Skip to main content

Usbu' Mayyit

Minggu ni adalah minggu study week untuk student yang belajar dekat Arab Saudi. Aku tak pasti apa takwim and status universiti dekat Malaysia sebab ada sorang blogger tu update entry yang dia tengah mid sem break. UiTM Shah Alam. Tak tahu la dia punya cuti sendiri atau pun memang official daripada UiTm. Kalau ikut kira kan, takwim dekat sini kadang - kadang hampir sama dengan takwim universiti dekat Malaysia. 

Setiap kali study week benda ni pasti terjadi. Selama hampir 4 tahun aku bergelar mahasiswa tanpa ijazah ni, selama itu lah terjadi. Benda yang kalau seminggu dua lagi nak study week, pada masa tu seolah diri begitu ghairah, sudah berkobar dalam hati semangat yang ingin study bersungguh - sungguh pada study week. Makin dekat,  makin tekad azam untuk study dan cover balik pelajaran dengan harapan final exam nanti dapat jawab dengan smooth. Semua ini terbukti bila datangnya study week itu sendiri. Itu semua adalah konon. Kononnya! Haha

Kat sini memang tak guna istilah study week. Kat sini ada istilah khusus yang menggantikan istilah study week iaitu (usbu' mayyit). Istilah bahasa arab yang maksudnya minggu mayat ataupun minggu kematian. Aku tak pasti kenapa study week ni diperjenamakan dengan nama yang begitu ekstrim dan sedikit eksotik dekat sini. Mungkin juga kerana, pada minggu study ni semua student akan jadi mayat kerana terlalu fokus dengan study. Mungkin la sebab Arab kan memang perangai dia macam - macam. Yang pasti, Sabtu depan aku dah start final exam. 


Comments

  1. ohhh .... sama eh takwim ? hurmm ... sama tak takwim dgn univ al azhar ? huhuhu ~~~

    biasalah .. time study week memang agak tragis sekali .. pensel jatuh pun lambat sekali respon nak mengutipnya .. :3

    salam ukhuwah fillah ... :3

    ReplyDelete
  2. pergh.. new vocab! noted! hehe
    best of luck, bro ! :)

    ReplyDelete
  3. sekarang di most university kat malaysia tengah stud week :)

    ReplyDelete
  4. dekat malaysia skrg ni minggu exam.. mcm seram je nama tu. hehe. anyway gudluck :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-