BlackBerry 10

7 comments
Budak gadget kecoh dengan keluaran produk baru BlackBerry 10 yang nampak ada kelainan berbanding peranti BB sebelum ni. Budak gadget yang anti BB terus je cakap, "Blackberak dah keluar yang baru la, funtion sama je tu..BB Messenger. Budak - budak minat bola kecoh dengan big match malam ni, Barca vs Real Madrid dan Arsenal v Liverpool.

Semuanya ada peminat masing - masing. Memang begitu fitrahnya bukan.? Setiap kita ada minat dan dalam ramai - ramai manusia kat bumi ni, tak pernah ada sepakat semuanya kaum ini untuk minat pada sesuatu benda je. Contoh, pernah ke dengar yang semua manusia dari seluruh benua ni sepakat menyokong pasukan Man Utd.? Pernah..? Tak pernah. Mesti ada je hater Man Utd. Tak tahu pun apa salah Man Utd tiba - tiba ada haters. Haha. 

Hatta benda - benda yang nampak jijik pun ada yang minat lagi. Bukan jijik sikit, memang jijik sejijiknya, contohnya najis. Tapi ada je puak - puak sana yang siap buat program Fear Factor lagi untuk makan benda jijik ni. Tak ke itu orang panggil minat juga eh..? Sebab apa? Sebab Allah jadikan akal manusia ini ada hak untuk berfikir dan untuk membuat pilihan sama ada untuk mengikut benda yang elok dan salurkan minat itu kepada benda yang elok ataupun terus dengan pemikiran jijik mereka itu.

Kadang - kadang mereka itu sengaja menutupkan pandangan. Tak nak terima hakikat sesuatu benda. Sama juga dengan kita bila kita minat seseorang. Kita mungkin minat sebab dia tu cantik, comel, berbudi bahasa, dan sebagainya mengikut fitrah yang kita suka benda - benda cantik. Tapi, the other side, ada juga pada dia yang kita minat tu satu, dua atau banyak sifat - sifat yang kadangkala kita jadi benci dan meluat.

Tak ke kita tersepit kalau macam tu..? Kita sebenarnya minat atau benci..? Pada satu batang tubuh yang sama ada dua benda yang berbeza, benda yang kita suka dan benda yang kita tak suka. Sebab itu cinta datang membawa penawar kepada benda - benda yang tak elok tadi. Benci kita kepada benda yang tak elok ni menjadi tawar dan akal bersedia untuk menerima hakikat bahasawanya walaupun ada padanya sifat yang tak elok, kita masih sayang kepada dia. Kita cuba untuk menerima dia seadanya dan mengganggap sifat yang kurang tu sebagai cabaran buat kita yang ingin menjadi pelengkap kepada hidupnya. Hidup yang dua menjadi satu. Together bukan?

**diri kita pun tak semuanya baik, mesti ada yang buruk sikit - sikit. Tak perfect bukan..?
**tidak ke cinta itu indah eh FA..? Haha

Read More

Sampai Bila Harus Begini

7 comments
Bila tibanya sem baru ni acap kali juga aku dengar cakap-cakap orang di sekeliling aku, "sem ni kena belajar baik - baik ". " Sem ni kena study awal, nanti nak exam tak kalut." " Sem ni tak boleh banyak main, nanti masa exam jadi blur.", dan pelbagai lagi ayat yang sama maksudnya..iaitu untuk study dengan baik, tak nak main - main lagi, nak study awal - awal bukannya di saat akhir.

Aku bila dengar orang cakap macam tu, laju je aku menyampuk.. " Eh, okay...sem ni kita belajar baik - baik.. tapi esok tidur dulu, awal lagi.." pastu sama - samalah gelak berdekah - dekah. Bukan apa, orang yang kata mahupun orang yang menyampuk tu tahu sangat macam mana bila dengar ayat tu. Mulut dan hati tu nak sangat study awal, study baik - baik tapi.. nak buat tu berat semacam.

Andai kata malam ni kata macam tu, esok pagi mesti lupa. Kadang - kadang ada yang tertidur sampai ada missed class untuk yang awal pagi. Tak salah nak berazam macam tu, lagi bagus daripada langsung tak ada azam untuk belajar dengan baik . Kadang - kadang tu kita lupa dengan sibuknya kita dengan benda di sekeliling kita. Internet terutamanya. Di sinilah perlunya teguran agar kita selalu ingat apa yang kita azam tu. Sampai bila kita harus begini? Sentiasa di takuk lama.

Lagi satu adalah dengan kita berfikiran jauh. Sampai bila kita perlu belajar? Ada pun exam, kita jadikan ianya sebagai pembakar semangat dan juga sebagai kayu ukuran untuk mengukur sejauh mana usaha kita. Sedangkan tujuan kita yang utama adalah untuk mendapat manfaat daripada ilmu itu. Sungguh, jika belajar kerana exam semata - mata, pengetahuan mahupun ilmu kita makin kurang dan kurang selepas exam. Sebab apa? Fikirlah sendiri. Tengok gambar kat bawah faham kot.

credit picture to Farah Alishya.

**idea dan gambar diolah berdasarkan gambar di atas. credit to her. :)

Read More

New Sem

4 comments
Pejam celik. Pejam celik. Berkelip - kelip kelopak mata. Tak perasan yang hampir 3 tahun aku belajar di Madinah. Hanya tinggal setahun setengah lagi berbaki untuk menghabiskan study dan seterusnya mendapat segulung ijazah dalam course Syariah Islamiah. Minta - minta dipermudahkan semuanya.


Bukan mudah untuk menghabiskan masa empat tahun biarpun ada sesetengah orang kata yang ianya hanya sekejap. Sememangnya ada pahit dan manis dalam mengharunginya. Kalau diikutkan aku tak nak pergi Madinah, hanya nak stay kat Egypt.. mungkin sekarang aku dah grad, bekerja macam orang lain. Mula menggapai impian. Mula mencipta identiti diri. Tapi, diri kita diberi pilihan dan kita ada kuasa untuk membuat pilihan. Itu hanyalah KALAU, sejenis permainan otak yang dicucuk bius oleh syaitan.

Alhamdulillah kerana semua subject sem lepas semuanya lulus. Tak ada subject sem lepas yang perlu diulang ambil semula. Perjalanan sudah berada di suku penamat. Penamat yang ditetapkan oleh peraturan universiti. Bukan penamat yang hakiki. Sememangnya belajar ini tak pernah habis. Belajar sehingga ke liang lahad. Sampai akhir. Belajar dan exam. Jadikan exam sebagai batu loncatan untuk lebih bersemangat dalam belajar, bukannya sebagai pengukur kepada pengakhiran.

Tak nak cakap banyak, merapu je lebih. Haha.. Rasa happy je bila tengok gambar kat bawah ni. Ada lebih kurang 3 sem lagi untuk habis. Belajar bila ada exam kadang kala buat kita tension kan..? Sebab apa..? Sebab ada gagal, ada lulus.. sebab soalan tu susah. Kalau exam semua confirm soalan mudah, semua dah confirm lulus.. tak ada nak tension kan..? haha

yang biru gelap tak nampak apa tu subject untuk sem ni, yang biru banyak tu, subject yang dah lepas, yang biru macam putih tu subject yang masih berbaki.

** nak kena habiskan study dulu baru boleh kawin dengan FA.. hehe


Read More

new internet

9 comments
Internet kembali menghirup nafas nafas baru. Hampir 3 minggu nadi internet terhenti. Nampaknya roomate pun dah balik dengan muka ceria. Dua minggu menternak segala lemak yang berada di Malaysia. Datang bersama merentas beribu - ribu KM untuk dinyahkan di sini. Berjaya atau tak mungkin lain kira.

Entry ni mungkin nampak macam gedik. Awal - awal lagi dah bagi warning ni. Entry ni khas untuk FA je.  Entry ni just nak wish selamat pergi dengan baik kepada Farah Alishya yang akan terbang pada 1 a.m (kejap lagi) pada waktu Malaysia. Fly dengan flight Etihad Airways dan akan transit selama 5 jam di Dubai dan seterusnya dari Dubai akan terus mendarat di Dublin, Ireland.

Just nak bagitau FA supaya jaga diri dengan baik bila berada di Dublin nanti. Walaupun dah tahu FA pandai jaga diri, tuan blog cuma nak pesan supaya jaga diri dan jaga diri lagi. Biar bertambah sikit jaga diri tu. Nanti dekat Dublin jaga kesihatan, jaga time makan. Awak tu mudah gastric, kalau tak jaga time makan, nanti perut tu pedih - pedih. Lepas tu kena makan ubat lagi kan..?

Semoga terus success dalam study, semoga tercapai untuk menjadi Doctor Farah Alishya and Specialist in Obstetrics and Gynecology atau pakar sakit puan dalam bahasa mudahnya. Nanti tak mahu FA stress - stress. Tak mahu FA sedih - sedih. Nanti suruh pilot Etihad Airways tu drive laju - laju ye. Haha

**entry menggedik dan entry menjiwang.. Weeekkk..haha
**tajuk lain dari isi kan? haha
Read More

Sakit

8 comments
Sakit itu adalah kafarah dosa - dosa yang lalu. Sekiranya dia sakit, Allah masih lagi sayangkan dia, ingin menghapuskan dosa - dosa dia yang lepas. Tapi, sekiranya orang itu adalah orang yang baik, jarang sekali melakukan dosa dengan Allah, dan di ditimpa sakit, apakah ada lagi dosa untuk Allah ampunkannya? 

Mungkin sakit yang diberikan kepada orang yang baik tadi adalah sebagai ujian buatnya untuk bersabar. Allah menganugerahkan pahala untuk kesabarannya dan ingin menguji sejauh mana dia redha dengan ujian sakit  diberikan oleh Allah tadi. Sungguh, seseorang itu tidak akan dikira beriman jika dia belum lagi diuji. Apakah mungkin kita dapat mengatakan kita ni beriman sedangkan kita masih lagi belum diuji oleh Allah. Jika begitu, senang sahaja orang kafir mendakawa bahawasanya mereka itu beriman.

Tapi, Allah datangkan ujian keberanian kepada orang - orang kafir ini. Adakah mereka berani untuk bersaksi bahawasanya Allah lah satu - satunya Tuhan yang Maha Esa, tuhan yang tiada tuhan lain selain Allah dan tuhan yang selayak dan sepatutnya disembah. Adakah mereka juga berani untuk bersaksi yang Nabi Muhammad s.a.w ini adalah merupakan utusan terakhir mereka. Merupakan utusan Allah untuk menyebarkan Islam sebagai agama yang betul? Tidak,  ramai sekali orang bukan Islam gagal dengan ujian ini.

Jangan risau jika kita sakit, sebab kita akan tahu siapa yang caring pasal kita. Kita akan tahu siapa yang selama ini ambil berat pasal kita. Mungkin juga Allah jadikan sakit  ini untuk tunjuk kepada kita, siapa yang selama ini baik dengan kita semasa kita sihat  je. Mungkin juga Allah ingin jadikan kita yang sakit  ini untuk menganugerahkan pahala melawat orang sakit kepada rakan - rakan yang melawat kita. Melawat orang sakit itu adalah salah satu amalan yang paling dituntut dalam Islam. Dapat pahala, dapat eratkan hubungan kita dengan si sakit. 

**tak dapat melawat. Whatsapp pun jadilah. Betul tak FA? haha

Read More

Palito

1 comment

yang colour biru tak berapa ada dekat pasaran. Rare sangat ni. haha


Semalam Arsenal menang. Macam malas nak update pasal tak tengok pun game semalam. Gusar pun ada bila orang yang kita caring sangat ada masalah kan..? Wenger mungkin risau jika Jack Wilshere ada problem, Wenger juga mungkin jadi orang yang paling gembira bila Wilshere score goal kemenangan semalam.

Gambar di atas memang menyimpan beribu nostalgia dalam kepala aku. Nostalgia yang 6-7 tahun yang lepas. Tengok je aku dah mula senyum. Apa tidaknya, masa zaman sekolah.. benda ni selalu jadi tarikan buat budak nakal sekolah aku. Benda ni adalah salah satu benda yang dilarang bawa di sekolah. Bawa, kantoi..sebatan tak kurang daripada satu sebagai hukuman.

Maklumlah, sekolah aku bukan sekolah elite macam sekolah lain. Sekolah lain siap boleh bawa walkman lagi kan? Sekolah aku nak bawa radio kecil macam ni tak boleh. Bawa, kalau kantoi... memang kena sebat dengan rotan la. Tapi, budak - budak. Makin dilarang, makin menjadi la nak bawanya. Diorang dah set dalam kepala otak, risiko itu adalah satu permainan. Haha. Falsafah yang aku sekarang ni tengah fikir boleh pakai ke tak.

Benda ni memang famous dengan nama 'scanner' dalam kalangan budak sekolah aku. Nama samaran yang lain adalah Palito. Ni mungkin kerana kebanyakakan scanner adalah daripada jenama Palito. Harga pada masa tu sekitar dalam RM 5-7 dan mencecah RM 10 untuk yang up dengan speaker kat luar. Speaker kat luar tak main la, nanti mudah kantoi. 

Budak - budak ni sanggup buat muka kesian, cakap ada 'scabbish' dekat ustaz, cakap demam la.. cakap sakit mata la. Semuanya adalah semata - mata nak keluar pergi clinic. Tahu sangat.. clinic tu dekat dengan pasar. Senang je diorang nak cekau benda ni buat masuk sekolah nanti.

Bila tibanya hari Ahad, kebanyakan student bermasalah ni akan hilang dalam pukul 10 hingga pukul 12. Lama tu.. pergi mana? Masa tu memang famous la nak update penyanyi mana yang dapat tempat pertama dalam carta lagu kat Radio Era. Dulu Peterpan juara bertahan paling lama dekat carta Era. Tengok, budak - budak yang kena kongkong kehidupannya, sampai carta lagu pun nak berlumba siapa yang tahu. Port diorang biasanya dalam tandas. Mereka menterbalikkan baldi, lapik la dengan apa benda, lepas tu duduk la dengan benda tu. Sumbat earphone dengan telinga. 

Diorang bijak juga, kalau nampak ada orang kat luar tengah tunggu giliran untuk masuk toilet, laju je diorang buka air.. biar nampak macam ada orang tengah sakit perut tengah menggunakan tandas. Padahal, semua tu buat buat je. Bunyi macam aku pernah buatkan? Tapi, tu sekadar pengalaman orang yang aku ceritakan balik je. Diorang tak berani nak balik asrama masa - masa macam ni kerana masa antara pukul 10 - 12 adalah masa paling hot untuk cikgu disiplin check siapa yang ponteng dekat asrama.

Benda ni memang berharga sangat buat student - student yang bermasalah. Diorang akan bawa pergi kemana sahaja. Kalau pakai kain, confirm.. ada je dalam gulungan kain kat pinggang tu. Dekat class, diorang akan pakai earphone satu je. Supaya dapat cover jika orang datang melalui pintu sisi. Tapi, kebanyakan budak masalah ni adalah budak bijak. So, macam peneman diorang je untuk guna benda ni sambil buat math, sambil buat debit credit account. Hurm..

Tapi, apa - apa pun.. sekolah aku tak benarkan benda ni memang ada kebaikannya. Ye la.. setiap sesuatu tu ada pro dan kontranya. Mungkin ustaz sekolah aku tu tak nak anak - anak muridnya lalai dengan benda ni sehingga mengabaikan apa yang perlu dihafalkan ataupun sehingga menjejaskan apa yang perlu difokus untuk dihafalkan. Sungguh walaupun tak patut, rugi mana - mana student yang pernah sekolah sekali dengan aku, tapi tak bawa benda ni. Memang seribu nostalgia. Parut kena sebat sebab benda ni pun masih ada lagi..haha

**panjangkan? sengaja panjang, biar bosan sikit nak habiskan sampai bawah. :D
**FA, sila cepat sembuh. Susah hati bila tahu awak sakit. hehe

Read More

wordless wednesday

3 comments

** special untuk Farah Alishya :). insya Allah.
Read More

Hilang 3 Mata di Emirates

9 comments
ENTRY ARSENAL !!

Apa nak jadi dengan Arsenal?? Hilang tiga mata di Emirates. Fans Arsenal memang sah bengang gila. Sama ada bengang dengan Koscielny, ataupun Wenger ataupun pemilik kelab Arsenal. Mungkin juga bengang sebab harga ticket yang mahal tetapi mutu permainan Arsenal yang tidak memuaskan.

Seawal minit 8 lagi Arsenal bermain dengan 10 orang apabila Koscielny mendapat kad merah. Ternyata refree tidak salah menghukum kerana Koscielny memang jelas menghalang Dzeko yang mempunyai peluang besar untuk menjaringkan gol. Satu kad merah untuk Arsenal dan satu penalti untuk Man City yang dapat diselamatkan oleh penjaga gawang Arsenal.

Walcott
Podolski - Cazorla - Chamberlain
Diaby - Wilshere
Gibbs - Vermaelan - Koscielny - Sagna
Shazwani

Subs : Mannone, Mertesacker, Santos, Jenkinson, Ramsey, Coquelin, Giroud

(skuad pada malam ini)

Arteta yang injured selama 3 minggu diganti dengan Abou Diaby. Wenger mengambil tindakan yang bijak dengan mengeluarkan Chamberlain dan memasukkan Mertesacker untuk menampung kekosongan di bahagian defend. Tapi, apakan daya... kubu pertahanan kita rapuh, tumbang dengan 2 gol pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua nampak ada penambahbaikan daripada player kita. Bermain dengan lebih tenang dan dapat menguasai permainan walaupun bermain dengan 10 orang. Sampailah pada minit ke 80 apabila Kompany juga dilayangkan kad merah. Mungkin kad merah yang kontroversi, tetapi... Arsenal sudah tidak mampu berbuat apa dengan masa yang masih lagi berbaki 10 minit.

Ternyata fans Arsenal akan mempersoalkan adakah Wenger akan mencari pemain baru untuk menguatkan Arsenal untuk mengharungi perlawanan yang masih lagi berbaki. Pintu perpindahan masih lagi terbuka. Chelsea sudah ada Demba Ba. Arsenal?? Ternyata Giroud mahupun Podolski tidak memberi impak yang besar kepada Arsenal. Hanya Cazorla yang menyerlah.

**adakah sokongan kita kepada wenger goyah?
Read More

muhammad s.a.w

4 comments
I just have to share this video, i just have to



I found many Muslim short stories and Muslims videos and Muslim poem on You Tube. 
And this is the best one yet.

This video touched me and i hoped it touched you too :')
Read More

Terlebih Yakin

8 comments
Malam yang kedinginan. Kipas masih berpusing ligat 24 jam tanpa henti. Sudah menjadi tabiat untuk jadikan bilik tidak rasa kelemasan. Lingkungan jam 9 malam. Perut berkeroncong meminta untuk diisikan.

Telur bujang goreng dihamparkan di atas nasi yang ditanak menggunakan import dari India. Talam usang dijadikan alas. Cukup untuk memuatkan 4 orang dalam satu - satu masa ketika makan. Kicap cap kipas udang setia menjadi penaik selera. Hanya nasi putih, telur dan juga kicap. Satu menu orang - orang bujang bila dilanda kemalasan.

Dalam lima minit menjamu selera, datang seorang kawan aku. Mukanya nampak happy. Senyumnya nampak lebar je. Dia terpandang yang kami bertiga sedang melahap rezeki. Mungkin dia malu... lekas aku pelawa dia join sama. Dia malu, katanya kenyang... Aku paksa, kalau kenyang.. duduk je tepi aku...tengok kitorang makan. Hidu bau je.

"Alang - alang duduk, baik makan terus," dia memberitahu. Katanya, memang dah style dia macam tu, walaupun dah kenyang tetap akan berselera jika tengok telur dengan kicap. Rakus je dia merobek nasi - nasi yang masih lagi tersisa. Tiba - tiba bunyi handphone dia. Dia tengok. Kejap lepas tu dia tekan butang silent. Dibiarkan tidak berjawab. Dibiarkan berdering tanpa nada.

Setiap dua minit, akan berdering lagi handphone dia. Dia ulang benda yang sama. Tengok, lepas tu tekan silent supaya tak menganggu kitorang makan. Dalam 7 atau 8 kali aku rasa handphone dia tu berbunyi, tapi dia tetap mengulangi benda yang sama. Aku pelik, kenapalah dia tak off terus handphone dia, ataupun teruskan buat silent jika dia tak nak pick up. Kesian orang dekat sana.

Aku syak mungkin ada someone yang nak kacau dia. Takut - takut jika ada Arab gay yang mengganggu. 'Dia enggan dan dia sangat tension dengan orang tu.' Aku mula membuat andaian. Sekali lagi handphone dia berdering. Terus je aku bersuara, " Din, gila mana yang call tu...? Bagi sini handphone tu, biar aku yang cakap. Orang nak makan pun dia nak kacau.". Yakin je aku bagitau Din.

"Oittt..baik sikit gila - gila tu... ni bini aku la weiii...". Aku bila dengar jawapan ni. Terus tergelak.. haha. Bukan aku je, semua yang makan dalam tu tergelak sama. Aku yang over confident ni terus je sound orang yang asyik call kawan aku tu. Tak tahu pula yang tu isteri dia. Tengok, over confident, confident yang melampau. Rupanya kawan aku tu ada krisis rumah tangga. Saja nak buat merajuk dengan isteri dia. Jenuh je isteri dia call.. Haissshhhh.

**kadang - kadang ekspresi muka kita itu perlu untuk dibuat - dibuat. Happy walaupun hati yang kat dalam penuh dengan jerat masalah untuk kegembiraan orang lain.
**FA pandai buat muka plastic..haha
Read More

Selama Menjadi Anak

5 comments
kadang kadang kawan itu memberi pengaruh yang besar kepada kita.


Anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencoraknya dengan colour mahupun patern yang dikehendaki mereka. Nak yang merah, nak yang pink... nak yang corak batik ataupun nak yang coral modern.  Asalnya adalah kosong, putih bersih dan suci murni. Ibu bapalah yang menjadikan anak mereka itu Islam, Yahudi, mahupun Nasrani. Asas agama yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w dalam mendidik anak.

Tanggungjawab ibu bapa yang paling besar adalah memberi didikan agama. Tak kiralah, nak anak dia jadi doctor mahupun cikgu mahupun posmen. Agama itu mesti menjadi akar yang kukuh  dan sihat untuk menjadikan batang, dahan dan akhirnya menghasilkan buah yang elok dan masak ranum.  Mungkin memakan masa yang agak lama, tapi pasti ibu bapa akan berpuas hati bila tibanya masa menuai nanti.

Ibu bapa itu sudah sehabis baik menjaga anak - anak mereka. Tapi ibu bapa kadang - kadang tak sedar yang adanya unsur - unsur dari luar yang turut mencorak kain putih tadi. Mungkin sedar, tapi sudah terlewat. Mungkin juga sedar.. tapi berada di luar kawalan. Akhirnya hanya anak itu sendiri yang perlu menilai dan bertindak, adakah patut dia membiarkan tangan - tangan ghaib itu mencorak diri mereka. Nak kenal anak kita, tengok lah dengan siapa dia berkawan.

**bukan nak kata pengalaman menjadi ibu bapa, tapi pengalaman selama menjadi anak.
**FA kata nak dua je. Hehe

Read More

Satu Jawapan untuk Semua Paper Exam

6 comments
entry kat bawah ni macam tak ada kaitan dengan gambar dan juga tajuk. haha

Berpagi - pagi di pagi Jumaat. Cuaca makin sejuk. Tadi 9 Celcius. Tapi, Madinah tak pernah turun salji. Mungkin tidak mustahil jika Allah mengizinkan, tapi mengikut tahun - tahun  dan tahun yang lepas salji tak pernah turun di bumi Madinah.

Sampai ada yang kata, " kalau salji turun kat Madinah.. kiamat dah kot " Bukan nak bermaksud salji turun dekat Madinah tu adalah tanda - tanda alamat. Tidak pernah pun disebut oleh Nabi kita. Hanya cuba nak menyatakan yang ianya betul - betul mustahil untuk berlaku mengikut logik akal manusia.

Allah tahu segalanya. Maha tahu segalanya. Tengoklah gambar kat atas tu. Soalan untuk peperiksaan baru - baru ni untuk budak sekolah menengah under Universiti Islam Madinah. Tengok jawapan dia. ' Allahu ya'lam " Allah mengetahuinya. Budak ni aku rasa dia dah confident yang jawapan dia betul. Tapi, syeikh yang check  paper dia siap tulis 'sifr' lagi. Kosong. Haha. Ingatkan dapat juga markah kesian untuk dakwat pen.

Memang betul jawapan dia tu. Tapi, terlalu umum sangat. Jawapan yang dikehendaki mungkin hendak kepada yang lebih khusus dan detail. Begitu juga matlamat hidup kita. Nak apa? Nak bahagia dunia dan akhirat. Tapi, itu umum... kita khususkan lagi dengan tetapkan matlamat yang dapat menuju kita kepada matlamat umum tadi misalnya nak kawin. Bila kita dah kawin, kita bahagia. Tak mustahil bukan..?

**jawapan kat atas ada kalanya perlu diguna untuk case emergency.
**FA jauh, selalu sakit. Cuba dengar apa yang doctor pesan ye..
Read More

Tiket Di Emirates Naik Lagi

6 comments
 ENTRY ARSENAL!

Nampaknya team Arsenal menjadi topik perbualan hangat di sekirat London sekarang ni. Harga ticket yang mahal menjadi isu kepada fans lawan atau pun fans Arsenal sendiri. Mana tidaknya kerana harga ticket sekali lagi naik untuk menentang Man City di Stadium Emirates Ahad nanti.

Arsenal telah meletakkan harga ticket sebanyak 62 pound untuk fans Man City yang akan bertandang ke Emirates. Manakala, untuk fans Arsenal sendiri boleh mencecah sehingga 126 pound untuk satu seat. Mahal bukan? Arsenal  sekarang sudah memegang carta yang tertinggi dalam liga perdana inggeris yang mengenakan ticket untuk away yang paling tinggi. Berikut adalah senarai antara yang tertinggi mengenakan harga ticket away untuk stadium masing - masing :
 
- Arsenal, Emirates Stadium 62 pound.

-Chelsea, Stamford Bridge 59 pound.

-QPR, Lotfus Road 55 pound.

-Tottenham, White Hart Lane 54 pound.

-Manchester City Etihad Stadium 51 pound.

Aku sebagai fans tidak bersetuju dengan pihak stadium yang menaikkan harga ticket macam ni. Sama ada harga untuk fans sendiri atau untuk away. Kalau musim - musim yang lepas tak ada lah ticket dinaikkan sampai sebegini harga. Pentadbiran yang makin kucar. Kalau harga ticket naik, permainan tak meninggkat, hasil yang mengecewakan.. tengok lah nanti macam mana. Silap - silap Emirates akan dibakar. haha

**impian aku nak tengok match Arsenal di Emirates perlahan - lahan terkubur.. ticket makin mahal.. :(
Read More

2 in 1

6 comments
Termenung. Bungkam. Dingin membalut tubuh yang separuh bogel. Hanya bertuala, perlahan kaki mengarah ke bilik air. Teringat fitrah kita. Dilahirkan tanpa pakaian. Bogel. Sungguh hina kan..? Tapi, Allah tak pandang apa pun pakaian yang kita pakai semasa kita dilahirkan, ketika remaja, mahupun dewasa. Allah hanya pandang pakaian made in  takwa dan keimanan!!

Tapak tangan yang sedikit kasar ini disilang, menggosok tubuh yang sedikit mulus.  Digosok berulang kali untuk menghasilkan haba. Tubuh terasa sedikit kehangatan. Hasil pembelajaran Sains semasa Darjah 4 dulu. Tahun 2001. Sekarang 2013. Sungguh cepat masa itu berlalu kan? Masa yang seiring berjalan tak semestinya pakaian takwa kita seiring dihias dengan iman dan ihsan. Adakalanya ia makin compang. Makin reput ditutup dengan debu maksiat.

Kaki mengikut arahan minda. Melangkah seakan dipaksa. Sudah bertahun tubuh menerima reaksi sama. Sejuk menggigil bila tubuh disimbah dengan air kala fajar begini. Tubuh kata tak nak..tapi akal masih waras. " Tubuh, kau kena mandi.. nanti kita busuk, walaupun aku kat dalam dan kau kat dalam tapi kita masih pada jasad yang sama. Kau degil, aku paksa kau selagi aku masih berfungsi dengan baik. Tidak aku buat semua ni untuk kebaikan kita bersama."

Yess..Akhirnya berjaya juga. Tubuh fresh walaupun  pada awalnya kena menghadapi kesejukan. Penat sangat bersukan, sampai tidur pun tak mandi. Haha. Adakalanya dalam alam perkahwinan pun akan menghadapi benda yang sama. Dua kelasi dalam melayari satu bahtera. Ingin sampai ke sebuah destinasi dengan selamat. Tetap teguh walaupun angin dan badai melanda. Tetap teguh walaupun ombak ganas mengocak bahtera perkawinan.

**FA busuk!!
Read More

First Mobile

10 comments
yang no.2 paling best...haha


Nampak gambar di atas. Seingat aku, handhone tu zaman aku remaja je. Zaman nakal - nakal. Kalau bagi kat budak zaman sekarang, sah..tarik muncung terpajang. Nak yang screen touch je. Dulu, aku tengok orang ada handphone, nak ada juga satu kan? Haha. Padahal buat main game snake je. Pro sangat main game snake sampai ekor snake tu tak muat dah nak menyelusur di screen handphone.

Game snake tu biasanya untuk fon Nokia. Masa tu maybe Nokia ni setaraf dengan Apple mahupun Samsung pada masa sekarang. Sangat laku dan laris di pasaran. Biasanya buudak yang stay kat  asrama ni, nak sangat buat - buat benda yang dilarang kan? Bila ustaz kata jangan bawa handphone ke sekolah. Makin lah rasa tercabar nak buat. Makin dilarang, makin nak dibuat... degil macam FA.

Seingat aku.. masa zaman sekolah dulu 3 jenis handphone je sempat dengan aku. Semuanya buat isi kekosongan masa duduk asrama. First masa form 2, Nokia 2300, setahun je tahan. Seingat aku hilang. Lepas tu nokia 2100. Yang ni lagilah tak tahan lama..seminggu je, rosak signal. Lepas tu nokia 2300 balik.. 2300 favourite sebab bentuk yang cun.. yang ni tahan lama..sampailah last sekali kena rampas dengan pengawas - pengawas yang suka buat rush. Pengawas yang suka spoil mood.

Time tu aku masa form 4. Pegawas tu Form 5. Aku dah lama meluat tengok muka pengawas ni. Jambu sangat. So, aku pergi cakap dengan senior form 6, senior yang jual handphone ni dekat aku. Suruh dia slow talk dengan pengawas tu cakap yang handphone tu handphone dia. Aku tahu, pengawas tu confirm cuak punya sebab senior ni muka samseng gila. Dah memang orang kenal dia suka buli orang.

Plan aku memang menjadi lah. Nampak sangat pengawas tu takut. Terus je dia bagi handphone tu dekat senior form 6 tadi. Memang hayat handphone tu panjang, belum sampai ke tangan cikgu disiplin. Tapi, senior tadi pula buat hal, dia cakap nak pinjam handphone aku.. pusing aku nak bagi alasan nak balik handphone aku...

**banyak duit kan masa sekolah dulu.? aku rasa duit tu duit imam terawih, buat pusing beli handphone. Teruk kan? Biasalah..budak - budak lagi masa tu --'

Read More

Mancini dan Balotelli Bergaduh

4 comments
Why Always Me? Haha. Seringkali Balotelli jika dia menjaringkan gol akan terus menanggalkan jersey dan akan terpampang perkataan ni dekat baju dalam dia ( baju fit ). Tapi, kali ni juga 'why always me', why always me yang kena marah dengan manager. Kali ni manager Man City, Roberto Mancini.

Kecoh dalam dunia bola sepak selepas tersebar satu gambar terbaru kelihatan Roberto Mancini bergaduh dengan Balotelli. Siap pegang baju lagi. Tengok kepada situasi gambar tu, boleh nampak yang Mancini macam geram sangat dengan Balotelli. Aku rasa, segala maki hamun balotelli dapat rasa masa tu.

Tangan Mancini macam nak bagi penumbuk je. Tapi, bila tengok balotelli yang tinggi dan seram macam raksasa tu.. macam terbatal pula hasrat mancini tu. Tak ke seram ke tengok balotelli ni? Kalau Balotelli senyum dekat budak, confirm menangis - nangis budak tu. Aku rasa balotelli ni semua orang tak puas hati dengan dia. Hatta fans City pun aku rasa diorang buat - buat suka je Balotelli ni. Haha.

musim depan antara dua lah siapa yang kekal kat city.

** takkan lah mancini saja - saja nak marah dekat balotelli kan..? haha
Read More

Exam

11 comments
Pagi Khamis. Biasanya universiti aku akan cuti hari ni. Hari Khamis dan hari Jumaat. Tapi, disebabkan exam, hanya kuliah Syariah yang menduduki paper tertentu je yang tak berapa nak cuti hari ni. Semalam siap ada main bola lagi. Aku tak mampu nak turun..kena pegang buku untuk paper hari ni.

Exam jam lapan. Tapi, dah kalih sangat dengan perangai arab ni. Tak menentu. Kadang kadang pukul lapan tu penjaga exam pun tak datang lagi. Kalau kita datang lewat, kadang - kadang nasib kita yang tak berapa baik. Dapat penjaga yang datang awal, 7.30 dia dah ada dalam dewan.. sah - sah kena banyak alasan untuk masuk dewan nanti.

Tapi, hari ni aku dah set... 7.55 pagi baru pergi.. Jalan kaki dalam 500 meter. Sedang - sedang la, sampai dalam jam lapan. Pukul 8 tu ramai lagi budak - budak arab berkeliaran kat luar. Aku jenguk dewan bernombor 307. Kosong. Penjaga tak ada lagi. Aku bukan bajet hebat nak jawab paper awal, tapi aku cuma nak cepat sebab nak reply whatsapp. Nasiblah hp tertinggal.

Aku terus masuk. Duduk atas kerusi.. dalam 5 minit datang penjaga exam.. Dia pun angkat sampul yang berisi soalan. Dia tunjuk dekat student. Hampehhh.. kosong. Ni paling lawak sejak aku belajar sini. Katanya penjaga tu dalam bahasa arab yang ditranslate... " aku tak tahu, aku ambil ada ni je.. nanti kita tunggu sejam.. kalau tak sampai juga soalan..korang boleh blah."

Aku pun tunggu je lah sambil mendongok merenung lampu. Dalam hati aku nak sangat biar soalan tu tak sampai - sampai. Aku rasa lect aku lewat sampai untuk pass soalan tu. Nanti confirm lecturer rasa bersalah terus bagi full mark. Arab pula siap gelak lagi.. maybe tak pernah terjadi lagi case macam ni. Dalam 15 minit juga tunggu, tambah dengan lewat 5 minit tadi,  20 minit dihabiskan dengan hanya bermenung.

Kejap lepas tu datang lah soalan kat tangan penjaga.. maybe lect aku tu baru sampai. "Lect korang cakap soalan senang je..10 minit dah boleh balik.." terus je dia bagi soalan.. peehh..soalan.. maut juga.. satu soalan 10 markah. Salah satu, rugi banyak tu. Dengan bismillah.. jawab je lah..salah tu suku kira...yang penting jangan tinggal kosong.. kan? haha

**paper sejarah kehakiman dalam Islam. Point penting ada dalam hadis Nabi s.a.w : sekiranya kamu menghukum antara dua orang, jangan menghukum orang yang pertama sebelum kamu mendengar apa hujah orang yang kedua. Bila nak menghukum, kena adil. Kalau tak nanti akan ada orang yang menzalimi dan orang yang dizalimi. Islam amat menitik berat kedua - dua benda tersebut.
Read More

Hanya Seri Dengan Soton

3 comments
ENTRY ARSENAL !!

Walcott
Podolski - Cazorla - Chamberlain
Arteta - Wilshere
Gibbs - Vermaelan - Koscielny - Sagna
Shazwani

Subs : Martinez, Mertesacker, Ramsey, Gervinho, Coquelin, Rosicky, Giroud

Arsenal nampak lesu dan tidak bermoral malam ni kerana telah seri 1-1 sama dengan Soton. Apa nak jadi...? Taring dan bisa hanya menyerlah di Stadium Emirates. Hilang segala bisa bila bertandang ke gelanggang lawan. Gol dijaringkan O.G. Bukan Oliver Giroud. Tapi, own goal. haha.

Tidak ku salahkan Wenger. Tidak juga ku salahkan player Arsenal. Semuanya sudah bermain dengan baik. Aku salahkan jadual permainan yang terlalu padat. Skuad yang sama pada menentang the Catle diturunkan di Soton  pada malam ini. Kita telah bermain dengan baik pada game yang lepas. Pressure dan tactical yang baik.

Aku nampak Walcott sudah tidak laju. Penat mungkin. Wilshere asyik jatuh. Lesu mungkin. Sagna ada masalah ketika menyepak bola, sakit urat mungkin. Haha.. semua nak komen kan.? Baik ko turun main sendiri la.. tulis kat sini buat apa. 

Secawan hot mocha dengan sebotol air mineral habis diteguk selama 90 minit berlangsungnya perlawanan. Rasa tidak puas hati pun ada dengan game malam ni. Aku tak kisah result perlawanan. Aku kisah pasal corak game malam ni. Sungguh letih. 180 darjah berlawanan dengan game sebelum ni. Gervinho, Ramsey dan Giroud. Masing masing dimasukkan untuk mengganti Cazorla, Podolski dan Chamberlain. Tetap tidak dapat mengubah keputusan malam ni.


**Pointnya, Arsenal masih berada di tempat kelima.
Read More

1 January 2013

8 comments
Tahun 2012 sudah berlalu pergi. Sudah tinggal sejarah. Ramai yang menantikan saat detik 12 malam untuk meraikan 1 January 2013. Ada bersamanya bunga api, ada di sana juga konsert. Ada di sana juga tilam yang empuk untuk tubuh merehatkan diri. Semua di tangan kita. Kita yang tentukan. Aku? Pilih tilam lagi baik kot.

Tak kisah sangat tahun lama ataupun tahun baru. Tahun baru sama je dengan tahun - tahun yang sebelumnya jika kita masih lagi di takuk lama. Masih sama kita yang di tahun 2012 dengan tahun 2013 nanti. Ramai yang update status senarai azam dekat facebook sempena  tahun baru 2013. Azam yang mana tahun 2010 lagi di senaraikan, tapi sampai kini belum lagi tertunai. Tak salah jika dibuat senarai, tapi.. macam tak ada guna jika tiada usaha untuk tunaikan azam tu.

Orang sibuk menyambut tahun baru.. tapi aku tak kisah sangat tahun baru. Apa yang aku kisahkan adalah satu january. Satu tarikh yang merupakan tarikh yang bermakna dalam hidup setelah 21 tahun hidup di dunia. Ye.. 21 tahun. Baru tahu menghargai tarikh satu january. Lahirnya orang yang amat aku hargai.. Bagi dia, satu january kali ini mungkin terlalu pahit untuk ditelan.

Orang lain mungkin nampak dia ceria and happy. Selalu mengukirkan senyuman manis di wajah. Tapi, orang tak tahu penderitaan di sebalik senyuman nya. Orang tak tahu dengan ujian apa yang dia perlu tempuhi. Orang tak tahu betapa luluhnya hati dia. Orang juga tak tahu betapa banyak air mata yang mengalir di kala dia kesorangan. Yang orang nampak dia ketawa. Orang nampak dia suka bercakap.

Aku cuma dapat memahami, tapi tidak dapat merasai apa yang dia rasa. Aku cuma tahu menutur kata menyuruh dia bersabar, tapi aku tak dapat merasai betapa luluhnya jantung hati dia. Jikalau rasa itu boleh ditukar ganti.. tak mahu diriku tengok dia bersedih.  Hanya terpaksa menunggu masa, ingin menjadi sumber kekuatan untuk dia menghadapi semua ini.

**Farah Alishya, selamat hari lahir yang ke 20. Jadikan hari - hari yang lepas sebagai azimat untuk menjadikan diri Ishya lebih kental dan tabah bagi mengharungi tahun 2013 dan juga tahun - tahun yang bakal mendatang. Lupakan kesedihan, hadirkan senyuman. Ingat shya, "Semakin besar ujian yang diberikan, makin sayangnya Allah terhadap hambanyaa :)"
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia