:D

9 comments
Kelas tafsir hari ni berjalan macam biasa. Hari ni lain sikit tempat aku duduk dalam kelas. Kebiasaannya aku duduk sebelah tepi kanan kelas. Rapat sangat dengan dinding. Bukan apa. Untuk mendapat network. Hari ni aku berganjak sedikit. Kali ni kebahagian kiri kelas dan terkebelakang sikit. Hari ni aku lewat sikit, arab laju je nak duduk situ, nak network juga la tu.

Lecturer aku mula mengambil kedatangan. Tiba nama aku dipanggil, " Muhammad Hafizin..." aku angkat tangan seraya berkata, "Haadhirr..". Lect macam menoleh ke kanan kelas untuk mencari aku. Tapi tak ada. Bila nampak aku kat belakang, dia merungut sesuatu. Tapi aku tak berapa nak dengar sangat. Aku biarkan aja.

Rupanya network kat tempat baru aku ni lagi kuat signalnya. 2 orang budak arab sebelah kiri aku masing masing dengan handphone. Dari awal kelas sampai akhir kelas. Sorang tu iphone kat tangan, satu lagi bb atas meja. Tak cukup satu. Sebelah kanan aku pun sama. 2 orang dengan phone, dari awal hingga akhir kelas, masing masing asyik dengan phone blackberak. Depan aku tab. Yang ni tak berapa nak sure dari awal sampai habis ke tak. Belakang aku dinding. Tak de sape - sape. Macam polis kan aku..? haha

Aku tahu, gatal je tangan aku nak picit phone juga. Walaupun samsung cikai, rasa juga nak try sent whatsapp. Tapi, tak boleh.. Nanti isteri merajuk pula.. dia tak nak kawan... So, aku focus je dalam class tadi. Kelas tafsir, lect tadi nampak dah putus asa nak tegur budak - budak arab dengan phone ni. Dah habis cara dah dia tegur.

Hari ni tafsir ayat 86 sampai ayat 90 surah Al - An'am. Dalam ayat itu disebutkan nama - nama nabi. Ada 18 nama yang disebut kesemuanya dalam ayat tu. Dalam quran, hanya 25 nama sahaja yang disebut sebagai nama - nama Nabi Allah. Lect menerangkan yang keturunan nabi tidak keluar dari jalur keturunan Nabi Ibrahim alaihisalam ataupun Nuh alaihisalam. Dan rasul yang paling awal adalah Nabi Nuh yang diutuskan oleh Allah.  Haaa,, mesti ada je kan yang anggap Nabi Adam a.s tu adalah rasul yang paling awal sebab dia adalah nabi yang terawal.. hehe


**lama sangat tak update ni. rasa janggal sikit. hehe. apa - apa pun, demi isteri, semua boleh kan..? isteri manja sangat..  :D


Read More

Usah Dipendam Rasa Itu

9 comments
Ada seorang lelaki ni minat dengan seorang gadis. Sudah lama dia memendam rasa suka dia tu. Tapi dia tak luah kan. Dia hanya biarkan perasaan itu bersoal sendiri. Menjawab sendiri. Dia buntu dan juga dilema. Mahu diluah atau pun tidak.

Dia risau, jika diluah.. apakah perempuan tadi akan menerimanya. Kalau menerima... dia gembira, suka sangat. Jika direject.. dia tak tahu apakah dia dapat menerima kenyataan itu. Dia tak sanggup nak hadapi hakikat. Persoalan itu dibiarkan berlegar, dia dengan aku ada jodoh ke tak ye..?

Dia bertanya kepada seorang  yang alim. Biarpun orang alim itu tidak lagi berkahwin, lelaki tadi cuba untuk meminta pandangan dan pendapat. " Jika tidak diluahkan, macam mana kita boleh tahu kita dengan dia ada jodoh ke tak. Bagitahu dahulu. Kena berani. Kalau dia tolak, mungkin kita boleh kata kita tak ada jodoh dengan dia, boleh cuba untuk mencari orang lain". ringkas sahaja jawapan orang alim tadi.

Ada betulnya. Sampai bila kita nak memendam rasa. Si dia mungkin tidak tahu kita menyukai dia. Jadi, cuba luahkan dan dapat jawapan yang secepat mungkin. Tak ada guna nak memendam rasa lama-lama jika si dia langsung tak ada perasaan mahupun mencuba untuk menyayangi kita. Beredarlah. Cari perempuan yang dapat menyayangi kita dengan sebetul - betul kasih sayang yang ada padanya.
Read More

Langkah Pertama

4 comments
Sampainya kita ke destinasi yang jauh itu tak dapat tidak kena dimulakan dengan langkah pertama. First step kalau bahasa mat salleh nya. Mat salleh tak semestinya dia orang soleh ye.  So, sesuatu perjalanan yang jauh dan tibanya kita ke destinasi yang dituju itu dengan adanya first step. Bermulanya first step ini bermakna bermulalah satu adventure yang kadang kala kita sendiri tidak menyedarinya. Kita tidak sedar yang kita dalam adventure. Jeng.. jeng.. jeng..

Sama juga hal ketikanya kita untuk menggapai apa jua matlamat yang kita idamkan dan juga inginkan. Nak itu. Nak ini. Tapi, setakat nak je.. usaha tak ada. Nak kawin je.. isteri tak nak cari, kerja malas. Habuk juga kan..? Nak berjaya, nak cemerlang, nak lulus dalam pelajaran... studynya tidak... tidur je lebih... kelas jarang - jarang je pergi.. apa kesudahan nya? Sama - sama sudah tahu jawapannya. Kalau tak gagal, teruk juga la keputusannya.

Tapi, pergi kelas jarang - jarang tu pergi juga.. Kira first step la tuu.. Ye... memang first step.. tapi tengok pula step kita tadi  mendarat di landasan yang mana. Adakah di landasan litar yang betul? Trek yang betul? Atau langkahan kita tadi hanya mendarat di padang pasir, mendarat di dalam lumpur ataupun yang lebih parah dalam pasir jerlus!! Mungkin kita sudah mula first step..tapi, step kedua kita akan menjadi sukar dan sukar. Mungkin sekali dengan tuan punya step lesap bersama pasir jerlus!! Tapi, jangan anggap tak berjaya first step, terus gagal selamanya. Kita masih ada step 4 5 6 untuk terus bangkit. Pointnya jangan mengalah!!

So, pilih step... pilih landasan yang betul.. buat persediaan yang rapi. Kelengkapan yang cukup. Bagi yang mahu advance boleh memakai kasut untuk langkahan pertamanya. Lakukan persediaan dengan sebaiknya. Mana tahu di tengah perjalanan nanti ada paku 4 inci berterabur. Berdarah nanti. Mungkin sama - sama akan sampai ke destinasinya, tapi.. tapak kaki mesti lain - lain. Ada yang comot. Ada yang koyak rabak. Persediaan awal penentu segalanya!

you decide how you want to make a first step. you have choices!!


**gaya macam aku ni orang yang cemerlangkan..? haha. macam motivator kottt. haha
**FA mesti kata nice nanti, sambil tersipu - sipu senyum. Haha
Read More

Nilai Dahulu

2 comments


Aku asyik dengan satu kisah dalam facebook yang dikongsi oleh seorang rakan. Nampak Islamik. Ye.. memang Islamik sangat. Kisah berkisarkan tentang “ Ke mana perginya air mandian jenazah Rasulullah s.a.w”. Kita sebagai pengikut setia agama yang dibawa oleh baginda mesti ingin mengetahui hal – hal yang berkaitan dengan baginda. Tambahan pula benda – benda yang sebegini rupa yang jarang didengari oleh telinga kita sendiri. Ke mana perginya air mandian jenazah? Tidakkah otak kita akan terus tertarik dengan tajuk ini?

Kisah yang dibawakan itu tidak terlalu panjang. Mungkin boleh dikongsikan di sini.

Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama' suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, "Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?". Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, "Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?". Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, "Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah".

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketikamana ulama' itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, "Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?". Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya'rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya'rawi, "Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?".
Syeikh berkata : "Adakah kamu mengetahui jawapannya?".
Beliau menjawab : "Ya".
Syeikh bertanya : "Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?".
Beliau menjawab : "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Syeikh bertanya lagi : "Bagaimana kamu mengetahuinya?".
Beliau menjawab : "Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)".
Syeikh berkata : "Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu".

Maka ulama' itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?".
Lalu Syeikh Sya'rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama' itu.
Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.

~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama' yang menjadi pengerusi muktamar itu.

Jelas ia menceritakan bagaimana seorang ulama terkenal di Mesir datang ke dalam mimpi seorang manusia yang lain bersama – sama dengan Nabi s.a.w. untuk memberi jawapan tentang misteri ke mana perginya air mandian jenazah Rasulullah s.a.w. Jika difikir oleh akal yang pendek, senang sahaja kita percaya. Air itu menyejat dan diturunkan menjadi hujan dan tempat turun hujan tadi akan berdirinya rumah – rumah Allah iaitu masjid yang akan dibina oleh manusia.

Beringatlah dengan benda – benda yang seumpama ini. Ia adalaha benda – benda yang ghaib. Ia adalah racun kepada agama kita sendiri. Benda ini adalah benda yang terlalu dalam untuk difikirkan dan tidak ada mana – mana hadis yang menceritakan hal seumpama ini mahupun yang dikongsikan oleh para sahabat Nabi s.a.w ataupun para salafusoleh tentang air mandian jenazah Nabi Muhammad s.a.w. 
Cerita itu sendiri belum tentu sahih. Mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Syeikh Mutawalli yang merupakan ulama besar Mesir. Ketahui juga yang mimpi itu tidak boleh menjadi hujah kepada agama Islam. Apatah lagi untuk membicarakan soal Nabi yang kita pun tidak sempat bersama – sama dengan nya. 
Memang benar yang Nabi boleh datang ke dalam mimpi kita. Tapi, ingat… syaitan dapat menyerupai sesiapa sahaja kecuali Nabi s.a.w. Syaitan juga boleh datang ke dalam mimpi kita dan mendakwa dia adalah Nabi Muhammad s.a.w. Dapatkah kita membezakan ketika itu sama ada yang datang itu adalah Nabi atau pun syaitan sedangkan kita tak pernah pun melihat wajah suci baginda dan tidak tahu bagaimana bentuk gambaran Nabi Muhammad s.a.w? Apakah kita yakin? 

Cuma sama – sama kita fikir, tiada dalam Al Quran, tiada dalam hadis, tiada pun kata – kata sahabat dan para salaf mahupun ulama’ selepas itu. Benda sebegini jangan dibuat main – main. Ramai orang awam yang mudah tertipu. Biasanya kerja – kerja sebegini dibuat oleh puak – puak syiah dan juga sufi yang melampaui batas. Mereka terlalu taksub. Mereka terlalu membenci.

Bila dapat benda macam tu. Kita fikir sekejap. Kita tidak berlebihan dan juga tidak berkurangan dalam hal agama. Kita tidak lebih dalam mengikuti Nabi Muhammad s.a.w seperti sesetengah kaum sehingga mengangkat Nabi Muhammad s.a.w itu adalah setaraf dengan Allah. Perlu disembah. Nabi tahu perkara – perkara ghaib. Kita juga tidak mencela Nabi Muhammad s.a.w seperti mana puak – puak Syiah yang mengatakan Jibril silap orang ketika  menghantar wahyu. 

Kita berada di pertengahan seperti mana yang Nabi kita suruh. Kita kaji, cari sumber, tanya orang yang berilmu. Jangan terlampau ghairah untuk berkongsi tanpa mengkaji dahulu. Pergi tekan butang ‘share’ untuk dikongsi dengan friend – friend kita tanpa kita pastikan ia adalah betul – betul sahih. Satu butang share telah mendapat satu saham untuk kita walaupun kita sendiri yang tak pastinya ia adalah betul. Nak selamat? Periksa la dulu betul atau tak? Hehe
Read More

Kalah itu Sudah Adat

3 comments
Fan Man Utd tengah sedih, tengah marah, tengah kecewa, tengah sayu. Mungkin bukan rezeki Man Utd untuk menjulang trofi Champion League musim ini. Nampaknya team Man Utd bukan lah team terkuat di Eropah untuk musim ini. Hanya propaganda je lebih. Haha. ( tengah provoke) Harap fan Man Utd terus bersabar dan teguh di atas landasan yang betul.

Mungkin ada yang tak puas hati dengan refree semalam. Tindakan ref salah. Ye, aku pun rasa begitu. Tindakan refree melayangkan kad merah kepada Nani adalah seakan kejam dan nampak memihak kepada Real Madrid. Tapi, siapa tahu... akal pertimbangan ref masa tu sedang keliru. Mungkin orang kata ref dibayar Real Madrid. Mungkin orang kata ref itu tidak adil. Tapi, keputusan ref sudah tetap, dah ref adalah raja di atas padang. Say No... silap - silap sekali dengan orang tu dapat kad. Haha

Game malam tadi memang best. Serious. Ada fight la. Man Utd pun nampak leading awal dengan hasil pertolongan Ramos. Game laju. Giggs pun nampak cergas sangat. Game laju..tapi, aku pun sampai tertidur dekat cafe semalam. Kenapa sampai macam tu? Kerusi dah macam katil kat cafe tu. haha. Nasib baik tak ada extra time, hanya berkesudahan dengan 1-2 dan aggregat 2-3. Kalau tak memang berdengkur terus.

Aku kesian dekat fan man utd, awal - awal game semalam memang semangat je sokong. Siap berdiri lagi bila ada percubaan. Siap tepuk - tepuk tangan. Memang macam yakin menang dah bila diorang leading 1 - 0. Tapi, bila lepas dilayangkan kad merah, bermain dengan 10 orang, nampak sedikit tenat. Fan man utd sudah bertukar wajah... sedih, marah, emosi. Mula melepaskan kemarahan kepada refree. Hehe. Fan man utd yang aku tengok semalam laa.. 

Paling kelakar apabila ada seorang yang fan yang fanatik sangat dengan man utd, seorang kenalan aku dan juga senior aku. Dia tengok sekali dekat cafe tu. Ada bersama - samanya pak - pak arab dan budak - budak Arab. Bila ref melayangkan kad merah, spontan je keluar dari mulut dia, "hakam khinzir!!! ( refree khinzir!!!)" Haha. Tergelak aku dengar. Luahan emosi jauh di dasar kalbu. Apa lagi, arab - arab kat situ tepuk tangan sambil gelak. Tanda setuju dengan kawan aku tu. Tercuit hati pak arab.

Masing - masing ada minat masing - masing. Cuma kena pandai mengawal je. Jangan sampai bertindak di luar batasan akal yang sihat. Kalah dan menang itu adalah adat permainan. Seri pun termasuk sekali lah. Kalau setakat nak luah perasaan dengan kata 'hakam khinzir' tu aku rasa tak ada masalahkan? Haha. Macam terhibur pun ada kan? Cuma, bila team yang kalah tu.. jangan lah kita ejek, perli fan - fan diorang pula. Silap - silap kita makan nasi ikut wayar.

**Arsenal next week. Macam dah nampak keputusan nanti macam mana.
**Awak, betulkan? cinta itu tidak akan kalah selagi kedua pihak terus berusaha?
Read More

Min Ainal Bilad

3 comments
Kelas tafsir tadi memang sedikit mencuit hati. Aku pun hairan. Biasanya syeikh tu serius je bila mengajar. Selalu punctual. 10 minit pelajar masuk selepas kelas bermula akan dikira tidak hadir. Bagi alasan tak diterima, MC tak ambil. Nak settle pergi cakap dengan pihak pentadbiran kuliah. Settle dekat sana. "Aku hanya menjalankan tugas je, ikut apa itu peraturan diberikan kepada aku."

Aku rasa sedikit terhibur dengan syeikh punya sikap macam ni. Budak - budak Saudi memang dah maklum dah, kalau kelas last, selalu je ada 4 5 orang pergi cakap dengan syeikh, bagi alasan yang tak boleh diterima akal.. nak balik awal. Minta keuzuran katanya. Rumah jauh.. nanti sampai lambat, mak dah tunggu nak makan lunch sama-sama. Hampeh..tak pandai langsung budak Saudi ni buat alasan. 

Kelas tafsir ni memang kelas last biasanya. Tadi ada dua tiga orang yang minta keuzuran, nak balik.. tapi nak suruh syeikh tadi tanda yang dirinya hadir. Hampeh. Kerja nak senang je. Saudi takut sangat kalau ponteng lebih had. Takut tak dapat ambil exam. Confirm mak bapak diorang marah. Syeikh tetap dengan pendiriannya. "Kau nak balik, balik laa.. tak perlu minta izin pun..cuma dekat kertas ni aku tanda la yang kau ni miss kelas."

Frust je muka budak Saudi. Masing - masing masuk duduk balik dekat kerusi masing-masing. Lepas tu syeikh cuba menyampaikan syarahan dan juga nasihat kenapa dia begitu tegas dalam mengambil kehadiran. Pehhh..part syarahan ni memang best.. tak sedar dah masa semakin berlalu sehingga 15 minit. Lain pula kalau masa belajar. Rasa lama jee.. Tangan tu asyik je tengok jam.

Tiba - tiba, seorang mat daripada benua Afrika kat depan aku menoleh ke belakang. Tangannya menunjuk ke arah lect tadi yang sibuk bersyarah. " Huwa yatakallam kasirrr...( dia banyak cakap...)" sambil muka tak puas hati. Haha. Aku yang dengar ni layankan je sambil buat-buat ketawa tanda setuju. Mat Afrika tadi tak puas hati rupanya, lepas tu dia toleh ke arah akudan bertanya, " huwa min ainal bilad? (dia dari negara mana ni?)". Mat Afrika ni nampak macam pelik kot sebab syeikh Saudi tak adalah tegas macam ni.

Aku bagitau la yang nampak gaya macam Saudi.. Dia tak puas hati, jari telunjuk dia diangkat dan digerakkan ke kiri dan ke kanan tanda aku salah. Dia tanya budak  arab kat sebelah. Sama je jawapan budak arab kat sebelah dengan aku. Dah memang muka syeikh tu macam Saudi je aku tengok. Mat Afrika tak puas hati lagi dengan dua jawapan. Dia senyap sorang - sorang. Aku diam. Aku cuba membaca fikiran dia, kot - kot dia ada andaian lain.. Hmmm...nampaknya identiti syeikh tadi masih lagi dalam keraguan..

**awak, kelas ni antara kelas yang tak ada network juga ni. Susah betul. Haha.
Read More

Lain tempat Lain bentuk

2 comments
Sayu bila terbaca satu keluhan seorang insan nurani di facebook. Betapa banyak dugaan dan ujian untuk menunaikan satu ibadah yang diibaratkan seperti tiang agama itu. Ujian itu tidak lain sifatnya adalah untuk menguji. Mana mungkin orang itu dikira beriman jika belum didatangkan ujian. Moga kita semua tergolong dalam kalangan hamba Nya yang beriman. Amin...

Beginilah kehidupan muslim di luar negara. Sentiasa mencari tempat untuk bersolat tidak kira tempat. Kami di sini, berwuduk pun guna sinki je. Kalau winter, hanya Allah yang tahu betapa bekunya ambil wuduk. Ada yang berbekalkan sebotol besar air bawa ke class untuk dijadikan air untuk mengambil wuduk bila tiba masanya. Ada juga diantara kami dimarah apabila meminta izin untuk keluar dari class sekejap bagi menunaikan solat. Ada juga diantara kami yang solat di bawah tangga university.Alhamdulillah, dengan kepayahan itu mengajar kami untuk lebih menghargai islam :)
Status di atas adalah keluhan daripada seorang pelajar di Ireland. Tempat yang agama Islam adalah minoriti. Sungguh, ujian sebegitu mematangkan diri seseorang yang bergelar Muslim. Mengukuhkan jati diri dan yang penting adalah rasa lebih untuk menghargai Islam. (Semoga dia menjadi orang Islam yang baik dan solehah.)

Terasa untuk membandingkan situasi itu dengan situasi di sini. Ternyata jauh sesekali perbezaannya. Jauh sangat yang mana agama Islam di sini adalah tidak asing dalam pengamalan penduduknya. Majoriti keseluruhannya adalah beragama Islam dan yang paling jelas adalah tidak ada satu gereja mahupun binaan rumah ibadat lain yang terbina di sini. Syukur sangat..

Sungguh besar nikmat Allah. Terasa Islam itu mudah bila berada di sini. Hampir semua nya di sini mengikut Islam. Tetapi ianya tetap sebagai ujian. Mudah, tetapi ia tetap adalah ujian. Tidak ada pergaulan antara lelaki perempuan. Kedai, cafe, market, mall akan tertutup bila tibanya waktu solat. Hatta stesen minyak pun akan berhenti beroperasi. Semuanya perlu mendirikan solat terlebih dahulu sebelum menyambung balik pekerjaan. Apakah ujian di sebaliknya?

salah satu stesen minyak bila tiba waktu solat


**masing masing ada nikmatnya tak kira di mana kita berada. masing - masing juga ada ujian di mana kita berada.
**moga orang Ireland jauh di sana selamat dengan baiknya. :)
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia