Kena Try !!

3 comments

Benda dalam gambar di atas ni adalah satu jenis makanan. Rupanya tak adalah menarik sangat tetapi rasanya memang sedap. Benda ni kalau tak silap aku, asalnya daripada Yaman, tak pun memang makanan orang Arab. Namanya adalah Maa'sub. Kalau sesiapa yang datang ke Saudi, atau pun Jordan, try la makan benda ni. Serius, sedap kaw. Harganya pula tak ada la mahal sangat. Kalau yang macam dalam gambar ni, satu mangkuk tu dalam SR 12  dan cukup untuk 3 orang makan yang mempunyai kapaisiti tangki simpanan yang sederhana besar. 

Maa'sub ni makanan yang dicampur adukkan antara pisang dengan roti arab. Pernah sekali aku tengok diorang buat benda ni. Roti arab dikisar bersama pisang dan yang putih tu rasa aku ianya adalah krim sebab rasanya memang berlemak. Manakala yang hirisan kuning kat atas tu adalah cheese atau pun hirisan mentega sebagai penyeri dan penyedap rasa. Maa'sub ni biasanya memang sesuai untuk dibuat pelawas bagi yang sembelit. 

Benda ni ada banyak nama. Kebiasaannya nama-nama ni bergantung kepada harga. Kalau nama lain, maknanya harga lain la tu. Nama lain tu tak lari juga daripada nama Maa'sub, cuma yang lain adalah belakangnya. Contohnya, yang dalam gambar ni namanya Maa'sub Maliki dan Maasub Maliki ni adalah Maa'sub yang paling besar dan banyak. Maliki tu maksudnya Raja. Raja Maa'sub!! Kalau nak makan untuk lebih dari sorang, okay lah sebab benda ni cepat muak kalau makan banyak - banyak. Kalau sesiapa yang ada resipi, try la buat kat rumah, bagi anak makan, nanti besar macam orang Arab. Haha

**kalau nak suruh aku belanja, datang Madinah la. Haha.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. semoga one day sampai di sana :)
    teringin2..

    ReplyDelete
  2. Sedap2... kat cafe aku ade mmg student2 yaman ni yg jual.. aq suka kalu dah taktau nk mkn pe mmg aq order laaa..

    ReplyDelete
  3. means roti tu di blend dengan pisang ke?
    mcm pelik, tp interesting
    nanti boleh cr resepi hihi

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia