Skip to main content

Menangani Masalah Writer's Block

Manusia kadang-kadang akan ada satu detik dan ketika yang dia akan jadi blur semacam je. Otak mereka semacam tidak berfungsi dengan baik. Seolah - olah mereka 'stuck' pada sesuatu kedudukan dan tidak dapat mara ke hadapan. Tidak tahu apa yang hendak dibuat dan diperbuatkan. Bila dalam keadaan semacam ni, manusia tadi dalam keadaan sedar, dia mengerti apa yang dialaminya dan oleh sebab itu, kadang - kadang dia akan merasakan yang dianya berada dalam keadaan yang bodoh.

Sama juga keadaan yang dialami oleh seorang penulis. Istilah yang sering diguna pakai adalah 'writer's block'. Kondisi yang bertepatan dengan istilah ni adalah bilamana penulis mengalami kebuntuan serta kebantutan idea dan tidak dapat meneruskan penulisan. Benda ni tidak menentu dan bergantung kepada penulis tersebut berapa lama tempoh untuk writer's block ni. Ada yang hanya dalam 2 3 jam, dan ada juga yang sampai 2 3 tahun sehingga kariernya sebagai penulis berakhir dengan begitu saja.

Ada sorang member yang aku kenal, dia semacam minat dengan politik ataupun dunia kepolitikan sehingga ada seteru yang menggelarnya sebagai seorang liberalis. Dia juga kerap kali menulis dan menghantar idea penulisannya kepada tabloid - tabloid tempatan untuk disiarkan. Dia ada bagitau aku, "aku kalau stuck masa tengah menulis, writer's block ke, kalau dapat ganja memang selesai la masalah." Aku tak ambil serius apa yang dia kata. Tak nak ambil serius dengan mempercayainya bulat - bulat yang dia pernah mencuba ganja. Aku layan je lah, "ooo.. macam tu eh..?" Mungkin dia sekadar melawak.

Apa yang dia bagitau tu mungkin ada benarnya. Benar pada teori yang ganja atau dadah umumnya dapat menyelesaikan masalah writer's block kepada penulis. Benda ni kalau difikirkan secara mendalam memang ada betulnya. Benda - benda najis yang mengkhayalkan semacam ni seakan menyebabkan fungsi otak untuk berada pada paras yang tertinggi untuk fokus. Sebab tu kita ada dengar ramai yang bekerja sebagai pemandu - pemandu lori yang positif dadah. Mereka mengambil najis ini untuk membantu otak mereka untuk fokus supaya tidak tidur ketika memandu. 

Alternatif dadah ini adalah alternatif bagi orang yang pendek akalnya. Alternatif untuk orang yang ingin mendapat hasil dalam masa yang singkat. Alternatif untuk orang yang mahukan kejayaan melalui jalan pintas yang salah. Alternatif untuk orang yang mempertaruhkan iman dan kehidupannya untuk menjadi hina. Banyak lagi alternatif lain dan semuanya terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana ingin merawatnya. Ada yang dengan terapi mendengar muzik ataupun lagu, ada yang dengan mengambil masa beberapa hari dengan melancong ataupun bersiar kemana  - mana tempat untuk mencari inspirasi baru. Ternyata alternatif mereka lebih sihat dan selamat.

Ubat yang paling berkesan untuk writer's block adalah dengan set up minda kita sendiri. Bermula dengan penanaman benih niat dan kata hati sendiri kepada minda. Seterusnya, jika masih tidak nampak baiknya, cubalah dengan mendengar alunan bacaan Al-Quran sambil menulis. Terbukti dalam Islam yang dengan mengingati Allah adalah penyebab kepada hati yang tenang. Bahkan bukan saja terbukti, tetapi itu adalah janji Allah. Hati yang tenang dengan pastinya mengarah kepada otak dan minda yang segar dengan idea yang fresh untuk digarap!

*****

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google