam jenis parti lagi.  Jelas, majoritinya adalah anak muda yang menyertai parti yang sebegini. Apakah kita tidak runsing?

Comments

  1. tula..kesian cikgu hari ni. nak mendidik pun susah.

    ReplyDelete
  2. akak yg masih blm ada anak pun selalu risau...dah fikir2 camnelah nak didik kalau ada.

    ReplyDelete
  3. kemajuan sosio ekonomi selalunya mengakibatkan kemunduran sosio budaya.

    ReplyDelete
  4. Takut sbnrnya nk hidup pada zaman skrg..hanya berdoa agar dikuatkan iman supaya x terjebak dgn aktiviti2 liar

    ReplyDelete
  5. salam olls, perlukan penjagaan kesihatan untuk diri ??? Meh jalan jalan kat sini http://miaainis.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-