Tak Boleh Lewat

3 comments


Pagi Sabtu, Kelas keempat daripada lima kelas semuanya. Aku menanti kedatangan lecturer di luar kelas. Kelihatan ramai budak Saudi berkeliaran di luar kelas. Rata-ratanya berjubah putih. Kain serban merah di letak atas kepala. Seakan tudung jika seimbas lalu. Mungkin di Malaysia dikenali dengan kain serban. Di sini pula dikenali dengan syimagh. Itu adalah pakaian mereka. Dari yang muda hinggalah yang tua. Berjubah putih berkelubung kain serban merah atau pun putih.

Lima minit berlalu. Masih tidak kelihatan kelibat lecturer yang mengajar subjek Feqh 7. Subjek Feqh 7 lebih menumpukan kepada hukum hakam jual beli. Pertama kalinya lecturer ni masuk, dia mengajar tentang jual beli tempahan. Bai’ As Salam bahasa Arabnya. Apakah definisinya, apakah hukumnya di sisi Islam, apakah dalilnya dan juga apakah permasalahan yang akan dibincangkan. Sehingga minggu lepas sahaja sudah sampai kepada perbahasan tentang hukum jual beli haiwan secara tempahan. Apakah ianya dibolehkan atau sebaliknya dengan menumpukan apa pandangan empat mazhab berserta dalilnya.

Aku bersandar di dinding. Mengeluarkan smartphone Samsung Galaxy Ace. Nampak uzur. Yee.. memang uzur, smartphone aku yang pertama. 4 bulan aku sampai di Madinah, aku terus membelinya. Antara pencetus pertama yang menggunakan ‘operation system’android. Sekarang ternyata Samsung Galaxy Ace aku ketinggalan jauh dengan keluarnya Ace Duos, New Ace, Ace Plus. Entah berapa banyak Ace ada. Tapi aku tahu yang Ace aku adalah yang induk punya. Founder yang pertama. Bangga bukan? Haha.

Aku menekan butang ‘home’. Screen menyala. Terpampang jam dengan angka digital. Pukul 10.30 pagi. Ternyata ada ‘whatsapp’ notification di bahagian atasnya. Aku tersenyum. Aku sudah dapat meneka siapa empunya yang menghantar text melalui whatsapp itu. Aku menyentuh skrin yang dibaluti ‘screenprotector’ dari atas skrin dan menariknya turun ke bawah. ‘Scroll’ bahasa orang putih. Melihat secara penuh notification tadi. 

Mudah, semuanya hanya terletak di ibu jari. Tidak menggunakan banyak tenaga. Ternyata kecanggihan teknologi memberi kesenangan kepada manusia. Ternyata juga yang tekaan aku juga adalah betul tentang empunya diri yang menghantar whatsapp tadi. Aku tersenyum bangga. Memang tekaan aku selalu tepat dalam hal ni. Mana tidaknya, asyik dia je. Haha.

Ibu jari kanan dan kiri pantas memainkan peranan. Menyentuh skrin rata Samsung Galaxy Ace yang usang. Sesekali menekan butang ‘send’. Tersenyum. Sabar menanti orang sebelah sana menjawab balik. Walaupun jauh, terasa dekatnya. Whatsapp, satu lagi teknologi yang berkembang dan mendapat tempat dalam kalangan pengguna smartphone. Aplikasi yang mirip SMS. Berfungsi menghantar mesej tetapi ia nya lebih cepat dan pantas dengan menggunakan capaian internet untuk berfungsi. 

Vbrrrr… Samsung Galaxy Ace aku bergetar. Mode vibrate diaktifkan semasa kelas. Bergetar menandakan ada notification baru. Orang yang sama menghantar whatsapp, cuma waktu je yang berlainan. 10 minit berlalu. Pelajar Saudi di luar kelas sudah berkurangan. Masing – masing sudah memasuki kelas masing – masing. Hanya beberapa orang sahaja yang tingal di luar kelas. Jelas, mereka adalah daripada kelas yang sama dengan aku. Lecturer tak sampai lagi. Apakah penanda yang dia tidak akan datang?

Baru sahaja aku nak mengatakan yang lecturer akan miss kelas pada hari ini. Ingin berseronok. Aku menoleh ke kiri. Nampak jauh dari arah selekoh sana lecturer membelok ke arah aku. Tepat ke arah aku dan aku dan dia bertentang mata. Aku terus bergegas memasuki kelas. Mengikuti perbuatan pelajar – pelajar Saudi yang lain. Mereka semua ini tahu. Aku juga tahu. Lecturer ini tidak akan membenarkan mana – mana pelajar yang datang lewat, mahupun yang masuk kelas selepas dia memasukinya daripada duduk dalam  kelas tersebut. Pengajaran daripada pengajian – pengajian minggu lepas. Pelajar akan di halau serta merta. 

“ Insya Allah, bukroh ta’ti.” Ayat yang selalu diguna pakai oleh lecturer untuk pelajar – pelajar yang lewat. Mana – mana pelajar yang membuka pintu kelas ketika mana lecturer ni selesa bersandar di kerusinya akan terus mendapat ayat ini secara spontan. “ Insya Allah, kamu datang esok”. Pedih menusuk hati. 

Lecturer masuk. Meletak buku dia di atas meja. Duduk bersandar di atas kerusi seperti kebiasaan. “Mana – mana kamu yang baru masuk tadi, keluar… Kamu semua di kira lewat.” Belum apa – apa lagi lecturer ni mengarah orang yang masuk kelas lewat tadi keluar. Aku antara yang baru masuk tadi, adakah aku termasuk sekali? Aku diam membisu di belakang. Mencari tubuh – tubuh sasa Saudi untuk menjadi benteng antara aku dengan lecturer. 

“ Kamu, kamu, kamu.. masuk kelas bila nampak aku tadi kan? “ dia menuding jari ke arah beberapa orang pelajar. Semua pelajar ni diam. Bangun dan terus keluar daripada kelas. Raut muka yang nampak tidak puas hati dengan lecturer. Muka bengang. Haha. Aku yang kat belakang ni nampaknya terselamat daripada mangsa tudingan jari lecturer tadi.

Lecturer memulakan kelas. Topik diajar hari ini adalah perbahasan tentang hukum jual beli daging secara tempahan. Mazhab empat berselisih pandangan dalam hal ini. Kebanyakan ulama mengatakan yang ia nya adalah harus dan tidak menjadi masalah dalam hal ini manakala mazhab Hanafi mengatakan yang ia nya tidak boleh jual beli daging secara tempahan. Lecturer memperincikan dalil – dalil daripada setiap pendapat mazhab tadi. Aku mencatat secara ringkas apa yang diperkatakan.
20 minit kelas berlalu. Tiba – tiba lecturer tadi memandang aku. Serius dan bersahaja mukanya. “ Ya syeikh, apa nama kamu?” lecturer menyoal sambil menuding ke arah aku.

“Aku? Muhammad Hafizin.” Aku menjawab spontan.

“Dari negara mana?” Lecturer tadi menyoal balik. Aku cuak. Kenapa lecturer ni tiba – tiba je tanya aku ni. Sudah terbongkar kah rahsia aku?

“ Dari Malaysia ya Syeikh.” Aku menjawab. Terpaksa.

“Kamu tadi masuk kelas lepas nampak aku datang kan?” Syeikh seakan menyoal untuk memastikan jawapan yang dia sudah ada. Sudah kedengaran pelajar – pelajar lain gelak. Jahat! 

“Na’am ya syeikh.” Aku mengiyakan. Nampaknya aku sudah dapat dikesan oleh lecturer tadi. Aku terus menutup buku. Memasukkan pen ke dalam poket. Berhajat ingin keluar daripada kelas. Aku bangun. Berpaling untuk keluar daripada kelas.

“ Ya syeikh, duduk, duduk…” lecturer tadi menyuruh aku duduk. Dia tersenyum.
“ Ijlis ya Syeikh?” Aku menyoal balik untuk kepastian.

“Na’am.” Lecturer tadi membenarkan aku mengikuti kelas nya sehingga habis. Aku lega. Kalau tak memang dapat bebelan percuma daripada orang jauh di sana. “ Haisshhhh… ada ke macam tu, lain kali jangan text lagi masa kelas!!” Antara ayat yang dijangka jika aku kena halau dari kelas tadi. 

Kesimpulannya, dengan lecturer ni.. aku kena tunggu dia dalam kelas sehingga dia datang. Tak boleh keluar, tak boleh datang lewat. Kalau tidak, akan dihalau dan akan dikira tidak hadir ke kelas. Memang macam – macam protokol dekat sini. Lain lecturer lain caranya. Tidak begitu? Takkan semuanya nak sama je. 

** entry ni bajet cerpen je. Padahal entah pape point dia. Haha.
**  seriously saya rindu dekat awak.. L
Read More

Sambut Anak

3 comments
Perkara yang kelihatan kecil tapi besar dalam keluarga yang sudah semakin terpinggir. Menyambut kepulangan di muka pintu. Isteri sambut suami, suami sambut isteri, ibabapa sambut anak-anak, anak-anak sambut ibubapa..Masha Allah..Cuba amalkan..inshaAllah pasti akan rasa lain mood. Kemudian cuba tinggalkan pula, pasti akan merasa mood yang tidak gembira ketika kepulangan itu. - UZAR
Selamat pagi sabtu warga Malaysia, Selamat petang buat warga Dublin dan selamat petang yang nak malam juga kepada warga Saudi. Pagi Jumaat tadi, feeds dekat Facebook aku diupdate dengan status daripada UZAR seperti di atas tu. Nampak ringkas kan..? Tapi padat buat orang yang dah berkeluarga. UZAR pun rasanya ambil quote daripada isteri dia, memang sweet je kan nampak..? Haha

Padat buat orang yang dah berkeluarga?  Ye la, memang orang yang berkeluarga perlu jaga benda - benda yang macam ni. Benda yang mana dapat menjuruskan keamanan dan kedamaian dan juga kebahagiaan rumah tangga diorang. Aku pun antara orang yang dah berkeluarga. Aikk..? Ye la... memang orang yang dah berkeluarga, tapi aku bukan ketua keluarga. Aku ahlinya.

Seriously, dekat status di atas tu aku tak suka part  yang 'ibu bapa sambut anak - anak'. Part tu kalau boleh memang tak nak sangat, kalau aku keluar, bila balik tu tengok ada ibu bapa tengah tunggu dekat ruang tamu. Bukan apa, confirm mereka akan mula sesi menyoal jawab. Aku tahu sangat, sebenarnya mereka sayang kan kita. Nak tahu kemana anak - anak dia pergi. Anak dia keluar buat apa.

Tapi sebenarnya sebelum keluar lagi biasanya aku dah bagitau kemana aku nak pergi, tapi tak detail sangat la. Setakat bagitau, 'nak keluar ni, pergi KB jumpa kawan'. Macam tu je..biasanya, bila aku minta.. tak tahu pun dapat permission ke tak. Kadang - kadang tu parents aku sekadar mengangguk je. Biasanya ketua keluarga la macam tu. Angguk je. Sayang sangat suara dia. Haha. Kalau minta permission daripada assistant ketua pula memang lari timing untuk keluar, kurang - kurang 10 minit kena soal siasat. Semua soalan keluar. Lebih tu kalau aku nak keluar, sedap minta permission daripada ketua lagi. Tak banyak kerenah. Memahami kot..

Kalau dulu, bawah 18 tahun..aku dah mula berani untuk balik lewat malam melebihi pukul 12.00 malam. Memang tak pernah buat sebelum ni. Biasanya case ni kalau main futsal. Start pukul 11 malam. Nak - nak kalau sejam tu, confirm habis pukul 12. Lepas tu, mesti la nak minum air bagai. Paling tak pun pukul 2 juga la aku sampai rumah. Seingat aku buat case macam tu untuk first time... ketua keluarga aku sambut kepulangan aku. Lepas tu terus bagi lesen balik lewat malam. Macam yang UZAR punya status tu.

Suatu malam tu, aku pulang lewat. Keluar lepas isya' lagi. Cakap nak pergi jumpa kawan je. Memang plan asal. Tapi, macam mana boleh lari plan, kawan aku tu ajak main futsal pula. Aku cakap tak bawa kasut. Pakai pun kain pelikat. Dia cakap yang tu  jangan risau. Dia boleh settle. So, malam tu aku main la. Pukul 12.30 baru sudah main. Tak kira masa minum milo ais kat kedai lagi tu. Tup - tup, memang aku sampai rumah pukul 2 pagi.

Rumah dah gelap. Pehh.. semua dah tidur la tu. Aku risau takut pintu rumah kunci je. Tak masuk rumah jawabnya. Takkan nak tidur kat luar, penuh dengan nyamuk kot. Aku mencuba nasib, cuba buka pintu utama rumah aku. Memang nasib aku baik, tak berkunci.. memang sengaja kot dibiarkan macam tu. Takkan la nak biarkan aku tidur kat luar. Aku melangkah perlahan, jalan pun berjinjing kot. Tak nak bagi bunyi bising, dah macam pencuri pula... padahal rumah sendiri. haha

Sedang aku jalan jinjing menjinjing tu, aku bunyi suatu suara dari arah ruang tamu. Gelap gelita. Tapi bunyi suara orang. Dah la suara tu suara yang aku kenal. " Pergi mana baru balik ni?" Pehhh... ketua keluarga tunggu anak buah dia balik rupanya. Sanggup tunggu sambil berteman dengan nyamuk. Memang masa tu automatikaku jadi berdebar. Cemas. Cuak.

"Errr...errrrr... main bola tadi bah, team kawan tak cukup orang. Tu main tu, kesian dekat diorang." Haha. memang lidah ni spontan dengan situasi macam tu. Macam dah biasa pula kan? Haha. 

"Habis tu... tak boleh nak bagitau ke nak balik lewat? Mak kamu tu dah risau kenapa balik lewat sangat, biasa tak pernah pula macam tu." Ketua keluarga nampak bersahaja je mematahkan alasan aku. Ada betul juga, aku tak text, tak call pun bagitau yang aku balik lewat. Suara ketua keluarga nampak mendatar je, mungkin mengantuk sangat kot. 

"Bila - bila kalau nak balik lewat, bagitau la dulu," ayat last ketua keluarga buat malam tu. Sampai sekarang aku ingat. Aku pun apa lagi. Jawab je lah okay. Lepas tu pergi masuk tidur. Haaaa..kantoi tak mandi lepas main bola. Haha. So, sekarang..walaupun umur dah 22, aku kalau keluar memang bagitau terus, " balik lewat kot malam ni." Tapi nampak macam dah tak ambil edah dah pun. "Ikut kau lah, jangan, dah besar. Boleh fikir mana baik mana buruk"

**mak ayah aku tak bagi keluar anak - anaknya keluar malam. Takut bergaul dengan orang jahat katanya. Haha
** Sorry orang Dublin kalau lebih 10 minutes. Haha
Read More

Pusingan Pertama, Arsenal Kalah kepada Bayern Munich

1 comment
Macam mana fans Arsenal..? Frust tertonggeng ke..? Jangan tidur lagi.. Solat subuh dulu. Frust pun, solat jangan tinggal. Haha. Nanti bertambah - tambah kefrustan nanti. Bola frust dunia je. Tinggal solat frust dunia dan akhirat la nampaknya. Betul tak..?

Arsenal nampaknya dimalukan lagi di Stadium Emirates pada malam ini dengan kecundang kepada Bayern Munich 1 - 3. Sungguh malang kita kalah, tetapi bertambah malang apabila kalah di tempat sendiri. Kita yang tengok kat TV ni okay lagi, tengok result kat livescore pun okay lagi.. yang tak okay adalah fan kita yang tengok kat stadium tu. Mahal kot tiket. Syabas untuk diorang, membuktikan mereka memang fan sejati.

Game dah okay tadi. Penguasaan bola di atas padang pun kita lebih tadi. Cuma corak permainan tu kita kurang. Entah, kita tak dapat menyerang atau pun kita memang tak dapat nak tembus kubu pertahanan mereka. Skuad dah macam biasa. Shezni, Sagna, Mertesacker, Koscielny, Vermaelan, Wilshere, Cazorla, Ramsey, Arteta, Podolski and Walcott. Cazorla dan Wilshere je yang nampak menyerlah sikit malam ni. Wilshere memang superbbb.

Walcott yang sebagai striker memang tak dapat nak buat apa dah. Defend diorang memang mantap. Mereka memang main marking, susah betul player kita nak pass bola. Nak bagi bola through tu memang susah. Jarang betul sampai kat Walcott. Apa - apa pun kita dah okay dah tu, lawan Bayern Munich kot. Serious, gol Podolski tu macam gol nasib je. Haha.

**esok memang gosok biji mata la dalam kelas, nak skip kelas memang tak boleh.. nanti ada orang marah. Haha
Read More

Kawan Malaun

1 comment
gambar cilok fb

Internet nampaknya makin parah apabila tiba hari - hari kemuncak. Hari yang mana ada dalam 7 hari lagi untuk tamat service. Unlimited, tetapi ada limit. Pelik bukan...? Pakej internet aku ambil ni katanya unlimited download and unlimited speed.. bukan kemain aku download.. last - last tak sampai hujung bulan dah slow. Rupanya ada had sampai 30GB je.. lebih dari tu speed internet akan jadi slow, slow dan slow.

Tu pasal internet. Macam tak ada kaitan dengan gambar kat atas tu pula kan..? Tapi aku pantang kalau internet laju, ada je benda yang nak download. Siap buat queue lagi dekat torrent dan IDM. Haha. Gambar kat atas tu memang ada betul nya. 100 peratus kot betul dalam kehidupan aku. Kawan memang memainkan peranan penting dalam proses belajar, kalau dapat kawan macam kat atas tu... satu je nak tanganinya, hati kena kental. Telinga biar pekak. Haha. Hati kena kental apa yang kita azamkan, telinga kena pekak daripada kata - kata negative orang sekeliling kita.

Awal - awal sem bukan semangat lagi kita study awal. Siap ada jadual belajar lagi untuk persediaan exam final nanti. Tapi, tiba - tiba ada sorang dua 'kawan' yang tak bertanggungjawab datang bertamu dan nampak kita sedang belajar. " Alaaa..rilek la dulu bro.. dah belajar. Kelas baru start je.. poyo betul.." haaa..situasi ni, memang kena pekak kan telinga. Buat tak dengar je.. Maksud buat tak dengar ni, kita dengar je..tapi jangan biarkan ia meresap kedalam hati dan meracuni otak.

Itu bukan kawan, itu macam malaun je. Haha. Ada ke dia nak tengok kawan dia tak study macam dia. Biarkan je la..benda baik bukan? Situasi yang sama juga, kita tengah study and datang dua tiga orang atau pun sorang 'kawan' kita ni.. " Perghhhhh,, study siakkk.. bagus gilaaa..oittt..kau bagus betul la study awal..macam mana eh nak jadi macam kau.." bagi aku, ayat ni paling menyampah berbanding situasi satu lagi. 

Dia macam betul - betul ikhlas puji kita ni study awal...tapi aku rasa macam ada something wrong je. Rasa nak tutup buku and pergi layan supernatural season 8 je bila dengar ayat tu. Haha. See, mungkin bagi orang lain..ianya normal kalau orang puji macam tu, tapi tidak bagi aku. Mungkin ada juga beberapa orang yang macam aku kat luar sana. Aku kalau tengok orang study awal... aku tak puji aku, tak ejek pun, aku senyap je. Tengok, lepas tu senyum. Aku jealous sebenarnya. Tidak kah itu lebih baik. Tak ada apa - apa makna. Haha.

**orang Dublin tengah demam. Moga cepat sembuh dan cepat baik ye awak. :)
**FA, esok dah start class untuk sem baru, make sure dapat score yang terbaik lagi untuk sem ni. Critical year. Good luck!!
Read More

Program Bersama UZAR

1 comment


Minggu lepas aku sempat menghadiri satu sesi bersama ustaz tanah air kita yang terkenal iaitu Ustaz Zaharudin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan UZAR. Seorang ustaz yang aku hormat dengan kedudukan ilmunya dan amat terkenal dengan kepakarannya dalam bidang Islamic Banking. Mungkin bukan dia seorang je dekat Malaysia yang pakar dekat Malaysia dalam bidang tu, tapi dia adalah antara pakar yang menempah nama di media tempatan.

Dia datang mengerjakan ibadat umrah dan peluang itu telah digunakan oleh pelajar di sini untuk memanfaatkan masa bersama beliau. Aku tak nak membazir ruang dengan menceritakan pelbagai benda celoteh yang membazir untuk dibaca. Kan..? Hanya cukup untuk menceritakan apa yang dikongsi oleh UZAR bersama – sama dengan aku. Haha.. poyo. (Ni kira note untuk diri aku sendiri la ni sebab malam tu aku tak catat pun apa yang dia bagitau.)

UZAR hanya memfokuskan kepada mentaliti pendakwah dalam skop kesederhanaan. Iaitu satu skop yang perlu diguna pakai oleh pendakwah dan diaplikasikan bagi memastikan dakwah dia tu berada di tengah – tengah, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan. Tidak terlampau keras tidak terlalu berlembut. Ibarat garam dalam masakan la, kalau lebih.. masin, tak sedap pula.. kalau kurang.. tawar, lagi la tak sedap. Jadi, hanya nak secukup rasa je.

BETULKAN AKHLAK

Perkara ini adalah perkara no. 1 yang diberitahu oleh UZAR. Betulkan akhlak kita. Tunjukkan akhlak kita yang baik kepada masyarakat. Bagaimana mungkin dakwah kita ingin diterima jika kelakuan kita tidak serupa dengan percakapan kita. Lebih tepat adalah cakap tak serupa bikin. Bila cakap lain, bila buat lain. Tak kira lah kita nak mendakwah kepada Islam atau pun nak mendakwah kepada produk barangan kita jika kita ni adalah ahli MLM.

Contoh terbaik kita tengok lah bagaimana ‘role model’ kita mendakwah iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Tidak kah semua yang disampaikan itu terlebih dahulu dia sudah mempraktikkannya? Akhlaknya adalah akhlah Al Quran dan dia juga menyampai Al Quran kepada Arab Quraisy yang mana yang disampaikan itu adalah firman – firman Allah sendiri. Satu contoh terbaik sepanjang zaman yang berjaya dalam dakwahnya dan kesannya boleh dilihat pada hari ini. Bersambung next point.

**Panjang sangat dah ni, aku rasa point lain sambung kat entry lain la. Nanti banyak sikit boleh post entry. Kepada orang yang jauh di sana, kuatkan semangat.. cekalkan hati, tabahkan emosi.. insya-Allah semuanya baik – baik je. Moga Allah berikan kesembuhan daripada demam tu dengan cepat ye..
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia