Ramadhan datang lagi

5 comments


Ramadhan datang lagi. Bagi aku ini adalah ramadhan yang kedua puluh dua. Yee.. syukur kerana kita masih lagi dipertemukan dengan ramadhan. Bulan yang mana Allah janjikan seribu rahmat bahkan lebih. Andai kita tahu apa yang terdapat pada bulan Ramadhan tu, pasti kita mahu setiap bulan itu adalah bulan Ramadhan. Tapi, Allah simpan.. Allah cuma bagitau kita sebahagian kecil sahaja mengenai ganjaran, rahmat dan nikmat kurniaanNya pada bulan ini.

Tapi, manusia memang sifatnya lalai. Sudah fitrah diciptakan sifat lalai dalam setiap diri manusia. Sebab tu Allah menyatakan dalam alquran yang golongan berjaya adalah golongan yang selalu berpesan dan beringat dengan kebenaran ( Islam ). Sebab itu, ramai manusia apabila masuknya bulan yang mulia ini..masih lagi alpha dengan permainan dunia. Bukan tuju kepada sesiapa, tuju kepada diri aku sendiri. Tahu, bulan ramadhan adalah bulan puasa. Tapi.. hanya ramai yang puasanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Perut kosong, tekak haus sepanjang hari. Bukan orang lain, aku sendiri!

Ramadhan adalah bulan yang mana setiap amal ibadatnya akan diganda. Berlipat kali ganda. Tapi, orang tak nampak apa yang digandakannya. Mata buta untuk mengerti walaupun hati menyakininya. Hati yang yakin ini belum mampu untuk menggerakkan tulang temulang, sendi - sendi dan otot untuk lebih dalam melakukan pengabdian kepada Allah. Bukan orang lain, aku sendiri!! Satu ujian, diberi nikmat sihat, tetapi malas untuk mengerjakan amal ibadat. Malas, merasa amalan sudah cukup, merasa sudah selamat dari api neraka. Allah.. sungguh hebat hasutan dan didikan syaitan selama sebelas bulan ini.

Mujur bulan ini ada sedikit bekal. Satu amanah yang terpikul. Paling tidak terawih tidak akan miss seperti dua tiga tahun sebelum ini. Liar dan culas ini dapat dijinakkan. Paling tidak kalam wahyuNya sentiasa diulang untuk menghilang kan debar. Walaupun hati meronta, hati membentak kerana tidak ada kebebasan untuk malam ramadhan ini, tapi.. terselit sinar cahaya mengatakan ianya pasti ada hikmah. Tercalit rasa kehambaan untuk mengakui yang padanya memang ada kebaikan.

Terima kasih awak kerana keputusan ini. :)

** puasa itu benteng daripada api neraka, sedekah itu penghapus dosa (kecil) dan kesalahan. Jom banyakkan dua amalan ini serentak. :)

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. perghh..

    puitis betoiii..

    salam ramadhan! :)

    ReplyDelete
  2. Bulan yg istimewa, tapi istimewanya tak nampak dek mata...kita jadi lupa.

    Camne puasa kat sana kali ni? Brapa jam ye?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Insya Allah ada hikmah disebaliknya ostad. Mana tahu next year dapat berbuka sama-sama ;)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, ramadhan ke 22 juga :)

    pun sama, rasa malas tu memang susah nak hilang, kena paksa diri jugak macamana pun..

    ReplyDelete
  5. Seronok bila bertemu ramadhan lagi tahun ni. Ada peluang kumpul pahala sebanyak mungkin

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia