Selagi Keyboard Berfungsi, Selagi Jari Menari.

Arsenal Berentap dengan 10 Orang Pemain, Kalah 0 - 2 Kepada Bayern Munich

Thursday, February 20, 2014 Posted by Hafizin Jamil , , 1 comment
Selamat pagi warga Arsenal Malaysia. Apa macam pagi khamis? Haha. Takziah diucapkan buat peminat Arsenal. Arsenal pada pagi tadi tewas di kaki Bayern Munich dengan jaringan 0 - 2. Jangan nak moody sangat, jangan nak pening kepala  nak hadap pemaki hamun atau pun hater - hater nanti. Buat macam orang tak ada perasaan je nanti. Jangan ubah air muka. Ahaks.

Jangan risau sebab kita ada 90 minit lagi di gelanggang lawan. Cuba untuk jadi seorang yang positif dan optimis. Hihi. Tak nak ulas panjang. Arsenal hanya bermain dengan 10 orang pemain seawal babak separuh masa pertama lagi ikutan daripada Shezni mendapat layanan kad merah daripada pengadil. Manakala, highlight lain adalah Ozil tidak memasukkan jaringan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil. Jangan nak maki Ozil. Cuba bertenang.

Aku rasa kita dapat fight Bayern di Allianz nanti sebab pada awal separuh masa pertama sebelum Shezni keluar, Arsenal berentap dengan baik dan banyak kali bola berada di muara gol Bayern. Chamberlain menunjukkan aksi yang diharapkan dan Sonogo adalah striker yang menjadi taruhan Wenger. Kesilapannya adalah kita hanya bermain dengan 10 orang pemain dan itu sudah dikira nasib baik kita hanya bolos 2 biji gol. Ruginya, game terus jadi hambar. Bayern hanya park dan bermain sebelah padang sahaja di bahagian Arsenal.

Shezni
Sagna - Sacker - Koscielny - Gibbs
Flamini
Chamberlain - Wilshere - Ozil - Cazorla
Sonogo

Gibbs belum habis babak pertama lagi sudah mengalami kecederaan. Dia keluar dan digantikan dengan Monreal. Bilamana Shezni dihadiahkan kad merah, Wenger mengambil keputusan untuk mengeluarkan Cazorla dan meletakkan Fabianski sebagai penjaga gol. Pada separuh masa kedua, Wenger mengeluarkan Chamberlain dan dimasukkan dengan Rosicky. Tapi, itu semua menemui jalan buntu untuk Arsenal memecahkan gawang pasukan Bayern. Mereka bermain dengan baik dan gol Kroos memang terbaik dan boleh dikategorikan gol yang cun bagi aku.

Kita tunggu pusingan kedua nanti di Allianz. Kita tengok macam mana game dan juga keputusannya. Jangan melatah. Jangan bising. In Arsene We Trust. Hahaha. Aku mengharap Ramsey akan pulih dari kecederaannya dan bermain di Allianz nanti. Aku juga lebih mengharap jika Sonogo diberi peluang lebih lagi oleh Wenger sebab aku nampak yang Sonogo ni ada potensi dan boleh jadi lebih menjadi daripada striker lain yang kita ada sekarang ini. 

Sekian.

H.J
Madinah, KSA.
0202

1 comment:

  1. arsenal jumpa barcelona diseparuh akhir

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails