Cara Bisnes di Instagram

4 comments
[STICKY POST] Scroll bawah untuk entry terbaru.

Ada tak sesiapa kat sini yang ada kenalan atau pun kawan dia yang buat bisnes online dengan menggunakan instagram? Atau pun ada kawan yang ingin berbisnes secara atas talian tapi belum jelas langkah dan cara untuk memasarkan barangan mereka kepada para pembeli? Ataupun kawan yang baru nak berkecimpung dalam dunia bisnes secara online? Atau pun kawan yang ada produk tapi tak tahu nak jual macam mana? Ada ke?

Sekarang ni, sudah ramai yang menceburkan diri dalam bidang bisnes online menjadikan instagram sebagai platform untuk mengiklan barangan mereka dan menjadi medium perantara antara dia dan juga pelanggan. Instagram adalah suatu jenis media sosial yang pada hemat saya begitu efisyen untuk memasarkan produk dan barangan disebabkan penggunaannya adalah percuma.

Cuma, yang menjadi masalah adalah cara dan langkah yang betul perlu diambil untuk memastikan para follower kita itu adalah betul - betul orang yang berminat dengan produk kita? Kalau tidak, ianya akan menjadi masalah. Kenapa? Sebab, tak kira kita promote macam mana pun produk kita, kalau orang tu langsung tak berminat, memang kita tak akan dapat buat jualan kan??

Berminat dan ingin menceburkan diri dalam bidang bisnes? Ingin berjinak - jinak dengan bisnes online? Ingin mencari pendapatan sampingan untuk keluarga dan juga diri sendiri? Ada produk tapi tak tahu nak jual macam mana? Boleh klik LINK ini untuk tahu bagaimana langkah dan cara menjual barangan anda di Instagram. Serius, tak rugi. Ianya adalah suatu ilmu. Anda dapat, boleh terus praktikal dan ajar pula kawan - kawan dan sedara mara anda.

Boleh Klik Gambar Ini Atau Link Di Bawah Untuk Lebih Jelas Ttg Ilmu Manipulasi Instagram


** Tak rugi untuk melabur dalam mencari ilmu. Hendak buat sesuatu kena ada ilmu, baru semuanya dapat berjalan dengan lancar dan juga smooth. Letak ilmu terlebih dahulu sebelum mengamalkan sesuatu. Prinsip ni memang ada dalam Islam yang mana untuk beribadah, ilmu adalah kepala. Kena ada ilmu baru boleh jalan segala amal ibadah perbuatan kita. Sama macam bisnes, ada ilmu insyaAllah bisnes boleh pergi lebih jauh.




Read More

Apa itu Madad Ya Rasulallah

8 comments
"Besok kawanku akan memasuki bilik pembedahan. Madad Ya Rasulallah." Benda ni timbul secara bermusim di Malaysia. Madad Ya Rasulallah yang mana bermaksud "Minta pertolonganmu Ya Rasulallah". Benda ini menjadi isu yang dipertikaikan dan banyak diperdebatkan dalam Facebook oleh golongan - golongan awam dan para jaguh keyboard. Benda ini timbul berikutan nasyid dan qasidah yang di bawa oleh para habib yang juga sekarang makin mendapat tempat di Malaysia.

Perlu diingatkan yang kalimah Madad Ya Rasulallah menunjukkan yang kita minta sesuatu itu adalah daripada Rasulullah sedangkan Nabi kita Muhammad s.a.w telah wafat. Kita meminta kepada Nabi s.a.w. seolah - olah kita tidak menghiraukan Tuhan Yang Paling Agung dengan bukan meminta sesuatu dan segalanya kepada Dia. Ianya seolah - olah menjadikan Allah itu sesuatu yang lebih kecil daripada Nabi Muhammad s.a.w. Bolehkah dengan sedemikian?

Mungkin akan ada sesetengah orang tidak setuju dengan pendapat aku. Ya, pendapat aku ini bukan untuk dipersetujui. Hanya sekadar luahan pandangan untuk dikongsi. Setuju atau tidak terpulang kepada masing - masing. Terpulang kepada ilmu dan hujah masing - masing. Kan? Bagi aku, benda ini adalah berkaitan dengan akidah. Meminta sesuatu secara terus kepada orang mati seolah - olah ada sesuatu yang terselindung di sebalik benteng keimanan. Syirik. Satu benda yang syaitan sendiri pun tak buat.

Tengok sahaja para sarjana pada kurun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, tengok sahaja para sahabat Baginda, tengok sahaja para isteri Baginda, adakah mereka berdoa dengan menyebut "Madad Ya Rasulallah". Kalau diikutkan, mereka lebih dekat kepada kubur Nabi s.a.w dan boleh terus mengadap kubur dan menyebut "Madad Ya Rasulallah" tanpa sebarang pagar dan kubu seperti sekarang ini yang dikawal ketat oleh polis Saudi.

Kesimpulannya, tidak berdoa dengan "Madad Ya Rasulallah" tidak bermaksud kita tidak sayang kepada Nabi kita s.a.w. Siti Aisyah, Abu Bakar, Umar, dan para sahabat yang lain (moga Allah meredhai mereka semua)  adalah insan yang sempat bersama baginda dan semestinya tahap sayang, kasih mereka melebihi kita semua tapi mereka tak pernah menyarankan kita yang terkemudian berbuat sebegitu. Sayang kepada Rasulullah? Selawat kepadanya, ikuti sunnahnya. Itu paling terbaik.
Read More

Meggi Ketam Paling Sedap

8 comments
Jalan - jalan cari makan. Bila makan kena keluarkan duit. Bila keluarkan duit, poket kosong. Hampeh. Nak makan sedap memang tak ada jalan lain dah kalau tak nak masak sendiri, kena habiskan juga duit untuk bayar dekat taukey kedai. Ye la, nak masak sendiri tak pandai pula. Lepas tu, taukey kedai ni buat bayar gaji tukang masaknya pula. Nampak di situ kemana perginya duit dalam poket kita?

Sepit pun bukan main besar.

Nampak ketam dalam gambar di atas tu? Tu adalah hidangan Maggi Ketam dekat kedai yang paling popular di Kelantan. Setakat ni, Maggi Ketam kat kedai tu la yang paling sedap dan paling umppphhh rasanya. Hidangan kat atas tu adalah cerita bulan lepas. Nak cerita Maggi Ketam ni, aku rasa menu ni dah popular lama dah, cumanya aku tak berkesempatan nak merasainya sebab masa tu aku masih lagi berada di Saudi.

Nampak umpphh kan? Harganya mesti ummpphh juga laa? Hidangan aku macam kat atas tu, aku kena berbelanja dekat RM 30 sekali dengan minuman. Harga Maggi Ketam ni biasanya tak menentu dan akan berubah - rubah bergantung kepada saiz ketam. Jika besar saiz ketam, maka besar juga lah harganya. Satu hipotesis yang masuk akal.

Harga RM 30 buat seorang penanam anggur untuk berbelanja makan amatlah besar baginya. Sebenarnya RM 30 adalah begitu murah jika nak dibandingkan dengan harga makanan di Saudi. Tapi tu lah, dekat Saudi ada scholar. Lain lah jadinya. Tiap bulan tunggu pegang kad bank untuk pergi cucuk je. Lepas dapat duit, merata cari kedai untuk makan nasi mandy kambing. Senang sangat hidup.

Kesimpulannya, yang penting bagi aku adalah rasanya. Rasanya memang sedap teramat, lazat yang  tak terperi, dan sememangnya berbaloi dengan nilai wang lagi - lagi dengan keadaan ekonomi yang tengah mengalami inflasi. Ada dekat sejam aku makan ketam ni sebab nak kopek satu - satu isi dia. Kat kedai ni dia akan bagi siap - siap playar untuk memudahkan lagi kita mengopek isi ketam. So, sesiapa yang berkunjung ke Kelantan tu, cari la kedai ni dekat Cherang Ruku, Pasir Putih. Cari kedai Aleemy Maggi Ketam. Mesti tak menyesal.

Kenyang + Sedap

Read More

[Giveaway] Hello from Canada

14 comments
Join GA lagi weh.. Banyak betul join giveaway untuk bulan ni. Kalau satu pun tak dapat, hmmm.. faham - faham la kan? Blogger - blogger yang handle giveaway ni memang tak suka aku. Sengaja buat pakatan dan berkomplot untuk tidak bagi aku dapat giveaway tu.

Giveaway kali ini adalah dari Kanada. Wooo.. Kanada tu. Kali ni tuan blog yang nama Farah ni sangat bermurah hati  untuk memberi fridge magnet berbentuk bendera Kanada kepada 10 pemenang bertuah. Aku join ni dengan harapan agar Cik Farah dapat bagi giveaway special kepada aku. Tshirt kanada ke, bag kanada ke. Boleh kan Cik Farah? Hahaha.

Mana nak join boleh picit terus gambar hitam putih ni.
Ada satu lagi syarat mudah untuk melayakkan diri join GA ini. Iaitu dengan jawab soalan berikut :-

- Apakah URL Blog Doodles of Life? So jawapannya adalah :

http://herlifemanual007.blogspot.ru (harap - harap  betul la jawapan ni)

So, apa lagi? Mana - mana yang nak join tu boleh la join sambil - sambil berkenalan dan berkawan dengan Cik Farah. Aku Cik Farah dah nak bagi t-shirt Canada. Kan Cik Farah? :P
Read More

Permohonan Masuk ke Tingkatan 1 2015 ke Maahad Tahfiz Pulai Chondong

3 comments

Nampak banner dekat atas tu? Dah nak dekat dengan tarikh tutup permohonan baru nak share kan? Haha. Selagi belum sampai 10 Disember, nampaknya ruang dan peluang tu masih lagi ada untuk mana - mana ibu bapa ataupun kenalan yang punyai anak - anak yang akan memasuki alam sekolah menengah pada tahun hadapan, 2015. Terlebih dahulu, sekolah ni berada di Pulai Chondong, Machang Kelantan.

Setakat ni, aku rasa sekolah ni (Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat Pulai Chondong) adalah salah satu sekolah yang terbaik ada dalam Malaysia. Boleh perhatikan bagaimana berkualitinya produk keluaran sekolah terbaik ini. Susah nak kenal produk keluaran sekolah ini? Jangan risau dan jangan resah, salah satu keluaran produk ni adalah tuan blog ni. Haha. Bermutu dan berkualiti kan tuan blog ni? Haha

So, boleh hubungi no yang tertera di atas untuk mengetahui lebih lanjut urusan untuk memohon anak - anak memasuki sekolah tersebut. No tu adalah no pejabat sekolah dan boleh bagitau nak cakap dengan Encik Fauruh. Mesti yang angkat ganggang telefon tu blushing sikit sebab orang kenal nama dia. Dah lama dah dia kerja dekat situ, sejak aku masuk form 1 lagi.

