Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Renew Passport / Perbaharui Passport

Ku menghitung hari, masa semakin berlalu. Rabu depan flight terbang ke Madinah. Tidak perlu gusar, masa tidak akan berhenti, ia akan tetap berdetik tanpa lelah. Menunggu akan membuatnya terasa lama. Hanya jalani masa sekarang dengan sebaiknya. Manfaatkan even bersorang ataupun berdua. Jauh mahupun dekat. Selesaikan apa yang patut. Utamakan yang penting. Before fly rabu depan, aku kena renew passport terlebih dahulu. Ni penting. Paling utama. Ikut takwim, passport aku akan expired jun 2014. Tak sampai setahun lagi. Nak selamat aku perlu renew. Boleh juga kalau aku nak renew passport dekat Saudi sana. Tapi, urusan kat sana melibatkan masa dan perjalanan yang jauh. Leceh dan akhirnya membuat kepala otak semakin stress. Elakkan kerja yang boleh bawa stress. Boleh buat jiwa kacau je kan? Hee. Plan aku nak pergi dekat wisma. Masa aku buat passport dulu pun kat situ. Kalau nasib baik, orang tak ramai. Tak lama  aku kena queue. Tapi hari ni, aku melencong ke simpang lain. Asalnya hanya nak

Even a smile

Syawal sedang berlalu. Ramadan sudah berlepas. Tidak dapat digapai, hanya mampu menunggu untuk datang lagi pada tahun hadapan. Hanya berdoa moga - moga kita panjang umur untuk menyambutnya nanti. Memang betul yang masa itu adalah suatu benda yang paling jauh. Berlalu ia, sama sekali tidak dapat diputar balik. Aku terpana sekejap apabila melihat TL twitter. Biasa, aku baca sepintas lalu je mana-mana twit dalam bahasa inggeris. Kali ini twit dia macam special. Ada gaya bahasa yang memukau dan isi yang padat untuk disampaikan membuat aku berulang kali membacanya. Ulang banyak kali tu sebab tak berapa nak faham je. Hee. Aku mengiyakan bila mana ia mengatakan sekeping gambar perempuan yang sedang tersenyum manis tu sudah boleh membuatkan kaum lelaki tidak senang suduk. Aku olah ayat aku sendiri je ni. Betul, kalau senyuman itu manis, lelaki yang tengok pasti akan terpana sekejap, mahu ditenungnya lama-lama. Itu normal, suka kepada perkara cantik. Kan? Tengok iklan tv kalau

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434

3 syawal 1434 hijrah. Sudah berlalu Ramadan. Semacam tak ramai penduduk Malaysia menangisi kepergiannya. Perginya seakan dirai dengan mercun pelbagai bunyi. Boleh jadi semacam Malaysia ini medan pertempuran. Sini sana berbalas bedilan mercun. Tapi, tak kurang juga dengan bedilan pistol dengan 5 kes tembakan dan kematian pada 1 syawal. Kesian, mentaliti dan adat Melayu susah untuk diubah. Adat yang menyimpang tak perlu dikekalkan bukan? Adat yang tidak selari dengan tuntuan syariat perlu dilupuskan. Awal Islam lagi datangnya untuk menghapuskan adat arab jahilliyah yang menindas kaum wanita, adat yang bolehkan anak mengahwini bekas isteri ayah. Pelbagai. Banyak contoh. Bukti syaitan mula dilepaskan memang nyata sangat. Anak anak muda sudah tidak segan untuk kembali berfesyen dengan aurat yang terdedah. Jejaka jejaka yang macho sudah tidak malu hendak menghembus asap-asap putih. Dunhill mahal pun tetap jalan kerana ada John White sebagai alternatif. Jelas. Hari raya adalah hari merayak