Skip to main content

Arsenal vs Norwich : 4 - 1

ENTRY ARSENAL

Fans Arsenal nampaknya boleh tersenyum lebar pada hari ni dengan kemenangan yang epic ke atas Norwich City semalam. Arsenal membenam Norwich dengan  jaringan 4 - 1 di gelanggang sendiri. Ini adalah suratan bukannya secara kebetulan. Tahniah kepada Arsenal dan juga Arsene Wenger. Nampaknya skuad yang dimiliki Arsenal sekarang ini adalah tengah top perform. Kekalkan prestasi ini hingga ke akhir musim untuk kita merembat sekurang - kurangnya satu trophy.

Skuad Arsenal semalam nampak kelainan dengan first eleven adalah Santi Cazorla yang menggantikan tempat Ramsey. Mungkin ini adalah cara Wenger untuk membina keserasian antara Cazorla dan Ozil. 

Shazwani 
Sagna - Mertesacker - Koscielny - Gibbs
Arteta - Flamini
Ozil - Wilshere - Cazorla
Giroud

Ramai fans Arsenal yang nak Vermaelan main untuk first eleven pada match kali ini. Maybe sebab ada dalam news yang Vermaelan ni menyuarakan hasrat untuk berpindah ke kelab lain ekoran tidak mendapat tempat dalam pasukan kebangsaannya. Tapi, nampaknya Wenger masih lagi tidak memberi peluang kepada Vermaelan. Dulu Vermaelan ni anak emas Pak Wenger, sekarang? Hihi

Gol masing - masing dijaringkan oleh Mesut Ozil dua biji, Ramsey dan juga Wilshere. Katanya Wenger, gol first yang dijaringkan oleh Wilshere adalah satu jaringan yang paling class. Katanya commentator ianya adalah top class. Mana taknya, hanya main one touch je and Wilshere penyudah ke dalam jaringan gol. Korang kalau fans Arsenal wajib tengok highlight game semalam.

Ramsey pula masuk menggantikan Flamini seawal minit 35 lagi. Katanya Flamini ni mengalami concussion. Bila aku search dalam kamus, concussion ni semacam masalah kepala yang menyebabkan pandangan mata tu tak berapa nak jelas. Katanya Wenger double vission. Tu pasal dia cepat - cepat masukkan Ramsey atas nasihat doktor. Tak sia - sia dengan kemasukan Ramsey kerana menciptakan gol untuk Ozil dan juga menjaringkan gol ketiga yang paling rileks. Syabas Ramsey

Arsenal sekarang ni selesa berada di puncak liga dan harapannya ialah agar Arsenal tetap maintain dengan performance sekarang. Jangan sesekali leka kerana bila - bila masa kita boleh jatuh. Chelsea mengkori rapat dengan 17 mata dengan 2 mata ketinggalan di belakang Arsenal. Dua hari lagi Arsenal akan bertemu dengan Dortmund untuk UCL dan harapnya result nanti adalah sesuatu yang boleh menggembirakan. Adios!

Comments

  1. duo satu kocik bonar, ompek satu sonyum lebar

    ReplyDelete
  2. hehehe memang sonyum lebar.. den tidur tersenyum semalam..hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-