Setakat yang aku tahu, syarat kelayakan untuk masuk sekolah tu mestilah mendapat 5A atau pun 4A paling kurang dalam UPSR. Tu syarat untuk mengisi borang permohonan. Selepas tu, dia akan ada satu lagi ujian penapisan untuk memastikan yang betul - betul berkualiti dan yang betul - betul minat sahaja ditawarkan untuk belajar kat situ. Ada ujian bertulis dan juga lisan. Salah satu ujian lisan adalah, diberi 10 baris ayat Al -Quran untuk dihafal dalam masa satu jam. Jeng.. Jeng..

Jadi, sesiapa yang minat nak anak dia jadi Al-Hafiz tu, boleh mula beli kismis doa setengah kilo. Hehe. Tak adalah, maknanya boleh cuba latih anak - anak untuk hafal ayat Quran pelan - pelan agar tak terkejut nanti. Sekolah ni adalah half goverment dan half private. Jadi, yuran bulanan untuk bayaran asrama agak mahal sikit  bagi aku untuk penduduk Kelantan. Pada zaman aku dulu, around 2004 - 2009, yuran bulanan sebanyak RM250. Akhir tahun 2008 tu, yuran dah up kepada RM350 sebulan. Terbaru tak tahu pula berapa. Rasanya still dengan RM350.
Read More

Giveaway Jom Sihat Bersama Hazamie Souq

9 comments
Sapa nak join boleh klik gambar banner kat atas ni.

Giveaway lagii!! Hahaha. Kuat betul join give away. Orang nak bagi kita peluang, kita ambil la kan? Kali ni give away daripada  Kak Hani. Mudah dan senang je syarat untuk GA ni. Tu yang aku boleh nak join ni. Korang kena nyatakan dalam entry tu "saya mahu sihat kerana,,,,

Kerana dengan sihat tu, saya seolah menjaga pemberian Allah kepada saya dengan sebaiknya. Saya sedar tubuh badan dan nikmat kesihatan ini adalah pemberian Tuhan kepada saya dan saya mahu sihat dengan sesihatnya untuk menunjukkan yang saya bersyukur atas kurniaan nikmat kesihatan yang saya dapat selama ini. Lebih - lebih lagi bila mendapat produk kesihatan daripada tuan blog Hazamie Souq nanti. :)

Harap - harap Kak Hani tertarik dengan entry ni dan dengan itu saya mendapat Give Away ituuu.. Ehem..
Read More

WW : Wordless Wednesday

3 comments


Read More

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

7 comments
Sempena masuknya bulan Disember ni, ramai pula blogger yang pemurah hati nak bagi hadiah buat GiveAway. Setakat aku blogging ni, tak pernah lagi ada rezeki untuk dapat giveaway dari tajaan blogger - blogger yang pemurah hati. Bukan rezeki aku kot. Tak pun aku kena jadi sponsor untuk give away dulu kan? Nak sesuatu, kita kena korbankan sesuatu dulu kan? Tak gitu? 

Kali ni gatal tangan nak join give away daripada KAMEQ DEANNA. Kameq ni setahu aku bahasa Sarawak. Masa zaman belajar dulu sempat la kawan dengan orang Sarawak. Sarawak ni tersohor dengan kek lapis. Kalau dapat kek lapis kan sedap, boleh juga buat isi perut yang tiap hari mesti nak lapar je.

Tapi, kali ini tuan blog berbaik hati untuk bagi Topup + Majalah percuma. Aku kalau dapat majalah saja pun dah okay. Macam menarik je majalah yang dioffer oleh tuan blog. Boleh la tuan blog, boleh la ye... pilih kasih sikit untuk bagi kita hadiah GA tu. Boleh la ye?? Haha

So, kalau sesiapa nak join GA ni, pandai - pandai la tekan gambar kat bawah ni. Direct dia akan pergi ke blog penganjur GA ni. Mana tahu rezeki dapat topup kan? Boleh la tu buat beli plan data internet. Aha. Join kat SINI atau klik gambar kat bawah ni.


**Tuan blog, bagi kat kita je lah ye majalah tu. Hehe. (bodek).

Read More

Segmen : Zaman Persekolahan

12 comments
Aku ada singgah blog Azrin tadi. Tengok dia ada join segmen. Tengok segmen tu macam menarik je. Tak ada la boring sangat. Cumanya yang penat sikit kena jengah blog sponsor. Banyak tu penyeponsor. Setakat ni 66 hadiah untuk yang join segmen ni. Haha. Korang nak join boleh la klik gambar banner kat bawah ni. Aku tak join sebab tak cukup syarat - syaratnya. Hehe.

Segmen ni ada kaitan dengan gambar kanak - kanak riang kat bawah ni. Ada nostalgia tersendiri untuk korang yang tengok gambar kat bawah ni untuk mengenang kembali nostalgia zaman persekolahan korang.


Sejujurnya, kedudukan aku dalam kelas seperti gambar di atas adalah no.4. Masa tu aku SPM. Kedudukan yang paling belakang sekali dalam kelas. Biasanya cikgu - cikgu ni dah mark dah pelajar yang duduk di barisan belakang ni adalah pelajar yang ada masalah. Sama ada masalah disiplin ataupun masalah tingkah laku dan juga akhlak.

Bagi aku, duduk barisan belakang ni ada keistimewaan yang tersendiri dalam kelas. Orang yang kat belakang ni skop pandangan dia ni lebih luas berbanding orang yang duduk di barisan hadapan dalam kelas. Korang boleh bayangkan tak? Duduk depan sekali korang akan nampak cikgu korang je kat depan yang tengah mengajar. Boring kan? Lepas tu mengantuk dan tertidur dengan air liur basi yang tumpah. Duduk belakang, mata korang boleh nampak seluruh kelas, nak usha awek-awek pun senang kan dalam kelas? Point of view tu secara menyeluruh. Opppsss. Haha. Tapi sekolah aku semua boys masa tu.

Itu semuanya hanya sembang walaupun ada peratusan yang penyataan kat atas adalah sedikit betul dan ianya juga sebagai teori yang selalu aku buat hujah apabila berdebat dengan budak - budak nerd yang selalu duduk dalam barisan hadapan dalam kelas. Point utamanya, aku duduk belakang memang aku ada masalah disiplin. Aku selalu tak pakai stokin pergi sekolah dan bila duduk kat belakang dapat la aku sorok kaki yang tak pakai stokin ni dari pengetahuan guru - guru yang masuk mengajar. Haha. Aku juga pernah pakai stokin sebelah je paw yang member punya masa perhimpunan. Nanti bila cikgu check, aku angkat seluar yang belah aku pakai stokin je. Peratus untuk kantoi tu 50-50. Tapi, risiko adalah permainan. Haha.

Korang yang nak join segmen ni klik la banner kat atas tu. Ataupun picit SINI.
Read More

Mencari Bloglist

11 comments
Dah lama rasanya jari tak ringan untuk update blog. Bloglist kat sebelah ni pun habis dah hilang akibat memandai je main tukar domain. Tengok blogger - blogger otai ada domain sendiri yang dot my dot com kat belakang tu rasa nak buat juga. Keinginan untuk try buat sama ada  menjadi ke tidak itu kuat dan mangsanya adalah blog ini. Tapi, kurang - kurangnya menjadi la juga hari tu untuk tukar domain. Agak susah dan rumit kalau tak biasa dengan interface dashboard host yang kat korang beli domain.

Cumanya, aku agak kehairanan sedikit masa setting domain tu. Domain yang aku ada tu hafizinjamil.com. Bila aku taip hafizinjamil.com dekat url punya browser, blog aku tak dapat reach site tu. Blank dan kosong je. Aku try isi penuh, www.hafizinjamil.com terus menjadi pula. Tak tahu apa pasal. Tu yang gedik pergi tukar balik ubibadok.blogspot.com. Berlagak nak ada domain sendiri juga tapi tak tahu setting.

Sekarang ni, cuma nak minta jasa baik kalau ada sesape nak drop link blog dia kat sini boleh letak dekat komen. Aku nak isi ruang bloglist kat sebelah ini. Bloglist ni sebenarnya tempat aku nak blogwalking. Kalau ada sebelah ni, senang je boleh tahu ada update ke tidak blog tu dan kalau ada terus boleh singgah - singgah, sepam - sepam komen satu dua. Haha.


**bloglist dah dapat dicover balik. haha. sape2 ada nak tinggal bloglist tinggal la.
Read More

Hukum Anjing, Larangan Bela Anjing.

Leave a Comment
Cerita Anjing:


1-Nabi SAW larang memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan.
Nabi bersabda: "Sesiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan, maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qiroth bagi setiap hari" (Muttafaq 'Alaih)

Pemeliharaan anjing tanpa sebarang keperluan dilarang kerana malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing. Sabda nabi: "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" (Muttafaq 'alaih).

Daripada Ibn Umar r.a.meriwayatkan bahawa malaikat Jibril as berjanji akan datang menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sekian lama menanti, Jibril as tidak juga muncul. Lalu Rasulullah saw pun keluar, dan baginda menemui Jibril di luar. Rasulullah mengadu akan kelewatan tibanya. Jibril menjelaskan dengan berkata: "Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar" (Hadis riwayat al-Bukhari).

Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing". (Hadis Riwayat Muslim).

Cukuplah hadis-hadis ini menjadi peringatan kepada orang yang berminat nak bela anjing...

Sila baca Hukum Pelihara Anjing;
حكم تربية الكلاب
http://www.saaid.net/Doat/ehsan/133.htm

2- Bandingan Anjing!

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-A'raf ayat 175-176;
Maksudnya: "Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), Kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), Maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.

Dan kalau kami menghendaki, Sesungguhnya kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah,Maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). demikian Itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir".

3- Kedudukan Anjing dan Hukum yang berkaitan dengannya.

Sila baca di:
http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitannya.pdf

Sumber : Abu Anas Madani 
Read More

Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus (UAI) September 2014

2 comments


Lai.. lai.. lai.. yang mana ada di lokasi berdekatan jangan lepaskan peluang untuk ceduk sedikit sebanyak ilmu dan pelajaran. Apa gunanya sibuk sepanjang minggu tetapi tidak ada masa untuk agama walau sejam dua. Kannnn??
Read More

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

7 comments


Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu.

**Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.
Read More

Terbaru!! Jadual Muqabalah (Temuduga) bagi Permohonan Masuk ke Universiti Qassim, Arab Saudi.

5 comments

Jadual Muqabalah bagi permohonan Qassim Universiti Arab Saudi Kuala Lumpur/Selangor - 8 Ogos 2014 Kelantan - 11 Ogos 2014 Kedah - 13 Ogos 2014 Johor - 15 Ogos 2014 Dokumen yang diperlukan: 1. Sijil SPM dan ke atas (Kalau boleh dalam bahasa arab) 2. Salinan surat beranak (Kalau boleh dalam bahasa arab) 3. Salinan Pasport (Jika ada) 4. 2 Tazkiyah (Dari mana-mana individu) 5. Gambar size passport 2 keping *Tempat muqabalah di negeri-negeri lain akan diupdate kemudian *Urusan muqabalah tidak akan dijalankan bagi pihak muslimat, permohonan muslimat akan diberitahu setelah mendapat maklumat lengkap dari pihak universiti nanti *Muqabalah akan dilaksanakan dalam bahasa arab *Jadual boleh berubah mengikut keadaan dan akan diberitahu secepat mungkin di FB * Bidang pengajian yang melibatkan perubatan tidak disediakan di Qassim University * Bagi permohonan muqabalah peringkat master dan Phd pula, sila email resume anda pada almunawwarah90@gmail.com. Sertakan no. tel untuk dihubungi jika permohonan anda diterima bagi urusan muqabalah. *Sila hubungi wakil negeri berikut bagi urusan muqabalah di negeri terdekat masing-masing: Kelantan: Ustaz Abal Khair +60199918177 Kedah: Ustaz Fitri +60195453678 Johor: Ustaz Jundullah +60123345481 (Whatsapp sahaja) Ustaz Shafie +6583769463 (wakil singapura)

**Info daripada Wan Muhammad Usaid, pelajar yang sedang menuntut di Universiti Islam Madinah. Boleh tengok fb beliau untuk makluman lanjut dan juga update semasa mengenai temuduga ini.

FB : Usaid Subki

Nota kaki : Tajaan penuh tu.. Ada yang tak nak pergi ke? Pergi belajar je, tiket flight, duit saku, yuran belajar semuanya ditanggung. Belajar free. TAJAAN PENUH!!
Read More

Status Hadis ; Tuntulah Ilmu Walau ke Negeri China

Leave a Comment
Hati - hati bila menyandarkan sesuatu perkara kepada Nabi kita s.a.w.

"Tuntulah Ilmu Walau ke Negeri China." Kita seringkali mendengar ungkapan ini melalui lidah - lidah ustaz di negara kita. Sama ada di masjid atau pun di majlis - majlis ilmu. Para ustaz ini mendakwa yang rangkap itu adalah hadis ataupun ucapan daripada Nabi kita iaitu Muhammad s.a.w. Ini ternyata satu kesilapan yang besar telah dilakukan oleh para ustaz yang tidak mengkaji terlebih dahulu status hadis tersebut sehingga menyebabkan orang - orang awam mudah menuturkan dan mendakwa ianya hadis daripada Nabi s.a.w apabila berborak sesama mereka.

"Engkau ni, malas belajar pula.. kan Nabi ada kata, tuntutlah ilmu walau ke negeri China." "Pergilah ke Mesir ke, Yaman ke, Jordan ke untuk menuntut ilmu. Nabi sendiri ada sarankan umatnya untuk menuntut ilmu hingga ke China." Beberapa contoh dialog yang biasa kita dengar dalam masyarakat kita. Tanpa sedar mereka tidak mengetahui apakah status hadis yang didakwa mereka adalah daripada Nabi kita. Mereka tidak tahu, barangkali mereka sudah berdusta atas nama Nabi. Salah siapa? Siapa yang menyampaikan kepada mereka?

Ketahuilah kita yang hadis tersebut adalah hadis yang tiada asalnya mengikut Ibnu Hibban atau pun hadis yang batil mengikut Imam Al-Albani (rahmat Allah kepada mereka). Apabila dikaji secara lebih terperinci kepada periwayatan sanad, jelas kelihatan kesalahan dan kesilapan individu yang meriwayatkan hadis. Ketiga - tiga sanad seperti gambar di atas jelas menunjukkan seorang rawi daripada setiap sanad diragui kejujurannya ataupun dalam istilah ilmu hadis adalah (thiqah).

Dan, sekarang kita semua sudah maklum akan hal ini dan harapnya kita tidaklah lagi menyandarkan ungkapan ini kepada Nabi kita s.a.w kerana Nabi begitu tegas dan melarang dengan keras kepada sesiapa yang berdusta di atas baginda. Ancaman neraka telah Nabi peringatkan kepada mereka yang melakukan pembohongan ke atas nama Nabi. Jadi, tak boleh la nak ungkap rangkap ni? Bunyi best je, macam peribahasa Melayu pula. Nak ungkap atau nak menyatakan boleh, tapi jangan sesekali mendakwa ianya hadis ataupun ucapan Nabi s.a.w. Okay?
Read More

HSBC & Dato' Sri Ismail Sabri

31 comments
Gaza semakin  hari semakin tidak aman dan pergolakan terbaru dengan serangan kejam zionis terhadap penduduk Gaza semakin mendapat liputan yang meluas di Malaysia khususnya. Malaysia tidak dapat menghantar bantuan ketenteraan ke sana bahkan sudah tersebar yang Malaysia sendiri antara negara yang paling kuat menjalinkan hubungan ekonomi dengan Israel? Dasar dan permainan politik apa yang Malaysia cuba mainkan..?

Penduduk Malaysia dan juga NGO - NGO di Malaysia hanya mampu menyalurkan bantuan berbentuk dana  wang ringgit, makanan, minuman serta pakaian kepada saudara kita di sana. Setakat ini, itulah bantuan yang terbaik kita dapat berikan dan Israel pun seakan tergugat dan terkesan dek kerana bantuan sebegini daripada negara Malaysia. Sabas buat orang Malaysia dan NGO semua. Saban hari ada saja kanak - kanak dan ibu yang terbunuh. Cuba bayangkan kalau kita sendiri berada di tempat mereka. Iman kita belum tentu sekuat iman mereka.

Penduduk Malaysia juga semakin berani dengan menyerang Israel melalui medium boikot barangan yang ada kaitan dengan Israel. Perkara ini nampaknya semakin menggusarkan Israel dan berita terbaru, ada sebuah bank di Malaysia nampaknya mengambil tindakan berani dengan menutup akaun pertubuhan - pertubuhan yang menyokong Palestin. Anggapan mereka, penduduk Malaysia hanya mampu berdiam diri dan tidak mampu berbuat apa - apa dengan tindakan mereka. Sangka mereka, penduduk Malaysia akan lemah dan luntur semangat juang mereka terhadap nasib rakyat Palestin.

Anggapan mereka nyata sekali salah dan jauh tersasar. Menteri kita sendiri iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah memprotes tindakan mereka itu dengan menghantar surat permohonan untuk menutup akaunnya dengan bank tersebut. Sejuta syabas dan salute kepada Dato' Sri Ismail.

Salute buat Dato' Sri

Harapannya, agar rakyat Malaysia yang mempunyai akaun di bank tersebut menutup akaunnya dengan segera sebagai tanda protes terhadap tindakan biadapnya kepada NGO Malaysia yang menyokong Palestin.
Read More

Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Sepanjang Ogos 2014

2 comments

Ramadhan sudah berlalu pergi. Walaupun Ramadhan telah berlalu, tak bermakna hati kita juga mesti berlalu dengan terikut perkara yang alai. Tambahan pula sekarang adalah bulan Ogos yang mana negara kita akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 haribulan nanti. Sungguh rugi orang yang mana hatinya sudah terikat dan merindui taman akhirat dengan latihan pada bulan Ramadhan yang lalu dibiarkan berlalu liar.

Jangan biarkan hati yang sudah basah dengan iman dan ketakwaan kepada Allah semakin kering dan kontang secara perlahan. Hadirkan diri dengan majlis - majlis ilmu dan ceramah - ceramah agama di sekitar masjid berdekatan dengan kita. Jadual di atas adalah salah satu contoh. Jadual Ustaz Azhar Idrus sepanjang bulan Ogos ini. Serata tempat dia mengajar dan majoritinya adalah di tempat tinggal beliau di Terengganu.

Benda semacam ini kadang - kadang kena paksa juga baru menjadi. Sudah fitrah sememangnya orang yang banyak dengan dosa susah untuk berbuat perkara kebaikan. Paksa lah diri dengan hadir walau sekali ke majlis ilmu dan sudah diketahui yang ceramah atau pun majlis dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus tidak akan bosan walaupun berjam - jam kita mendengarnya. Hadir walau sekali sebulan pun dah cukup. Hadir sekali, mana tahu nak datang lagi untuk kedua kalinya. Kan?

**cumanya, kalau malam 31 Ogos tu Ustaz Azhar Idrus live di Dataran Merdeka dari pukul 11 malam hingga pukul 2 pagi mesti best. (mesti tak ada plastik aiskrim 20 sen kan kat sana?haha)

Read More

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

3 comments
Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.
Read More

Benfica Dititik Arsenal 5 - 1

Leave a Comment
Arsenal titik Benfica 5 - 1 bhai semalam. Haha. Lebih menarik lagi, 4 gol dijaringkan oleh Sonogo!! Part ni aku nak gelak sebab Sonogo boleh jaringkan 4 gol. satu gol lagi dijaringkan oleh Campbell. Tapi, setakat Benfica je lah. Ada 2 game lagi. Malam ni Arsenal sama ada kena titik atau nak titik Monaco pula. Arsenal aku tak risau sangat kalau pra musim. Habis semua team dia nak titik. Masuk je awal musim tak risau juga, yang risau bila pertengahan musim. Bila semua player dah tak boleh main sebab injured.

Read More

Luahan Hati Seorang Pembonceng Motosikal

6 comments
Hari raya dah beransur hilang meriahnya. Seiring dengan pulangnya warga kota kembali ke kota raya. Satu juta kereta yang dijangka masuk ke Kelantan sebelum raya hari tu rasanya dah mula pulang ke sarang masing – masing. Boleh cipta peribahasa baru untuk 10 atau 20 tahun yang mendatang. “Ibarat kereta pulang kembali ke kota raya.” Tu pun kalau masa tu pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka setuju lah.

Aku selaku penunggang motosikal ni kadang – kadang rasa kecewa juga dengan pemandu kereta sejak dua menjak ni. Sebelum ni aku dah ada up entry yang cerita bagaimana rasa hinanya bila penunggang motosikal ni disimbah percikan takungan air di lopak jalanan oleh kereta yang melintas. Dah berdrama. Nak kejar pergi sound pun memang tak terkejar sebab motor kapcai je. Kalau dapat kejar pun, mesti dia akan cakap. “Well bro, that is not my fault. You can blame the government for the bad road”. Damn.

Pagi tadi boleh tahan lewat juga aku balik rumah. Nak dekat dengan Subuh. Aku lalu jalan utama Kuala Krai – Kuala Lumpur. Aku menghala kearah Kota Bharu dan aku tengok masih banyak kereta yang menuju ke arah Kuala Lumpur. Agaknya cikgu – cikgu kot. Nak mengejar trip mengajar yang buka sekolah pada Isnin nanti. Tapi, pointnya bukan nak cerita pasal cikgu.

Aku kesorangan di atas jalan. Songsang di hadapan ada satu kereta menghala laju. Tapi dengan selamba je dia ‘high beam’ kan kereta dia kearah aku yang tengah membonceng motosikal. Tahu la pakai Vios dan aku tahu dia nampak je aku kat hadapan tu tengah silau yang teramat dek terkesan dengan high beam kereta dia. Dia ingat aku tunggul kayu ke? Bila dia tengok di kejauhan belakang aku ada kereta, terus dia turunkan lampu tinggi kepada normal mode. Bangang ke apa makhluk macam ni?

Aku memang sedar yang aku bayar roadtax murah je kalau nak bandingkan dengan roadtax kereta dia. Tapi, aku tetap pengguna jalan raya bro. Kadang – kadang, aku asyik terjatuh ke dalam lubang – lubang jalan raya akibat tak dapat nak mengelak dengan besarnya kereta – kereta bro laju memecut di kanan aku. Aku bukan tak nak pakai kereta macam bro, tapi penganggur ni faham – faham je lah. Kadang – kadang, perut kosong sebab nak isi tangki minyak motor. Harap bro yang guna lampu tinggi dekat aku tadi terbaca entry luahan hati aku dan terus bertaubat nasuha. Hehe.
Read More

Orang Dewasa Beraya

4 comments
Makin meningkat dewasa ni makin kurang duit raya kan? Bila  dah makin dewasa ni, asyik terfikir pula bila la nak bagi duit raya dekat bebudak nanti. Nak bagi berapa? Seringgit ke, dua ringgit ke, lima ringgit ke? Nanti kalau bagi seringgit, budak - budak kata kedekut pula. Nak bagi lima ringgit, takut ekonomi tak berapa nak stabil. Tapi, bukannya nak bagi sekarang pun. Angan - angan je semua tu. Haha.

Bukan nak cerita pasal duit raya. Duit raya bagi dekat orang dewasa yang dah berapa nak matang lah cerita. Ni bukan jealous sebab tak dapat duit raya ye. Hahaha. Aku selalu perhatikan, orang - orang Malaysia yang dah meningkat dewasa ni, dah makin malas nak jumpa dengan sanak - saudara mara. Aku la tu. Bukan nak cerita dekat orang lain. Bila raya ni, lepas je solat raya terus balik rumah, cari katil,pegang handphone lepas tu buka Clash of Clans. Nampak tak disitu? Pengaruh gajet dan games tapi tak sampai tahap beli gems lagi ni.

Teori ni sama la kalau ada yang berjalan pergi jumpa sanak saudara. Dah la kali setahun jumpa. Jumpa pula di hari raya. Kesempatan untuk berjumpa tu tak dimanfaatkan dengan sebaiknya bila masing - masing asyik dengan skrin gajetnya. Raya apa macam tu kan?! Semuanya berhimpun ramai - ramai. Sampai penuh sesak segenap ruang penjuru rumah tapi, bukan buat apa pun. Dua pasang mata asyik tertacak dekat skrin telefon dan tab je. Apa jadah raya macam ni? Haha.

Ini teori aku berdasarkan perhatian dan terus buat penilaian. Adil tak? Mesti ada yang kata tak adil. Kan? Haha. Biasalah tu kalau bercanggah pendapat. Yang kata tak adil tu mesti kata, "alaaaa, masing - masing dah speechless, nasib baik ada telefon, buat - buat cek mesej nak cover speechless tu.." Okaylaaa.. boleh terima la alasan tu. Tapi, korang bukan cek mesej pun. Kalau yang pakai Celcom tu, korang just dial *124#, takpun taip 'bal' hantar dekat 2888!! Hahaha.
Read More

Pemain Baru Keempat Musim Ini, Calum Chambers

Leave a Comment
Ada rupa owner ubibadok tak? haha
Wenger mengamuk, Wenger mengamuk!! Pak Wenger dirasuk!! Haha. Aku tak tahu apa yang buat Wenger jadi serius semacam untuk musim ini. Masuk musim ini sahaja, Wenger dah membawa masuk Sanchez, Debuchy, David Ospina dan paling terbaharu adalah pemain pertahanan Southampton, Calum Chambers. Baru sebentar tadi Arsenal mengesahkan pemain ini telah menyarung jersi Arsenal dengan harga 12juta pound.

Setakat ini, 2 pemain pertahanan dibawa masuk oleh Wenger dan adakah ini memberi petanda akan ada pemain pertahanan Arsenal akan meninggalkan skuad pada musim ni. Adakah Vermaelan? Hehe. Pak Wenger Berjaya membuat satu kejutan buat peminat Arsenal pada hari raya pertama. Satu kejayaan buat Pak Wenger kita.

Aku masih tak berapa nak faham dan hadam dengan taktikal yang Wenger nak guna pakai pada musim ini. Pada musim lepas, kita tahu yang kita ni sedikit tumpul di bahagian serangan. Giroud hanya sekali sekala sahaja menunjukkan taring yang dah semakin hilang dan sebenarnya, ramai yang nampak sepatutnya Wenger kena bawa masuk striker bertaraf world class.

Itulah Pak Wenger. Plan dan tindakannya selalu di luar jangkauan minda orang lain. Keeper baru, Sanchez yang bersinar pada World Cup yang lalu, Debuchy yang tak kurang hebatnya dan Chambers selaku bintang di Southampton. Good job Wenger walaupun  kita kalah 0 – 1 dengan Redbull NY. Bukan rezeki kita la tu kan? Lagipun, tours ni hanya untuk fans dan jual merchandise je. Tu yang utamanya. Haha. Apa – apa pun, kita sama – sama perhatikan macam mana Arsenal kita nanti. Lagi 19 hari lagi. Jadi lauk atau kita yang laukkan orang. 

Sumber : DISINI
Read More

Selamat Hari Raya 1435H / 2014M

Leave a Comment

Pertama sekali, Selamat Hari Raya semua dan maaf zahir dan batin dipohon. Dalam dunia blog ni, mungkin ada sebaris dua ayat yang menggores dan mengguris hati orang lain. Kita tak boleh nak syok sorang – sorang macam tu kan? Buat rasa tak pernah bersalah. Sebenarnya tak semestinya hari raya baru nak minta maaf dan ampun semua tetapi rasanya ia sudah menjadi adat orang Melayu untuk bersalaman dan sekaligus meminta maaf. Rasanya adat ini terjadi kerana anak – anak di bandar ni selalunya jarang balik ke pangkuan ibu bapa mereka dan hari rayalah menjadi pertemuan mereka untuk sekali setahun.

Aku rasa, raya aku semakin menjadi tak produktif seiring dengan pertambahan umur yang meningkat ke alam dewasa. Kalau dulu, hormon adrenalin selalu mengalir tiap kali tiba hari raya. Hormon ni akan membantu aku untuk meraih duit raya dan sampul raya dengan sebaik mungkin. Nanti boleh compare dengan sepupu sepapat siapa champion yang paling banyak dapat duit raya. Tapi, sekarang ni rasanya hormon adrenalin aku kadang – kadang je meningkat arasnya. Ada ketika dia meningkat secara mendadak sampai melepasi aras bahaya. Ada ketikanya ia sekadar berada di takak permulaan.

Tiap kali beraya dengan pakcik dan makcik, masa tu lah hormon aku di luar kawalan. Tiap kali bersalaman dengan pakcik, "Hai, sorang je ke? Mana yang perempuannya?". Satu soalan cepu mas terpacul dari mulut seorang pakcik. Pakcik - pakcik sekarang ni rasanya dah semakin canggih dan maju. Mereka seolah – olah ada satu sistem yang menghubungkaitkan memori dan minda mereka. Mungkin seiring dengan teknologi synchronize. Maknanya, bukan seorang pakcik je yang menanyakan soalan macam tu. Pakcik – pakcik yang lain pun sama. Cuma yang lainnya mungkin dari segi penggubalan ayat dan nada intonasi cara penyoalannya. Tetapi, pointnya tetap sama.

Hormon aku akan menghantar maklumat ini secara cepat dan tangkas ke minda aku bagi membantu enjin pencarian jawapan aku ke tahap yang paling maksima. Kurang daripada 0.02 saat, aku akan mendapat satu jawapan yang seolah - olah ianya adalah jawapan yang spontan tetapi agak bernas dan tidak melukakan hati orang tua. Hari raya katakan, takkan baru lepas minta maaf dan bersalaman dengan pakcik tu kita nak sakitkan hati dia pula kan? "Tak datang lagi pakcik, lambat sikit dia datang." Rasanya ni jawapan yang paling bagus yang aku dapat berikan dan dalam hati, aku juga berharap dia akan datang walaupun sedikit lambat.

Read More

Menulis Sebagai Penganggur Kehormat

6 comments
Genap sebulan aku balik berkampung dan bermukim kembali di bumi Malaysia. Kalau sebelum ni, aku menjadi warga kota Madinah. Kota suci yang menjadi saksi kepada kemegahan Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Empat tahun aku berada di sana dan saatnya sudah pun tiba untuk aku kembali pulang. Pertemuan dan perpisahan itu sudah sinonim dalam fitrah kehidupan.

Alhamdulillah. Aku dapat menghabiskan jua degree aku selama 4 tahun di sana. Aku kira peluang yang aku dapat untuk belajar di Madinah adalah antara rezeki yang paling tak ternilai diberikan oleh Allah. Apa tidaknya, ada satu ketika aku sudah berputus asa untuk meneruskan pengajian. Aku sudah mengangkat ganggang telefon dan memberitakan perkara ini kepada orang tua ku semasa aku di UIA dulu. Benda ni kalau dikenang memang mengembalikan nostalgia yang syahdu. Allah tahu, dan Dia berikan aku peluang untuk terus belajar dan menuntut ilmu. Hehe. 

So, sekarang ni aku menulis sebagai salah seorang penganggur yang kehormat. Baru aku tahu perasaan orang yang menganggur ni macam mana. Mereka akan mula merungut yang zaman semasa belajar adalah zaman yang paling seronok dan gembira. Ye la kan? Zaman belajar mana nak fikir sangat tentang duit. Paling tidak pun akan dapat PTPTN kalau tak dapat biasiswa MARA mahupun JPA. Memang ianya berbeza dengan zaman selepas belajar. 

Zaman selepas belajar ni adalah zaman untuk mencari balik duit yang telah habis dilaburkan semasa zaman belajar. Rasa tertekan untuk membalas balik budi dan jasa ibu bapa dalam membayar yuran persekolahan kita sewaktu dulu, rasa tertekan untuk tidak lagi bergantung kepada beras dan lauk yang ibu bapa kita beli. Rasa tertekan apa lagi? Rasa tertekan dengan perasaan sendiri yang memperkatakan seolah - olah kita ini tidak lagi mampu berdikari sendiri. Ye dak?

Sebelum balik Malaysia ni, aku dah ada sedia sedikit bekal untuk buat belanja semasa keadaan ekonomi  tengah gawat di sini. Bekal sementara untuk mencari pekerjaan. Makin lama makin kurang dah bekal aku ni. Kerja pun masih belum dapat lagi. Mungkin percaturan Allah itu masih belum aku nampak dengan jelas dengan mata kasar mahupun mata fikiran. Biasa memang macam tu pun kan? Kita tak nampak apa kebaikan yang Allah aturkan untuk melainkan setelah kita dapat benda tersebut. Begitu kan?
Read More

Sedikit Cerita Tentang Arsenal

4 comments
Lama tak update pasal Arsenal kan? Selepas Arsenal mengakhiri liga di tempat keempat, rasa tak update lagi pasal Arsenal. Apa - apa orang kutuk Arsenal, Arsenal masih lagi ada kebangkitan dan peningkatan apabila dapat merangkul piala FA pada musim lepas. Musim lepas sudah lepas, sekarang Pak Wenger pun dah sign kontrak baru sebagai manager dan perlu fokus untuk musim yang mendatang ini.

Media putar belit sekarang tengah hot dan asyik dengan memuat naik berita, gosip ataupun rumours tentang perpindahan pemain. Aku kalau setakat gosip dengan rumours ni malas nak layan sangat melainkan daripada sumber - sumber yang betul - betul boleh dipercayai. Setakat ni, Pak Wenger dah dapat seorang pemain yang bersinar dalam world cup yang lepas dan seorang lagi defender yang tak kurang hebatnya even sedikit  berumur.

Baru - baru ini, Pak Wenger membawa masuk Alexis Sanchez dan juga pemain pertahanan Perancis, Debuchy. Masa world cup pun dah dengar rumours yang Wenger pergi jumpa agen Sanchez untuk bincang pasal harga dan juga kontrak. Masa tu performance Sanchez tengah up dalam pasukan Chile. Tapi, sebenarnya malas sangat nak layan. Boleh jadi ianya taktik media untuk menjadikan sesuatu topik itu semakin hangat. Namun ternyata, ianya memang kenyataan dan suatu berita gembira buat Arsenal.

Melalui temuramah media dan Wenger, Wenger ada bagitau yang Sanchez ni akan bermain di tempat Walcott. Bagi aku itu adalah satu role yang sesuai untuk Sanchez sekiranya Walcott masih lagi cedera. Seperti biasala kalau Walcott ni, main kejap je, tapi injured boleh tahan lamanya. Sejak dari dulu lagi kan? Dia dan Diaby. Haha. Tapi, role dan posisi player ni selalunya Pak Wenger suka dengan ujikaji. Ala - ala Rajagopal gitu. Kita tengok nanti macam mana plan dia dengan Sanchez. Harap - harap, dengan harga lebih kurang 30 juta ni berbaloi la ye nanti. Tak dapat Champion League, dapat juara liga pun dah tak apa. Haha.

nak tengok banyak gambar macho boleh pergi dekat Arsenal.


**tak sabar nak tahu result pra musim Arsenal vs Red Bull di USA. Team Henry tuuu.. haha
**harap Pak Wenger dapat membawa masuk sorang lagi player sebelum tamatnya tempoh perpindahan.
Read More

Aku Cuma Perhatikan

2 comments
Assalamualaikum...

Harapnya jawab salam dengan baik - baik ye. Moga yang sedang baca entry ni dalam keadaan sihat dan baik aje. Moga juga Kak LM yang asyik muntah - muntah tu makin baik keadaannya. Muntah tu bukan muntah penyakit tu. Muntah nak bertambah rezeki tu kak LM. Hehe.

Entry ni akan ada sedikit riak, sombong dan ego sekiranya puan dan tuan tidak menanamkan sifat bersangka baik terhadap saya terlebih dahulu. Haha. Tahun ini aku sengaja balik Malaysia sebelum Ramadhan untuk menyambut ibadah puasa di tanah air. Nanti ramai yang tanya, 'kenapa tak puasa dekat Madinah?', 'puasa dekat Madinah tak best ke?', pertanyaan tu cerita lain kali ye, takpun baca entry - entry yang dah lepas.

Tahun ni aku perati je sepanjang aku menjadi makmum solat terawih. Tahun - tahun sebelum ni aku tak menjadi makmum sangat, tu yang kurang alert sikit bab perhati - perhati makmum ni. Dekat masjid kampung aku ni, aku perati je yang kebanyakan makmum sebaik sahaja imam habis mengaminkan doa selepas solat Isya', semuanya bertebaran, bangun dan mengambil port di belakang.

Arghh.. Pelik. Aku pelik. Kemana diorang ni? Sedangkan saf di hadapan yang mereka duduk sekarang adalah saf yang didoakan oleh para malaikat. Mereka bangun dan terus mengambil port di belakang. Sebaik imam bangun untuk mendirikan solat terawih, di sini aku perhatikan satu lagi benda yang tak sepatutnya berlaku. Apa tu?

Aku tengok, makmum yang pada saf akhir sekali seringkali memulakan saf mereka di tepi tiang atau pun dinding masjid. Aku bersangka baik. Mereka mungkin tidak tahu yang saf itu bermula dengan di belakang imam.Tak kira sama ada saf pertama, kedua atau pun saf yang paling akhir. Bermula dengan belakang imam, bukannya mula di tepi dinding, kemudian ketengah dan ketengah, baik dinding belah kanan mahupun belah kiri.

Aku cuba buat kesimpulan sendiri. Aku tahu yang makmum sememangnya tahu kena merapatkan saf dan kelebihan saf pertama dalam solat berjemaah. Tapi, disebabkan haba dalam masjid terlalu panas, mereka terpaksa mengambil space dan bertebaran dengan baik sebelum solat terawih bermula. Saf bermula dengan sebelah dinding juga boleh terjadi dengan sebab ini disebakan ingin mencari angin yang tenang dan sepoi - sepoi bahasa. Hehe. 

**aku cuma perhatikan je..
Read More

Ramadhan Ini Sedikit Berbeza 1435 / 2014

5 comments
Pejam celik pejam celik ni rasanya dah tak terasa sangat sudah dekat sebulan berada di Malaysia sejak pulang dari Madinah. Blog pun tak terupdate dengan berita kepulangan tuan penulis ke tanah air. Pertama sekalinya, aku nak ucapkan selamat berpuasa buat Muslimin dan Muslimat dan para blogger. Walaupun terlambat, tapi Ramadhan masih belum berakhir. Ye dak? Semoga puasa kalian semua akan diterima Allah. Celakalah anak Adam apabila berakhirnya bulan Ramadhan tapi dosanya tidak diampunkan oleh Allah.

Ramadhan tahun ni seakan berita perit buat umat Islam. Gaza diserang, dibedil bertubi - tubi oleh Iblis Israel tanpa mengambil kira kemuliaan umat Islam menyambut Ramadhan yang berpuasa di siang hari. Mereka mungkin sempat bersahur, tapi tidak dapat menjamin apakah mereka dapat juga berbuka di dunia ini. Mungkin mereka akan berbuka di syurga bersama para penghuni Gaza yang lain. Syahdu nan pilu dengan saudara kita di sana. Doa untuk mereka adalah senjata kita yang utama bagi kita yang tidak mampu mengangkat senjata untuk menolong mereka.

Saat Gaza diburu dan dikepung dari segenap penjuru, Malaysia pula dikejutkan dengan tragedi yang menyayat hati. Tragedi yang pasti merobek hati dan jantung keluarga mangsa yang terlibat. MH17 ditimpa bencana. Tanpa salah dan tanpa silap, sebuat pesawat Malaysia Airlines di tembak dengan peluru berpandu dari darat tanpa meninggalkan seorang penumpang pun yang hidup. Kekejaman apakah dunia kita sedang alami sekarang ini? Moga Allah membalas dengan balasan yang setimpal. Benarlah firman Allah, tangan manusia itu sendirilah yang merosakkan muka bumi ini. Ya, dunia semakin uzur dan semakin hampir dengan penghujungnya.

Ramadhan datang bertamu. Di Gaza, di Iraq, di Syria dan di Rohingnya kita boleh tengok saudara kita di sana tidak aman untuk melakukan ibadah kepada Allah sekaligus untuk merebut malam seribu bulan di bulan yang mulia ini. Tapi, kita di sini dengan suka dan gembiranya membazirkan peluang keamanan dan ketenangan dengan membeli belah di pasar raya. Bilal mengalunkan azan, sedangkan kita pula sibuk untuk menghidupkan enjin kereta. Ingin mengejar sale dan jualan murah di pasaraya. Kita masih terlena dalam kelalaian. Itu adalah hakikat.
Read More

Harapan Bulan Ramadhan

8 comments
Ramadhan hampir menjelma lagi. Rasanya sekejap sahaja. Itu hanya perasaan. Realitinya sudah 11 bulan ianya berlalu semenjak Syawal yang lalu. Apakah kita punyai rasa rindu kepada Ramadhan yang bakal bertamu? Ya, ianya tetap akan datang walaupun tidak diundang.

Ramadhan selalu diertikan sebagai bulan yang mendidik. Boleh juga diertikan sebagai bulan untuk permulaan taubat. Ianya seiring dengan kesesuaian individu itu sendiri. Tapi, malangnya suasana di Malaysia seakan untuk menafikan kemuliaan bulan Ramadhan ini.

Tengok sahaja bila masuknya awal Ramadhan. Pasaraya - pasaraya sudah menaikkan iklan di billboard jalanan tentang diskaun jualan mereka. Bahkan diskaun sehingga 90 peratus! Lihat sahaja di corong - corong radio, asyik memainkan lagu - lagu raya. Jika suasananya berterusan begini, sampai bila bulan taubat, bulan mendidik itu dapat diaplikasi dengan sebetulnya dalam jiwa kita?

Saban tahun ianya akan berterusan sebegini. Tidak tahu salah siapa. Mungkin ianya sememangnya sudah sebati dalam jiwa Melayu Islam. Tapi, sampai bila kita mahukan suasana berterusan begini sebaik sahaja tetamu yang penuh keberkatan datang bertamu. Kita mahukan kedamaian dan ketenangan sepanjang sebulan sahaja. Itu yang diharapkan. 

Sekian harapan daripada seorang yang mengharapkan Melayu Islam di Malaysia ini sibuk merebut ganjaran di bulan Ramadhan berbanding merebut diskaun di pasaraya. Sibuk dengan lauk pauk di bazar Ramadhan. Aku ingin melihat suasana yang tidak hipokrit. Mendakwa dirinya sebagai Islam, ingin meraih Syurga Firdaus, tapi perbuatan dan tatatertib melambangkan sebaliknya. Ayuh, rebut ganjaran Ramadhan. Tanamkan azam. 
Read More

Cerita di Sebalik Piala Dunia

7 comments
Assalamualaikum...

Harap - harapnya korang semua bukan jadi zombie dek kerana penangan piala dunia. Piala dunia ni memang la 4 tahun sekali tapi kena la pandai - pandai imbang dengan realiti kehidupan kita. Jangan sampai disebabkan piala dunia ni, produktiviti kerja atau pun pelajaran kita merosot. Jangan sampai buat MC palsu untuk menipu majikan kita dan seumpamanya. Tak ada faedah pun semuanya tu. Kan? Hehe.

Korang kat Malaysia la yang kena jadi zombie. Aku yang masih lagi di perantauan setakat ni masih rileks. Game world cup paling awal pun mula dalam jam pukul 7 malam. Paling lewat pula pukul 1 pagi. Tak jadi zombie kan? Lagipun, sekarang tengah cuti sekolah. Aku masih lagi bergelar student, mana kena pergi kerja awal - awal pagi. Haha. Zombie tak asli ni kadang - kadang bahaya juga, boleh buat kepala sakit kalau betul - betul tak cukup tidur. 

Paling hangat cerita sempena world cup setakat ni adalah cerita tentang amukan suami bila dapat tahu isterinya tidur dengan lelaki lain semasa dia menonton match world cup. Bagi aku, cerita ni menarik sedikit dan aku tahu, pendapat aku ni adalah sependapat dengan surat khabar Harian Metro. Tak percaya? Aku sedikit yakin yang Harian Metro dapat hits jualan dia dengan jaja cerita yang macam ni je. Berani woo isteri dia tidur dengan lelaki lain masa suami tengah layan world cup. Berani pun, lepas tu kena libas dengan parang juga. Boleh sakit je lah.

Aku rasa lebih dari satu kes cerita macam ni. Sebelum tu ada juga cerita yang penjual kuew teow balik awal ke rumah untuk menyaksikan world cup dan isterinya kantoi tidur dengan lelaki berumur 19 tahun. Si isteri tu dah berumur 32 woo.. Nak taste muda dan bergetah. Ada hati. Puiii... Kesian dekat suami dia yang cari duit pagi - pagi buta. Point aku dekat sini, world cup ni kadang - kadang boleh jadi event yang sesuai untuk menguji kesetian atau pun kecurangan pasangan masing - masing. Statistik daripada akhbar Harian Metro boleh dibuat bukti.
Read More

Cerita MERS di Saudi

5 comments
Assalamualaikum…

Mungkin ramai yang tahu dan mungkin juga ramai yang tidak tahu tentang wabak virus yang melanda Arab Saudi sekarang ini. Virus yang dikenali dengan MERS telah menyebabkan kematian hampir kepada 300 orang. Kes ini banyak tertumpu di Jeddah dan Riyadh dan beberapa kes di Mekah dan juga Madinah. Aku juga tidak pasti sama ada angka itu adalah angka rasmi atau pun sudah banyak yang terkorban disebabkan virus ini. Virus ini dipercayai datangnya daripada unta dan mula dikesan pada tahun 2009 lagi. Mungkin berita ini tidak dapat liputan meluas ekoran kematiannya tidak berada di paras membimbangkan.

Ekoran daripada wabak virus MERS ini, baru – baru ini pihak kerajaan Saudi telah memotong kuota visa untuk mengerjakan ibadat umrah di tanah suci Mekah sehingga 50 peratus. Sudah tentu banyak syarikat travel yang mengalami kerugian rentetan daripada pihak Saudi yang tidak memberi memo awal terlebih dahulu. Kebanyakannya mengalami kerugian dari segi prasarana untuk para Jemaah. Kebiasaannya, pihak travel akan membayar terlebih dahulu bayaran hotel secara penuh dan mereka telah mengalami kerugian bila para pelanggan pakej mereka tidak dapat memasuki Negara Saudi.

Di sini aku mengakui yang Saudi ni memang ambil berat dan prihatin tentang hal ehwal para jemaah yang memasuki negara mereka. Cuma terdapat kekurangan pada mereka adalah sistem mereka itu sendiri. Sistem dan pengurusan mereka sedikit mengecewakan. Bukan sedikit, bahkan bila terkena dekat kita sendiri, ternyata yang ianya sangat – sangat mencewakan. Sepatutnya pihak mereka mengeluarkan memo atau pun notis terlebih awal tentang pengurangan kuota ini. Paling kurang pun sebulan lebih awal. Sendiri boleh bayangkan berapa kerugian yang perlu ditanggung oleh syarikat travel. Syarikat travel yang besar – besar tu okay la sebab boleh cover lagi, syarikat yang baru nak berjinak dengan travel ni macam mana? Lingkup terus?

Orang yang belum lagi berjalan ke Tanah Arab mungkin belum pernah mengalaminya. Nak tahu macam mana perangai, sistem dan pengurusan orang Arab, boleh la datang ke Arab Saudi atau pun Mesir. Boleh tahu macam mana dan boleh rasainya sendiri. Kalau bernasib baik, dekat imigresen di lapangan kapal terbang pun dah boleh merasanya. Bayangkan kaunter imigresen ada 7 – 8 buah, yang buka hanyalah satu kaunter dan semua kena beratur panjang. Kalau panjang sangat, boleh sampai dekat kapal terbang yang kita turun!!


**Negara Arab ada potensi untuk menjadi Negara Islam yang terbaik. Mereka ada duit. Kekurangan mereka adalah sikap, sistem dan juga pengurusan. 

**Jemaah umrah dinasihati mematuhi etika keselamatan untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan MERS
Read More

Kaji Sebelum Sebar

4 comments
Assalamualaikum.

Nampaknya Mei sudah semakin hampir ke penghujung dan kita sudah pun memasuki bulan Syaaban. Ini bermakna kita masih ada sebulan lagi untuk sampai kepada Ramadhan yang dirindui. Mungkin kita akan rasa putaran masa itu terlalu pantas sehinggakan sedar tak sedar kita sudah sampai kepada Ramadan sedangkan memori Ramadan pada tahun lepas masih lagi basah di ingatan.

Pagi ini, media Malaysia dan juga newsfeed Facebook banyak memuatkan berita tentang mataf (tempat tawaf) di Mekah runtuh dan ada dalam kalangan jemaah umrah yang meninggal dunia. Aku berasa pelik kerana dekat sini tak ada pula dengar berita yang semacam tu sedangkan jarak antara sini dengan Mekah tidak lah jauh sangat. Dan ianya ternyata berita itu tidak benar apabila sumber berita Arab News akhirnya memuatkan berita menafikan perkara tersebut. Rujuk sini

Apa yang sebenarnya berlaku adalah empat orang jemaah mengalami kecederaan dan tiga daripadanya adalah perempuan. Kejadian ini terjadi berpunca daripada kesesakan dan lintang - pukang jemaah dalam berkejaran untuk melihat proses penyucian dalam kaabah. Mungkin para jemaah tidak mahu melepaskan peluang yang hanya berlaku dua kali dalam setahun menyebabkan mereka bersesak dan berebut - rebut untuk mendapat tempat memerhatikan acara ini dan di sinilah insiden itu telah berlaku.

Berita ini sekejap saja tersebar ekoran daripada medium perhubungan yang tanpa batasan sekarang ini. Aku pun pelik dengan segelintir sikap rakyat Malaysia yang tanpa selidik dan usul periksa terus sahaja menyebarkan berita yang baru saja diterima walaupun ianya ada sedikit yang meragukan. Sama sahaja dengan berita dengan kematian Imam Sudais yang tersebar di whatsapp dan juga medium perhubungan yang lain sedangkan Imam Sudais sedang elok bersolat di Mekah semalam.

**Seeloknya kita kena sensitif dengan perkara yang sebegini. Dapat berita yang semacam pelik dan jarang didengar, kaji dulu. Jangan main semberono sebar dan forward. Fikir dua kali sebelum tekan send. Untuk pengetahuan am, Kaabah ini akan dicuci dua kali dalam setahun, bulan Muharram dan Syaaban. Kaabah dicuci dari dalam dan biasanya yang akan melakukan upacara ini adalah Raja Saudi sendiri yang bertindak sebagai penjaga dua tanah haram. Jika bukan dia, mungkin putera - putera dia yang akan mengambil alih. Kaabah ini dicuci dari dalam dan saat ini pintu kaabah akan dibuka. Ianya dicuci menggunakan air zam - zam yang dicampurkan dengan wangian.
Read More

Saat Getir

4 comments
Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita pada Jumaat yang berkah lagi damai ini. Minggu lepas pun entry pada hari Jumaat. Pada Jumaat minggu lepas, kita tak dapat menjamin yang kita akan bertemu lagi dengan Jumaat hari ini. Tapi, setinggi syukur kerana ternyata Allah masih lagi memanjangkan jangka hayat kehidupan kita. Panjangnya hayat kita ini bererti semakin hampirnya kita dengan lubang kubur. Nabi s.a.w sendiri bagitau yang umur umatnya antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun. Itu adalah purata umur sisa baki umat manusia pada zaman sekarang. Namun, adakah kita mampu menentukan bila kita hendak mati?

Intro yang bukan lagi kemain Islamik kan? Hee. Seminggu yang lepas adalah ternyata minggu yang paling getir dalam dunia aku yang bergelar pelajar. Gementar pun ada bila nak melalui exam final year. Natijah peperiksaan ini adalah penentu sama ada aku akan bergelar graduan ataupun akan tetap dengan gelaran siswa. Jauh di lubuk hati, aku ingin bergelar sebagai graduan dengan secepat mungkin. Banyak liku dan cabaran yang telah aku daki dalam melalui perjalanan yang sejauh ini. Tak mampu diluahkan dengan kata dan penulisan. Hanya jiwa dan perasaan yang benar - benar merasainya. Ceewah.

Sebelas subjek pada sem ni ternyata ada risikonya. Setiap hari akan ada paper dan berterusan untuk selama dua minggu. Kalau nasib tak baik, satu hari mungkin akan ada sampai 2 paper. Ternyata kalau pelajar yang tak berapa nak rajin dan tak berapa nak pick up macam aku ni akan rasa kesulitan dekat situ. Mana sempat lepas satu paper, lepas tu nak pulun satu paper lagi. Kalau yang bijak pandai boleh la kan? Tapi, semua itu alasan. Kalau prepare semuanya dari awal lagi, tentu tak ada masalah kan? Apa gunanya ada study week? Haha.

Tapi, itu lah lumrah manusia. Rata - rata pelajar khasnya dan manusia umumnya suka sangat dengan sikap bertangguh. Sikit saja yang suka menyegerakan pekerjaan dan urusannya. Mereka sedar akan risiko dengan bertindak pada last - last minute, tapi mereka buat tak endah. Melayu khususnya banyak terpengaruh dengan cerita Hindustan yang akan jadi hero pada minit - minit last. Paling kurang pun bangkit juga kan? Haha. Namun, apa - apa pun, kalau sesuatu pekerjaan itu dirancang dengan teliti lebih awal, disiapkan awal - awal lagi, terbukti yang benda tu akan mudah untuk diuruskan. Bukan begitu?

Jadual exam sem ni


Sekian.

**Ada empat paper lagi berbaki minggu hadapan.

Read More

FA Cup Milik Arsenal

4 comments
Arsenal menang FA Cup woi semalam. Menamatkan kemarau piala selama 9 tahun. Last Arsenal menang piala adalah pada 9 tahun yang lalu, Mei 2005. Masa tu aku baru umur 14 tahun. Boleh bayangkan betapa lamanya fan Arsenal menanti detik - detik indah seperti semalam. Saat player dan pengurusnya menjulang piala. Memang itu yang mahu dalam bola sepak kan? Merangkul piala dan memenangi kejuaraan dalam setiap musim bermula untuk mencari pasukan yang terkuat, dan piala adalah salah satu bukti yang boleh nampak secara jelas.

Siapa fans Arsenal yang tengok game semalam mesti rasa tak senang duduk. Kan? Seawal 10 minit pertama lagi Hull City dah memboloskan gawang Arsenal dengan dua jaringan gol. Tapi game semalam bagi aku agak perlahan kalau nak dibandingkan dengan game Atletico Madrid lawan Barca. Memandangkan ada satu je tv kat sini, aku lebih ikut majoriti yang mahukan live show Atletico lawan Barca. Terlepas game final FA Cup walaupun peminat setia (setakat ni) Arsenal. Aku hanya dapat tengok extra time dengan highlight pagi ni je. 

Walaubagaimanapun, 10 minit pertama dalam bola sepak adalah masih terlalu awal. Banyak lagi masa yang ada untuk menciptakan peluang dan menjaringkan gol. Ini dibuktikan pada minit 17 dengan jaringan freekick yang paling cantik setakat ni oleh Cazorla. Freekick Cazorla ni sedikit sebanyak dapat memberi sinar dan semangat kepada ahli pasukannya sendiri. Aku rasa, kalau setiap kali freekick, Arsenal terus aim ke dalam gol kan lebih bagus. Kan? "Oit, jadi pengurus lah kalau semua nak ikut kepala kau." Haha.

Arsenal lebih banyak cipta peluang pada minit - minit seterusnya. Namun, kebanyakan peluang tu hanya disia-siakan oleh Sanogo. Ahaks. Mungkin budak ni masih mentah tetapi Wenger telah meletak kepercayaan kepada pemain muda ni dalam skuad kendaliannya. Jadi, 'in Arsene we trust' je lah. Babak separuh masa kedua bagaimanapun telah membangkitkan kembali semangat The Gunners apabila Koscielny menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke 71. Game berlanjutan hingga kepada extra time dan ternyata sekali Wenger punyai percaturan yang aku kira ianya sebagai plan terakhir sebelum sepakan penalti.

Wenger memasukkan Rosicky dan juga Wilshere pada separuh kedua masa tambahan. Orang nampak mungkin Wenger memasukkan pemain yang berpotensi untuk mengambil penalti. Sebenarnya plan Wenger adalah 2 dalam 1. Masuknya 2 tenaga baru di saat semua player keletihan memberi impak yang besar sehingga Ramsey berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Arsenal pada minit 109. Piala FA semakin jelas dalam genggaman siapa. Suara para penyokong semakin gamat di Stadium Wembley. Dan apabila wisel penamat berbunyi, ternyata FA Cup 2013/2014 adalah milik Arsenal. Tahniah Arsenal!!
Read More

Jumaat dan Mistik

6 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jumaat penghulu hari datang lagi. Tapi, kita dalam tak sedar tidak menyedari yang setiap kali datangnya Jumaat, umur kita juga semakin bertambah. Kita hanya sedar umur kita bertambah bila mana tibanya tarikh kelahiran kita. "Oh... aku sudah tua..". Tapi ramai yang tidak ambil kisah bila mana sebenarnya  umur mereka saban hari bertambah dari hari ke hari kerana masa itu tidak pernah berhenti.

Jumaat  adalah hari raya yang diiktiraf dalam Islam selain dua lagi daripada hari raya, iaitu hari raya aidulfitri dan juga aiduladha. Selain tiga hari ini, tiada lagi perayaan dalam Islam. Jumaat adalah hari agung yang Allah jadikan untuk umat Muhammad s.a.w, yang puratanya akan mati pada umur 60 - 70 tahun. Singkat bukan masa kita? Terdapat pada hari Jumaat itu adalah barakah dan kelebihan - kelebihan yang tiada pada hari lain.

Namun, masyarakat Melayu kita seringkali dimomok dengan perkara - perkara yang mistik dengan hari Jumaat. Kononnya hantu akan berkeliaran pada malam Jumaat. Kononnya roh - roh orang mati ini akan membuat kacau pada malam Jumaat dan tidak kurang juga yang pada malam Jumaat juga kebanyakan tempat - tempat 'keras' akan bertambah kekerasannya. Tak nafi, ini mungkin daripada amalan datuk nenek moyang kita dahulu kala yang sudah terkenal dengan pengamalam ilmu mistik yang sangat tebal dalam diri mereka. Semuanya serba - serbi berkait dengan hari Jumaat.

Kita yang sudah terkehadapan ini, janganlah disogok momokan - momokan begini kepada generasi - generasi yang akan datang. Ada banyak lagi cara lain yang boleh mendidik mereka selain daripada didikan yang berkait rapat dengan hantu dan sebagainya. Tak semestinya ingin mendidik anak supaya jangan keluar malam adalah dengan didikan takut 'disorok' hantu. Guna kaedah dan cara yang sebetulnya dan sebaik cara adalah cara yang diajarkan oleh penghulu kita, Nabi Muhammad s.aw dan semestinya bila kita meniru apa yang Nabi kita lakukan, automatik kita diberikan ganjaran kerana mengamalkan sunnahnya. 

Allahumma Solli 'ala Muhammad Wa'ala Alihi Muhammad.

Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan ahli - ahlinya.

**banyakkan berselawat di hari Jumaat.
Read More

Mei 2014 Datang Lagi

4 comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Entry pertama untuk bulan Mei. Apakan daya, orang sibuk yang tidak sempat untuk mengemaskini blognya. Mungkin juga tiada lah sibuk itu, tetapi menjadikan sibuk sebagai penyandar dan pengukuh untuk mencipta alasannya. Manusia yang sering beralasan ni kadang - kadang tak seberapa nak maju sangat dalam kehidupannya. Maju tu maju, mungkin akan mengambil sedikit masa. Perlahan lahan...

Sebenarnya, bulan Mei adalah bulan yang paling banyak peristiwa yang berkait dengan kehidupan aku. Salah satu daripadanya, Mei ini aku akan menempuh final year exam. Biarpun baru Mei, aku tak tahu kenapa orang menggelarnya dengan final year. Istilah ini seolah dipakai umum dalam kalangan pelajar yang menuntut di universiti. Mungkin juga Mei sekarang ni bersamaan dengan Rejab dalam bulan Islam.

Aku menagih doa daripada kalian semua. Minta semoga Allah memudahkan urusan peperiksaan aku nanti. Moga - moga semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik. Mungkin ada diantara doa kalian yang akan dimakbulkan doanya dengan cepat oleh Allah. Kita semua bersaudara, dan persaudaraan kita ini diumpamakan seperti binaan yang mana salah satunya menguatkan antara satu sama lain. Mana mungkin dinding itu dapat berdiri dengan gah jika tiada tiang untuk menyokongnya.

Tidaklah seseorang itu dikira beriman kepada Allah dan RasulNya jika dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri. Islam amat menitikberatkan elemen persaudaraan dalam pergaulan sesama saudara Islam dan elemen persaudaraan ini lah yang akan memandu masyarakat untuk menjadi masyarakat yang lebih harmoni dan dihormati di mata dunia dan juga di mata penganut - penganut agama lain. Doa itu tidak dapat dilihat, tapi percayalah yang ianya dapat menguatkan ikatan persaudaraan.

**doa tanpa usaha itu tidak akan kemana...
Read More

Jangan Tolak Hadis

4 comments

Salam penghulu hari buat semua. Jumaat yang pernuh keberkatan dan rahmat. Jumaat yang mana ada suatu detik dan ketika, padanya yang tidak akan tertolak doa seorang muslim. Banyakkan selawat kepada baginda junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Tentu, kita tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang kedekut dalam memperbanyakkan selawat ke atas baginda S.A.W.
 
Intro kemain nampak macam ustaz kan? Sudah lama blog ni tak ada sesi tazkirah pada hari Jumaat. Dulu ada sorang writer tu yang selalu update tazkirah. Kalau dia busy, aku yang akan cuba olah ayat sendiri untuk bagi tazkirah. Tak lain tak bukan, tazkirah ni lebih kepada nak peringatkan diri sendiri yang memang selalu lalai. Cumanya, alang - alang untuk diri sendiri, biarlah orang lain dapat merasakan tempiasnya walaupun sedikit. Ada la juga sahamnya nanti kan?
 
Tadi aku ada terbaca satu post dalam page facebook Dr. Mahathir yang mengulas mengenai penangkapan Kassim Ahmad. Jelas ada nada sesal dalam ayat yang dizahirkan. Aku petik point dia kat sini.
 
"...ternampak seolah - olah ingin supaya sunnah Nabi dijadikan lebih tinggi, lebih wajib dari firman Allah dalam Al-Quran."
 
Ayat Tun Mahathir seolah - olah ingin menafikan martabat hadis yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Aku sebenarnya kesal kerana Tun seakan tidak faham dengan baik martabat hadis dan al-Quran. Ada bahagian Tun yang aku memang respect. Kepimpinannya dan cara management dia selaku mantan Perdana Menteri Malaysia yang banyak mengangkat Malaysia di persada dunia.
 
Umumnya, hadis dan sunnah Nabi s.a.w adalah pelengkap kepada Al-Quran. Al-Quran itu sendiri sudah lengkap yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w tetapi ianya berhajat kepada huraian dan penjelasan yang lebih panjang untuk memahamkan lagi orang awam. Tidak akan timbul masalah yang mana satu darjatnya lebih tinggi kerana  masing - masing saling memerlukan dan saling melengkapi satu sama lain. Al-Quran memerintahkan kita supaya mendirikan solat, mana mungkin kita dapat menentukan bilangan rakaat solat tanpa hadirnya hadis dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Read More

Arsenal ke Wembley Lagi

1 comment
Assalamualaikum..

Woahhh. Hari yang gembira walaupun hari ni boleh dipanggil hari ahad yang biru. Gembira sebab Arsenal dapat melayakkan diri untuk ke peringkat akhir piala FA. Satu lagi, gembira sebab Kelantan menang di Ampang lawan Atm. (intro kemain hyperover reacted).

Arsenal punya game semalam punya la gelisah sebab channel tv buat problem. Tak senang duduk. Habis setting buat kat dekoder tapi still tak dapat live game Arsenal. Lastly just give up. Cuma tggu notification gol je. 

"Toing". First notification. Wigan score. Haha. Menggelabah. Tengok highlight td, Wigan score penalti disebabkan kesalahan Mertesacker dan Mertesacker tebus balik dengan gol penyamaan. Drama epik berterusan sehingga habis babak masa tambahan yang berkesudahan 1-1.

Part penalty ni yang best. Fabianski save 2 bola pertama. Haha. Terbaik. Masing - masing gol penalti Arsenal dijaringkan Arteta, Kallstroum, Giroud Kayu & Cazorla. Apa pun, Fabianski puncanya. Kita punya chance semalam memang boleh tahan, tapi luck tu tak ada katanya peminat bola. Apa pun, tahniah Arsenal.

** Kena menang lawan West Ham nanti kalau nak main Champion League musim depan. Haha
Read More

Makin Maju Makin Bimbang

5 comments
Zaman sekarang sudah tak seperti zaman dulu. Aku yang beranak tahun 90 an pun dapat rasa yang zaman sekarang sudah tak sama. Jauh bezanya. Dari segi pembelajaran, akhlak, teknologi, pembangunan dan sebagainya. Segala genap dan aspek sudah berubah. Zaman orang yang dah jadi bapa, datuk ni mesti lagi terasa perbezaannya.

Dari zaman blackboard kepada whiteboard, daripada kapur yang berabuk dan mudah patah kepada marker yang boleh tahan wangi bau dakwatnya. Daripada zaman kertas bercetak kepada zaman yang semuanya di atas papan digital. Sungguh pantas ianya berlalu. Alangkah indahnya zaman dahulu kala. Aku boleh agak, mesti ramai yang beranak zaman 60an hingga awal 90an yang merindui zaman ni.

Dalam semua benda yang berubah mengikut arus itu, semuanya kita dapat sesuaikan diri kita. Sama ada secara perlahan atau dapat menerimanya secara drastik. Teknologi ataupun pembangunan tu semacam tak kisah sangat dia nak berubah ikut zaman pun. Makin maju, makin kehadapan. Sebab semua tu ada kebaikannya untuk meringankan tugas - tugas kita seharian. Tujuan utamanya. Apa yang menjadi kekesalan adalah apabila akhlak dan kelakuan insan yang bergelar manusia ini juga semakin berubah dengan jayanya.

Manusia sekarang ini seakan semakin 'terkehadapan' perangai dan kerenah mereka. Mungkin juga impak buruk kesan daripada pembangunan dan perkembangan teknologi yang kian pesat. Ini yang menjadi kebimbangan buat ibu bapa zaman sekarang. Mereka bimbang yang anak - anak mereka akan menjadi seperti apa yang seringkali dilaporkan dalam Harian Metro. Gejala liar anak muda. Siang tidur, malam berpesta. Siang baik, malam jadi mabuk.

 Aku yang masih lagi tidak punyai zuriat pun terkadang boleh terlintas untuk memikirkan perkara ini. Tak tahu la macam mana orang - orang kat luar sana yang baru bergelar ibu dan bapa. Apakah solusi dan jalan penyelesaian kita terhadap masalah ini? Teori yang mesti seiring dengan pelaksanaan.

Baru - baru ini aku ada terbaca satu keratan berita mengenai ibu bapa yang berang dengan tindakan guru di sebuah sekolah kerana membotakkan kepala anaknya. Ini juga suatu perkara yang perlu diambil perhatian buat para penjaga dan pendidik. Zaman dahulu, perkara ibu bapa yang bengang dengan guru sekolah mungkin jarang sekali kedengaran. Tapi, hari ini boleh dikatakan saban hari kita akan dengar kisah macam ni.

Aku pernah dibotakkan kepala di sekolah dulu. Aku fly. Tapi, guru sekolah aku macam rasa yang botak kepala ini tak ada effect sangat sebab dah macam dapat potong rambut free. Jadi, mereka potong rambut ikut suka diorang, bagi tak sama. Aku pernah kena macam tu. Masa tu, aku tak berapa nak fikir dengan baik. Nak marah cikgu pun ada juga sebab dia buat hukuman tu macam nak malukan kita. Tapi, kalau aku bagitau mak bapak aku, diorang siap gelak lagi. "Padan muka kau!!". Orang sekarang, confirm dah failkan report polis sebab memalukan anak dan buat anak mereka jadi down. Kononnya.

Sekarang sudah tahun 2014. Katakan bumi kita ini masih belum kiamat sehingga tahun 2030. Apa gamaknya nanti perangai dan perilaku insan - insan yang bergelar manusia ini. Bolehkah kita menjamin anak - anak kita ataupun adik dan saudara mara kita yang baru berumur 10 tahun sekarang ini dapat menjadi seorang yang baik akhlak dan budinya? Seminggu dua ni kecoh dengan parti - parti liar yang boleh dikatakan tiap bulan akan ada. Parti topless, parti pantai, parti bikini dan bermacam - macam jenis parti lagi.  Jelas, majoritinya adalah anak muda yang menyertai parti yang sebegini. Apakah kita tidak runsing?

Read More

Adab Sudah Pergi

5 comments
Assalamualaikum. Perlahan tangan merayap untuk mengetip keyboard yang kecil. Nampanya cuti bakal berkakhir sehari lagi. Ahad ini sudah mula sesi persekolahan dan terpaksa pula berdepan dengan midterm exam. Mengeluh tiada guna. Seminggu yang berlalu sangat tidak produktif. Tiada guna. Tanggung sendiri. Sudah tidak boleh direkonsiliasi lagi. Cuma fokus dengan apa yang ada sekarang.

Sambil membelek laman facebook, ternampak seseorang cuba menulis di wall kawannya dengan perkataan 'hb'. Sudah dapat mengagak apa yang dimaksudkan. Singkatan 'hb' itu untuk 'happy birthday'. Bagi aku, kalau sekadar nak tulis 'hb' sebegitu dekat wall seseorang sebagai tanda ucapan hari lahirnya, baik tak payah ucap langsung. Cuma senyap buat tak tahu. Itu jalan pintas yang paling baik bagi aku.

Nampak sangat tiada keikhlasan dekat situ. Memang betul yang ikhlas itu hanya tuhan yang dapat menilai. Namun, tanda - tanda tiada keikhlasan itu sudah dapat dikesan  melalui gaya bahasanya awal-awal lagi. Paling kurang jika rush sangat pun, tulis lah dengan ejaan yang penuh. Tidak sampai dua minit pun untuk tulis 'happy birthday', 'selamat hari lahir'. Orang kita, semakin hari semakin hilang adab. 

**aku malas nak wish birthday orang, sebab tu aku hide birthday aku dekat fb. 
Read More

Cuti Sekolah Mac Ini

2 comments
Musim cuti sekolah. Kebetulan cuti di Malaysia sama dengan cuti dekat sini. Malangnya cuti kali ni seakan tiada rehat yang sebetulnya. Midterm test menanti sebaik sahaja cuti habis. Memang betul, hidup tak pernah ada rehat. Mati nanti adalah rehat yang sebenarnya. Usah jemu dengan hidup, kerana hidup ini bukan pengakhirannya. Ada hidup yang jauh lebih abadi, hakiki dan penuh rekonsiliasi. Rebutlah peluang yang diberikan untuk kehidupan ini untuk kehidupan yang akan dating. Peribahasa Melayu memang ada benarnya, 'berakit - rakit ke hulu berenang - renang ke tepian, bersakit - sakit dahulu, bersenang - senang kemudian.'

MH 370 masih lagi belum dijumpai. Entah hidup entah bagaimana nasib penumpang pesawat tersebut. Hampir masuk 2 minggu dan berita tentang penemuannya masih lagi tiada yang konkrit untuk membuktikannya. Seakan ghaib tanpa jejak. Hanya sekadar teori yang didokong oleh akal untuk mengatakan yang ianya adalah hujah yang kukuh. Tahulah, kuasa manusia tidak kemana walaupun penuh dengan gajet dan alatan teknologi yang bermutu tinggi pada abad ini. Hanya Allah yang tahu jawapannya. Teruskan berdoa. Pray for MH 370.

Cuti sekolah kali ini juga menjadi satu detik yang sejarah buat kawan - kawan yang telah mendirikan rumah tangga. Satu lagi langkah menuju alam dewasa. Tahniah buat Amirul dan pasangannya. Kawan yang merangkap senior semasa di Maahad dahulu. Tidak lupa juga seorang lagi kawan, Hafizan yang mendirikan rumah tangga dengan pasangannya daripada Kedah. Semoga kalian bergembira dan semoga Allah memberkati perkahwinan kalian berdua dan pasangan. Ingatlah yang perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang hanya berbentuk kegembiraan, tapi ianya merupakan satu lagi amanah yang perlu dipikul dengan bersungguh - sungguh. Dalamnya akan terkandung pelbagai emosi yang bakal terbentuk. Pandulah dengan baik, semoga kalian dapat mencapai keluarga yang mawaddah dan sakinah.
Read More

Berhati - hati Ketika Berada di Tanah Suci

2 comments
Mungkin masih ramai yang mengganggap orang - orang yang berada di sekitar Mekah atau Madinah semuanya adalah baik - baik belaka. Tidak salah untuk bersangka baik terhadap semua orang bahkan itu adalah yang lebih baik dan lebih elok. Namun, perlu diingatkan yang tempat yang suci, tempat yang mulia tidak menjamin bahawa manusia - manusia berada di dalamnya turut mulia.

Dalam kawasan Tanah Haram (Mekah dan Madinah) ada sahaja pencuri - pencuri dan penyeluk saku. Mereka itu Islam tetapi mereka seakan tidak takut dengan hukuman Allah even Kaabah berada dekat dengan mereka ataupun kubur Nabi S.A.W hampir dengan mereka. Sebab itu, mana - mana jemaah yang datang menunaikan umrah ataupun haji, diminta untuk berhati - hati. Sentiasa mengambil berat tentang dompet yang berada dalam saku ataupun kocek lebih - lebih lagi selepas melakukan urusan penukuran mata wang.

Terbaru, ada satu kes yang mana ada seorang lelaki yang dipercayai ahli Syiah yang menyamar sebagai perempuan. Menyamar perempuan adalah senang bagi yang berada di Tanah Arab. Hanya menyarung jubah hitam dan berpurdah. Zahirnya cuma nampak biji mata dan yang selebihnya hanya berbalut dengan kain hitam. Syiah ini menyamar dan agendanya adalah dengan membahagikan gula - gula kepada kanak - kanak ataupun jemaah perempuan yang berada di sekitar tanah haram.

Gula - gula ini dikatakan gula - gula yang telah diubahsuai dan boleh menyebabkan jemaah perempuan menjadi mandul. Ini adalah agenda syiah yang paling licik dan jahat. Mereka lebih fokus kepada kanak - kanak perempuan. Mungkin juga kesan gula - gula ini lebih efektif kepada kanak - kanak yang belum lagi baligh. Begitu jahat dan kotor perbuatan dan pemikiran mereka. Sanggup menggunakan apa sahaja atas nama dendam kepada sunni.

Rentetan itu, mana - mana jemaah yang datang menunaikan umrah ataupun haji, diminta untuk berhati - hati apabila menerima sesuatu barang daripada orang yang tak dikenali hatta mereka semua ini berada di tanah suci. Tidak dinafikan sememangnya ramai yang suka bersedekah kurma mahupun kekacang kepada para jemaah di kawasan tanah suci. Mereka ingin merebut pahala bersedekah tetapi ada segelintir yang menggunakan cara ini dengan salah dan melebihi batasan. Syiah itu ternyata jahat. Api permusuhan yang tak pernah padam.

Jadi, ambil perhatian ye para jemaah yang ingin datang ke Mekah dan Madinah. Tanah yang suci, tanah yang mana tersebarnya Islam dan tanah kelahiran Nabi terakhir s.a.w itu tak menjamin semua yang berada di dalamnya akan masuk syurga. Tidak menjamin yang semuanya adalah orang - orang yang baik. Hanya yang menjamin kebaikan adalah iman dan takwa di hati.

Gambar gula - gula yang dikatakan datang daripada Iran untuk memandulkan para wanita Sunni.

Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia