Skip to main content

Arsenal Mara ke Separuh Akhir FA Cup

Entry Arsenal lagi kan? Biasala.. Idea tengah tak ada, jadi Arsenal jadi topik untuk menghiburkan tangan mengetip keyboard. Cerita Arsenal pada hari ini adalah kemenangan Arsenal melawan Liverpool. Round ke 5 FA Cup. Menang 2 - 1 pada malam tadi adalah satu kegembiraan buat peminat Arsenal. Dapat keluar dari gua sejak Arsenal kena bantai di Anfield minggu lepas 1 - 5.

Walaupun Arsenal hanya menang 2 - 1 pada malam ini, ianya tetap berbaloi. Wenger hanya menurunkan muka - muka baru pada malam tadi. Hanya Ozil, Koscielny dan Mertesacker yang kekal dari skuad melawan Man Utd yang lepas. Chamberlain dan Podolski sebagai flank dan nampak ia memberi impak terhadap strategi Wenger apabila kedua - duanya menggegarkan jaring lawan. Tak lupa juga, aksi Fabianski pada malam ini memang patut dipuji.

Mungkin ramai yang tertanya - tanya mengapa Wenger mengetepikan Lord Bendtner dan menyenaraikan Sonogo sebagai first eleven. Katanya Wenger, "saya ingin memberikan peluang kepada Sonogo untuk bermain dan pada malam ini adalah permainan pertamanya secara rasmi sejak dia tiba di sini. Secara keseluruhannya, dia menunjukkan persembahan yang bagus dan memberangsangkan." 

Wenger memang terkenal dengan perangainya yang suka mengambil dan mengasah bakat - bakat muda. Pada malam ini, mungkin dia ingin menilai sejauh mana prestasi Sonogo. Kalau nampak boleh pergi jauh, jual sajalah striker yang dah tak menjadi tu. Haha. Setakat yang aku tengok, Sonogo tu memang ada bakat. Gayanya ada macam sedikit Adebayor dan mungkin game first dia malam tadi membuat dia sedikit gugup sehingga banyak kali bola yang ditendangnya tidak kena. Hikhik.

Liverpool yang menyarung jersi putih dan bertandang ke Emirates seakan begitu yakin dengan taktik dan position diorang untuk membenamkan Arsenal. Tetapi, Arsenal malam ini bukan seperti Arsenal yang dulu.  Mereka mengulang taktik dua minggu lepas dengan cubaan untuk menjaringkan gol pada minit - minit awal. Tidak dinafikan yang Liverpool pada musim ini adalah satu skuad yang mantap. Lorongan, hantaran dan penyudah mereka memang terbaik. Raheem Sterling adalah bakat muda mereka yang tidak boleh ambil mudah. Liverpool dapat menjaringkan gol pada separuh masa kedua hasil dari sepakan penalti Gerard. 

So, kesimpulannya... Arsenal akan menentang Bayern pada Rabu nanti ataupun pagi Khamis pada waktu Malaysia. Ramai peminat bola sepak meramalkan yang Arsenal akan menjadi lauk kepada Bayern Munich yang seringkali melaukkan team - team dalam liga German. Kita ada rekod baik dengan Bayern. Kita pernah menang dengan Bayern bila berkunjung ke Munich. Cumanya Rabu ini, Arsenal akan bermain di Emirates dan kunci untuk Arsenal pada malam itu adalah terletak pada defend. Kalau defend kita kebal, tak mustahil untuk melaukkan Bayern. Hihihi. 

Fabianski
Jenkinson - Mertesacker - Koscielny
Arteta - Flamini
Chamberlain - Ozil - Podolski
Sonogo

** separuh akhir FA Cup nanti Arsenal akan melawan Everton. 

Sekian. Selamat malam.

H.J
Madinah, KSA.
0142

Comments

  1. aik bila masa menang lawan everton? Dah separuh akhir...?

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-