Skip to main content

Malaysia Masih Aman walau Minyak Naik 20 Sen

Malaysia kecoh lagi apabila harga minyak dinaikkan sebanyak 20 sen untuk RON 95 dan juga diesel. Tidak sampai seminggu aku meninggalkan Malaysia untuk berada di Madinah, nampaknya Perdana Menteri kita sudah berani menaikkan harga minyak. Ishhh.. memang tak patut langsung. Orang lain tak boleh diharapkan untuk mengekang PM daripada menaikkan harga minyak. Semua takut pada bik mama kah..? Heee.. Sebelum detik 12 tengah malam semalam, stesen minyak ibarat ada pesta makanan free bila semua orang beratur untuk mengisi minyak dengan full tank. Sehingga ada stesen minyak yang bertabrakan akibat amukan orang yang emosi apabila tiba turnnya minyak sudah habis. Bengang, sejam beratur boleh pula habis.

20 sen bukanlah suatu nilai yang sikit bila benda yang melibatkan suatu benda yang sudah menjadi keperluan asas penduduk di Malaysia. Minyak naik sebanyak 20 sen untuk satu liter, bayangkan yang setiap kali kita mengisi minyak, bukan kita isi sebanyak satu liter je, bahkan paling kurang pun 5 liter untuk motosikal. Memang akan beri impak kepada pendapatan dan perbelanjaan isi rumah. Para golongan yang mewah, menteri dan sebagainya mungkin tidak akan merasa bebanan ini. Kita kena akui, tak semua rakyat Malaysia ini adalah bertaraf kaya dan senang lenang. Tak semua rakyat kita mampu mengeluarkan zakat pendapatan!!

Entry ni mungkin untuk anak cicit aku yang akan membesar dalam 10 atau 20 tahun nanti. Pada masa depan nanti kita tak tahu macam mana lagi keadaan ekonomi Malaysia. Malaysia merupakan negara pengeluar minyak dan merupakan antara pengeluar minyak yang paling bermutu dalam kalangan negara pengeluar. Tidak logik dek akal kerajaan menggunakan alasan ingin mengikut harga minyak serantau sedangkan kita adalah negara pengeluar komoditi tersebut. Kita yang mengeksport dan menjual minyak!! Sedangkan sebelum pilihan raya, bertubi akhbar menyiarkan berita yang kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak untuk tahun ini, berderet keratan berita yang hanya RON 97 untuk orang mewah je yang dinaikkan. Tapi, itu adalah janji palsu, sebagai umpan bagi memancing undi.. bila sudah dapat hasilnya, semua itu hanyalah kata dusta.

Bukan untuk menghentam kerajaan, ini adalah luahan dari hati dan sanubari. Kesian melihatkan rakyat yang susah saban hari bekerja untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat. Ya, syukur Malaysia masih aman. Sampai bila kita hendak tengok keamanan ini berterusan sebegini? Sekarang masih aman, tapi.. dengan langkah kerajaan yang sebegini, tidak mustahil yang aman akan jadi kacau bilau. Mahukah rakyat Malaysia menjadi berani mengambil langkah mengadakan demonstrasi seperti mana yang berlaku di negara - negara Arab. Kalau begitu, tiada lagi aman pada Malaysia ku ini. Sedangkan demontrasi Bersih pun negara seakan sudah mahu berperang. Bolehkah kita menjangka yang dengan perangkaan dan perancangan kerajaan yang sebegini akan mengekalkan kestabilan negara?

Aku tertarik dengan satu video Rafizi Ramli pasal langkah yang boleh dibuat untuk meningkatkan subsidi dan menurunkan harga minyak kepada 1.50 ringgit seliter. Apa kata jika kerajaan Malaysia sekarang ini mengikut step seperti apa yang diajukan oleh saudara Rafizi Ramli. Mungkin ianya adalah satu suara daripada Pakatan Rakyat dan apakah kerajaan sekarang perlu ego untuk tidak menerima pakai cadangannya dan lebih rela untuk menindas rakyat? Tidak, kerajaan sekarang ni lebih rela untuk mengurangkan subsidi minyak demi membela kroni-kroninya. Boleh tengok link Rafizi Ramli dekat sini. Sungguh masuk akal hujahnya. Satu plan yang sememangnya diciptakan untuk mengurangkan bebanan rakyat. Tidak beranikah PM untuk memberi jawatan menteri kewangan yang disandnya sekarang ini kepada saudara Rafizi Ramli. Jawapannya? Sudah tentu tidak!

Dalam satu sidang media semalam, PM mengumumkan pengurangan subsidi petrol yang menyebabkan kenaikan harga minyak dengan nama 'rasionalisasi subsidi'. Bunyi gah dan educated dan seolah istilah yang diolah dengna baik untuk tidak menyatakan yang ianya dibuat untuk menaikkan harga petrol. PM menyatakan yang rasionalisasi subsidi itu adalah semata untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia dan pada pembentangan bajet 2014 nanti akan diumumkan jumlah BR1M yang lebih banyak dari sebelum ini bagi membantu rakyat jelata dengan kenaikan harga minyak ini. Adakah dengan BR1M itu dapat mengurangkan bebanan rakyat yang terpaksa berbelanja lebih akibat kenaikan harga minyak? Tidak bolehkkah peruntukan BR1M itu disaluarkan untuk subsidi minyak dan menurunkan harganya sekaligus?

Aku bukan nak comdemn mana - mana parti. Aku menulis atas seorang rakyat Malaysia yang semakin sedih dan hiba dengan pengurusan pentadbiran di Malaysia. Lebih - lebih bila mana pengurusan oleh kerajaan yang melibatkan kewangan. Aku rasa lebih baik Tun M memerintah daripada Perdana Menteri yang kita ada sekarang ini. Kita tahu macam mana kes kapal selam scorpene, kita tahu macam mana kes pembunuhan Altantuya yang tiada pengakhiran, kita tahu kes cincin 24 juta, dan pelbagai kes lagi yang melibatkan wang, wang dan wang. Sungguh, ini adalah wang rakyat dan merupakan suatu amanah. Tapi, nampaknya ketirisan dan kebocoran semakin jelas dan semakin mengakibat rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat perbuatan barisan pemimpin.

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-