Skip to main content

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari.

Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha.

Bagi student yang cikai macam aku ni, sistem exam adalah satu - satunya faktor yang menyumbang kepada stress tahap melampau kepada para pelajar. Manakan tidak, tiap kali exam sudah pasti akan ada yang pass dan akan ada yang failed. Jika difokuskan lebih dalam lagi, faktor FAILED adalah faktor yang terutama sekali. Cuba bayangkan jika belajar tanpa ada failed, sudah tentu tiada apa yang hendak dirisaukan. Tak yah study pun tak apa kan? 

**ko buat sekolah sendiri la woii kalau tak nak ada sistem pass and failed dalam exam. haha

Salahkan exam, jangan salahkan status bujang.

Comments

  1. oittt...banyok teh kain tak basuh... exam punya pasal -_-

    ReplyDelete
  2. uuuik. bilik ke tu. hihi
    apapun.. good luck yeaa.jgn stress2. nanti dah keje rindu time jd student taw! happy new year 2014! :)

    ReplyDelete
  3. cehhh. dan2 salahkan exm. hahaah

    ReplyDelete
  4. good luck yea :)
    cara aku, di samping study, baca kata-kata motivasi yang ditampal depan meja study. memang membantu,

    ReplyDelete
  5. semoga tahun baru membawa seribu makna.. semoga berjaya ! :)

    ReplyDelete
  6. nampak sangat dah seminggu tak mendobi...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum Hafizin....lama mama x singgah sini...heheee nak jual kain pelikat ke ni...:)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This blog was... how do I say it? Relevant!!
    Finally I've found something that helped me. Cheers!


    Also visit my web page the green coffee bean

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Everything posted was actually very reasonable. However, what about this?
    suppose you typed a catchier title? I ain't suggesting your content isn't good., however what if you added a title that makes people want more?

    I mean "Selamat Tahun Baru 2014" is kinda boring. You ought to peek at Yahoo's front page and see how they create
    article headlines to grab people to click. You might try adding
    a video or a related pic or two to get readers excited about everything've got to say.

    In my opinion, it could make your posts a little bit more interesting.



    my page - bankruptcy options for individuals

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-