Arsenal Benam Napoli

1 comment
ENTRY ARSENAL

Arsenal nampaknya semakin garang pada musim ini. Nampaknya malam semalam Arsenal melebarkan lagi rekod pada musim ini dengan menambahkan kemenangan ke atas Napoli dengan kemenangan 2 - 1. Tahniah buat Arsene Wenger yang selama 17 tahun menjadi manager Arsenal dan juga anak buahnya. Arsenal yang merupakan team yang paling top dalam Liga Inggeris berjaya menundukkan Napoli yang berada di tangga kedua Liga Itali. Tambah menyedihkan apabila Arsenal memecahkan rekod perlawanan mereka tanpa kalah.

Wenger menurunkan skuad tanpa kelibat Walcott. Arteta mengambil tembat sebagai kesebelasan utama. Wenger juga menurunkan Rosicky pada malam tadi yang baru saja sembuh dari kecederaan. Mungkin pengalamannya ditagih oleh Wenger untuk berganding dengan Flamini. Secara ringkasnya, skuad adalah seperti berikut.

Shazwani
Sagna - Mertesacker - Koscileny - Gibbs
Arteta - Flamini
Ramsey - Rosicky - Ozil
Giroud

Subs : Fabianski, Vermaelan, Monreal, Jenkinson, Wilshere, Gnabry, Bendtner

Arsenal nampak gah bila bermain di Emirates apabila berjaya menghasilkan dua gol kemenangan pada seawal minit 15. Satu daripada Ozil pada minit 8 dan satu lagi adalah daripada Giroud pada minit 15. Gol Ozil adalah gol pertama untuk rekod peribadinya untuk Arsenal pada musim ini. Katanya Wenger, Ozil dan Ramsey adalah 'over perfomance' pada penampilan mereka semalam. Wenger ni kekadang teknik dia psycho pun boleh tahan juga.

Aku tak dapat nak ulas sangat pasal aku tak tengok pun semalam. Internet buat hal bila aku nak live streaming. Kalau keluar tengok lepak kat kedai mamak tu, belum tentu diorang buka Arsenal sebab rata-rata Arab kat sini minat Barca atau pun Real Madrid je. Satu lagi kemenangan untuk Arsenal yang semakin nampak jalannya untuk merebut juara liga eropah. Sama - sama berharap. Berharap itu adalah suatu yang sangat sakit, tapi... kita jadi bersemangat dengan adanya harapan. Ada faham?

**Arsenal sekarang berada pada top liga inggeris dan juga top dalam kumpulan UCL.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia