ANALISA EKONOMI DAN UNTUNG RUGI ISTERI SEPENUH MASA

1 comment
*Copy & paste dari page facebook warga prihatin
 
Artikel “Suri Rumah - Kerjaya Besar yang dilupakan” telah mendapat view yang sangat banyak sekali. 95% bersetuju dan 5% lagi tidak setuju. Dari kalangan yang setuju, 70% meminta penjelasan tentang perlaksanaannya dari kacamata kami sendiri.

Sebelum itu, kami nak beri disclaimer awal untuk mereka yang kadangkala baca tajuk sahaja dah melatah. Kami bukan atas sebarang niat untuk memperlekehkan suri rumah bekerjaya tetapi kami menampakkan rasional pilihan untuk kerjaya suri rumah sepenuh masa. Juga ada yang tak baca tetapi sering pula bertanya, bagaimana dengan kerjaya seperti jururawat, bidan yang sewajarnya wanita? ITU JUGA KAMI DAH RANGKUM dalam artikel ini. Cuma perlu baca sampai habis sahaja.

Mari kami bantu anda dalam membuat sedikit kira-kira yang MUDAH dan RINGKAS supaya anda sendiri mampu membuat kira-kira dari sudut guna anda sendiri. Kesemua 20 orang co-founder Prihatin juga bersama 20 orang isteri kerana kami tidak datang menggalang misi pembangunan akhlak Warga Prihatin ini secara sendirian. Maaf, kami bukan semuanya orang senang. Ada antara kami yang suaminya bergaji hanya RM1200 sebulan dan ada yang suaminya berpendapatan sangat tinggi tetapi tetap memilih untuk jadi suri rumah sepenuhmasa.

Tahun 2014 adalah tahun Wawasan Kemerdekaan isteri-isteri kami semuanya untuk menjadi suri rumah sepenuhmasa. Hanya tinggal 3 orang sahaja lagi yang masih bekerja bagi menghabiskan kontrak dan tanggungjawab mereka kepada kerajaan. Selebihnya telahpun berlepas diri.

IBU BEKERJA ITU MEMBAZIR ATAU MEMBANTU?

79% ibu yang bekerjaya membelanjakan lebih 70% gaji untuk diri sendiri. Contohnya seperti beg tangan, kasut, pakaian baru, wangian, rambut dan macam-macam lagi. Pastinya kami sendiri tidak lupa membuat pengiraan tentang itu. Mari kami kongsikan pengiraan yang boleh dijimatkan jika isteri terpelajar beranak 3 anda tidak bekerja di luar.

1. Kereta / kenderaan kedua = RM600 sebulan
2. Penyenggaraan kereta = RM100 sebulan
3. Minyak, parking & tol kereta = RM 500 sebulan
4. Tusyen anak-anak / guru mengaji dll – RM400 sebulan
5. Pembantu rumah / pengasuh dll – RM900 sebulan
6. Beli makanan luar – RM600 sebulan.

JUMLAH RM 3100

Sekarang, jika seorang suri rumah mampu mendapat gaji sebesar RM4,000 sebulan sebenarnya beliau hanya menyumbangkan RM900 sahaja dalam ekonomi rumahtangga.

Nanti dulu, tak mungkin pergi kerja pakai baju sama hari-hari kan? Mesti nak beli baju kerja, kasut kerja, beg tangan kerja, telefon pintar, alat solek, data plan mobile internet, tudung ikut fesyen dan banyak lagi. Semua itu bila dihitungkan tak berbaloi langsung. Suri rumahpun melaram juga sekali sekala, tetapi taklah perlu sampai setiap hari baju berlainan. Asalkan bersih dan tak comot sudah cukup gembirakan suamipun.

Jengah-jengah sedikit luar tingkap pejabat, nun di tengah Kuala Lumpur ada sebuah kawasan di panggil Bukit Bintang. Isi dalamnya kebanyakan barang-barang wanita. Prada, LV, Ferragamo, Birkin, Burberry, Jimmy Choo dan banyak lagi. Semua itu adalah sasaran kad-kad kredit wanita bekerjaya tadi. Untuk golongan pertengahan pun sama sahaja, jika pergi ke Parkson dan Jusco, anda lihat bahagian lelaki cuma satu sudut sahaja tetapi bahagian wanita sahaja sampai 2 tingkat.

Tak semua yang macam itu, tetapi kami sekadar berikan contoh. Bagi yang tak begitu, sila buat perkiraan sendiri untuk lihat adakah benar-benar anda telah menyumbang kepada ekonomi keluarga atau hanya untuk diri sendiri? Anda semua mungkin tidak, tetapi berdasarkan kajian kami sendiri dari kes-kes yang merujuk kepada kami, kami tahu gambaran makro kisah ini.

Kami tak tahu anda bagaimana, tetapi ini adalah perkiraan yang kami buat di kalangan warga kami sendiri yang telah dan bakal menjadi suri rumah sepenuh masa. Bukan kecil anak juga gajinya, ada yang meninggalkan gaji sehingga RM5-6 ribu sebulan sedangkan suaminya hanya berpendapatan separuh dari itu. Itupun mereka ralat kerana sepatutnya mereka sudah lakukannya awal dahulu lagi. Sekali lagi, kami tak bercakap tentang orang lain, kami bercakap tentang apa yang telah kami lakukan dan kami dapat lihat hasil pengorbanan itu sehingga artikel semalam tentang "Berhala Anak" ditulis oleh anak kami berusia 12 tahun. Beliau bukan genius tetapi beliau hanya salah seorang dari anak-anak kami yang mendapat sentuhan ibu-ibu kandung dan ibu-ibu angkat sepenuhmasa.

Tujuan mulanya untuk membantu mengukuhkan ekonomi rumahtangga, akhirnya menjadi bebanan pula. Ini belum lagi dengan anak-anak sendiri dididik oleh bibik-bibik yang tak tentu arah dan tak tahu asal usul mereka. Ingatlah, pembinaan anak kita berlaku HANYA sekali saja. Sekali ia terabai tak boleh kita putar semula masa. Kerugian kekal `yang ini’ tiada nilai dan tebusannya.

Sehebat-hebat Saidatina Khadijah r.a. yang kekayaan perniagaannya sahaja lebih separuh harta yang ada di Kota Mekah, setelah berkahwin dengan Nabi s.a.w. terus resign jadi suri rumah sahaja. Pada pandangan awam, mereka ini macam tak berkerjaya sedangkan suri rumah itu sendiri satu kerjaya yang sangat besar di sisi Allah dan suami.

Sekarang cuba hitung-hitung pada diri sendiri. Anda keluar pagi balik malam untuk hanya penambahan beberapa RM sebulan. Kononnya untuk membantu ekonomi Sang Suami. Ada suami yang bergaji sampai RM10 Ribu tetapi masih isterinya mahu bekerja kononnya RM10 Ribu itu tidak mencukupi. Percayalah, jika suami anda bergaji RM 1 Juta sekalipun jika gaya hidup anda berubah mengikut pendapatan ia tetap tidak mencukupi. Gaya hidup itu adalah AGAMA, terbaik ialah cara hidup Islam.
Antara tanggungjawab besar seorang isteri ialah redha dan menerima apa sahaja yang suami mampu. Jika pendapatan suami hanya RM1 Ribu, janganlah ubah cara hidup nak ikut kawan-kawan yang suaminya bergaji RM10 Ribu. Itu yang jadi tak cukup.

Itu juga perangai tipikal wanita sepanjang zaman. Pantang jiran sebelah beli sofa baru, kita pun nak sofa baru juga. Pantang jiran beli kereta baru dia pun nak juga. Sang Suami pula kena pacu segala macam cara agar permintaan isteri itu mampu dipenuhi. Jika tak mampu juga, nanti Si Isteri minta izin nak bekerja untuk bantu penuhi GAYA HIDUP dan bukannya keperluan.

Lagi mengharukan, jika isteri yang meminta melebihi kemampuan suaminya memberi tekanan kepada suaminya sehingga suaminya terpaksa memesong diri berkhianat dalam tempat kerja, mencuri, berasuah dan membuat kerja-kerja haram semata-mata untuk memuaskan hati isteri.

BERKAT bermakna mencukupi. Mengapa rezeki tidak berkat.? Masih ingat Ramadhan al-Mubarak? Di sini, kami didik isteri-isteri kami untuk tidak meminta-minta dan PUASAkan kehendak mereka.


PERUBAHAN GAYA HIDUP MERAWAT INFLASI

Pengurangan segala perbelanjaan tambahan untuk isteri yang berkerja tu akan mengurangkan permintaan. Ini akan MENURUNKAN HARGA PASARAN. Yang merungut nak bayar hutang kerana ada dua tiga buah kereta dah tak perlu lagi. Anak boleh naik bas sekolah atau suami naik motor atau komuter. Atau isteri di rumah pakai kereta hantar suami ke stesyen dan anak sekolah. Belanja kurang, harga turun dan hubungan keluarga makin rapat dan mesra.

Bagi memenuhi fardhu kifayah, tidak semua isteri boleh melepaskan kerjaya kerana negara dan umat pun perlukan mereka juga. Tapi bila ramai yang sudah berhenti, kerjaya di rumah boleh jadi ganti. Bila isteri ramai di rumah, kejiranan pun jadi meriah. Anak boleh titip dengan jiran sahaja. Tidaklah lagi taska membuak-buak sampai anak tidak terurus. Silap silap basuh dan gosok kain baju dan makan tengahari pun boleh upah pada jiran. Kos ibu yang berkerja juga jadi murah meriah. Tidak gitu?

Kami tidak menolak kerjaya-kerjaya yang memerlukan penglibatan wanita. Jika mak bidan pun beri pada lelaki, kamipun tak mahu isteri bersalin pula nanti. Jangan jumud dalam hal itu. Salah seorang jurutera senjata peperangan Sultan Mehmet Alfateh juga adalah seorang wanita.


GODAAN & FITNAH ISTERI BEKERJA

Ramai kalangan kita membaca Quran dan hadis untuk mencari alasan menolak perlaksanaannya. Kami terbalikkan prinsip itu. Semua firman Allah dan sabda Nabi s.a.w kami cari rasional perlaksanaannya. Kami anggap SEMUA AYAT dan HADIS adalah PERINTAH, bukan cerita kosong. Jika Sabda baginda bahawa tanda akhir zaman ialah ramainya wanita berkerjaya, jika Allah kata isteri harus dirumah mengurus rumahtangga, SIAPA KITA untuk menafikannya.? Bukankah kita ini hamba yang mengikut perintah?

Semasa dalam ruang kerja, pasti ada pelbagai godaan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, anak dara ataupun bini orang semua tak terlepas dari fitnah dan gejala. Apatahlagi kerjaya yang memang mencampur gaul wanita dan lelaki, bahkan memerlukan kita gedik dan seksi. Kalau tidak tak lah kita baca penceraian artis saban hari.
Percampuran Lelaki dan wanita itu ada caj –ve dan +ve, ibarat minyak dan api. Jangan didekatkan langsung nanti menyambar dan terbakar. Untuk elakkan kebakaran berlaku, JAUHKANLAH api dengan bahan bakar itu tadi.

Isu dalam dada akhbar, statistik dari mahkamah dan Kebajikan Masyarakat sahaja sudah cukup menjadi bukti perceraian yang banyak berlaku disebabkan oleh “AFFAIR TEMPAT KERJA”. Antara yang pernah singgah dalam pengetahuan kami apabila ada isteri (suami juga tak terkecuali) yang berfikiran dalam tempoh 8am-5pm mereka BUKAN ISTERI dan mereka bebas melakukan apa sahaja. Di rumah, baru mereka akan kembali sebagai suami atau isteri.

Bayangkanlah isu berapi begini terjadi di sana dan sini. SUAMI pula menggatal dengan orang lain dek kerana layanan isteri dah jadi hambar di rumah lantaran kepenatan bekerja siang hari. Kadangkala balik ke rumah seperti orang bujang, semuanya hanya layan diri sendiri sahaja. Di mana syurga rumahtangga? Mana bidadarinya? Hujung-hujung, pembantu rumah yang tak ada rupa sangatpun, yang tiada pelajaran sangatpun jika menggedik lebih kurang atau terbuat konon-konon keluar bilik air bertuala tanggung habis dilayan Sang Suami yang gersangkan layanan isteri yang sah.

Itulah buah kerosakan akhlak anak-anak generasi penerus yang bakal hidup dalam kerosakan bersama anak-anak anda yang tak rosak itu. Akhirnya, anak yang tak rosak juga akan rosak. Berkubang dalam kolam lumpur yang sama, mustahil terpalit sedikitpun tidak.

Sekali lagi, tak semua begitu atau kebanyakannya baik-baik belaka. Cuma kami suka menjadi sedikit paranoid kepada sesuatu kebejatan yang fatal. Baik kami sampaikan berita terburuk untuk kita ingat berbanding kami hanya sentuh berita kurang serius dan anda sidang pembaca merasakan ianya tidaklah serius sangat. Work for the best, Prepare for the worse


KEMBALI KEPADA FUNGSI ISTERI

Anda tahu bahawa ada 3 istilah isteri dalam quran? Iaitu Nisa’, Aswaja dan Amaraat. Itu ada kaitan dengan fungsi isteri. Kami tak boleh huraikan sekarang, nanti anda komplain artikel panjang sangat. Bukan semuanya minat membaca, mengkaji jauh sekali. Ramainya cuma minat gosip dan mencari alasan.

Jika suami menjadi arkitek rumahtangga, isterilah kontraktornya. Jangan komplen fitrah yang Allah telah tentukan itu. Suami menjadi pemimpin dan isteri menjadi pendidiknya dan anak adalah hasil kepimpinan yang diterjemah melalui pendidikan oleh Sang Ibu itu. Suami ialah Abal Haqam (Bapa Hukum) ibarat nakhoda yang menentukan destinasi pelayaran dan isterilah pengemudi bahtera itu.

Ibu teragung kita ialah Siti Hajar dan suami beliau ialah Nabi Ibrahim a.s.. Selepas melahirkan Ismail a.s., nabi Ibrahim a.s. meninggalkan Siti Hajar dan Ismail di tengah padang pasir dengan bekalan ILMU sahaja. Dengan ilmu itu, Siti Hajar mampu didik Ismail menjadi seorang nabi. Siti Hajar tidak pergi jauh dari Ismail AS. Secara geografi, jarak antara Bukit Safa & Bukit Marwa dan telaga zamzam semuanya dalam jarak seperlaungan tangisan seorang bayi sahaja. Siapa berani komplen model keluarga Nabi Ibrahim ini? Sekarang ini, dalam takliq nikah pun dah ada lafaz jika ditinggalkan lebih 4 bulan kamariah, isteri boleh tebus talak RM1. Nabi Ibrahim dahulu, tinggal terus Siti Hajar selepas dijelaskan visi dan misi bagaimana dan apa nak dijadikan kepada anakanda baginda, Ismail A.S. Jika nak dikira nafkah batin, nyata sekali nafkah batin yang suami dan isteri moden fikirkan ialah menjurus kepada hubungan seks sahaja sedangkan apa yang dipraktis oleh Nabi Ibrahim ialah "ILMU". Itulah nafkah batin Nabi Ibrahim kepada Siti Hajar.

Jika berani pertikai, silalah komplen cara Nabi Ibrahim tu.

Cuba kita bayangkan Siti Hajar seorang yang bekerjaya. Siap outstation luar Negara sampai berminggu-minggu. Mungkinkah seorang nabi mampu untuk dihasilkan? Fikirkanlah sendiri, kita mahukan anak berakhlak sebaik nabi, tetapi beralasan itu dan ini untuk menjadi suri yang mengabdi kepada suami walaupun dalam keadaan ketiadaan suami di sisi.

Terlalu banyak yang mahu kami ceritakan, dan terlalu sedikit ruang yang mampu kami coretkan di sini. InsyaAllah kami boleh kongsikannya dengan panjang lebar bila kita buat bengkel parenting nanti.

Ini sahaja sudah sangat panjang dan kami harap, ia berbaloi untuk anda baca dan kongsikanlah kepada mereka yang masih lagi mencari-cari jawapan dan penyelesaian.

Nukilan
WARGA PRIHATIN

*****

Artikel copy & paste daripada page facebook warga prihatin ataupun dari laman webnya prihatin.net.my. Artikel yang memberi kesan dan membuat kita berfikir. Wanita memang baca sebagai kedudukannya sebagai wanita atau isteri sepertimana sasaran artikel ini. Aku tengok ianya dari sudut sebagai seorang yang bakal bergelar suami. Gaya hidup berubah, nescaya kewangan pun berubah. Note kepada semua orang, satu point yang penting. Gaya hidup tak perlu padu dengan berlebihan, hanya sekadar yang cukup mengikut acuan Islam.

Bagi aku, wanita bekerja boleh, tapi kena tahu matlamatnya. Contohnya sebagai doctor, maybe dia bekerja sebab obses ataupun minat dia untuk menjadi doctor ataupun memang cita - cita. Cita - cita dia untuk menyelamat dan memberi bantuan kepada orang yang sakit. Kalau matlamat dia semata-mata adalah untuk duit, itu lebih baik dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sebab cari duit ataupun nafkah zahir itu adalah kerja lelaki. Memang fitrahnya sebegitu.

Read More

Dunia Gajet

4 comments


Beberapa hari ni dunia teknologi kecoh dengan perkembangan terbaru, Apple dengan Iphone 5S dan 5C nya, dengan Blackberry Messenger (BBM) untuk OS Android dan  iOS, dan tidak ketinggalan juga Nokia yang baru – baru ini dibeli oleh syarikat gergasi Microsoft sibuk dengan pelancaran Lumia terbarunya. Semua ini adalah dunia gadget yang semakin menjadi kegilaan anak muda dan remaja masa kini. 

Tidak hairan kerana budak sebesar 2 tahun sudah pandai memegang tablet, sudah pandai dengan function touch screen, seolah ianya bukan benda baru untuk dibandingkan dengan kita yang baru mengenal handphone touch screen pada umur belasan tahun mahupun puluhan tahun. Dunia semakin maju, akhlak semakin mundur. Bila Islam lari daripada landasan, teknologi secanggih mana pun, akhlak tetap akan hancur. Agama itu memacu seorang insan untuk bergelar manusia yang bermoral.

Seperti apa yang dibicarakan oleh Sham Kamikaze dalam laman twitternya, manusia merasakan harga untuk sebuah iphone yang berharga sekitar 2 ribu adalah satu jumlah yang sikit. Sanggup menghabiskannya dalam sekelip mata walaupun duit itu memakan masa untuk menyimpannya. Demi sebuah gajet. Biar papa asalkan bergaya. Falsafah yang kelaut. Bila dibicarakan bab sedekah kepada faqir miskin pula, semua membuta tuli seakan RM 10 untuk disedekahkan itu adalah satu nilai yang cukup tinggi. Satu nilai yang boleh menggugat perbelanjaan bulanan kita. Ini adalah BULLSHIT. Haha.

Aku sokong apa pendirian Sham. Orang kita atau pun manusia sekarang semakin hilang timbang rasa. Benda gajet seperti itu dianggap murah dan menetapkan dalam hidupnya sebagai top priority. Biar bergaya dengan gajet, nanti ramai awek dekat kedai makan usha, nanti dapat bersaing dengan member – member yang lain, nanti dapat berbangga depan kekasih, dan nanti – nanti yang semua itu tidak akan habis. Kalau nak ikut perkembangan gajet, kena sedar kemampuan diri. Ukur dan nilai sendiri, kita berduit ke tak untuk follow semua benda tu. Usah bersusah – payah benda yang yang diluar kemampuan. Biar bersusah dahulu sebelum kita bersenang – senang.

**FA, kita tak mampu nak beli ipad :( hehe
Read More

Arsenal Menang 2 - 1 ke atas Marseille

Leave a Comment
ENTRY ARSENAL

Arsenal sekali lagi melebarkan rekod kemenangannya apabila ternyata memperolehi 3 mata pada perlawanan menentang Marseille semalam. Tahniah kepada Arsenal. 3 mata yang paling bermakna buat Arsenal dan juga para peminatnya. Arsenal sekali lagi tidak menghampakan peminatnya biarpun hanya dengan kemenangan tipis. Kita tidak perlu banyak jaringan gol, yang kita mahu hanyalah kemenangan dan tactical game yang baik. 3 mata itu penting!!

Aku tengok game semalam, sambil-sambil tu melayan bidadari menguap nak tidur. Tapi, tak sampai penghujungnya kerana aku juga terlena sekali. Hanya sempat tengok goal yang dijaringkan oleh Walcott. 2 gol lagi terpaksa download highlight. Bukan game boring sampai aku terlena, silap aku adalah aku menutup sound pada second half berlangsung. Terus lelap mata yang kuyu ini. 

Bukan nak cerita pasal owner blog, cerita pasal Arsenal woi. Arsenal menurunkan skuad yang menentang Sunderland lepas. Cuma kelibat Jenkisson tidak kelihatan kerana tempatnya diambil oleh Sagna dan Mertesacker kembalik beraksi seperti yang dijangka dalam entry sebelum ni. Wenger hanya buat propa dengan mengatakan Ozil tidak akan beraksi. First eleven adalah :

Shazwani
Sagna - Mertesacker - Koscielny - Gibbs
Flamini
Walcott - Ramsey - Wilshere - Ozil
Giroud

2 goal adalah hasil jaringan Walcott dan juga Ramsey. Ternyata, Ramsey bijak mencari peluang sempena namanya yang semakin melonjak naik. Semakin banyak publisiti dan semakin ramai awek yang cuba menggodanya. Bertandang ke tempat lawan semalam bukan nya senang untuk bermain dengan baik kerana penyokongnya seakan ingin mencatas semangat pasukan kita. Sorokan dia, pehhh.. itu pasal aku mutekan streaming tu, bising gila!!

Goal Marseille pula dijaringkan oleh Ayew pada minit 90++. Gol jaringan penalti yang disebabkan oleh Ramsey. Aku tak rasa itu adalah satu fault. Tapi, disebabkan pengadil masa tu tengah kalut nak tiup wisel penamat, dia terlepas pandang kot, terus je bagi penalty kick. Mungkin juga dia takut fans  Marseille akan bantai dia dekat luar stadium nanti. Ingat ni Malaysia ke..? Eh.. Apa yang penting, good job Arsenal, berjaya buat para fans Arsenal bangga untuk berjalan didepan fans Chelsea. Hihi.

**bidadari cakap dah kawin tak boleh tengok bola dah.. wuuuu.
Read More

Esok, Arsenal Menentang Marseille

Leave a Comment
ENTRY ARSENAL

Arsenal nampak semakin selesa dengan kedudukan liga inggeris sekarang. Mana tidaknya, asyik menang je untuk game yang latest ni. Paling latest menentang Sunderland, mendapat 3 mata dengan kemenangan 3-1. Apa yang pasti, Arsenal perlu kekalkan corak permainan, kekalkan kekuatan mental dan fizikal ataupun dengan kata lain istiqamah di atas jalan kemenangan ini. Istiqamah? Haha. Nak uji istiqamah ni, kita kena tengok perlawanan esok, menentang Marseille bagi kejuaraan liga eropah. 

Skuad kita tampak akan kehebatannya walaupun pemain tonggak seperti Arteta dan Cazorla masih lagi mengalami kecederaan. Kita ada back up yang cukup kuat untuk menentang Marseille. Tidak lupa juga yang kita mempunyai Ramsey yang aku rasa dia sekarang ni tengah perform, dan berada pada kondisi semakin meningkat setiap kali perlawanan. Tengok game menentang Sunderland, dia menjaringkan 2 gol. Gol yang boleh dikira marvellous juga la. Terbaik Ramsey!! Tak sia - sia kaki patah ketika  menentang Sunderland 2 tahun lepas.

Berita baiknya adalah, Mertesacker nampaknya sudah dapat beraksi untuk perlawanan esok. Sebelum ni, back up untuk CB ( centre back ) kita ni adalah Sagna dan si Sagna ni menampilkan aksi yang cukup boleh dipercayai di posisi tersebut. Manakala, ada berita yang tidak enak didengar, iaitu penyerang yang makin naik sekarang, Giroud dikatakan mengalami masalah lutut. Tak sure lagi sama ada dia dapat beraksi ataupun tak untuk esok. Tengok test esok, kalau green light, boleh main... kalau tak, katanya Papa Wenger kita, tempat tu akan diisikan oleh Walcott.

Ozil pun nampaknya mengalami kekejangan otot pada game minggu lepas. Tapi, aku rasa tu adalah propa Papa Wenger,  saja nak buat fan rasa cemas. Chill lah, kita main team. Tak perlu bergantung kepada Ozil sorang. Kita kuat sebagai team. Hehe. Jangan lupa yang kita ada Flamini yang bersemangat untuk membantu Arsenal mendapatkan piala. Pemain senior, bekas pemain Arsenal. Mungkin pengalaman dia boleh membantu. So, sama - sama kita tengok esok lah. Kalah keji, menang puji!! Haha
Read More

Sorang Lagi Batch 24 Kawin

5 comments
Hari ni adalah 16 september. Selamat Hari Malaysia diucapkan kepada rakyat Malaysia. Mungkin bebudak sekolah happy kot hari ni sebab hari ni boleh cuti. Budak dewasa yang berkerjaya sebagai cikgu tu mungkin sengih je kot sebab dapat meluangkan masa dengan family. Bagi yang berkerjaya sebagai doktor, senyum juga lah even tak dapat cuti.. anda bukan setakat kerja, tapi lebih besar daripada tu, menyelamatkan nyawa orang. Senyumlah dengan lebar walaupun terpaksa jadi robot. Haha

Mukadimah je pasal Hari Malaysia. Sebenarnya bukan nak cerita pasal Hari Malaysia. Semua orang dah tahu kot sejarah Hari Malaysia sebab subject sejarah adalah subject yang diwajibkan dalam SPM. Tak tahu, pandai - pandaila korang salahkan cikgu sejarah tu . Haha. Aku cuma nak bercerita pasal kawan aku dari batch aku masa kat sekolah menengah dulu dah kawin je. Pehhh.. umur 22 dah jadi suami orang dah. Orang  ketiga dari  batch aku yang kawin. Orang first tu tak payah cakap la.. anak dah ada 2 orang dah.

Aku nak merakamkan tahniah kepada Muhammad Ikhwan bin Zuki (tak sure Zuki atau Mohd Zuki, maafla ek kalau salah) kat sini. Beribu tahniah dan moga rumah tangga yang dibina sentiasa indah dan bahagia ke penghujungnya. Ingat, walaupun dah kawin.. tetap bujang 3 lagi. Haha. Moga Allah memberkati kamu dan pasangan kamu. Kawan aku ni yang aku ingat masa form 2 dia duduk sebelah aku. Masa tu aku suggest dia jadi ketua kelas dekat cikgu, last - last dia ketua kelas, aku pula asistant dia, penolong ketua kelas! haha. Tapi masa Form 5 kitorang berpisah, dia lari ke kelas lain. Curang!

Kawan aku ni nak kata skema tu tak la sangat. Antara tengah tengah. Kekadang dia boleh jadi skema. Kekadang tak. No diri ataupun no dia 2442 sedikit selepas aku yang bernombor 2441. Tu yang aku rasa macam tercabar tu. Rasa nak kawin je next month. Ingatkan dapat juga rebut tempat ketiga dalam batch antara yang mendirikan rumah tangga. Nampaknya tak kesampaian. Mungkin boleh kejar kedudukan top 5 pula. Haha.

batch 24 yang dah kawin. Yang kanan adalah yang paling latest.

**tu jejaka jejaka yang ada club lain tu. Club suami - suami penyayang. Aku tak dapat campur lagi sekarang ni dengan diorang.
Read More

'Ketetapan Allah'

2 comments
Kat Malaysia mungkin masih kecoh dengan harga minyak. Ada pelbagai forum dan program oleh pihak pembangkang dan NGO untuk menyatakan sebab mengapa tidak perlu dinaikkan harga minyak seperti ;forum 20 sen'. Ada juga sampai ada agenda demontrasi membantah kenaikan harga minyak. Ada juga sampai ada boikot.. Ada eh..? Semua itu termasuk ada juga sampai tercetus isi yang paling kronik iaitu kenaikan harga barang atau seumpamanya adalah ketetapan Allah. Hal ini kronik aku rasa.

Memang betul yang semua perkara atas muka dunia ini adalah ketetapan Allah. Semua, benda yang belum berlaku mahupun yang akan belaku ataupun yang sedang berlaku. Cumanya kita bukanlah berserah sebulatnya, kita diberi pilihan dan kudrat untuk membuat apa yang sehabis baik. Pointnya, kita tak tahu apa itu ketetapan Allah kalau kita tidak usaha dengan sehabis baik terlebih dahulu. Pening kan..? Sebab tu Nabi s.a.w kita tak menggalakkan kalau nak bersembang pasal qada' dan qadar lebih - lebih lagi dengan orang awam.

Cuma yang semakin parahnya, ramai user facebook mahupun twitter atau seumpamanya seakan memainkan frasa 'ketetapan Allah'. Nampak seakan nak memerli si pengeluar statement yang mengatakan harga barang naik adalah ketetapan Allah, tapi aku bimbang sekiranya ianya seakan mempersendakan qada' dan qadar Allah. Sikit-sikit tulis, 'ketetapan Allah'. 'Aku tak pergi kelas laaa. jangan risau ini adalah KETETAPAN ALLAH'. Apa kebenda la macam ni, macam - macam betul Melayu ni. Sebab tu ada seorang doctor genius tu aku dengar dia cakap.. "Melayu itu sedang melayu. Sudah tidak mekar."

Mungkin dari satu sudut yang ianya adalah salah daripada pihak pihak pengeluar statement. Sudah jelas yang pihak pengeluar statement itu adalah daripada badan yang menyokong kerajaan. Nampak seakan dia mahu menjaga periuk nasinya. Satu sudut yang lainnya adalah, rakyat kita senang sahaja memainkan sesuatu isu sehingga tidak mengambil kisah adakah ianya boleh sewenangnya diejek ataupun diperli sedemikian. Bagi aku tak patut la dalam isu ini. Ini adalah pendirian aku. Orang lain terserah la.. cuma yang aku bimbang, takut - takut mempermainkan Islam dan Allah je. Baik ambil langkah selamat.. Kan?

**iphone baru dah keluar. 5C and 5S. Menarik.. ada ke sesiapa bermurah hati nak bagi hadiah eh..? haha
Read More

Malaysia Masih Aman walau Minyak Naik 20 Sen

Leave a Comment
Malaysia kecoh lagi apabila harga minyak dinaikkan sebanyak 20 sen untuk RON 95 dan juga diesel. Tidak sampai seminggu aku meninggalkan Malaysia untuk berada di Madinah, nampaknya Perdana Menteri kita sudah berani menaikkan harga minyak. Ishhh.. memang tak patut langsung. Orang lain tak boleh diharapkan untuk mengekang PM daripada menaikkan harga minyak. Semua takut pada bik mama kah..? Heee.. Sebelum detik 12 tengah malam semalam, stesen minyak ibarat ada pesta makanan free bila semua orang beratur untuk mengisi minyak dengan full tank. Sehingga ada stesen minyak yang bertabrakan akibat amukan orang yang emosi apabila tiba turnnya minyak sudah habis. Bengang, sejam beratur boleh pula habis.

20 sen bukanlah suatu nilai yang sikit bila benda yang melibatkan suatu benda yang sudah menjadi keperluan asas penduduk di Malaysia. Minyak naik sebanyak 20 sen untuk satu liter, bayangkan yang setiap kali kita mengisi minyak, bukan kita isi sebanyak satu liter je, bahkan paling kurang pun 5 liter untuk motosikal. Memang akan beri impak kepada pendapatan dan perbelanjaan isi rumah. Para golongan yang mewah, menteri dan sebagainya mungkin tidak akan merasa bebanan ini. Kita kena akui, tak semua rakyat Malaysia ini adalah bertaraf kaya dan senang lenang. Tak semua rakyat kita mampu mengeluarkan zakat pendapatan!!

Entry ni mungkin untuk anak cicit aku yang akan membesar dalam 10 atau 20 tahun nanti. Pada masa depan nanti kita tak tahu macam mana lagi keadaan ekonomi Malaysia. Malaysia merupakan negara pengeluar minyak dan merupakan antara pengeluar minyak yang paling bermutu dalam kalangan negara pengeluar. Tidak logik dek akal kerajaan menggunakan alasan ingin mengikut harga minyak serantau sedangkan kita adalah negara pengeluar komoditi tersebut. Kita yang mengeksport dan menjual minyak!! Sedangkan sebelum pilihan raya, bertubi akhbar menyiarkan berita yang kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak untuk tahun ini, berderet keratan berita yang hanya RON 97 untuk orang mewah je yang dinaikkan. Tapi, itu adalah janji palsu, sebagai umpan bagi memancing undi.. bila sudah dapat hasilnya, semua itu hanyalah kata dusta.

Bukan untuk menghentam kerajaan, ini adalah luahan dari hati dan sanubari. Kesian melihatkan rakyat yang susah saban hari bekerja untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat. Ya, syukur Malaysia masih aman. Sampai bila kita hendak tengok keamanan ini berterusan sebegini? Sekarang masih aman, tapi.. dengan langkah kerajaan yang sebegini, tidak mustahil yang aman akan jadi kacau bilau. Mahukah rakyat Malaysia menjadi berani mengambil langkah mengadakan demonstrasi seperti mana yang berlaku di negara - negara Arab. Kalau begitu, tiada lagi aman pada Malaysia ku ini. Sedangkan demontrasi Bersih pun negara seakan sudah mahu berperang. Bolehkah kita menjangka yang dengan perangkaan dan perancangan kerajaan yang sebegini akan mengekalkan kestabilan negara?

Aku tertarik dengan satu video Rafizi Ramli pasal langkah yang boleh dibuat untuk meningkatkan subsidi dan menurunkan harga minyak kepada 1.50 ringgit seliter. Apa kata jika kerajaan Malaysia sekarang ini mengikut step seperti apa yang diajukan oleh saudara Rafizi Ramli. Mungkin ianya adalah satu suara daripada Pakatan Rakyat dan apakah kerajaan sekarang perlu ego untuk tidak menerima pakai cadangannya dan lebih rela untuk menindas rakyat? Tidak, kerajaan sekarang ni lebih rela untuk mengurangkan subsidi minyak demi membela kroni-kroninya. Boleh tengok link Rafizi Ramli dekat sini. Sungguh masuk akal hujahnya. Satu plan yang sememangnya diciptakan untuk mengurangkan bebanan rakyat. Tidak beranikah PM untuk memberi jawatan menteri kewangan yang disandnya sekarang ini kepada saudara Rafizi Ramli. Jawapannya? Sudah tentu tidak!

Dalam satu sidang media semalam, PM mengumumkan pengurangan subsidi petrol yang menyebabkan kenaikan harga minyak dengan nama 'rasionalisasi subsidi'. Bunyi gah dan educated dan seolah istilah yang diolah dengna baik untuk tidak menyatakan yang ianya dibuat untuk menaikkan harga petrol. PM menyatakan yang rasionalisasi subsidi itu adalah semata untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia dan pada pembentangan bajet 2014 nanti akan diumumkan jumlah BR1M yang lebih banyak dari sebelum ini bagi membantu rakyat jelata dengan kenaikan harga minyak ini. Adakah dengan BR1M itu dapat mengurangkan bebanan rakyat yang terpaksa berbelanja lebih akibat kenaikan harga minyak? Tidak bolehkkah peruntukan BR1M itu disaluarkan untuk subsidi minyak dan menurunkan harganya sekaligus?

Aku bukan nak comdemn mana - mana parti. Aku menulis atas seorang rakyat Malaysia yang semakin sedih dan hiba dengan pengurusan pentadbiran di Malaysia. Lebih - lebih bila mana pengurusan oleh kerajaan yang melibatkan kewangan. Aku rasa lebih baik Tun M memerintah daripada Perdana Menteri yang kita ada sekarang ini. Kita tahu macam mana kes kapal selam scorpene, kita tahu macam mana kes pembunuhan Altantuya yang tiada pengakhiran, kita tahu kes cincin 24 juta, dan pelbagai kes lagi yang melibatkan wang, wang dan wang. Sungguh, ini adalah wang rakyat dan merupakan suatu amanah. Tapi, nampaknya ketirisan dan kebocoran semakin jelas dan semakin mengakibat rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat perbuatan barisan pemimpin.
Read More

Gunners Tersenyum ; 2 Pemain Baru

Leave a Comment
ENTRY ARSENAL !!

Gunner nampaknya boleh tersenyum gembira dengan berakhirnya jendela perpindahan untuk musim ini. Ramai yang mengharapkan Wenger dapat membawa masuk beberapa orang pemain star untuk membuka lebih peluang kepada Arsenal meraih piala dan kejuaraan pada musim ini dan ternyata ,Wenger pandai membuat debaran pada minit minit akhir. Tahniah kepada Pak Wenger. Berita yang membuatkan ramai fans Arsenal mengukir senyuman ketika bangkit daripada tidur pagi tadi.

Arsenal berjaya mengikat kontrak dengan Mesut Ozil. Pemain kebangsaan German. Pemain yang seringkali menjadi idola oleh peminat bola yang beragama Islam kerana pemaindengan gaya islamik ketika berada di atas padang mahupun di luar. Katanya pembelian Ozil adalah rekod dalam sejarah Arsenal untuk pemain termahal yang pernah dibayar. Hmmm. boleh tahan Arsenal ni. Tak dapat trofi lagi musim ni memang tak tahu la. haha. Arsenal mengikat kontrak dengan Ozil untuk 5 tahun perkhidmatan. Perjalanan masih jauh wahai Ozil.

Pemain kedua yang dibawa masuk oleh Arsenal semalam adalah penjaga gol Emiliano Viviano. Dibawa masuk oleh Wenger melalui pinjaman sewa bayar balik. Viviano adalah penjaga gol antarabangsa untuk pasukan Itali dan mempunyai rekod 11 clean sheets dalam 32 game liga untuk penampilannya. Pemain ini dipinjam daripada kelab Palermo, dan jika tiada pape, dan rekodnya adalah lebih cemerlang daripada Shazwani, tak mustahil Papa Wenger akan ambilnya sebagai Gooner yang official. 

Apa - apa pun. Persoalan sudah terjawab. Tempoh perpindahan dan jual beli sudah pun berakhir. BPL musim ni nampak makin mencabar. Boleh tengok juga dengan perpindahan last minit yang dibuat oleh Man Utd. Percaturan Moyes yang mendapat kritikan peminatnya ekoran kalah kepada Liverpool baru - baru ini. Kita tengok sejauh mana permainan BPL pada musim ni. Hopefully Arsenal akan dapat 2 trofi pada musim ini. hehe.
Read More

Arsenal Menang Tipis dengan Tottenham

1 comment
Semalam menyaksikan satu lagi episod kegembiraan buat Arsenal kerana dapat menewaskan Tottenham yang mana merupakan pesaing sengit Arsenal pada musim lepas. Arsenal dapat menumpaskan Tottenham di laman sendiri dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan daripada Oliver Giroud. Sungguh epik dah mendebarkan kerana Tottenham bermain dengan baik pada babak separuh masa kedua. Epik dan debar pun, Arsenal dah menang dah kan..? haha

Wenger nampaknya menurunkan skuad yang sama untuk match sebelum ini dengan kembalinya Koscielny bergandingan dengan Mertesacker sebagai center back. Jenkinson pertahanan sebelah kanan manakala Gibbs bertahan di sebelah kiri. Tengah pula dikuasai oleh Cazorla, Wilshere, Ramsey, Rosicky manakala penyerang pula adalah Giroud dan juga Walcott. Aku rasa Walcott lebih kepada wing dan hanya Giroud sebagai penyerang tunggal.Gawang gol pula dijaga dengan rapi oleh Shazwani.

Percaturan yang agak baik oleh Wenger memandangkan percaturan ini keputusannya adalah kemenangan untuk game yang lepas. Permulaan babak kedua pula kelihatan Flamini yang mana merupakan bekas pemain Arsenal menggantikan Wilshere. Wenger memasukkan Flamini mungkin sebagai ujikaji memandangkan sudah lama Flamini tidak bermain. Flamini ni antara player yang aku minat bila dia digandingkan dengan Hleb, dan juga Rosicky pada beberapa tahun yang lepas. Nampak macam ada keserasian antara mereka pada masa tu. Pengakhirannya Wenger memasukkan Monreal dan juga Sagna sebagai ganti kepada Rosicky dan juga Walcott untuk bertahan.

Mungkin salah satu faktor kemenangan Arsenal adalah dengan tiadanya Bale. Musim lepas kita boleh tengok bagaimana Bale memberi impak maksima buat team Tottenham. Bale buat Tottenham nampak garang dan boleh beri saingan yang sengit untuk team - team yang gah seperti Chelsea. Tapi, apa - apa pun, Arsenal cuma kalah sekali je setakat ni untuk musim ni dan jendela perpindahan akan tutup pada hari ini. Kita boleh tengok sama ada Wenger ada player baru atau pun tak untuk Arsenal nanti. Bunyinya nak bid Ozil. Kita tengok lah macam mana. Haha
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia