Renew Passport / Perbaharui Passport

4 comments

Ku menghitung hari, masa semakin berlalu. Rabu depan flight terbang ke Madinah. Tidak perlu gusar, masa tidak akan berhenti, ia akan tetap berdetik tanpa lelah. Menunggu akan membuatnya terasa lama. Hanya jalani masa sekarang dengan sebaiknya. Manfaatkan even bersorang ataupun berdua. Jauh mahupun dekat. Selesaikan apa yang patut. Utamakan yang penting.
Before fly rabu depan, aku kena renew passport terlebih dahulu. Ni penting. Paling utama. Ikut takwim, passport aku akan expired jun 2014. Tak sampai setahun lagi. Nak selamat aku perlu renew. Boleh juga kalau aku nak renew passport dekat Saudi sana. Tapi, urusan kat sana melibatkan masa dan perjalanan yang jauh. Leceh dan akhirnya membuat kepala otak semakin stress. Elakkan kerja yang boleh bawa stress. Boleh buat jiwa kacau je kan? Hee.
Plan aku nak pergi dekat wisma. Masa aku buat passport dulu pun kat situ. Kalau nasib baik, orang tak ramai. Tak lama  aku kena queue. Tapi hari ni, aku melencong ke simpang lain. Asalnya hanya nak mengelak daripada menunggu lampu isyarat. Aku tersampai kat tempat RTC. Entah, macam satu kompleks yang mengumpulkan semua agensi kerajaan. Satu pujian buat kerajaan. Agak bagus idea macam tu. Aku survey, ronda mencari Jabatan Imigresen.
Ya, jelas terpampang signboard Jabatan Imigresen. Tak perlu aku nak susah - susah pergi bersesak dekat wisma sana. Aku parkir moto. Masa tu terlintas dalam otak aku yang aku tak ada gambar lagi. Tapi aku just try and error je.. tengok pejabat imigresen ni macam mana. Nasib baik, jauh lagi aku dah nampak, khidmat gambar segera. 4 keping 10 ringgit. Aku tak fikir panjang, bayar je lah even tak ada softcopy. Sorang akak ambil gambar. Snap pakai camera DSLR canon.
Aku tanya, 'kak, tak apa ke background putih ni?' Aku tak pasti dia akak ke adik, nampak macam muda dari aku. Lantaklah, aku nak gambar je. Then  dia jawab, 'eh, sekarang ni memang gambar passport tu background dia putih'. Pulaaa.. aku ketinggalan la ni, ingat gambar passport still background biru. Aku tengok dia print, printer kecik je. Memang jadi la bisnes dia tu. Sambil tunggu tu aku tanya dia, 'kak, kalau kita nak copy gambar tu masuk dalam hp kita boleh ke? Ke kena bayar lebih?'. Kakak tu geleng je sambil senyum, 'tak boleh laa'.
Tak boleh udah laaa.. kalau boleh tu senang, tak yah nak snap pict baru tiap kali nak guna. Siap tu aku terus masuk, ambil no. Tak sampai seminit terus dipanggilnya no. aku. Aku bagitau abang kaunter tu yang nak renew passport. Dia minta dua keping gambar passport, passport lama dan juga kad ic. Dia tanya nak renew berapa tahun. Dua tahun untuk RM 100, ataupun lima tahun dengan RM 300. Aku nak je renew 5 tahun tu, bajet nak stay Dublin nanti, tapi.. wallet nipis hari ni. So, just renew yang dua tahun je lah. Hii.
Kalau ikutkan boleh je buat online and tunggu pergi ambil je dekat pejabat imigresen terdekat. Entah, service online ni semacam problem je bila buka site JIM (Jabatan Imigresen Malaysia). Lama pula tu. Jun hari tu aku dah try, tapi tak  dapat access ke service tu. Maybe, pihak JIM boleh perbaiki cepat sikit service ni atau menaik taraf. Lagi senang dan menjimatkan masa.
**kalau siap urusan/bayar before jam 10 pagi, passport boleh ambil pada petangnya dalam pukul 2.30 petang. Kalau tak, boleh ambil esok/lusa sampailah 3 bulan dari tarikh kita buat.
Read More

Even a smile

2 comments





Syawal sedang berlalu. Ramadan sudah berlepas. Tidak dapat digapai, hanya mampu menunggu untuk datang lagi pada tahun hadapan. Hanya berdoa moga - moga kita panjang umur untuk menyambutnya nanti. Memang betul yang masa itu adalah suatu benda yang paling jauh. Berlalu ia, sama sekali tidak dapat diputar balik.
Aku terpana sekejap apabila melihat TL twitter. Biasa, aku baca sepintas lalu je mana-mana twit dalam bahasa inggeris. Kali ini twit dia macam special. Ada gaya bahasa yang memukau dan isi yang padat untuk disampaikan membuat aku berulang kali membacanya. Ulang banyak kali tu sebab tak berapa nak faham je. Hee.

Aku mengiyakan bila mana ia mengatakan sekeping gambar perempuan yang sedang tersenyum manis tu sudah boleh membuatkan kaum lelaki tidak senang suduk. Aku olah ayat aku sendiri je ni. Betul, kalau senyuman itu manis, lelaki yang tengok pasti akan terpana sekejap, mahu ditenungnya lama-lama. Itu normal, suka kepada perkara cantik. Kan? Tengok iklan tv kalau tak percaya.

Tapi, bayangkan kalau dalam 10 orang lelaki ada sorang yang tak normal, yang tak berapa betul. Mungkin tindakannya bertindak luar batasan dengan bertindak mendownload gambar itu dan buatnya sebagai tatapan setiap hari. Awass!!jangan gelak wahai kaum wanita kerana imaginasi lelaki itu merentasi segalanya walaupun hanya sekeping gambar dengan senyuman dan menutup aurat dengan baik.

Fikir baik-baik sebelum upload gambar ke tempat tempat public di laman internet. Facebook, twitter, dan sebagainya. Tak nafi yang wanita suka pamerkan kecantikan dan mahukan penghargaan. Tapi, simpan dan sabarlah kerana akan ada yang betul betul berhak akan memuji dan menghargai kecantikan anda. Pasti dia pun akan berasa teramat bangga kerana kecantikan isterinya belum ditenung ramai. Hii.

Even gambar senyuman manis yang aurat dilitup sempurna, sungguh indah kalau semuanya itu pun bukan untuk public, tapi untuk seseorang yang selayaknya. Seorang yang bertaraf suami, yang yakin dialah suaminya. Ambil langkah yang terbaik sebelum gambar gambar kita didownload dan diupload ke tempat tempat yang tak sepatutnya dan yang tak senonoh.

**kita diberi pilihan, kita yang tentukan. Akhirat kelak jangan salahkan yang Maha Esa.
Read More

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434

5 comments

3 syawal 1434 hijrah. Sudah berlalu Ramadan. Semacam tak ramai penduduk Malaysia menangisi kepergiannya. Perginya seakan dirai dengan mercun pelbagai bunyi. Boleh jadi semacam Malaysia ini medan pertempuran. Sini sana berbalas bedilan mercun. Tapi, tak kurang juga dengan bedilan pistol dengan 5 kes tembakan dan kematian pada 1 syawal. Kesian, mentaliti dan adat Melayu susah untuk diubah. Adat yang menyimpang tak perlu dikekalkan bukan? Adat yang tidak selari dengan tuntuan syariat perlu dilupuskan. Awal Islam lagi datangnya untuk menghapuskan adat arab jahilliyah yang menindas kaum wanita, adat yang bolehkan anak mengahwini bekas isteri ayah. Pelbagai. Banyak contoh.

Bukti syaitan mula dilepaskan memang nyata sangat. Anak anak muda sudah tidak segan untuk kembali berfesyen dengan aurat yang terdedah. Jejaka jejaka yang macho sudah tidak malu hendak menghembus asap-asap putih. Dunhill mahal pun tetap jalan kerana ada John White sebagai alternatif. Jelas. Hari raya adalah hari merayakan maksiat kembali? Begitu eh? Begitu tu hanya pada  yang terasa je lah. Mentaliti kebanyakan Melayu Islam hanya baik dan beragama pada bulan Ramadan je. Hormat katanya. Hmmm. Better daripada  tak hormat langsungkan? Entahlah. Nampak sekali macam menghina, nampak sekali macam menyindir, main-main. Huh. Yang jelas sekali, azan maghrib dah tak popular lagi bila Syawal menjelma.

Tak dinafikan perempuan memang sifat dia yang mahu kecantikannya dihargai. Kalau yang dah kawin tak apaa. Dia hanya pamerkan kecantikan tu untuk suami dia kerana pastinya suami dia akan menghargai dan menyanjungnya dengan setinggi sanjungan. Itu sudah cukup untuk dia. Masalahnya adalah girls yang tak kawin lagi. Dia nak orang lain tengok kecantikan dia. Dia mahukan  pujian. Dia mahukan penghargaan orang. Dia nak pakai ala ala primadona gitu. Nampak bentuk potongan badan yang sexy gitu. 'Alaaaa, you ni perfect laaa. Body, muka, semuanya lawa'. Haaaa. Nampak permainan halus syaitan dan hawa nafsu kat situ. Satu dicucuk, satu menyucuk. Wanita jadi mangsa, lelaki terpesona.

Aku bukan apa. Aku pun lelaki. Kadang-kadang susah nak elak benda macam ni kalau dah ada depan mata. Takkan nak tengok ibu kaki memanjang je masa jadi tetamu orang. Pakailah sekadar biasa jee. Simpan kecantikanmu untuk suami mu sahaja. Mereka pasti berbangga kerana hanya dia seorang yang mampu menatapi dan meratah kecantikan mu. Kamu pun mesti rasa begitu juga kan kaum hawa? Bangga dapat memberi apa yang paling bernilai untuk suami yang kamu cintai je iaitu aurat! Ni bukan entry nak bahan kaum hawa, cuma memasing saling beringat, kalau tak mampu buat baik dekat orang lain, janganlah tambah penderitaannya. Lelaki jangan usha, perempuan jangan pakai..hee.

Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia