Skip to main content

Ahmad Hafizuddin

Cerita Arsenal dah lepas untuk minggu ini. Arsenal menang bergaya dengan Sunderland di tempat sendiri dengan jaringan 4 - 1. Namun, masih ramai yang tengah  mencanang gol Rosicky pada malam itu. Superb gol. Class gol. Kita ada dua game sebelum bertemu Bayern di Allianz Arena. Satu game liga dan satu lagi game FA Cup. Minta semuanya menang. Kita tak nak dihalau oleh fans lain untuk masuk gua. Haha.

Entry kali ni bukan entry bola mahupun Arsenal. Haha.

Cerita dua minggu lepas ataupun 3 minggu lepas. (Rasa kekok bila lama tak menulis). Cerita ini adalah cerita pasal kawan aku yang belajar di Jordan. Tercapai juga hajatnya untuk menunaikan umrah dan menjadi tetamu Allah sebelum pulang ke Malaysia. Tahniah dan moga - moga umrah itu adalah umrah makbul dan diterima Allah. 

Nama kawan aku ni adalah Ahmad Hafizuddin bin Othman. Aku tak pasti 'd' tu double atau satu. Seawal tingkatan satu aku kenal si budak nakal ni. Masa mula - mula masuk sekolah lagi dah boleh nampak dah muka dia ni memang muka yang akan langgar disiplin punya. Ternyata teori awal tu terbukti dengan kekerapan dia dipanggil oleh pihak disiplin sekolah. 

Aku tak tahu bila masa aku boleh jadi baik dengan dia. Rasa - rasa aku, aku boleh masuk ataupun boleh berkawan dengan dia semasa di sekolah hatta sekarang.Mungkin perangai gila - gila tu boleh masuk antara satu sama lain. Sampai sekarang, kawan tetap kawan. Kawan baik kot. Separuh batch aku masa tu memang satu kepala. Sama - sama kepala masuk air!!

Memori yang paling tak lupa di ingatan aku adalah first sekali kantoi dengan pihak sekolah apabila buat kes disiplin. Kes bukan apa sangat. Cuma kes 'fly'. Tapi, disebabkan 'fly' itu, rentetan selepasnya terjadilah banyak kes; kes ponteng sekolah, ponteng perhimpunan, kes tak pakai baju seragam masa keluar sekolah, hatta kes tak pakai kopiah! Maklum la, sekolah tahfiz kan. Haha.

Seingat aku pagi itu adalah pagi khamis. Hari itu adalah hari last persekolahan sebelum cuti untuk seminggu. Mengikut rancangan awal, seramai 15 orang budak kepala masuk air bersetuju untuk 'balik' bercuti terlebih awal. Plan awalnya adalah untuk balik seawal azan subuh berkumandang lagi! Plan masa zaman remaja, saja cari pasal. Padahal tengah hari tu pihak sekolah dah bagi balik dah.

Malam itu memang tak tidur. Jam 5 semua dah bersiap. Taktik dia sebelum keluar pagar sekolah adalah mesti dengan pakaian tidur. Kain pelikat adalah mesti. Tujuaannya untuk menyorakkan seluar yang ada kat dalam tu. Baldi masing - masing di tangan. Dalamnya ada beg sandang dan atasnya adalah baju - baju kotor untuk mengaburi mata. Kononnya bawa baldi adalah untuk hantar dobi!

Beransur - ansur bergerak. Dalam 3 orang sekali gerak. Memang kamikaze dan memang rasa berdebar sebab itu adalah first time untuk langgar disiplin sekolah. Check point pertama adalah di kelas. Semua yang selamat sampai kena tunggu member - member yang lain di kelas. Halangan dekat asrama adalah warden. Takut - takut awal pula warden bangun nak kejut pelajar. Halangan kedua adalah pengawas ataupun mata - mata yang tak bergaji. 

Semuanya selamat sampai di checkpoint pertama. Namun, ada berita yang tak enak didengar. Salah seorang daripada kami kantoi dengan ketua pengawas. Kantoi yang menimbukan syak wasangka. Ketua pengawas itu nampak pelik dengan kain pelikat yang dipakainya. Apa pasal la gelembung semacam je. Tapi, dia macam buat - buat tak tahu je. Semuanya cemas. Ada yang mencadangkan supaya cancel sahaja plan pagi itu.

Saat ini lah Hafizuddin bertindak. "Rilek, rilek... sape tak nak pergi, terpulanglah. Tapi, geng 24 (no siri batch aku) pantang berundur. Risiko adalah permainan". Ayat dia. Kalau terkenang balik, memang terbahak nak gelak. Akhirnya, semua dengan plan asal. Balik naik bas pada pagi tu, pergi bandar, lepak - lepak, dekat Asar atau pun lepas Zohor, baliklah rumah masing - masing.

Saat ini, semuanya ready untuk dengar azan berkumandang dan masing - masing mengangkat takbir dengan seorang imam di depan. Lepas aja bagi salam, imam sempat pesan lagi, "Minta dekat Allah, supaya jangan kantoi ye". Haha. Apa punya la masa tu, sempat lagi minta tolong Allah, padahal nak buat jahat. 

Jam 6 pagi. Semua bergerak ke arah pagar utama. Pagar utama lebih dekat dengan jalan raya dan pagarnya tidak berduri dan lebih rendah untuk dipanjat. Biasanya pak guard pun belum bangun lagi. Jadi, cabaran kedua adalah pak guard. Mengambil risiko dengan mengandaikan yang pak guard masih lagi tidur. Checkpoint kedua adalah perhentian bas. Cuma dalam jarak 500 meter je dari pondok pak guard. Nasib baiknya perhentian bas tu terselindung di balik - balik pokok. 

Semua selamat sampai di checkpoint kedua. Sayu - sayu kedengaran dari arah sekolah pak bilal yang ditugaskan melaungkan kamat. Biasanya, bas akan sampai dekat bus stop tu dalam pukul 6.15 pagi. Jejak je kaki menaiki bas, semuanya melepas nafas kelegaan. Lega dan lepas buat waktu sekarang. Semuanya dalam perkiraan dan sudah semestinya driver bas tu tahu yang naik pagi - pagi macam tu adalah pelajar sekolah (tahfiz) yang ponteng sekolah. Ishhh, walaupun tahu benda tu mencemarkan nama baik sekolah, kitorang masa tu berharap yang driver bas tu faham. Haha.

Cerita aku taip macam panjang dan berjela sangat, ingat sempat nak cerita part kantoi. Haha.

sekarang dah insaf dah ni. haha

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google