Skip to main content

Siapa Kita untuk Menghukum?


Kita kadang – kadang tidak sedar yang kita ni mudah sangat menghukum orang dengan pemerhatian kasar kita. Famous dengan  quote ‘don’t judge the books by their covers’. Kadang - kadang kita rasa yang diri kita ini sudah cukup sempurna untuk menghukum orang itu macam mana. Merasakan diri kita ini sudah terlalu baik, tidak ada cacat cela dan kekurangan. Bila kita menghukum seseorang itu, secara automatik kita rasa kita sudah bagus. Padahal, ketahuilah yang sifat ini adalah tanda yang hati kita sedang memburuk secara perlahan. Jika tidak dibendung, nescaya ia akan berkudis dan bernanah dengan busuknya.



Sebagai contoh, jika kita tengok orang perempuan tidak memakai tudung, tidak menutup aurat dengan sempurna, dedah sana sini, rambut berkarat, kita yang melihatnya spontan terdetik yang perempuan tadi adalah perempuan yang suka bersosial, perempuan bohsia mungkin, ataupun perempuan jahat. Seakan kita sudah pasti yang perempuan itu sudah ditakdirkan untuk berada di dasar neraka yang ketujuh. Sungguh, ini aib buat kita. Sungguh juga yang kebanyakan dari kita susah untuk membendung tabiat ini. Mungkin sudah sebati, ataupun mungkin sudah menjadi kebiasaannya.



Kita tak tahu apakah pengakhirannya nanti. Mungkin mereka akan mendapat hidayah daripada Allah dan menjadi seorang yang paling taat. Mungkin juga akan memasuki syurga Firdaus lebih awal dari kita. Sedangkan kita masih terkontang – kanting mengatakan yang dia ni perempuan jahat, perempuan yang tidak ada maruah diri. Kita serahkan tugas menghukum ini kepada yang selayaknya. Hanya Allah yang menghukum. Hanya Allah yang mengetahui zahir dan batin mereka. Cuba tetapkan hati kita untuk bersangka baik. Cuba dengan sedaya upaya untuk menepis apa jua perasaan dan sangkaan buruk yang cuba menerjah hati kita.



Kita boleh katakan yang jika dia tidak menutup aurat tu adalah sesuatu yang berdosa dan suatu perbuatan yang tidak boleh dipuji. Jadi, kita hanya perlu katakan perbuatan dia tu adalah sesuatu yang buruk, bukan dirinya itu yang buruk. Benci pada perbuatannya, bukan pada batang tubuhnya. Dia masih ada harapan untuk bertaubat dan  meminta keampunan Allah. Tak perlu kita nak hukum dia, kita tetapkan dengan diri kita, tunjukkan contoh yang baik buat dia. Mana tahu, sebab kelakuan kita, dia tertarik. Sebab kita juga sebagai sebab untuk dia mendapat hidayah. Contoh di sini adalah perempuan yang tidak menutup aurat yang merupakan satu contoh yang mudah untuk digambarkan.



Hidup ini akan lebih indah dan damai jika kita hanya berprasangka baik kepada orang. Hati mesti berbunga gembira. Tidak ada benda yang perlu dirisaukan. Bibir pasti mampu untuk mengukir senyuman dalam menghadapi hari dan cabaran yang mendatang. Ramai yang tidak menyedari dengan sangkaan buruk ini hanya akan menjadi satu bongkah besar yang menghalang dakwah dan juga kegembiraan hidup untuk mencapai sasaran. Jika kita tetap menyangka orang itu jahat, yang hanya mendatangkan kesusahan, sampai bila – bila kita akan berada di takak yang sama. Kita sentiasa tidak tenang, resah dan gelisah. Jadi, pastikan hari – hari yang kita lalui hanya dipenuhi dengan sangkaan baik – baik terhadap orang sekeliling kita. Ingat, kita ini siapa untuk menghukum?



Masyarakat kita pada masa sekarang ni suka menjatuhkan hukum berdasarkan adat dan kebiasaan. Kebiasaan yang jika seseorang melakukan benda tersebut, nescaya dia ini adalah yang tergolong dalam kebanyakannya. Contoh, biasanya orang lelaki yang berambut panjang, secara adat orang Melayu, orang ini adalah seorang yang jenis tak berpelajaran tinggi. Seorang yang bersosial dan boleh dikatakan seorang yang akhlaknya tak berapa nak baik sangat. Mungkin juga salah seorang dari mat rempit. Ini adalah tipikal minda orang Melayu yang dicemari racun – racun adat dan kebiasaan - kebiasaan yang kadang – kadang tidak dapat diterima oleh fitrah. Katakanlah seorang pelajar yang belajar dalam jurusan agama, pakai seluar jeans, rambut panjang mengurai, kebiasaannya ramai masyarakat Melayu kita akan judge, ‘budak ni bukan pergi belajar agama ni, balik dengan jeans, rambut panjang, rock benar nampaknya’. Nampak di sini, jelas itu adalah satu sangkaan buruk yang ternyata kita menghukumnya sebagai seorang yang tak belajar agama hanya dengan melihat kepada pakaian dan luarannya. Masalah yang difokuskan dekat sini adalah dengan sangkaan buruk kita itu. Sejauh mana ia memberi kebaikan?



Berapa banyak dah contoh dekat atas tu, titik utama yang hendak diutarakan adalah mengenai sangkaan buruk dan tabiat kita yang suka menghukum. Tak semestinya orang yang melakukan benda - benda yang tak elok tu kita perlu menjauhinya, kita terus hukumnya sebagai orang yang jahat. Cuma kita kena tahu mana batas dan kekuatan kita. Kalau kita takut kita goyang dan takut terikut sama dengan perbuatan buruk mereka, elakkan daripada menjadi lebih akrab. Jika tidak, teruskan seperti biasa, jangan menghukum, elakkan berprasangka yang buruk, mungkin mereka ada sebab dan perlu ambil masa untuk berubah. Bukankah hidayah Allah itu tidak boleh dipaksa dengan suka – suka? Fitrah manusia ini dilahirkan dengan kelakuan yang baik, ada bahagian mereka yang baik, cuma bila mana masa itu berlalu dengan persekitaran, akan ada benda yang tak elok pada mereka. Perbuatan dan akhlak boleh dibaiki, bukannya sesuatu yang bersifat kekal. Cuma pandai – pandailah kita nilai, kita kenal diri kita, kita tahu apa yang wajar dan rasional.

 


Aku cuma ambil dari pengalaman aku dan juga pengalaman dari orang yang terdekat. Aku kawan dengan perokok, kita tahu merokok itu sesuatu yang haram, memudaratkan tapi kita tak putuskan persahabatan kita kerana dia itu adalah seorang perokok. Dia mungkin perokok, tapi hatinya baik. Kita tetap katakan yang merokok itu adalah suatu dosa, tapi selama kita berkawan, tidak boleh kah kita secara kiasan mahupun terangan menasihati mereka. Mungkin mengambil masa tapi lambat – laun, mungkin dicampakkan hidayah ke dalam hati mereka. Mungkin ada yang risau, tak takut nanti aku pula yang akan ketagih rokok. Sebab tu aku kata kita kena tahu batas dan kekuatan kita. Kalau kita tidak yakin akan terjebak sama, cuba kurangkan pergaulan dengan mereka. Kita tahu diri kita, cuma kena putuskan mana yang wajar dan rasional.

Comments

  1. aku setuju! jangan cepat sangat melatah nak decide orang tu wrong or right..sometimes, nampak depan mata kita tu mmg terang salah. kisah di sebaliknya?

    ReplyDelete
  2. betul tu bro.. kita sbnarnya kena blajar sangka baik pd org lain.. tp nk buat susah ..

    ReplyDelete
  3. setuju sgt
    tipikal mind - judge penampilan seseorg
    belum tahu apa jadi berbakul sumpah seranah - konon dia lah hebat
    padahal yg dikeji tu lah yg lebih baik hewhew

    ReplyDelete
  4. yup...betul tu...setuju sangat dengan entri ni bro...tak baik kita bersangka buruk...kita pun tak tahu masa depan nanti apa akan jadi...so, lebih baik bersangka baik dan jangan cepat sangat judge orang...

    ReplyDelete
  5. woaahhhh! entri terbaik, bro HJ.
    salute! :)

    ReplyDelete
  6. Don't judge a book by its cover. Kadang2 kalau sangka buruk tu datang cepat2 aku bagi alasan kat diri sendiri yg mybe dia ada sebab tersendiri kenapa dia buat camtu.

    ReplyDelete
  7. pokok pangkalnya jgn mudah buruk sangka dgn orang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-