Skip to main content

Pasangan busy?

Ada sorang kawan aku. Beberapa bulan yang lepas, dia bagitau yang dia jatuh hati dekat sorang nurse ni. Dia cakap dia serious nak dekat nurse tu. Dia bagitau yang nurse ni baik.. berhijrah. Dulu free hair. Sekarang sudah lain. Berhijab even tidak sempurna. Ada rupa. Sekarang sudah bekerja sambil belajar. Oohh.., nurse dan kawan aku ni dua dua warga singapura.

Sebulan yang lepas dia bagitau, dia dengan nurse tu macam ada chance. Nurse tu pun macam ada perasaan juga dekat dia. Entah, aku tak tahu tactic apa yang dipakai oleh kawan aku tu untuk memikat nurse. Jampi serapah tu memang tak la.  Tak ada pengalaman untuk aku tulis entry "Tips Memikat Nurse". Kalau " Tips Memikat Doktor" tu boleh kott. Haha. Dia juga bagitau yang dia dan nurse tu dah jumpa. Maybe juga dari mata turun ke hati. Dari hati turun ke... usus besar? Usu besar turun ke..? Haha.

Beberapa hari lepas dia text aku. Cakap nurse tu minta putus dengan dia. Pehhh. Kejapnya perhubungan. Aku tanya kenapa. Dia cakap nurse tu buat silap. Nurse tu ajak jumpa, and last minit dia sendiri cancel kerana dia penat dengan kerja. So, kawan aku ni maybe makan hati kot. Merajuk la konon. Senyap membisu dengan nurse. Body language yang dia merajuk. Kott!! Haha. Disebabkan tu laa, last nurse tu text minta putus sebab maybe dia tak dapat nak bahagiakan si kawan aku ni. Nurse ni rasa bersalah aku rasa. Dia tak nak orang dia sayang tak bahagia. Hmmmm..

Aku tanya laa. Habis dia nak putus ke dengan nurse tu. Dia cakap entah. Dia macam dah tak  ada perasaan dah dekat nurse tu. Pulaaa! Haha. Macam-macam!! Dia bagitau, dia je yang selalu kena give. Asyik give jee. Kalau dia ajak si nurse tu jumpa, and tetiba si nurse tu cancel sebab penat or something tak apa je. Kalau si nurse tu ajak dia jumpa, dia tak boleh cancel even dia tengah penat. Kiranya asyik nurse tu je lah yang betul. Kiranya keputusan di tangan nurse tu. Aku bagitau, kalau dah tak ada perasaan, jangan jadi jahat. Bagitau jee nurse tu. Hmmm. Luahan hati. Aku tukang dengar je. Hihi.

Eh, macam situasi aku je. Aku bagitau dia. Kalau kita sayang dia dengan ikhlas, kita tak kisah kalau kita asyik give je. Mungkin juga kita rasa bahagia dengan asyik give je untuk orang yang kita sayang. Bukankan erti hidup itu lada memberi. Nurse tu maybe betul betul penat. Pagi kerja, malam kelas. Memang penat lah. Robot pum boleh hang. Seeloknya kita kena tahu risiko untuk jadi pasangan yang kerjayanya semacam ni. Mungkin ada sedikit rasa diri kita diabaikan. Haha. Di sini perlunya kefahaman dan juga komunikasi. Baru relay tu akan smooth je.

Si dia cuba yakinkan pasangannya, even dia busy.. tak ada masa untuk pasangan dia, dia tetap sayangkan pasangannya. Sentiasa rindu dan tak pernah lupakannya. Sentiasa ucapkan kala ada waktu free menyebabkan dia tak terasa diabaikan. Betul ke? Haha. Hentam jee. Pihak satu lagi pula kena lah faham. Dah nak sangat dengan orang busy, memang tu lah risikonya. Make sure selalu bersangka baik yang dia sentiasa sayangkan kita. Faham situasi dia yang busy dan penat. Insya Allah, semuanya okay kalau dua dua pihak mainkan peranan.

Terbaru dia bagitau nurse tu text 'rindu' dekat dia!! Apa kesudahannya? Heee
**ada iras ayat doktor cinta ke? Haha

Comments

  1. salam...adik angkat akak nurse de kawen dengan pelajar di Madinah..cinta madinah gitu..alhamdulillah jodoh mereka..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga mereka terus berbahagia selalu hingga ke jannah dan semoga mendapat zuriat yg soleh solehah.

      Delete
    2. Saya kadang2 tu nmpak jugak nurse yg baik2 cantik kat hospital Taiping tu, tapi tu la, macam mna nk start perbualan nk knal2 dgn nurse tu?. Boleh bagi tip/cara nya tak kak. Perempuan/nurse niy dia suka laki yg macam mna kalau dia tau sorang laki tu nk ngorat dia dan apa yg dia tak suka dgn cara Sorang laki tu ngorat nurse tu. Ye la kan sy niy kja biasa2 je bukan kja gomen, takut mereka tak Berapa suka. Ada orang cakap la kan orang la cakap nurse2 niy selalunya mereka akan pilih pasangan yg kja gomen jugak, betul ker πŸ˜•. Lagi satu, seorang perempuan tu kan tak kira la kan dia kja nurse ker atau apa2 kja especially nurse la, apa yg dia tengokk dulu kat seorang laki tu kalau dia nk terima Sorang laki tu? Maksud nya sebelum perempuan tu terima Sorang laki tu jika laki tu nk memulakan perkenalan dgn perempuan tu. Ok. Tolong suggest dan komen ye kak 😊

      Delete
  2. Salam
    Mmg la mencabar kot klu dpt pasangan busy. Dia kena tny pendapat pasangan kpd doktor sbb gaya dan rutin kerja lbh kurang kot. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kadang2 tu nmpak jugak nurse yg baik2 cantik kat hospital Taiping tu, tapi tu la, macam mna nk start perbualan nk knal2 dgn nurse tu?. Boleh bagi tip/cara nya tak kak. Perempuan/nurse niy dia suka laki yg macam mna kalau dia tau sorang laki tu nk ngorat dia dan apa yg dia tak suka dgn cara Sorang laki tu ngorat nurse tu. Ye la kan sy niy kja biasa2 je bukan kja gomen, takut mereka tak Berapa suka. Ada orang cakap la kan orang la cakap nurse2 niy selalunya mereka akan pilih pasangan yg kja gomen jugak, betul ker πŸ˜•. Lagi satu, seorang perempuan tu kan tak kira la kan dia kja nurse ker atau apa2 kja especially nurse la, apa yg dia tengokk dulu kat seorang laki tu kalau dia nk terima Sorang laki tu? Maksud nya sebelum perempuan tu terima Sorang laki tu jika laki tu nk memulakan perkenalan dgn perempuan tu. Ok. Tolong suggest dan komen ye kak 😊

      Delete
  3. Hurmmmm kira ini satu kelebihan untuk org yg menjalinkan hubngan jarak jauh la kan.xpayah nk selalu jumpa nak cancel kl penat ke ape.haha

    Hubungan jarak dekat ke jauh ke busy ke tak ke yg penting kna saling memahami kot.sng cite follow the flow ja.benda ni xleh nk paksa2.kalau ada jodoh jadi mcm mna sekalipun last2 bersama jgak kan.tak gitu?.so enjoy la dgn life masing2 smntra masih bujang tak punya komitmen lg :p

    ReplyDelete
  4. fuhh.. dah jadi doktor cinta bro? mcam tu r kawan, bila kawan ada maslah kita ada bersama utk mndengar masalah dia..

    ReplyDelete
  5. ;) sorry kalau rasa diabaikan. Thanks sebab always faham my life as doctor to be. Thanks sebab selalu giveee. Terasa la baca entry ni. Hahahah.

    ReplyDelete
  6. berkelip kelip aku baca.. sejak bila doktor mee cintun nie?? hahaha..

    salam ramadhan..

    ReplyDelete
  7. amboii..doktor vs nurse..hahaha

    ReplyDelete
  8. hhmmm...relationship mmg bende yang complex. kalau betul2 dah ditakdirkan jadi soulmate mmg tak akan kisah sume tu.. ada kala bende2 cenggitu pun ujian jugak kan. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-