Kekadang kita perlukan masa untuk bersendirian. Jauh dari hiruk pikuk manusia. Cuma ada tenang dan damai bunyi alam. Berteman dengan secawan kopi yang hitam lagi pekat di pagi hari pasti akan memberi kesan pada jiwa yang sedang kusut. Setiap orang ada cara tersendiri merawat pedih dan sakit di hati. Itu terpulang, cuma yang penting jangan biarkan ianya semakin jauh daripada Sang Pencipta.
Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong. Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta. Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp
nyanyian alam memang buat hati tenang.
ReplyDeletemasa pasti mengubati hati yang rawan...cuma perlu sabar dan tenang.
zikrullah. luangkan masa dengan kalam suci. InshaAllah, hati akan tenang. Moga sentiasa dekat dengan Sang Pencipta. ameen. Senyum! :)
ReplyDeleteOhh yaa.. Kelantan dah banyak hari hujan. Alhamdulillah, hari ni panas. Boleh jemur kain! hooyeahh. hehehe.. line tenet, slow. sangat menguji kesabaran.. peace! :)