Musim Sejuk di Madinah 2013

4 comments
Musim sejuk kembali kunjung tiba di bumi Madinah. Agak lewat sebenarnya nak merasa sejuk kat sini. Seminggu yang lepas baru betul - betul sejuk. Sejuk yang sekitar 16 - 19 darjah celcius pada waktu pagi. Sejuk macam ni ada kalanya memang sejuk jika angin bertiup kuat. Senang je nak ukur kesejukan kat Madinah ni, kalau agak - agak tak boleh tahan tanpa sweater.. tu tandanya memang kesejukan betul lah tu.

Kalau Malaysia, waktu - waktu macam ni memang musim hujan la. Sejuk tu sejuk juga, tapi sejuk dengan air hujan yang sentiasa turun, awan yang selalu mendung dan cahaya matahari terhalang untuk memancar bumi. Petanda awal masuknya musim sejuk kat sini adalah dengan malamnya menjadi semakin panjang. Bahasa senangnya, matahari terbit lewat dan terbenamnya pula adalah terlalu awal. Kalau dekat - dekat negara Europe, biasanya waktu akan diawalkan sejam bila masuknya musim sejuk ataupun winter ni.

Bagi aku, memang aku tak berapa nak suka sangat kalau musim sejuk ni. Tak seperti sesetengah orang yang sememangnya menunggu musim sejuk ni. Katanya sedap tidur, nyaman je, tak ada nak berpeluh bagai. Haaa. yang tu memang la.. kelebihan kan. Aku tak kisah sangat pasal tu. Tak ada musim sejuk nyenyak je tidur. Silap - silap terlebih tidur lagi. Paling ketara bila masuk musim sejuk ni, seringkali akan berulang - alik ke tandas. Buang air kecil. Part ni memang aku tak suka. Benda ni bukan benda yang boleh kita control. Tak dapat tidak memang kena pergi la toilet tu. Dalam sejam ada la 3 atau 4 kali pergi toilet kalau lepas minum air. Biasanya, untuk elak benda ni.. aku akan kurang minum air. Risikonya nanti bibir akan jadi kering dan menggelupas, lepas tu berdarah. Pedih woii.

Satu lagi yang tak best bila masuk musim sejuk, kebarangkalian untuk merasa lapar tu semakin  cepat. Katakan pukul 7 breakfast, pukul 10 tu biasanya perut akan meminta makanan lagi. Lepas tu pukul 2 perut akan menagih simpati. Lunch katanya. Lepas tu dalam pukul 5.30 petang dah maghrib dan perut akan meminta untuk dinner. Bayangkan pukul 5.30 perut dah meminta dinner dan nak sampai kepada pukul 10 malam? Dah la masa 5.30 hingga pukul 10 tu adalah waktu orang bujang aktif. Banyak makan kalori. Sebab tu orang panggil musim sejuk ni adalah musim untuk merternak lemak. Logik akal aku buat teori yang musim sejuk ni kerap kali lapar disebabkan badan perlu lemak untuk memanaskan badan. 

**even musim sejuk ke musim apa, tak payah nak merungut sangat la sebab Allah dah aturkan benda ni jadi macam ni. Tak suka, tu diam - diam je lah. Nak protest dengan Allah ke? Hehe
**macam panjang pula. padahal ada lagi point nak tulis ni. Haha.
Read More

Arsenal Kalah dengan Man Utd 0 - 1

1 comment
Terkesima aku malam ni bila Arsenal kalah di gelanggang Man Utd dengan jaringan 0-1. Apakan daya, takdir sudah tertulis. Arsenal sudah kalah. Biasanya susah untuk Arsenal kalah di gelanggang lawan. Apa yang penting, Moyes sengih gembira dan fan Man Utd boleh berbangga untuk satu musim lagi. Terkesima dan terkedu memang ada sebab aku predict yang paling kurang pun Arsenal yang menang dengan Man Utd 1-0. 

Player kita dah main macam biasa malam ni, cumanya taktikal Wenger sedikit berlainan. Mertesacker dan Rosicky tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama disebabkan selsema. Vermaelan dan Flamini masing - masing mengambil tempat menggantikan mereka. Apa yang aku nampak pada malam ini ialah Wenger meletakkan Arteta dan Flamini sebagai defensive midfielder. Percaturan ini nampak sedikit cacat untuk Arsenal melakukan serangan dan ternyata pada 45 minit pertama Man Utd lebih banyak menguasai bola.

Shazwani
Sagna - Vermaelan - Koscielny - Gibbs
Arteta - Flamini
Ramsey - Ozil - Cazorla
Giroud

Man Utd menjaringkan gol melalui hasil tandukan RVP. Gol dari sepakan penjuru. Aku tak hairan dengan gol jaringan RVP. Cuma yang hairannya adalah RVP nampak sangat bersemangat meraikan gol jaringannya. Seakan memperli Arsenal dan juga para peminatnya di Stadium Old Trafford. Caranya membuatkan fan Arsenal sebelum ni tidak menyimpan apa dendam menaruh perasaan benci kepadanya. RVP? Mana hormatnya awak kepada fans Arsenal. Hihi.

Pada separuh masa kedua, Wenger menggantikan Flamini dengan Wilshere, Bendtner dengan Cazorla dan akhir sekali Gnabry dengan Arteta. Masuknya Gnabry menampakkan sedikit bahagian serangan Arsenal mula produktif. Gnabry memang layak diberi pujian dan setaraf dengan Chamberlain. Ketiadaan DM menyebabkan Arsenal mampu menyerang dengan lebih efektif dan mencipta banyak peluang selain daripada menguasai bola pada bahagian pertahanan Man Utd. Tapi, apakan daya... masa tidak mencukupi. Kalah tetap kalah dengan jaringan 0-1.

Apa - apa pun, walaupun kita kalah... kita masih lagi berada di puncak liga. Kedudukan ini tidak menjamin yang kita akan kekal kerana banyak lagi perlawanan yang berbaki sebelum liga berakhir. Kalahnya kita harus dijadikan pengajaran yang pasukan hebat tak selalunya akan menang. Sebagai fans, kita harus mengambil langkah pertengahan, jangan berlagak dan jangan sombong dengan sembang berasap berapi apabila team kita selalu menang. Kelak kita akan tahu bila team kita kalah walau sekali. Haha. 
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia