Oh, Dublin!

10 comments
Masa tengah scrolling home facebook aku. Aku terpandang satu gambar yang diupload oleh member baik aku masa kat sekolah rendah. Entah, tiba - tiba aku rasa macam gambar dia tu menggugat keinginan yang selama ni aku cuba kawal. Pada masa tu, hati aku tu mampu menahan sabar je. Mungkin rezekinya dahulu. Gambar tu bukan gambar apa pun. Just gambar passport yang dicop oleh imigresen Dublin. Entah, sejak bila lagi aku teringin sangat nak pergi melawat Dublin ni. Ada something yang istimewa sangat kot kat sana.


Bila tengok dekat passport ni, aku dapat tahu yang kalau nak masuk Dublin or Ireland ni, dia akan bagi tempoh lebih kurang 10 hari je untuk stay kat sana. Tu aku rasa kalau kita masuk sebagai tourist. Macam kebiasaan di pintu masuk sempadan, biasanya pegawai yang jadi tukang cop tu akan tanya sebab kita masuk negara tu, tujuan apa, nak balik bila, bla bla bla... Kat Ireland pun lebih kurang juga kot protokol dia. Biasanya part ni leceh sikit, kekadang terpaksa menipu. Tapi kat Turki, macam mereka tak ambil kisah sangat, dia terus main cop je..

Minta - minta sampailah juga dekat Dublin ni. Bukan apa, something yang aku rasa nak sangat adalah pergi jalan - jalan dekat Europe. Dulu Europe je, sekarang priority adalah Dublin. Kalau boleh, nak jajah satu Europe tu untuk dua tiga bulan.  Nak kena tunggu kerja dulu, kumpul duit? Kawan - kawan aku semua kata, kalau nak tunggu kerja apa semua, nanti susah pula, nak cuti lagi, komitmen lagi, fikir nak kawin lagi. Banyak sangat tanggungjawab bila dah makan gaji. Bukan senang. Sorang tu siap cadang lagi, masa belajar kat negara orang ni la ambil peluang untuk jalan - jalan. Ada betul juga kata dia.

Member aku yang sorang ni tak hairan la sebab dia belajar dekat Southampton, UK. Tak pelik la kalau dia nak pergi Ireland tu, hanya sekangkang kera, selangkah pacat. Sekarang dia berada di tahun dua dalam proses jadi engineer. Last aku jumpa dia masa raya 2 tahun lepas dan raya terbaru ni dia tak balik. Khabarnya dia bekerja kat sana sebagai cleaner masa musim panas baru ni. Bijak dia plan and saving untuk melancong. Sekarang aku ada 2 orang kawan dekat UK. Kebetulan dua orang ni adalah berkawan satu sama lain. "Datanglah UK, bayar tiket flight je, kat sini kitorang settlekan". Haha. Baik punya kawan.

******

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

10 comments:

  1. ada kawan belajar di Royal College Surgeon Ireland. Seronok depa duk sana..
    Harap one day sampai jugaklah di dua-dua negara Ireland.

    ReplyDelete
  2. dublin...pejam jah mata sebelah.. T_T

    ReplyDelete
  3. woahhhh!
    ambo doakan moga-moga ada rezeki Mr. Hafizin Jamil dapat sampai ke Dublin nanti.
    ameen. :)

    ReplyDelete
  4. Masa belajar...ada cuti sem, tapi duit tak berapa ada.
    Masa dah kerja...susah cari masa cuti, walau duit ada.
    So, akak prefer jenjalan time belaja. Jd pelancong miskin pun xpe. Dgn geng lagi...jd sweet memories skrg ni.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. wahh bestnya dublin
    tp nak jelajah europe RM kena banyak hihi
    :D

    thanks komen entry ngarut saya ;)

    ReplyDelete
  7. ada kawan aritu belaja kat malaysia tp pertukaran pelajar leh g dublin kejap..mmg syok la..hehehe

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah.ada rezki tu nanti =)

    ReplyDelete
  9. teringin jugak aq nak pergi ke Dublin ni...merasa lepak kat negara orang...hee

    ReplyDelete
  10. Insya Allah, nanti awak sampai lah. shya jadi tourist guidenya nanti :p

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia