Skip to main content

Arsenal Hanya Seri dengan West Brom

ENTRY ARSENAL

Arsenal menentang West Brom semalam seakan game yang epik dan mendebarkan buat Arsenal kerana pada awalnya kita memang diberi tekanan secara psikologi dengan kedudukan Arsenal 0 dan West Brom 1 sebelum berakhirnya babak masa yang pertama. Secara keseluruhan, kedua - dua team bermain dengan baik dan kita dapat tengok yang West Brom bermain dengan baik dan mampu menjadi pesaing kepada Arsenal. Berakhir babak masa kedua, Arsenal dan West Brom hanya berkongsi satu mata dengan keputusan 1-1 dan Arsenal nampak gah dengan kekal di puncak liga walaupun berkongsi mata dengan Liverpool.

West Brom adalah antara team yang terbaik setakat ni. Membelasah Manchester United adalah bukti mereka dan Arsenal seakan telah berjumpa dengan pesaingnya malam tadi bila mana ramai peminat liga inggeris memandang West Brom dengan sebelah mata. Arsenal hanya menurunkan skuad yang menentang Napoli pada minggu lepas kecuali pertahanan kiri yang diganti oleh Jenkinson. Sagna mengalami hamstring katanya Papa Wenger. Apa - apa pun, kita masih mengekalkan rekod 12 perlawanan tanpa kalah lagi setakat ni.

Shazwani
Jenkinson - Mertesacker - Koscielny - Gibbs
Arteta - Flamini
Ramsey - Wilshere - Ozil
Giroud

Subs : Fabianski, Monreal, Vermaelan, Miyaichi, Gnabry, Rosicky, Bendtner

Jaringan tunggal Arsenal dijaringkan oleh Jack Wilshere yang pada separuh masa pertama tu nampak tak berapa nak perform. Bermula pada babak masa kedua, Jack lebih tenang, mungkin tenang selepas mendengar beberapa kerat nasihat Papa Wenger. Sementara itu, ramai yang menyalahkan Jenkinson sebagai sebab keserian Arsenal semalam. Bagi aku, Jenkinson dah baik, mungkin dia hanya memanaskan bangku simpanan terlalu lama menyebabkan prestasinya sedikit merosot. 

Apa - apa pun, Ramsey tidak menjaringkan gol semalam dan diganti oleh Rosicky pada minit 58 lagi. Rosicky menunjuk kualitinya dengan menjadi assist kepada gol Wilshere. Ternyata team Arsenal sekarang mempunyai back up yang baik sebagai persediaan untuk EPL mahupun UCL. Harapannya kita berharap yang Arsenal dapat menjulang trofi pada musim ni. Sudah terlalu lama kita menanti, harap yang ianya tidak menjadi semakin gersang.

**********

Next game Arsenal lawan Norwich City pada 19/10. Dengarnya ada live kat Astro 810. Norwich kalah 3-1 dengan Chelsea semalam.

Comments

  1. aku ada 3 player arsenal dlm fantasy team aku.. satu pun xleh skor.. haha.. next game.. mybe

    ReplyDelete
  2. haha Shazwani.

    den dapat rasakan memang tahun ni tahun arsenal!

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google