Arsenal Gembira di Gelanggang Cardiff City

6 comments
Arsenal tidak mengecewakan semalam. Malah menguntumkan senyuman buat semua peminatnya. Arsenal menang game semalam dengan jaringan 3 gol tanpa dibolisi. Arsenal nampaknya tidak terkesan dengan kekalahan 1 - 0 kepada Man Utd. Mungkin menjadikan kekalahan itu sebagai motivasi untuk memperbaiki lagi mutu corak permainan. Arsenal bermain di gelanggang lawan dan dapat mengekalkan corak permainan dengan baik dan cantik. 

Cardiff City bukan calang - calang pasukan. Mereka seri dengan Man Utd pada game terakhinya dengan 2 - 2. Mereka mengalahkan Manchester City dengan 3 - 2. Peminat Arsenal mungkin boleh berbangga dengan keputusan semalam apabila hanya Arsenal yang mampu membenam Cardiff dengan 3 - 0 di saat pasukan yang kuat gagal menundukkan Cardiff. Mereka underdog, itu tidak dinafikan.

2 gol dijaringkan oleh Aaron Ramsey. Satu gol hasil tandukan dari bola yang di'cross' oleh Ozil pada separuh masa pertama dan satu lagi gol pada minit terakhir dengan Walcott pencetus kepada gol Ramsey. Manakala, gol kedua pula dijaringkan oleh Flamini yang baru beberapa minit hasil daripada sentuhan Ozil yang bijak membaca pergerakan Flamini. Arsenal bermain dengan baik semalam. Performance yang berada pada tahap selesa. Kalau ini yang ditunjukkan pada setiap permainan, tak mustahil untuk merangkul seberapa banyak trofi yang diidamkan.

Satu perkara yang berlegar dalam penyokong Arsenal adalah tentang Ramsey yang begitu beradab dalam meraikan gol jaringannya untuk game semalam. Beradab lain dengan biadap. Aaron Ramsey menunjukkan respect kepada penonton di stadium apabila tidak meraikan gol jaringannya. Aaron Ramsey memulakan karier bola sepaknya di Cardiff City sebelum dibawa masuk ke Arsenal pada tahun 2008 dan pada tahun 2011, Ramsey sekali lagi dipinjamkan khidmatnya kepada Cardiff City. Itu adalah respect yang pasti tiada dalam diri Robin Van Persie.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

  1. pergh. ada bakat jadi pengulas sukan nih.
    haha

    ReplyDelete
  2. :3

    Suke leteww Arsenal menang

    Btw, kite tak kenal pun pemain Arsenal skrg :(

    Tapi kalau Chris Ronaldo kite kenal kihkih :3

    ReplyDelete
  3. kita tak minat pasukan bola selain pasukan bola kelantan.... hihi

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia